Fudgy Brownies Kedut Kaya Rasa Coklat Mudah Dibuat
Fudgy Brownies Kedut Sedap Memikat
Sedapnya brownies 😋 Kalau Mai, suka brownies yang berkedut banyak pada permukaannya. Baru berselera nak menjamahnya hehe. Lagi best kalau teksturnya tidak seperti kek dan kurang manis. Kali ini, Mai ingin berkongsi resepi Fudgy Brownies Kedut Kaya Rasa Coklat yang sudah dicuba.
Penggemar coklat pasti sukakan rasa brownies menggunakan resepi ini. Rasanya penuh bercoklat. Memang menjadi kegemaran Mai brownies seperti ini. Resepi ini Mai ikut seperti yang dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin yang berkongsi resepi brownies ini di Facebook. Senang saja cara untuk membuatnya
Fudge brownies ini bertekstur lembab dan sedikit kerak yang sedap pada permukaannya. Kedutan yang terhasil juga cantik. Rasanya kaya dengan coklat. Bagi Mai, puas hati dengan resepi ini
Jom buat brownies yang sedap ini.. nyumssss
Resepi Fudgy Brownies Kedut Kaya Rasa Coklat
Bahan-bahan:
450g dark chocolate coin compound100g tepung naik sendiri130g mentega180g gula perang1 sudu teh esen vanila3 biji telur Gred A
Cara-cara membuatnya:
1. Kacau telur, esen vanila dan gula perang. Tak perlu sampai kembang, cukup sehingga gula hancur sahaja
2. Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah double boil
3. Masukkan adunan coklat yang dicairkan tadi ke dalam adunan telur
4. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan tepung dan kacau lagi sehingga sebati
Selepas itu, masukkan adunan yang sudah sebati ke dalam loyang yang dilapik dengan parchment paper atau loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Untuk adunan ini, Mai guna loyang 10 inci
5. Panaskan oven 150⁰C selama 10 minit sebelum mula membakar. Kemudian, masukkan loyang ke dalam ketuhar, bakar selama 1 jam pada suhu 150⁰C. Gunakan api atas bawah
6. Siap!
Sedapnya! Kena buat lagilah nampaknya ni hehe. Anda juga boleh menonton video di bawah untuk lebih lanjut tentang cara membuat fudgy brownies ini
Selamat mencuba! Kalau menjadi, beritahulah sini ya hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.maisarahsidi.com/2020/08/fudgy-brownies-kedut-sedap-dan-mudah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)