26 Hotel Murah Di Sandakan Bilik Bawah Rm250 Untuk Percutian Bajet Terbaik


Dah lemas dengan udara di kota? Rancanglah untuk ke Sandakan, Sabah untuk ‘mengubati’ segala pencemaran yang telah diserap tubuh. Anda sekeluarga akan dapat menikmati kesegaran yang luar biasa yang bukan sahaja datang dari udaranya, tapi juga keindahan pemandangan pelbagai tarikan alam semula jadi yang ditawarkan di sekitarnya. Percutian yang penuh mengujakan menanti di kota Sandakan.
Bukan itu sahaja, bandaraya kedua yang terbesar di Sabah ini juga menyimpan banyak khazanah peninggalan masa lampau yang menarik untuk diselami satu persatu kisahnya.
Memang banyak tarikan yang menunggu kehadiran anda, oleh sebab itu, sehari memang tak cukup untuk melihat segalanya. Tak nak menghabiskan banyak duit dekat penginapan?
Jangan risau, dalam artikel hotel murah di Sandakan ini, Mai Singgah senaraikan semua penginapan dalam harga bajet yang selesa di sekitar Sandakan. Dah jumpa yang best, cepat-cepat booking sebelum terlepas!
26. Hotel Sandakan Hotel Sandakan menawarkan sebanyak 105 buah bilik luas yang dihias dengan elegan dan beraura klasik.
Bukan sahaja bilik yang selesa menanti kedatangan anda di sini, tapi sarapan yang disajikan oleh hotel bajet ini juga tak ubah macam menginap di sebuah hotel 5 bintang!
Cukup banyak pilihan makanan dan minuman. Rasanya? Sangat enak. Jangan lupa untuk mencuba waffle hotel ni!
Lokasinya sangat menarik dan strategik di tengah-tengah bandar Sandakan. Anda boleh juga mendapatkan perkhidmatan shuttle untuk ke kawasan seperti Sepilok atau Labuk Bay.
Tak cukup dengan itu, jarak hotel ini dengan masjid terdekat hanyalah beberapa tapak dari hotel. Untuk melicinkan poket pula, pasar Ahad dan pasar basah juga terletak tidak jauh dari hotel.
Alamat: Block 83, 4TH Avenue, Town Centre, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 25. Four Points by Sheraton Sandakan Moden dan elegan, Four Points by Sheraton Sandakan adalah sebuah penginapan dalam harga bajet yang menawarkan keselesaan mewah semasa anda bercuti di Sandakan.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti 5 pilihan restoran, kolam renang infiniti dengan pemandangan lautan dan juga pusat kecergasan yang dibuka 24 jam! Ada sesiapa yang kaki gym? Tak perlu susah-susah cari hotel lain lagi.
Tak rasa macam nak keluar bilik? Anda boleh sahaja bersantai di dalam bilik yang selesa ini sambil menikmati pemandangan menarik sekitar bandar atau kawasan pelabuhan.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan tarikan menarik di sekitar Sandakan seperti Sandakan Heritage Museum yang hanyalah sekitar 600 meter dari hotel, manakala Sam Sing Gong Temple pula hanyalah dalam 900 meter.
Nak membeli-belah? Anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke kawasan kedai dan central market yang ada di sini.
Alamat: Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Sandakan
24. Sabah Hotel Kalau hotel sebelum ini sesuai untuk anda yang berjiwa muda, Sabah Hotel pula adalah sebuah penginapan yang menarik untuk anda yang berjiwa klasik kerana bilik-bilik di sini dihias dengan bukan sahaja elegan tapi juga beraura antik. Sesuai sekali untuk anda yang inginkan suasana yang penuh nostalgia.
Di samping itu, hotel ini turut dikelilingi oleh hutan hujan tropika Borneo kerana kedudukannya yang berada di puncak bukit.
Ya, ini adalah sebuah hotel yang tersembunyi di dalam alam penuh kehijauan yang menyegarkan seluruh rongga badan. Kedamaian yang sebenar menanti anda sekiranya anda menjadikan Sabah Hotel sebagai pilihan penginapan.
Selain bersantai menikmati pemandangan dan udara 100% segar daripada kawasan persekitaran, anda juga boleh menggunakan pelbagai kemudahan lain seperti tempat bermain tenis, squash, bilik sauna ataupun bersenam di pusat kecergasannya.
Hotel ini turut lengkap dengan kolam renang yang luas, memang puaslah nak berulang-alik  berenang dari hujung ke hujung. Sementara itu, kanak-kanak pula boleh bermain di taman permainan yang disediakan.
Terasa lenguh lepas puas beraktiviti? Anda boleh juga mendapatkan khidmat urutan dari pihak hotel. Dari hanya sekitar RM150+ untuk semua ni? Memang melampau!
Alamat: Km 1, Jalan Utara, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 23. Labuk Hotel Inginkan sesuatu yang simple dan minimal semasa bercuti di Sandakan? Bookinglah Labuk Hotel. Hotel bajet ini menawarkan 34 buah bilik luas yang sangat kemas dan dihias dengan minimal dengan tahap kebersihan yang sangat memuaskan hati. Keselesaannya? Untuk sebuah hotel dengan harga serendah ini, memang tip-top!
Perut menggerodak kelaparan? Jangan risau sebab di sekitar kawasan hotel ini terdapat kedai makan yang dibuka 24 jam! Terasa haus selepas puas berjalan? Anda boleh menggunakan water dispenser yang disediakan untuk mendapatkan air sejuk atau panas secara percuma.
Selain berdekatan dengan kedai makan, kedudukannya yang berdekatan dengan jalan utama memudahkan anda untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti bas atau Grab untuk meneroka lebih jauh. Di samping itu, di sekitar hotel ini juga terdapat  kedai dobi, masjid dan bank.
Alamat: Block C2, Bandar Labuk Jaya, Km 11.9 (Mile 7.5), Jalan Lintas Labuk, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 22. Livingston Hotel Livingston Hotel adalah sebuah penginapan minimal bertaraf 3 bintang yang menawarkan 275 buah bilik yang dihias dengan minimal menggunakan warna-warna natural dan cahaya malap untuk mewujudkan atmosfera santai.
Bilik-biliknya juga sangat luas menjadikan hotel ini pilihan yang tepat sekiranya anda datang menikmati percutian bersama keluarga. Katilnya? Tersangatlah cosy, tidur lena bukan main.
Antara kemudahan yang disediakan di hotel bajet in termasuk kolam renang untuk anda bermandi-manda menyegarkan diri sebelum memulakan aktiviti dan juga tempat meletak kereta yang luas.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak kedai makan dan kedai jualan barangan keperluan lain.
Alamat: Jalan Utara Mile 4, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 21. 2 Inn 1 Boutique Hotel & Spa Sure lenguh badan kalau dah banyak berjalankan? Oleh sebab tu, anda kena booking 2 Inn 1 Boutique Hotel & Spa sebagai tempat penginapan semasa berada di Sandakan ni.
Penatnya selepas puas meneroka flora dan fauna yang terdapat di Sandakan dapat dihilangkan dengan mendapatkan khidmat rawatan spa yang disediakan hotel.
Bawa anak kecil semasa berada di sini? Jangan risau, anda boleh menikmati spa dengan tenang kerana pihak hotel turut menyediakan khidmat penjagaan anak, segalanya settle! Dapatlah anda merasai nikmat percutian yang sebenar.
Di samping itu, bilik-bilik yang ditawarkan hotel ini juga tidak mengecewakan, cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga dengan tahap kebersihan yang terbaik!
Alamat: Lot 1-7, Block B, Bandar Fajar, Jalan Leila, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 20. Sanbay Hotel Ingin menikmati pemandangan yang indah sekitar Sandakan  Bay? Menginaplah di Sanbay Hotel, sebuah hotel 3 bintang dalam harga bajet yang sangatlah murah untuk keselesaan yang ditawarkannya.
Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan minimal menggunakan perabot-perabot kayu yang kelihatan klasik. Simple dan santai untuk keselesaan penginapan anda sekeluarga.
Kesemua 58 buah bilik di hotel ini cukup luas dan  lengkap dengan katil yang melampau keselesaannya. Sambil bersantai di dalam bilik, anda boleh menggunakan kemudahan wifi dengan kelajuan superb yang disediakan.
Terasa lapar? Banyak kedai makan yang boleh ditemui dalam hanya 5 minit perjalanan kaki dari hotel. Untuk ke kawasan tarikan yang ada di Sandakan pula, anda hanya perlu memandu dalam sekitar 5 minit untuk ke lokasi bersejarah St Michael.
Alamat: Jalan Leila, Mile 1¼, 90702 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 19. Hotel Central Sandakan Dengan harga serendah yang ditawarkan, tiada siapa menyangka kualiti yang ditawarkan Hotel Central Sandakan ini menjangkau tahap hotel dengan bayaran yang lebih.
Bersih dan lengkap dengan segala kemudahan yang penting sepanjang penginapan. Khidmat pelanggan hotel ini juga memang mantap.
Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sebab lain untuk anda booking hotel ini adalah lokasinya yang sangat strategik kerana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah dan central market.
Di samping itu, anda juga boleh menemui banyak kedai makan di sekitar hotel. Apa lagi yang anda inginkan dari sebuah hotel bajet dengan harga yang semurah ini?
Penjimatan yang hebat untuk kualiti yang memuaskan hati? Bookinglah Hotel Central Sandakan.
Alamat: Lot 5A-B & 6A-B, Block 24, Jalan Lebuh 2, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 18. The Mark’s Lodge The Mark’s Lodge  adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di sebuah kawasan bandar yang agak baru di Sandakan iaitu di Bandar Indah.
Walaupun ianya sebuah penginapan berharga murah, The Mark’s Lodge   menyediakan fasiliti penginapan seperti sebuah hotel yang mewah, lengkap dengan wifi, sambungan USB pada tv, bathrobe dan banyak lagi.
Biliknya juga luas dan selesa. Yang menambahkan lagi keselesaan anda di sini adalah kerana dekorasi dalamannya yang sangat sedap dipandang, moden dan sangat elegan.
Lokasinya, hanyalah sekitar 10 minit perjalanan kaki untuk ke pusat membeli-belah dan kedai-kedai makan.
Alamat: Bandar Indah, Mile 4, Jln Cecily, Lot 1-7, Blk -36, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 17. Borneo Sandakan Backpackers Inginkan penjimatan yang hebat semasa bercuti? Menginaplah di Borneo Sandakan Backpackers, duit selebihnya bolehlah anda gunakan untuk melakukan 1001 aktiviti yang ditawarkan di sekitar Sabah.
Hotel ini menawarkan bilik peribadi keluarga, bilik twin, bilik double dan juga dorm untuk sesiapa yang tidak kisah untuk berkongsi ruang dengan traveller yang lain. Mana satu penginapan yang sesuai dengan anda?
Sebagai sebuah hotel yang pernah menerima  TripAdvisor Certificate of Excellence Award pada tahun 2014, anda dijanjikan sebuah pengalaman yang sempurna sepanjang penginapan di sini. Terasa haus lepas beraktiviti? Anda boleh menikmati teh dan kopi yang disediakan secara percuma!
Lokasinya, terletak di tengah-tengah downtown, berdekatan dengan banyak kedai runcit, farmasi, restoran, beberapa buah agensi pelancongan dan banyak lagi. Namun jangan risau, suasana hotel ini cukup tenang dan jauh dari bunyi bising.
Alamat: Block HS-5, Lot 55, 1st Floor, Sandakan Harbour Square, 90701 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 16. Sandakan Backpackers Hostel Pilihan penginapan yang seterusnya ini sama murah dan sama menariknya dengan Borneo Sandakan Backpackers.
