Gabungan Ph Bn Gembira Di Atas Ahli Di Bawah Saling Menolak


agendaily.com19/02/2023
UMDAP - singkatan UMNO dan DAP setelah kedua-duanya bekerjasama dalam Pakatan Harapan sebagaimana disebut Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Penulis yakin ramai yang sudah mengikuti perbahasan sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang daripada situ kita dapat perhatikan tindak tanduk ahli-ahli Yang Berhormat (YB) – ada yang mampu berhujah dengan baik dan tidak kurang juga masih ada yang terpekik-pekik menonjolkan sikap kurang matang.

Yang menarik perhatian penulis ialah sikap YB kerajaan yang bertelagah sesama sendiri berhubung isu telur yang menunjukkan bahawa krisis yang belum selesai itu memberi tekanan kepada pemimpin kerajaan sehingga rasa tidak puas hati tidak dapat disembunyikan lagi.

Sesi perbahasan yang ‘panas’ di Dewan Rakyat itu bermula apabila Ahli Parlimen Ayer Hitam daripada Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membidas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah kerana gagal dalam menyelesaikan isu telur.

Kata Wee, langkah mengimport telur dari India dengan saiz D yang lebih kecil tapi dibenarkan menjual dengan harga melebihi 50 sen adalah diskriminasi terhadap penternak tempatan dalam negara.

Katanya, pengusaha tempatan yang mengeluarkan telur gred A, B dan C iaitu saiz lebih besar dari penternak import tidak dibenarkan menjual pada harga melebihi 50 sen.

Kenyataan Wee yang berteraskan fakta itu tidak disukai Ahli Parlimen Kampar daripada DAP, Chong Zemin yang bangkit mempertikaikan kenyataan itu kerana menghentam kerajaan dan dilakukan oleh YB kerajaan sendiri.

Selain gelagat itu, kita turut dihidangkan dengan sikap pemimpin sesama parti daripada Amanah iaitu Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan yang menghentam ‘rakannya’ Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kerana berbeza pendapat maksud kerajaan Madani.

Sany mendakwa maksud Madani yang disampaikan Dzulkefly sukar difahami dan berbelit-belit, manakala Dzulkefly berkata, Sany boleh berucap pada gilirannya berbahas maksud Madani menggunakan ‘bahasa’ yang senang pada pandangannya.

Bukan itu sahaja, apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam perbahasannya menyelitkan panggilan akronim baru UMDAP untuk merujuk kerjasama UMNO dan DAP dalam kerajaan Perpaduan, ramai dalam kalangan pemimpin UMNO dan DAP berasa tidak selesa dengan gabungan nama itu.

Pemimpin kedua-dua parti berasa ‘panas’ dengan panggilan berkenaan walaupun pada hakikatnya mereka sudah bekerjasama dan sudah saling puji memuji di peringkat pemimpin atasan di pentas politik.

Sebenarnya, apa yang penulis perhatikan, hubungan terpaksa gabungan UMNO-DAP, BN-PH adalah rapuh kerana di peringkat penyokong bawahan pun, mereka masih belum dapat menerima kenyataan yang boleh bekerjasama antara satu sama lain.

Walaupun pimpinan atasan cuba untuk merasionalkan hubungan itu dengan pelbagai alasan, ia tidak dapat menidakkan prinsip penyokong bawahan bahawa prinsip kedua-dua gabungan parti adalah berbeza sama sekali.

Daripada tinjauan yang penulis lakukan, penyokong kedua-dua parti yang berseteru sebelum ini meletakkan jangkaan bahawa kerjasama mereka hanya mampu bertahan selama satu penggal sahaja.

Maksudnya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), kerjasama ‘ekspres’ kedua-dua gabungan itu tidak dapat diteruskan kerana masing-masing melihat BN membawa liabiliti kepada PH dan begitulah sebaliknya.

Cubaan penyokong masing-masing untuk berbaik juga tidak dapat diteruskan ke peringkat seterusnya kerana ada satu batu penghalang besar antara kedua-dua mereka yang tidak akan mampu dihilangkan dalam masa yang singkat.

Bahkan, untuk menjernihkan hubungan itu juga bukan mudah dan tidak akan dapat dilakukan dalam masa lima tahun ini kerana masing-masing mempunyai persepsi dan prasangka antara satu sama lain yang sudah sekian lama tertanam dalam jiwa dan minda.

Mohd Azam Mohd Atan
Penganalisis politik dan ekonomi
Artikel ini pertama kali disiarkan dalam Warta Rakyat. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/gabungan-ph-bn-gembira-di-atas-ahli-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pas Nafi Label Pengundi Tak Kenang Budi

Ahli Parlimen Pas Nafi Label Pengundi Tak Kenang Budi

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 271 hits
Predeep NambiarTular video Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad dikatakan melabelkan beberapa pengundi bukan Islam tidak kenang budi kerana tidak undi PN GEORGE TOWN Seorang ahli parlimen PAS menafikan dakwaan beliau menyifatkan ...
Tak Gerun Gandingan Ph Bn Di Pantai Timur Ahli Umno Pun Tak Berkenan Kata Pn

Tak Gerun Gandingan Ph Bn Di Pantai Timur Ahli Umno Pun Tak Berkenan Kata Pn

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 171 hits
freemalaysiatoday com February 11 2023 8 00 AMAhli MPT Bersatu Razali Idris percaya gandingan PH BN memberi kelebihan kepada PN PETALING JAYA Pemimpin Perikatan Nasional tidak gerun dengan gandingan Pakatan Harapan Barisan Nasional di Kelan...
Pemimpin Dap Gesa Bn Bertindak Terhadap Semua Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin

Pemimpin Dap Gesa Bn Bertindak Terhadap Semua Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 142 hits
bharian com myOleh Februari 5 2023 2 04pmSetiausaha Publisiti DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin KUALA LUMPUR Seorang pemimpin DAP menggesa kepemimpinan Barisan Nasional menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua Ahl...
26 Hotel Murah Di Sandakan Bilik Bawah Rm250 Untuk Percutian Bajet Terbaik

26 Hotel Murah Di Sandakan Bilik Bawah Rm250 Untuk Percutian Bajet Terbaik

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 347 hits
Dah lemas dengan udara di kota Rancanglah untuk ke Sandakan untuk mengubati segala pencemaran yang telah diserap tubuh Anda sekeluarga akan dapat menikmati kesegaran yang luar biasa yang bukan sahaja datang dari udaranya tapi juga keindahan...
Buka La Pund Pemandu Bas Dibuli 2 Lelaki Disyaki Di Bawah Pengaruh Alkohol

Buka La Pund Pemandu Bas Dibuli 2 Lelaki Disyaki Di Bawah Pengaruh Alkohol

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 216 hits
Tular di media sosial video menunjukkan sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki dua lelaki bertindak menghalang pemandu bas daripada meneruskan perjalanan nbsp Menurut sumber kejadian itu dikatakan berlaku di Kulai Johor baru baru ini dan punc...
Dari Tangga Kambing Ke Ahli Majlis Fifa

Dari Tangga Kambing Ke Ahli Majlis Fifa

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 141 hits
PYANHABIB RAHMANseorang daripada geng memekik mengeboo di tangga kambing stadium merdeka pada zaman hujung hujung pesta bola merdeka dan piala malaysia antara orang kuat kelab penyokong bola sepak selangor sama sama kutuk FAM yang akhirnya ...
Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian

Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan Pemilik Kafe Tak Jadi Gulung Tikar Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai

Why Shouldn T Young Malays Reject Equal Rights