Fuziah Pengurusan Baru Tabung Haji Kini Di Landasan Tepat



KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada di landasan yang tepat berikutan diterajui oleh barisan Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan baharu yang benar-benar memahami Akta TH.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, TH juga tidak mengalami masalah pengeluaran besar-besaran oleh pendepositnya sejak Disember tahun lepas.

"Saya yakin TH kini di bawah satu pasukan (pengurusan) yang berkebolehan, berintegriti tinggi serta menyedari mengenai kepentingan amalan kewangan Islam yang terbaik.

"Tempoh sukar TH kini telah berakhir. Masalah itu sebenarnya bermula pada 2017 namun orang ramai tidak bimbang mengenainya kerana menerima hibah yang tinggi.

"(Kini) walaupun mendapat hibah yang lebih rendah pada 2018, mereka perlu sedar bahawa semuanya sudah kembali kepada aspek patuh Syariah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucap tama pada acara sehari Persidangan Pengurusan Kekayaan dan Perancangan Kewangan Antarabangsa Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) di sini hari ini.

Fuziah turut menegaskan bahawa subsidi haji itu akan hanya diberikan kepada bakal jemaah kali pertama.

"Kuota haji pada masa kini adalah seramai 30,200 individu dan kita tidak lagi akan memberi kuota khas kepada menteri-menteri atau mereka yang mempunyai kaitan atau 'hubungan baik' (dengan pihak tertentu). Sebaliknya, golongan yang menjadi keutamaan adalah mereka yang benar-benar layak serta kalangan warga emas yang merupakan bakal jemaah haji untuk kali pertama," katanya.

Jumaat lepas, TH mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25 peratus bagi tahun kewangan 2018 yang melibatkan agihan berjumlah RM913 juta kepada 9.3 juta pendepositnya.

Mengulas selanjutnya, Fuziah berkata apa yang penting adalah orang ramai benar-benar dapat memahami dan sedia maklum mengenai objektif sebenar TH diwujudkan.

TH juga, katanya, tidak menetapkan sebarang had simpanan pendeposit.

Terdahulu, beliau menyatakan bahawa kementeriannya telah mencadangkan tiga teras tadbir urus baik bagi memastikan kemampanan dan meneruskan kemajuan dalam kepesatan perubahan persekitaran semasa.

Teras pertama katanya, membabitkan penubuhan Model Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan kewangan Islam.

"Model itu akan menjadi penanda aras bagaimana kita dapat menyertakan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran dengan mengambil kira budaya tempatan serta masyarakat yang berbilang agama dan bangsa.

"Seiring usaha itu, teras kedua menyentuh penerapan Maqasid Shariah iaitu pendekatan Islam yang praktikal dan dilaksanakan dalam pendekatan pentadbiran semasa.

"Teras ketiga adalah Rahmatan Lil Alamin (Rahmat Kepada Sekian Alam)," kata Fuziah. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/04/fuziah-pengurusan-baru-tabung-haji-kini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Kini Wang Tabung Haji Lesap

Akhirnya Kini Wang Tabung Haji Lesap

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 366 hits
Zaman kerajaan Pakatan Haprak ni macam macam perkara merugikan boleh berlaku Tak tahu kat mana silapnya kini wang Tabung Haji pula hilang Wang simpanan seorang guru wanita sebuah sekolah berasrama penuh di sini lesap selepas dia menuruti ar...
Tingkat Prestasi Tabung Haji

Tingkat Prestasi Tabung Haji

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 440 hits
SALMAH MAT HUSAINKOTA BHARU Kerajaan perlu mempertingkatkan prestasi Tabung Haji sebagai usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi kewangan terbesar umat Islam itu Naib Presiden PAS Dato Mohd Amar Abdullah berkata hibah sebany...
Bonus Tabung Haji Terendah Dalam Sejarah Menteri Salahkan Kerajaan Terdahulu

Bonus Tabung Haji Terendah Dalam Sejarah Menteri Salahkan Kerajaan Terdahulu

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 451 hits
PUTRAJAYA Setelah lama dinanti nantikan Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1 25 peratus melibatkan pengagihan RM913 juta kepada semua pendeposit Kadar hibah itu merupakan agi...
Cabaran 40 Hari Kesan Pengumuman Hibah Tahunan Tabung Haji 2018

Cabaran 40 Hari Kesan Pengumuman Hibah Tahunan Tabung Haji 2018

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 656 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Baru baru ini negara digemparkan dengan pengumuman Hibah Tahunan Tabung Haji 2018 dengan kadar hibah 1 25 Sumber Hibah Tahunan Tabung Haji 2018 merupakan kadar paling rendah dalam sejarah Tabung Haji dala...
Tabung Haji Nafi Cawangan Bachok Tiada Wang Tunai

Tabung Haji Nafi Cawangan Bachok Tiada Wang Tunai

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 356 hits
Tabung Haji nafi cawangan Bachok tiada wang tunai Dikemas kini 41 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Apr 2019 8 21PM
Pemimpin Dilatih Beri Propaganda Dan Menipu Isu Tabung Haji

Pemimpin Dilatih Beri Propaganda Dan Menipu Isu Tabung Haji

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 436 hits
Salam 1 25 hibah Tabung Haji yang hiba sungguh Beberapa jam sebelum itu pemimpin pemimpin PH telah diberi taklimat mengenai ini Rupanya itu bukan taklimat Tetapi latihan propaganda PH supaya mereka senang memberi alasan menipu Salah satu al...
Sebelas Jawapan Fakta Tabung Haji

Sebelas Jawapan Fakta Tabung Haji

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 466 hits
Ada orang minta saya ringkaskan isu Tabung Haji termasuk jawab poster di bawah Maka ini jawapan saya 1 RM4 1 bilion itu bukan rugi Ia adalah susut nilai Kebanyakan punca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang diluar kawalan pe...
Hinanya Tabung Haji Hari Ini

Hinanya Tabung Haji Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 372 hits
oleh Ab Jalil Backer CEO TH Datuk Seri Zukri Samad menulis merungut orang kaya menabung dalam TH untuk raih untung besar berbanding simpanan tetap bank Kata beliau dengan penurunan Hibah TH orang kaya akan keluarkan simpanan mereka dan tida...
Apa Punya Bengap Hampir Semua Perniagaan Tabung Haji Rugi

Apa Punya Bengap Hampir Semua Perniagaan Tabung Haji Rugi

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 465 hits
Beberapa wakil rakyat PH mendakwa mereka diberi taklimat bahawa Lembaga Tabung Haji mengalami kerugian tambahan sebanyak RM10 bilion pada tahun kewangan 2017 namun ia tidak dinyatakan dalam laporan badan tersebut Anggota Parlimen Johor Bahr...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Floating Market Pulau Suri Tumpat Kelantan Seronok Jalan Jalan Cari Makan Kat Sini

Juadah Pagi Hari Raya 2025

Ilham Decor Raya Selepas Balik Dari Kampung

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Iwan Fals Aku Bukan Pilihan Chord

Senarai Ipad Terbaru 2025 Dan Spesifikasi Lengkap Semua Model Ipad Latest