Gabung Dua Surah Dalam Satu Rakaat



Soalan:
Bolehkah bacaan surah dalam solat dibaca dengan menggabungkan dua surah dalam satu rakaat?

Jawapan:
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Tidak mengapa menggabungkan dua surah dalam satu rakaat. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, katanya:

لَقَدْ عَرَفْتُ النَّظَائِرَ الَّتِي كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرُنُ بَيْنَهُنَّ ، فَذَكَرَ عِشْرِينَ سُورَةً مِنْ الْمُفَصَّلِ سُورَتَيْنِ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ
“Aku telah mengetahui surah-surah yang pernah Rasulullah SAW menggabungkannya. Dia menyebut 20 surah dari surah-surah al-Mufassal, setiap dua surah dalam satu rakaat.” [Riwayat al-Bukhari (822) dan Muslim (742)]

Kami telah kemukakan dari ramai ulama salafus soleh yang melakukan pembacaan al-Quran dengan khatam dalam satu rakaat. (Lihat al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran (terjemahan), hlm. 99)

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut: “Ucapan Imam al-Bukhari pada 'Bab Menghimpunkan Dua Surah pada Satu Rakaat serta Bacaan dengan al-Khawatim (Akhir Surah) dan Surah Sebelum Surah.' Bab ini mengandungi empat masalah. Pertamanya, menghimpunkan antara dua surah, maka hukumnya zahir keharusan berdasarkan kepada hadis Ibn Mas'ud dan juga hadis Anas.” (Lihat Fath al-Bari, 2/255)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha menyebut:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةٍ ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِى صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ ». فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ
Bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki sebagai pemimpin kepada satu pasukan tentera. Dalam mengerjakan solat berjemaah, beliau (menjadi imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas. Apabila mereka kembali, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan daripadanya kenapa beliau berbuat demikian?” Mereka pun bertanya kepada Sahabat berkenaan lalu beliau menjawab: “Kerana surah tersebut (mengandungi penjelasan berkenaan) sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk sentiasa membacanya.” Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau bahawa Allah mengasihinya.” [Riwayat al-Bukhari (7375) dan Muslim (1926)]

Ibn Battal berkata: Di sini menjadi hujah bagi sesiapa yang mengharuskan mengulangi bacaan surah pada satu rakaat dalam sembahyang sunat. (Lihat Syarh Sahih al-Bukhari, 2/392)

Daripada ‘Alqamah dan al-Aswad, mereka berdua berkata:

أَتَى ابْنَ مَسْعُودٍ رَجُلٌ ، فَقَالَ : إِنِّي أَقْرَأُ الْمُفَصَّلَ فِي رَكْعَةٍ ، فَقَالَ : أَهَذًّا كَهَذِّ الشِّعْرِ ، وَنَثْرًا كَنَثْرِ الدَّقَلِ ، لَكِنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقْرَأُ النَّظَائِرَ السُّورَتَيْنِ فِي رَكْعَةٍ ، الرَّحْمَنَ وَالنَّجْمَ فِي رَكْعَةٍ ، وَاقْتَرَبَتْ وَالْحَاقَّةَ فِي رَكْعَةٍ ، وَالطُّورَ وَالذَّارِيَاتِ فِي رَكْعَةٍ ، وَإِذَا وَقَعَتْ ، وَنُونَ فِي رَكْعَةٍ ، وَسَأَلَ سَائِلٌ وَالنَّازِعَاتِ فِي رَكْعَةٍ ، وَوَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ وَعَبَسَ فِي رَكْعَةٍ ، وَالْمُدَّثِّرَ وَالْمُزَّمِّلَ فِي رَكْعَةٍ ، وَهَلْ أَتَى وَلاَ أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فِي رَكْعَةٍ ، وَعَمَّ يَتَسَاءَلُونَ وَالْمُرْسَلاَتِ فِي رَكْعَةٍ ، وَالدُّخَانَ وَإِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ فِي رَكْعَةٍ
Telah datang seorang lelaki menemui Ibn Mas’ud seraya berkata: “Sesungguhnya aku membaca surah Mufassal pada satu rakaat”, maka lantas jawab Ibn Mas’ud: “Adakah bacaannya cepat seperti cepatnya sya’ir, seperti kurma kering yang rosak jatuh. Akan tetapi Nabi SAW membaca dua surah yang hampir sama panjangnya, surah al-Najm dan al-Rahman dalam satu rakaat, al-Qamar dan al-Haqqah dalam satu rakaat, al-Tur dan al-Zariyat dalam satu rakaat, al-Waqi’ah dan al-Qalam dalam satu rakaat, al-Ma’arij dan al-Nazi’at dalam satu rakaat, al-Mutaffifin dan ‘Abasa dalam satu rakaat, al-Muddathir dan al-Muzzammil dalam satu rakaat, al-Insan dan al-Qiyamah dalam satu rakaat, al-Naba’ dan al-Mursalat dalam satu rakaat, al-Dukhan dan al- Takwir dalam satu rakaat.” [Riwayat Abu Daud (1396)]

Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa Baginda Nabi SAW pernah melakukannya.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada nas-nas di atas, maka dibolehkan untuk imam membaca dua surah selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama. Walaupun begitu, kebiasaannya Rasulullah SAW membaca satu surah pada setiap rakaat selepas al-Fatihah. Justeru, kebolehan untuk melakukan dua surah bukanlah semestinya menjadi kelaziman sentiasa. Lebih-lebih lagi ketika imam solat bersama dengan jemaah yang ramai, yang memerlukan sifat meraikan ahli jemaah sementelahan ada yang uzur, tua dan kurang sihat serta mereka yang ada hajat.

Semoga pencerahan yang ringkas ini memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan agama kita seterusnya dapat menghayati dan mengamalinya dengan sebaik mungkin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/gabung-dua-surah-dalam-satu-rakaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Hadapan Jokowi Ketum Muhammadiyah Minta Peserta Tak Foto Satu Atau Dua Jari

Di Hadapan Jokowi Ketum Muhammadiyah Minta Peserta Tak Foto Satu Atau Dua Jari

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 279 hits
Presiden Jokowi menghadiri Tanwir Muhammadiyah di Bengkulu Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Haedar Nashir meminta peserta tak perlu beraksi dengan satu atau dua jari jika berfoto
Dua Bocah Korban Ledakan Granat Di Bogor Meninggal Dunia Satu Masih Dirawat

Dua Bocah Korban Ledakan Granat Di Bogor Meninggal Dunia Satu Masih Dirawat

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 432 hits
Doni meninggal dunia setelah smepat menjalani perawatan di rumah sakit Sementara Muhammad Ibnu Mubarok temannya meninggal di lokasi kejadian Satu rekannya lagi masih menjalani perawatan
Granat Lontar Meledak Di Pemukiman Warga Bogor Satu Bocah Tewas Dan Dua Luka

Granat Lontar Meledak Di Pemukiman Warga Bogor Satu Bocah Tewas Dan Dua Luka

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 229 hits
Komandan Distrik Militer 0621 Letkol Harry Eko Sutrisno mengatakan diduga pemicu ledakan disebabkan karena benda tersebut dipakai sebagai mainan oleh korban
Satu Dari Dua Korban Tewas Dimutilasi Di Malaysia Dipastikan Wni

Satu Dari Dua Korban Tewas Dimutilasi Di Malaysia Dipastikan Wni

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 266 hits
Hal itu dipastikan lewat pemeriksaan sidik jari yang diidentifikasi oleh Polri sampel dikirimkan dari Selangor ke Indonesia
Hiburan Misha Omar Maafkan Dua Lelaki Fitnahnya Jejak Pemilik Satu Lagi Akaun Twitter

Hiburan Misha Omar Maafkan Dua Lelaki Fitnahnya Jejak Pemilik Satu Lagi Akaun Twitter

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 303 hits
Penyanyi Misha Omar sebelum ini memberitahu akan mengambil tindakan undang undang terhadap Netizen yang memfitnahnya menggunakan mak esah untuk mendapatkan tempat di Anugerah Juara Lagu Gambar popexpress2019Dia melalui satu sidang akhbar se...
Keistimewaan Dan Manfaat Dua Ayat Surah Yusuf Dan Taha Meraih Hormat Orang Kepada Kita Rileks Media

Keistimewaan Dan Manfaat Dua Ayat Surah Yusuf Dan Taha Meraih Hormat Orang Kepada Kita Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 2965 hits
Keistimewaan dan manfaat dua ayat Surah Yusuf dan Taha Al Qur an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya Selain menjadi pedoman hidup amat banyak manfa at dan fadhilat yang tersemb...
Setakat Satu Dua Beg Lv Tak Payah Berangan Yang Ni Dia Buat Pintu Jamban Ja Azza Komen Pasal Siapa Pula

Setakat Satu Dua Beg Lv Tak Payah Berangan Yang Ni Dia Buat Pintu Jamban Ja Azza Komen Pasal Siapa Pula

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 515 hits
Memang kelakar apabila pada satu entri di Instagram Azza Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza Elite dia memuat naik gambarnya di hadapan pintu tandas Pintu tandas tersebut merupakan salah satu pintu tandas di rumah Sharifah Shahirah ko k...
Membongkar Fukuoka 8 Sebab Mengapa Anda Perlu Melawat Salah Satu Kota Di Jepun Ini

Membongkar Fukuoka 8 Sebab Mengapa Anda Perlu Melawat Salah Satu Kota Di Jepun Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 611 hits
Pergi ke Jepun tetapi kaliini ingin pergi ke tempat selain Tokyo dan Osaka Kami ada untuk anda Dengan 47 wilayah yang terdiri daripada 6000 kepulauan yang sangat besar Jepun pasti mempunyai banyak lagi tawaran seperti Fukuoka Bahagian utara...
Satu Malaysia Tuduh Saya Pembunuh Doula Mas Tampil Beri Penjelasan Dan Buat Laporan Polis Tetapi

Satu Malaysia Tuduh Saya Pembunuh Doula Mas Tampil Beri Penjelasan Dan Buat Laporan Polis Tetapi

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 435 hits
Satu Malaysia tuduh saya pembunuh Doula Mas tampil beri penjelasan dan buat laporan polis tetapi
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching