Gabung Jalin Ilmu Kepakaran Pelbagai Bidang Perangi Covid 19


Dr Mohamad Hamzah



Pertama kali dalam hidup saya melihat dan mengalami suatu situasi medikal di mana ilmu itu sangat penting untuk mengatasi satu krisis kemanusiaan seperti Covid19.

Asas ilmu paling penting diketahui ialah:

1. Jangkitan berlaku melalui titisan dan sentuhan dan bukan melalui bawaan udara setakat diketahui terkini.

2. Jangkitan dapat dihindari dangan penjarakkan dari sumber pesakit yang dikenalpasti atau tidak dikenalpasti dalam jarak 1-2 meter dan tidak menyentuh permukaan yang terkena Covid-19.
   3. Covid-19 masuk ke dalam badan melalui hidung dan mulut terutama melalui sentuhan tangan ke muka.

4. Penggunaan topeng hidung dan mulut dan kerap membasuh tangan dapat menghindari penularan wabak.

5. Keperluan peralatan anti jangkitan Covid-19 di hospital dan oleh petugas barisan depan khusus dan berbeza.

Ilmu paling asas yang diperlukan ialah ilmu virologi dan penyakit berjangkit. Dua bidang ini diperlukan oleh kerajaan dan pentadbir dalam mengatur strategi utk mengatasi wabak ini dengan menggunakan ilmu perancangan strategi tahap perang ketenteraan.

Di peringkat Kementerian Kesihatan dan institusi-institusi kesihatan pula perlu ada input dan ilmu dari semua kepakaran dan subkepakaran diadun dan dirumus supaya tiada “pintu” yang dapat ditembusi Covid-19. Semua input ini terutama “tips and gist” dari ilmu penyakit berjangkit hendaklah disampaikan kepada rakyat dengan cara yang berkesan oleh agensi yang bertanggungjawab berserta tindakan selari yang diperlukan.

Ilmu agama dan kaedah fiqh serta gaya hidup perlu digabung jalin untuk membentuk peraturan dan pengarahan yang jelas dan berkesan.

Pihak kerajaan pula mesti mengambil langkah segera menjamin semua keperluan kesihatan terutama “personal protection equipment” dan peralatan khusus kesihatan yang mencukupi untuk semua hospital dan keperluan rakyat. Keadaan sekarang sangat menyedihkan dari sudut ini dan perlu diberi keutamaan tindakan terpantas.

Perintah kawalan pergerakan (PKP) perlu dibuat secara “bertepatan dan mencukupi” dan bukannya “overdo” dan “overkill”. Misalnya jika arahan ini mengakibatkan penyaluran topeng ke hospital tergendala atau kehabisan stok oleh kerana masalah penutupan kilang, pengangkutan atau pekerja tidak boleh datang bekerja kerana sekatan perjalanan atau polisi syarikat yang tidak betul dan tepat maka ianya menjadi suatu tindakan yang rugi dan merbahaya.

Kita juga mengambil kira bekalan dan stok yang kehabisan. Semua tindakan yang dibuat perlu diasaskan kepada ilmu perubatan terutama penjangkitan penyakit berjangkit.

Perlu jelas tujuan PKP untuk menghindari:

1. Penghijrahan
2. Penularan wabak
3. Penciptaan pusat epidemik

Begitu juga penarikan balik PKP nanti dapat membawa kepada penghijrahan dan penularan wabak yang telah dapat dikawal dan boleh membawa kepada gelombang penularan wabak seterusnya.
Terakhir tapi terpenting:

1. Perlu ada “lines of command” yang jelas di semua agensi dan di semua peringkat dari teratas hingga hieraki terbawah agar mengambil tindakan yang betul.

2. Perlu ada penurunan dan penyampaian maklumat yang mencukupi di semua peringkat untuk menghilangkan rasa resah dan panik.

3. Semua tindakan perlu bersungguh, betul, tepat, pantas, dan berintegrasi.

Covid-19 musuh yang tidak cerdas tetapi memanfaatkan kejahilan dan kealpaan manusia, ganas dan licik maka jagalah pintu masuk masing-masing di semua peringkat dan keadaan untuk menghindar penularan Covid-19.

Masih ada satu lagi yang terakhir dan terpenting iaitu segala usaha amalan terbaik yang kita lakukan perlu diiringi bahkan didahului dangan zikir dan doa memohon restu Yang Maha Berkuasa.

Semoga wabak Covid-19 dapat dikawal secepat mungkin hasil kerjasama erat dan terbaik semua agensi kerajaan dan semua lapisan masyarakat.Stay cool. Stay focused.

*Dr Mohamad Hamzah merupakan pengarah KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu. Artikel ini pandangan peribadi beliau.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/gabung-jalin-ilmu-kepakaran-pelbagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dedikasi Petugas Kesihatan Perangi Covid 19 Sangat Menakjubkan Kp Kesihatan

Dedikasi Petugas Kesihatan Perangi Covid 19 Sangat Menakjubkan Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 306 hits
Selepas 67 hari negara dilanda wabak COVID 19 sejak kes pertama pada 25 Jan lepas insan bergelar petugas kesihatan merupakan antara barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memerangi virus membunuh ribuan nyawa di seluruh dunia Mengharga...
Selepas China Berjaya Perangi Covid 19 Haiwan Ini Kembali Dijual Di Pasar Buat Ramai Tak Setuju

Selepas China Berjaya Perangi Covid 19 Haiwan Ini Kembali Dijual Di Pasar Buat Ramai Tak Setuju

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 417 hits
Selepas tiga bulan penularan wabak Covid 19 disebabkan berjaya mengekang penyebaran wabak tersebut mereka meraikan kemenangan dengan membuka semula perniagan dan pasar namun apa yang kembali dijual di pasar daging di china ini buat ramai ge...
Selangor Tambah Rm272 Juta Untuk Perangi Covid 19 Amirudin Shari

Selangor Tambah Rm272 Juta Untuk Perangi Covid 19 Amirudin Shari

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 279 hits
Astro Awani Peruntukan itu merupakan tambahan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 20 Mac lepas menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta KUALA LUMPUR Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prih...
Covid 19 Perlu Ada Ilmu Tentang Mimpi

Covid 19 Perlu Ada Ilmu Tentang Mimpi

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 315 hits
Oleh Dr Mohd Khafidz SoroniKetua Kluster Hadis Majlis Akademik ISLAMI1 Ada dua kisah mimpi bertemu Nabi SAW berkaitan isu Covid 19 Pertama cerita Mufti Taqi Uthmani daripada seorang ahli Jemaah Tabligh te
Tiong Kritik Kewibawaan Menteri Kesihatan Perangi Covid 19

Tiong Kritik Kewibawaan Menteri Kesihatan Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 312 hits
Presiden Parti Demokratik Progresif Datuk Seri Tiong King Sing mengkritik pendekatan yang diambil oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam mengetuai perjuangan keseluruhan negara disaat melawan pandemik Covid 19 ketika ini Kata...
Gandeng Pmi Mulyadi Ajak Warga Bukittinggi Perangi Penyebaran Covid 19

Gandeng Pmi Mulyadi Ajak Warga Bukittinggi Perangi Penyebaran Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 248 hits
Anggota DPR Mulyadi mengatakan upaya memerangi Virus Corona tersebut dilakukannya dengan menggandeng Palang Merah Indonesia Bukittinggi Politikus Demokrat itu mengajak masyarakat memerangi penyebaran Covid 19 di Sumbar
Pakai Alat Bantu Pernapasan Menhub Budi Karya Semangat Perangi Covid 19

Pakai Alat Bantu Pernapasan Menhub Budi Karya Semangat Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 331 hits
Dalam video tersebut Budi Karya masih mengenakan alat bantu pernapasan Dia berterima kasih kepada Jokowi saat ini sedang berjuang menyelesaikan Covid 19 Dia pun merasakan hal tersebut dan cara tersebut menumbuhkan semangat untuk memerangi v...
Health Tag For Preventing Covid 19 Poison Centre Says Ineffective

Health Tag For Preventing Covid 19 Poison Centre Says Ineffective

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 437 hits
CORONAVIRUS The National Poison Centre has debunked a claim that a product worn around the neck like a name tag could protect against Covid 19 infection Citing a it said such products emit very low or even undetectable levels of chlorine di...
Covid 19 Cases In Sg Lui Increase Suspected Links To Sri Petaling Gathering

Covid 19 Cases In Sg Lui Increase Suspected Links To Sri Petaling Gathering

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 463 hits
CORONAVIRUS The number of Covid 19 positive cases in Hulu Langat district have increased to a total of 271 as of noon today with 90 of the cases recorded coming from a tahfiz school in Sungai Lui Health director general Dr Noor Hisham Abdul...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh