Fully Vaccinated
Assalammualaikum | Fully Vaccinated!
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
"Sahaja aku mengambil Vaccine untuk kesihatan diri daripada penyakit berjangkit"
syukur masih diberi peluang untuk mengambil vaksin. Kaella serahkan semuanya untuk kesihatan diri dan menghindarkan diri daripada sebarang penyakit. Bila tengok keadaan tempat vaksin yang terlalu ramai sebabkan belum dapat tarikh lagi, kaella rasa syukur sebab diberi peluang awal.
Kesian bila tengok ramai orang tua dan orang yang sepatutnya ambik dulu masih belum ada tarikh temujanji, lain lagi untuk orang yang tak tahu nak apply macam mana 😭 terus teringat dekat family dekat kampung. Syukur, pengurusan dekat kampung pun okey, family majoriti semua dah lengkap 2 dos.
Kesan Vaksin Pertama (Sinovac)
Tangan memang akan kebasSejam selepas vaksin kaella sakit kepala sangat-sangatRasa mualSelera makan tak kuat sangat
Kesan Vaksin Kedua Tangan kebas Pening, tapi tak teruk sangat
Setakat yang kaella ingat hanya itu sahaja, hari-hari lain kaella rasa okey jer, takde kesan sampingan yang teruk. Masih boleh kawal diri. Tangan kebas tu kaella boleh rasa dalam 3-4 hari, tapi takdelah kebas sangat, still maish okey.
Dos pertama haritu kaella datang tak ramai sangat orang, tapi bila dah masuk dos kedua ramai orang dekat situ tu macam nak ambik exam, korang tau kan ? Dalam masa yang sama takut juga ramai-ramai camni sebab kita tak tahu orang semua sihat atau tidak. Harapnya semua sihat 🙏🏻
Korang dah vaksin ke ?
Satu je nak bagitahu, dapat appoiment apa pun, vaksin jenis apa pun ambik saja, jangan nak memilih end up nanti tak dapat vaksin kan dah rugi. Banyak kes kaella nampak dah dapat temujanji ni tapi nak vaksin jenama ini. Dapat dekat kawasan sini tapi nak temujanji kawasan tempat lain. Adoilahh pening nak ngadap perangai orang yang macam ni. Kita kena terima, dan bersyukur masih diberi peluang dapat vaksin.
oki ?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thekaellaaaa.blogspot.com/2021/08/fully-vaccinated.html