Untuk sebuah penginapan yang terletak di lokasi yang menarik berdekatan dengan laut yang meriah dengan banyak kedai makan dan dekat dengan pengangkutan awam, Sandakan Backpackers Hostel adalah sebuah pilihan yang sangat berbaloi.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh lepak di bahagian rooftop hotel untuk menikmati pemandangan laut yang sangat mempesonakan.
Sambil bersantai di sini, anda boleh menikmati minuman free yang disediakan di pantry hostel. Selain rooftop, anda juga boleh memilih untuk bersantai di ruang lepak lain yang lengkap dengan permainan game Wii dan pelbagai bahan bacaan.
Selain ini semua, hotel ini turut menawarkan sarapan pagi percuma tau! Bermacam jenis sapuan roti yang boleh dipilih mengikut selera anda. Makanan lain yang ada adalah seperti telur rebus dan buah-buahan. Hidangan yang simple tapi mana lagi nak jumpa penginapan bajet semurah ini yang sediakan sarapankan?
Alamat: Lot 108, Block SH-11 Sandakan Harbour Square, Sabah, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 15. Oceanus Backpackers Oceanus Backpackers adalah sebuah penginapan bajet yang dihias dengan ringkas menggunakan perabot-perabot moden. Penginapan ini menawarkan 6 buah bilik yang sesetengahnya menyajikan pemandangan yang menyejukkan mata air laut yang kebiruan.
Sambil merehatkan badan di dalam bilik yang luas ini, anda boleh menggunakan akses wifi super pantas yang disediakan untuk melayan YouTube. Relakslah sepuas hati, sebab ada banyak tempat menarik nak dilawati kalau sekali dah keluar bilik.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak restoran, gerai-gerai dan pusat membeli-belah Harbour Mall.
Alamat: Lot 104, 2nd floor, Block HS-11, sandakan harbour Square, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 14. Hotel Kensington Terletak di dalam sebuah bangunan berwarna putih dan hijau, Hotel Kensington adalah sebuah hotel murah di Sandakan yang menawarkan 42 buah bilik yang selesa.
Kepenatan setelah puas berjalan di sekitar Sandakan? Anda akan dapat menikmati rehat yang sebenar dan tidur yang lena sebaik melabuhkan badan ke atas tilam empuk hotel.
Sambil bersantai di dalam bilik yang dihias dengan elegan di sini, anda juga boleh melayari internet dengna kemudahan wifi yang disediakan atau menonton rancangan tv kegemaran anda.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak kedai makan dan juga kawasan bandar.
Alamat: Lot 37, Block D, Bandar Maju, Mile 1.5, Jalan Utara ,90000 Sandakan, Sabah
Selanjutnya Di Booking.com 13. Arts Hostel Sandakan Anda suka melihat hasil seni kreatif? Bukanlah seperti di galeri seni yang gempak-gempak tu, tapi apa yang terdapat di Arts Hostel Sandakan adalah hasil DIY pemilik penginapan ini sendiri yang banyak mengitar semula barangan lama untuk dijadikan sesuatu yang baru.
Selain unik, hotel dalam harga bajet yang paling murah dalam artikel ni turut lengkap dengan pelbagai kemudahan lain seperti ruang dapur yang sempurna dengan pelbagai kemudahan (boleh memasak sendiri!),  ruang tamu yang lengkap dengan hammock dan kemudahan akses wifi.
Berkaitan dengan lokasinya, Arts Hostel Sandakan terletak hanyalah beberapa tapak dari Terminal Bas Ekspres Sandakan. Anda nak ke mana? Kota Kinabalu? Lahad Datu? Semuanya tidak mustahil dari terminal bas ini.
Alamat: B-3A-2, Second Floor, Lorong Letat Jaya 1, Bandar Letat Jaya, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 12. Harbourside Backpackers Sepanjang penginapan di Harbourside Backpackers, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti ruang santai luas yang lengkap dengan tv yang menawarkan banyak movie Inggeris termasuklah siaran bola sepak (untuk kaki bola, booking jangan tak booking).
Selain itu, di ruang yang sama turut terdapat kemudahan komputer dan anda juga boleh menggunakan akses wifi yang disediakan. Suka membaca? Bahan bacaan juga banyak disediakan menanti untuk dibuka. Memang tak bosanlah!
Untuk sarapan pagi pula, telah disediakan kopi, teh, roti bakar dan telur yang boleh dimasak sendiri. Segalanya percuma.
Lokasinya, terletak sangat dekat dengan Harbour Mall dan juga jeti untuk ke Turtle Island. Tidak jauh dari hotel juga terdapat kawasan dengan kemudahan bas-bas mini untuk memudahkan anda menuju ke lokasi lain seperti Labuk Bay dan Sepilok.
Alamat: 1st Floor, Lot 43, Block HS-4, Harbour Square, 90000 Sandakan, Sabah, Malaysia
Selanjutnya Di Booking.com 11. Prima B&B Prima B&B adalah sebuah hotel bajet yang menawarkan bilik yang dihias dengan ringkas namun tetap lengkap dengan bermacam kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang anda menginap disini.
Sebagai penginap di hotel ini, anda dapat menikmati sarapan percuma roti bakar dengan pilihan bermacam jenis sapuan roti. Minuman panas juga sentiasa tersedia untuk dinikmati.
Lokasinya, cukup strategik, terletak hanyalah 3 minit berjalan kaki untuk ke stesen bas yang terdekat. Lapangan terbang Sandakan pula hanyalah sekitar 10 minit sahaja dari sini. Nak hilangkan rasa lapar?
Bermacam jenis kedai makan anda boleh jumpa dengan hanya berjalan kaki di sekitar hotel, dari kedai masakan India, Melayu, Western, kedai roti dan sebagainya, macam-macam ada!
Alamat: Block 11, Lot 97, Lrg 1, Grd Floor-1ft floor, Lrg Prima 1, Bdr prima Square, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 10. Nak Hotel ‘Nak hotel’ yang selesa? Pilihlah Nak Hotel. Hotel 3 bintang ini menawarkan 24 buah bilik yang dihias dengan konsep oriental dan beraura klasik dengan penggunaan lampu yang tergantung pada siling dan bidai buluh.
Melihatkan betapa sempurnanya luaran dan dalaman hotel ni, tiada siapa pun menyangka yang sebenarnya hotel ini telah lama dibuka iaitu dari tahun 1966 lagi. Pada ketika itu, Nak Hotel merupakan salah satu daripada 2 buah hotel yang besar di bandar ini.
Selain bilik yang selesa, daya penarik lain Nak Hotel adalah kawasan taman rooftopnya yang membentangkan pemandangan sekitar bandar Sandakan dan Laut Sulu. Hotel ini turut lengkap dengan kedai barangan cenderamata matanya sendiri.
Perut berbunyi kelaparan? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai hidangan yang disediakan restoran hotel ni, nak makan nasi lemak? French toast dengan kaya? Nasi dengan lauk kambing? Dan macam-macam lagi, semuanya enak-enak belaka.
Lokasinya, hanyalah 50 meter dari Stesen Bas Sandakan dan 20 minit berjalan kaki untuk ke tarikan terkenal di Sandakan, Agnes Keith House.
Alamat: Blk 29, Jalan Pelabuhan Lama, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 9. Marine Bay Hotel Bayangkanlah dapat melihat pemandangan yang menyejukkan mata tak kira masa dari tingkap bilik sepanjang penginapan? Inilah yang dapat anda nikmati sekiranya menginap di Marine Bay Hotel.
Yang menjadikan pengalaman ni lagi syok adalah sebab anda tak perlu bayar mahal untuk mendapatkan penginapan dengan pemandangan seindah di sini!
Hotel dalam harga bajet yang murah semacam ni juga terletak di lokasi yang menarik kerana tidak jauh dari Sandakan Harbour Mall, Central Market dan banyak lagi.
Alamat: Block HS-14, Lot 130-131, Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 8. The Pavilion Hotel Tak nak kelam-kabut bila tiba hari anda kena naik flight? Apa kata kalau anda menginap di The Pavilion Hotel.
Jaraknya dengan Lapangan Terbang Sandakan hanyalah dalam 5 minit pemanduan, yang bestnya, anda boleh mendapatkan khidmat shuttle yang disediakan pihak hotel untuk ke airport secara percuma.
Selain airport, lokasi lain yang terletak berdekatan adalah pusat bandar Sandakan yang hanyalah sekitar 20 minit pemanduan dari sini. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary pula hanyalah 25 minit sahaja.
Bagaimana pula dengan bilik yang ditawarkan? Dihias dengan minimal menggunakan warna-warna natural, sebaik melangkah masuk ke dalam ruang penginapan, anda dapat merasakan aura santai yang disempurnakan lagi dengan cahaya malap.
Alamat: Block A3, Bandar Labuk Jaya, Mile 7, Labuk Road, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 7. Tyng Garden Hotel Mencari bilik hotel yang luas semasa bercuti bersama keluarga di Sandakan? Salah satu penginapan yang boleh anda pertimbangkan adalah Tyng Garden Hotel.
Bilik-biliknya bukan sahaja luas tapi juga lengkap dengan katil yang bukan main comfy lagi! Siapa kata hotel bajet mesti sempit dan tak selesa?
Lapar? Di sekitar hotel ini terdapat banyak kedai makan yang boleh dicuba. Sekiranya anda ingin ke pusat bandar Sandakan pula, jaraknya dari hotel ini hanyalah sekitar 20 minit.
Alamat: Lot 19, Ground Floor, Bdr Tyng, Batu 5, Jalan Utara, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 6. Hotel Hsiang Garden Hotel Hsiang Garden menawarkan 46 buah bilik yang dihias dengan ringkas namun lengkap dengan segala fasiliti yang penting untuk keselesaan sepanjang penginapan.
Anda juga boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan secara percuma.
Daripada kawasan hotel ini, cukup mudah untuk anda mendapatkan pengangkutan awam seperti bas mini yang akan membawa anda ke kawasan bandar dengan hanya bayaran RM1. Bawa kenderaan sendiri? Tempat meletak kereta juga sudah tersedia secara percuma.
Alamat: Mile 1 1/2, Leila Road, P.O.Box1603, 90717 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 5. Borneo Seaview Hotel Borneo Seaview Hotel  adalah sebuah penginapan simple yang terletak di kawasan rumah kedai Jalan Dua Harbour Square. Dari lokasi hotel ini, anda boleh berjalan kaki untuk ke kawasan laut dan juga pasar.
Dengan tawaran harga yang begitu murah juga anda dapat memanfaatkan kemudahan akses wifi secara percuma.
Alamat: Lot 125 & 126 Jalan Dua Harbour Square 14, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 4. RoomStay @ Sri Utama Condominium RoomStay @ Sri Utama Condominium menawarkan penginapan bilik dalam kondominium yang dihias dengan ceria bertemakan Disney sesuai dengan mood happening percutian anda.
Yang bestnya, penginapan ini juga cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah di mana anda boleh memasak sendiri menggunakan peralatan lengkap di dapurnya atau membasuh pakaian dengan mesin basuh yang disediakan.
Sepanjang penginapan di sini, anda juga boleh menggunakan kemudahan kolam renang yang terdapat di kondominium ini. Nak meningkatkan stamina sebelum makan angin di sekitar Sandakan? Anda boleh menggunakan kemudahan pusat kecergasan yang disediakan.
Bagaimana pula dengan lokasinya? Juga tidak mengecewakan, terletak berdekatan dengan banyak gerai street food dan McDonald’s.
Alamat: Sri Utama Condominiums, IJM, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 3. Sandakan Spacious and Comfortable Pool View Condo Namanya sudah cukup untuk menggambarkan jenis kondo yang ditawarkan, Sandakan Spacious and Comfortable Pool View Condo adalah sebuah kondominium yang cukup luas untuk penginapan yang selesa bersama keluarga.
Selain itu, ianya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan penting seperti di rumah sendiri yang memaksimakan keselesaan anda sekeluarga.
Sambil bersantai di dalam rumah penginapan, anda dapat menikmati pemandangan indah alam semula jadi dari tingkap bilik. Bila dah puas melihat pemandangan, anda boleh terjun ke kolam renang yang terdapat di sini.
Kemudahan lain yang boleh digunakan adalah seperti taman dengan lanskap yang indah, gelanggang badminton, pusat kecergasan, taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi!
Alamat: C2-11-2 Sri Utama Condominiums Jalan Utar Mile 6, Bandar Utama, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 2. Hello Kitty Signature Suite Siapa pun pasti akan tersenyum sebaik melangkah masuk ke dalam homestay ini. Bayangkanlah, buka sahaja pintu, anda terus disambut dengan pemandangan ceria penuh warna-warni dengan lukisan comel Hello Kitty. Inilah yang dapat anda nikmati sekiranya menginap di Hello Kitty Signature Suite.
Bagi sesiapa yang ada anak-anak perempuan tu, jom booking penginapan ni! Tak pergi ke mana-mana pun dah seronok duduk dalam rumah yang tak ubah macam taman tema Hello Kitty ni.
Selain memiliki konsep yang unik, sebab lain untuk anda memilih penginapan ini adalah kerana ianya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan lain seperti kolam renang infiniti, kolam renang kanak-kanak serta pusat kecergasan. Nak berbbq? Fasiliti ini turut disediakan.
Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah seperti gelanggang badminton, sudut Tai Chi, taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi!
Alamat: Sri Utama Condominium, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com 1. S’kan Styles Hotel Sandakan S’kan Styles Hotel Sandakan adalah sebuah hotel yang terletak di dalam Sandakan Harbour Square yang merupakan sebuah kawasan hiburan dan komersial di Sandakan. Jika anda ingin dikelilingi dengan kemeriahan di Sandakan, ini adalah sebuah pilihan penginapan yang patut anda booking.
Hotel dengan warna-warni yang ceria dan terang ini memang dapat menaikkan mood sesiapa saja yang memandang. Nakkan penginapan yang sesuai dengan mood happening anda semasa bercuti? Hotel ini adalah jawapannya.
Semasa bersantai di dalam bilik yang ceria ini, anda boleh menikmati pemandangan yang memukau jiwa waterfront dan juga Laut Sulu melalui tingkap besar yang disediakan atau berhibur menggunakan kemudahan wifi hotel.
Nak bershopping? Harbour Mall Sandakan terletak betul-betul berhadapan dengan hotel. Inginkan kudapan? 7E hanyalah beberapa tapak dari sini.
Nak lebih sebab untuk menginap di hotel ni? Anda boleh dapat breakfast free!
Alamat: HS 12, Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan
Selanjutnya Di Booking.com Dah jumpa penginapan pilihan anda? Jangan buang masa, booking cepat sebelum bilik penuh! Andai kata tiada lagi pilihan penginapan yang menggoda anda dalam artikel ni, anda boleh layari booking.com untuk melihat banyak lagi pilihan penginapan lain yang ditawarkan di Sandakan dalam tawaran harga yang terbaru.
Bila dah booking, sementara menunggu waktu ketibaan anda di daerah yang kaya dengan keindahan flora dan faunanya ini, apa kata kalau anda baca artikel kami tentang Tempat Menarik Di Sandakan. Ada banyak lokasi menarik untuk dituju!
Selamat bercuti ke bandaraya semula jadi yang penuh dengan sejarah Sandakan!
4.5/5 - (2 votes) The post 26 Hotel Murah Di Sandakan | Bilik Bawah RM250 Untuk Percutian Bajet Terbaik appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/hotel-murah-di-sandakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Port Healing Terbaik Di Yogjakarta Atau Jogkarta Yang Mudah Dan Murah

Port Healing Terbaik Di Yogjakarta Atau Jogkarta Yang Mudah Dan Murah

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 290 hits
Assalamualaikum Rasa rindu pada blog setelah sekian lama menyepi Hari ini kembali dengan tahun yang baharu dan semangat yang baharu Alhamdulilah tahun 2023 Allah berikan kesempatan untuk acik healing setelah bertahun tahun ditunda untuk ber...
35 Tips Percutian Bajet Bersama Keluarga

35 Tips Percutian Bajet Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 276 hits
35 Tips Percutian Bajet Bersama Keluarga Terdapat beberapa cara untuk mempunyai percutian bajet semasa cuti sekolah yang menyeronokkan tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak wang Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan ...
Senarai Buffet Ramadhan 2023 Murah Bawah Rm100 Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Senarai Buffet Ramadhan 2023 Murah Bawah Rm100 Di Kuala Lumpur Dan Selangor

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 786 hits
Senarai Buffet Ramadhan 2023 Murah Di Kuala Lumpur Dan Selangor Sempena bulan ramadhan yang akan tiba tak lama lagi aku nak kongsikan dengan korang semua tentang lokasi berbuka puasa atau iftar di Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan b...
Beg Tote Cu X Christy Ng Percutian Penuh Gaya

Beg Tote Cu X Christy Ng Percutian Penuh Gaya

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 264 hits
Nikmati percutian penuh gaya dengan beg tote CU x Christy Ng edisi terhad Bercuti tanpa beg itu bukanlah saya Untuk menjadikan percutian penuh gaya kali ni mummy melaram dengan beg tote CU x Christy Ng edisi terhad Beg edisi terhad ni sempe...
Tempat Menarik Percutian Di Selangor Dalam Hutan Sekeping Serendah

Tempat Menarik Percutian Di Selangor Dalam Hutan Sekeping Serendah

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 284 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Orang sibuk time nak bercuti adalah hujung tahunkan tapi Maha sibuk nak bercuti awal tahun Yer lah mana tidaknya hujung tahun ni nega...
Lee Seunggi Ji Sukjin Yoo Yeonseok Ramai Lagi Sertai Program Realiti Percutian Bro Marble

Lee Seunggi Ji Sukjin Yoo Yeonseok Ramai Lagi Sertai Program Realiti Percutian Bro Marble

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 122 hits
Nampaknya tahun ni ada program hiburan baru la ARTIKEL BERKAITAN Terbaru TVING mengesahkan bahawa Lee Seung gi Yoo Yeon seok Lee Dong hwi Ji Suk jin Kyu hyun Super Junior serta Hoshi dan Joshua dari SEVENTEEN akan menyertai sebuah program h...
Cukai T20 Naik M40 Tax Dikurangkan Bajet 2023

Cukai T20 Naik M40 Tax Dikurangkan Bajet 2023

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 213 hits
Kadar Cukai T20 Naik M40 Tax DiKurangkan Bajet 2023 Kerajaan sedang ke arahkan menstruktur semula sistem cukai di Malaysia Ini semua dilakukan dengan harapan dapat menjana pendapatan tambahan kepada golongan yang sepatutnya BACA SINI Dalam ...
Bajet 2023 Kerajaan Tambah Rm500 Di Akaun 1 Pencarum Kwsp

Bajet 2023 Kerajaan Tambah Rm500 Di Akaun 1 Pencarum Kwsp

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 248 hits
Bajet 2023 Kerajaan Tambah RM500 Di Akaun 1 Pencarum KWSP Kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10 000 dalam akaun satu Perdana Menteri Datuk Seri ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian