Gabungan Negarawan Beri Keyakinan Pulihkan Semula Mandat Rakyat



Pada 15 Julai 2020oleh Hannah YeohOleh Hannah Yeoh(Ahli Parlimen Segambut)Berbekalkan 5 tahun pengalaman sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor, saya fikir saya sudah mempunyai cukup kekuatan mental untuk duduk mendengar perbahasan usul menyingkirkan Speaker dan Timbalannya di Parlimen semalam. Ternyata saya tersilap.Selepas sesi penangguhan semalam, saya pulang ke rumah dan terduduk hampa kerana saya baharu sahaja melalui satu situasi yang amat mengecewakan melihat bagaimana kita terpaksa menghadapi malapetaka peralihan kuasa yang tidak pernah terjadi sebelum ini kepada ketua sesebuah institusi penggubal undang-undang tertinggi di dalam negara.Antara punca yang menyebabkan berlakunya kekecohan terhadap proses tragis semalam ialah:(1) usul untuk menyingkirkan Speaker (walaupun beliau tidak melakukan kesalahan) dan usul tersebut tidak langsung diberikan apa-apa alasan;(2) usul ini dikemukakan dengan memberi hanya 10 minit kepada dua pemimpin Pembangkang untuk dibahaskan;(3) selepas pemecatan Speaker, anggota Pembangkang tidak pula diberi kesempatan untuk menamakan calon Speaker yang baharu; dan(4) Speaker baharu dilantik tanpa sebarang pengundian dijalankan.Hansard Parlimen akan merekodkan keseluruhan proses ini dan hanya terdapat sedikit sahaja maklumat yang diberikan oleh Perdana Menteri (selain membaca usulnya sendiri dan kemudian menyerahkan tugasnya kepada Menteri Undang-Undang untuk menjawab soalan Pembangkang).Empat Menteri yang mewakili UMNO, GPS dan Bersatu, Wee Ka Siong (MCA) dan Saravanan Murugan (MIC) hanya duduk menonton dengan diam manakala Najib Razak, Hadi Awang dan Zahid Hamidi membisu tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun ketika mereka menyaksikan demokrasi dan kebebasan Dewan dirampas oleh Eksekutif.Sebaliknya, mereka memperalatkan ahli parlimen yang mendapat habuan jawatan dalam GLC sebagai penyokong kerajaan dengan menjerit dan mengejek Ahli Parlimen Pembangkang kami yang cuba menyampaikan hujah. Malah mereka ini tanpa henti mencelah dengan tidak sopan kepada hampir semua orang di blok Pembangkang termasuk kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.Sebelum ini saya merasakan teori gabungan negarawan ini mampu dijayakan. Semalam terbukti ianya benar malah memberikan kita keyakinan bahawa apa yang diperlukan untuk mengambil alih dan untuk mencabar pemerintahan PN yang memalukan ini adalah kekuatan gabungan Anwar, Shafie dan Mahathir.Mereka telah bersatu dengan satu tujuan yang sama, membantah pemecatan Speaker dan mempertahankan betapa pentingnya mengikuti proses yang sewajarnya di Parlimen. Walaupun mendapat jeritan kosong dan ejekan keras daripada pihak lawan, mereka kekal tenang dan terus mempertahankan betapa pentingnya mempunyai seorang Speaker yang bebas dan sebuah Parlimen yang tidak berpihak.Ini memperlihatkan dengan jelas bagaimana mereka ini masih mampu berdiri teguh di tengah-tengah kekacauan yang kuat sebagai negarawan yang dihormati di seluruh Malaysia.Sebagai Ahli Parlimen DAP, saya melihat sendiri perjalanan persidangan yang kontroversi ini dan berbangga menyaksikan ketiga-tiga negarawan ini berada di blok yang sama, berada di pihak saya, di pihak kami, di pihak rakyat bagi menyelesaikan kerja yang tertangguh yang telah dimulakan semenjak tahun 2018 untuk melakukan reformasi di Malaysia.Ini adalah satu lagi bukti kepada dunia dan yang lebih penting kepada rakyat Malaysia yang telah menonton perjalanan persidangan Dewan yang mulia ini, bagaimana untuk membezakan antara negarawan dan mereka yang berpura-pura. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/gabungan-negarawan-beri-keyakinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Rancakkan Ekonomi Pulihkan Keyakinan Tengku Zafrul

Belanjawan 2021 Rancakkan Ekonomi Pulihkan Keyakinan Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 328 hits
Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini bertujuan untuk merancakkan semula ekonomi selain memulihkan keyakinan pelabur dan pengguna untuk memacu ekonomi kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul...
Pembukaan Semula Sektor Agong Seru Rakyat Patuh Garis Panduan

Pembukaan Semula Sektor Agong Seru Rakyat Patuh Garis Panduan

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 264 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia susulan pembukaan semula lebih banyak sektor h...
Petanda Pakatan Harapan Bakal Kembalikan Mandat Rakyat

Petanda Pakatan Harapan Bakal Kembalikan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 352 hits
Pemimpin kanan DAP dan Amanah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemuka pembangkang dari kem Dr Mahathir Mohamad dan Warisan di Kuala Lumpur hari ini Pertemuan tersebut dilaporkan dibuat bagi menyelaraskan tindakan bersama menjelang sida...
Mandat Rakyat Bertanding Pun Tak Berani

Mandat Rakyat Bertanding Pun Tak Berani

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 234 hits
Pemimpin PH hilang kepercayaan diri sendiri ahli putus harapan July 3 2020PAKATAN Harapan sedar mereka tidak boleh lagi kalah dalam PRK di Chini Ia akan mengaibkan PH Tetapi mereka sedar mereka akan kalah Untuk jaga rekod buruk mereka menja...
Pertahan Speaker Teruskan Kerajaan Negeri Kembali Mandat Rakyat

Pertahan Speaker Teruskan Kerajaan Negeri Kembali Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 277 hits
Majlis Presiden PH telah mengadakan mesyuarat hari ini membincangkan beberapa perkara penting dan isu semasa menjelang sidang Parlimen akan datang Antara keputusan yang dicapai adalah seperti berikut 1 Majlis Presiden memutuskan secara sebu...
Anwar Pertahankan Mandat Rakyat

Anwar Pertahankan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 393 hits
July 5 2020KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semua parti komponen PH mengukuhkan kembali hubungan sebagai serangkai keluarga bagi mempertahankan mandat rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke 14 Beliau ...
Kleptokrasi Agenda Reformasi Dan Mandat Rakyat

Kleptokrasi Agenda Reformasi Dan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 222 hits
Apa maksudnya Kleptokrasi Agenda Reformasi dan Mandat Rakyat Pakatan Harapan sering menggunakan istlilah atau slogan ini tetapi tidak menerangkan kepada rakyat Malaysia apa maksudnya
Pm Kemuka Usul Pengosongan Kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat

Pm Kemuka Usul Pengosongan Kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengusulkan di Dewan Rakyat supaya jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dikosongkan atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan berkenaan Ahli...
Dewan Negeri Selangor Beri Ruang Cukup Adn Bahas Isu Rakyat

Dewan Negeri Selangor Beri Ruang Cukup Adn Bahas Isu Rakyat

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 243 hits
SHAH ALAM 13 JULAI Dewan Negeri Selangor akan memberi masa secukupnya kepada Ahli Dewan Negeri untuk membahaskan isu rakyat pada persidangan kali ini kata speakernya Kita tidak akan pendekkan masa untuk mereka bercakap Kerajaan Negeri sudah...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur