Fungsi Langit Dan Kaitan Dengan Aurora
Allah SWT berfirman di dalam AlQuran Surah al- Anbiyaa' (21:32)
"Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya." (21:32)
Sebelum ini to be honest memang saya dah terlepas pandang fungsi langit. Allah sebut tentang langit sebagai bumbung, yg juga bermaksud langit ini akan memelihara hidupan yang berada di bumi daripada sesuatu yang menbahayakan dari arah atas 'bumbung' bumi. Seperti manusia memerlukan bumbung rumah untuk berteduh dan hidup dalam keadaan yang baik. Seperti itulah Allah ciptakan bumbung langit untuk manusia dll berteduh daripada sesuatu yang bahaya. Apa yang saya pernah baca hanyalah berkisar tentang 7 lapisan langit dan antaranya berfungsi melindungi manusia daripada sinaran UV dan lain2.
Apa sebenarnya yang Allah maksudkan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal? Setakat hari ini, saya hanya mampu meneliti maksud bumbung, tapi maksud terpelihara dan terkawal masih lagi samar2.
Bumbung yang dimaksudkan Allah SWT pada pembacaan saya ialah merujuk kepada lapisan 'magnetosphere' yg bersumber daripada kuasa magnetic field bumi yg terhasil daripada cas2 positif proton dan cas2 negatif elektron. Ada antara pengkaji yang mengatakan bumi ini seperti magnet yang besar yg mempunyai dua kutub. Ada juga yang menyatakan bumi ini seperti konsep dynamo yg menghasilkan kuasa magnetic field melalui pergerakan molten fluid metals di dasar bumi (inner core). Fungsi utama magnetosphere ialah untuk menghalang 'solar wind' yg terhasil daripada matahari.
Sumber artikel: Here
Solar wind pula jika boleh bayangkan seperti satu aliran partikel yang bercaj dilepaskan oleh matahari. Plasma ini mengandungi elektron, proton dan partikel alpha yang mempunyai tenaga kinetik yg tinggi (0.5- 10 keV). Di dalam plasma ini juga adanya magnetic field.
Boleh juga dibayangkan, yang plasma di permukaan atas atmosfera matahari ini boleh terlepas daripada kawalan graviti matahari kerana tenaga kinetic yang terlalu tinggi. Makanya, ada kala ia akan terlepas dari graviti matahari dan menjadi ancaman kepada planet2 sekitar termasuklah bumi.
Apabila plasma dari matahari yang terlepas ini menghampiri bumi, ia akan deflected kerana adanya 'bumbung' magnetosphere di bumi yg dipanggil Lorentz force.
Antara kajian yang latest ialah yg mngatakan magnetosphere ini bukanlah suatu barrier tapi lebih kepada filter. Ada juga saintis yang mengaitkan the cooling of metal molten core di perut bumi akan mengurangkan kekuatan magnetosphere. Ikut kajian, suhu molten core ini memang berkurang saban tahun. Mereka juga menjangkakan jika suhu semakin sejuk dan magnetosphere akan lenyap maka masa tulah terjadinya kiamat.
Kalau kita teliti surah ar-Rahman apabila Allah sebut tentang situasi di hari kiamat kelak, dalam ayat 37, Allah berfirman:
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;"(55:37)
Jika kita bayangkan, solar wind melepasi bumbung bumi kerana tiada lagi magnetosphere, adakah langit ketika itu berwarna merah kerana solar wind yg sngt panas. Kalau kata berkilat pulak, ada satu gambar di google image yg saya jumpa yg mention 'the oil in the puddle looks like clouds'. mungkin kita boleh gambarkan macam ni lah keadaan langit masa hari kiamat, cuma berwarna merah, Surely the below picture made me scared.
Sumber: Here
Apa kaitannya dengan aurora yang cantik tu?
Aurora yang cantik tu pulak ialah hasil daripada solar wind yg berterusan menghentam permukaan magnetosphere bumi. Ia dipanggil dengan nama geomagnetic storm
Dikatakan aurora terhasil apabila elektron2 yang bergerak laju di angkasa bertembung dengan partikel2 gas di atmosfera bumi yang kebanyakannya nitrogen dan oksigen.Apabila atom2 gas ni ter'excite' dan nak kembali ke posisi normal, ia akan menghasilkan warna yg sebenarnya daripada photon yg dia release. Konsepnya mungkin sama spt topik Line Spectra dalam Kimia dulu
Sumber: Line spectra and Bohr Model
So lepas ni, kalau ada peluang ke negara2 yg boleh lihat aurora, kagum lah dengan ciptaan Allah SWT. Dan developlah rasa takut dan bersyukur, sebab adanya bumbung bumi dengan 'binaan' yang kukuh, bersyukur sebab masih diberi peluang bernafas sebelum bumbung ini hilang. Di hari kiamat tersebut, tak berguna lagi segala penyesalan dan taubat.
Wallahualam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jannati-tsaani.blogspot.com/2018/10/fungsi-langit-dan-kaitan-dengan-aurora.html