Gabungan Mahathir Muhyiddin Tingkat Peluang Pn Dalam Prn Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Elill Easwaran05 Jun 2023

Azmi Hassan berkata status quo boleh berubah jika Perikatan Nasional dan Dr Mahathir Mohamed dapat menarik pengundi Melayu di negeri dikuasai Pakatan Harapan.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamed dan Muhyiddin Yassin mungkin bergandingan sekali lagi untuk PRN di enam negeri walaupun pernah bertelagah susulan ‘Langkah Sheraton’ tiga tahun lalu. (Gambar AP)
PETALING JAYA: Peluang Perikatan Nasional (PN) dalam PRN akan datang lebih cerah jika pengerusinya Muhyiddin Yassin bergabung dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menarik pengundi Melayu, kata seorang penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata PN boleh memanfaatkan Mahathir, yang memperjuangkan “untuk terus memelihara” kepentingan Melayu, bagi menarik lebih ramai pengundi Melayu.

PN sebelum ini mendakwa ia memperoleh 54% undi Melayu pada PRU lalu.

“Inilah sebabnya Muhyiddin dan Mahathir sanggup melupakan apa yang berlaku semasa ‘Langkah Sheraton’,” katanya kepada FMT, merujuk kepada himpunan yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu diketuai oleh Mahathir, pada 2020.

Mahathir yang juga bekas pengerusi Bersatu kemudiannya berkata beliau rasa “sangat dikhianati” dengan tindakan Muhyiddin membawa keluar Bersatu daripada PH bagi membentuk kerajaan baharu dengan pihak lain, malah menggelarkan Muhyiddin sebagai “pengkhianat”.

Azmi berkata pakatan antara dua bekas perdana menteri itu boleh menjejaskan peluang kerajaan perpaduan pada PRN.

“Jika PN, dengan Mahathir, boleh menarik pengundi Melayu di negeri PH, maka mungkin status quo akan berubah.”

Keputusan Mahathir untuk bergabung dengan PN juga boleh menyebabkan Pejuang, parti yang diketuai oleh anaknya Mukhriz Mahathir, diterima masuk ke dalam pakatan pembangkang.

Pada Khamis, Mahathir dilaporkan berkata, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Muhyiddin sekali lagi, dengan syarat mereka boleh mencapai kata sepakat mengenai objektif bersama mereka.

Sehari kemudian, Muhyiddin berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Mahathir demi “bangsa, agama dan negara”, sambil menambah bahawa masyarakat Melayu-Islam di Malaysia berada di ‘persimpangan getir’ berikutan perkembangan politik baru-baru ini.

Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, berkata Mahathir mencadangkan kerjasama dengan PN kerana dia tidak mempunyai pilihan lain dan ingin menjadikan dirinya relevan sekali lagi.

“Tanpa kerjasama dengan PN, beliau langsung tidak mempunyai pengaruh kerana reputasinya telah tercalar,” kata Jeniri.

Mahathir gagal mempertahankan kerusi Langkawinya pada PRU lalu, malah hilang deposit.

Jeniri berkata PN boleh meningkatkan sedikit sokongannya melalui kerjasama dengan Mahathir. Bagaimanapun, impak Mahathir tidak akan begitu ketara seperti pada pilihan raya 2018. Senario itu berubah selepas “Langkah Sheraton”, katanya.

“Mungkin ia sedikit sebanyak akan memperkukuhkan kedudukan PN di negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan, tetapi tidak di Pulau Pinang,” kata Jeniri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/gabungan-mahathir-muhyiddin-tingkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Kalah Prn Zahid Kata Umno Sedia Pertimbang Rayuan Ahli Digantung

Takut Kalah Prn Zahid Kata Umno Sedia Pertimbang Rayuan Ahli Digantung

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 276 hits
agendaily com11 06 2023Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi Kebimbangan UMNO bakal kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sedia menimbang rayuan bekas ahlinya yang digantung sebelum ini Pengumuman Preside...
Cari Kaedah Pelepasan Lebih Fleksibel Individu Berstatus Bankrap Kata Muhyiddin

Cari Kaedah Pelepasan Lebih Fleksibel Individu Berstatus Bankrap Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 213 hits
Muhyiddin Yassin berkata jika ia dilaksanakan dengan syarat dan perjanjian tertentu lebih ramai individu dapat kembali membina kehidupan tanpa dibebani proses pelepasan status bankrap terlalu lama PETALING JAYA Kerajaan digesa mencari kaeda...
Mahathir Muhyiddin Team Up Will Boost Pn S Chances In State Polls Says Analyst

Mahathir Muhyiddin Team Up Will Boost Pn S Chances In State Polls Says Analyst

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 242 hits
Former prime ministers Dr Mahathir Mohamed and Muhyiddin Yassin may team up again for the upcoming elections in six states despite a falling out following the Sheraton Move three years ago PETALING JAYA Perikatan Nasional s chances at the i...
Tun Mahathir Kini Sedia Kembali Bersama Muhyiddin

Tun Mahathir Kini Sedia Kembali Bersama Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama Kenyataan terbaharu beliau itu sekali gu...
Lkan Dibahas Untuk Tingkat Kecekapan Kualiti Pengauditan Kata Azalina

Lkan Dibahas Untuk Tingkat Kecekapan Kualiti Pengauditan Kata Azalina

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 383 hits
KERAJAAN Madani mengusulkan supaya Laporan Ketua Audit Negara dibahaskan secara terperinci di Dewan Rakyat hari ini nbsp sebagai satu usaha reformasi dalam meningkatkan kecekapan keberkesanan dan kualiti pengauditan Menteri di Jabatan Perda...
Ph Bn Bimbang Retorik Kaum Agama Jejas Peluang Pada Prn

Ph Bn Bimbang Retorik Kaum Agama Jejas Peluang Pada Prn

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 133 hits
Azril AnnuarPETALING JAYA Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bimbang isu retorik kaum dan agama mungkin mengalihkan pengundi atas pagar Melayu untuk menyokong Perikatan Nasional Seorang pemimpin PKR memberitahu FMT sokongan pengundi Melay...
Prn Umno Bungkus Kata Kj

Prn Umno Bungkus Kata Kj

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 207 hits
freemalaysiatoday com05 Jun 2023Khairy Jamaluddin berkata demikian sebagai respons jemputan sinis presiden Umno terhadap ahli yang dipecat dan digantung hadir ke PAU 2023 Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein tidak menyukai tindakan Za...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan Jurutera Dan Teman Wanitanya Selamat

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Samsung S25 Edge Siap Dirilis Bagaimana Spesifikasinya Cek Di Sini

Lempeng Cicah Sambal Bilis Sarapan Pagi Ini

Kebodohan Apakah Yg Berlaku Kpd Pkr Di Tahun 2025 Soal Dsrr

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Faro168 Faro168 World 12 July 25 168 Casino Faro168 Top 90 By Prince