Frontliner Tertekan Kenapa Pejabat Buruh Bisu


Tinjauan dalam talian menunjukkan petugas kesihatan berdepan dengan pelbagai kesukaran semasa menjalankan tugas di hospital yang terlampau sesak dengan pesakit yang terjejas

Antara masalah yang didakwa dihadapi mereka ialah kekurangan kakitangan, kerja berlebihan serta tidak mendapat bayaran setimpal dengan tenaga yang dicurahkan

Tinjauan yang tidak memerlukan responden mendedahkan nama itu dijalankan Projek Wawasan Rakyat (POWR) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada minggu lalu dan dapatannya dibentangkan dalam satu webinar semalam

Menurut POWR dan Abim, seramai 30 petugas barisan hadapan dari kemudahan kesihatan di Sungai Buloh, Kuala Lumpur, Ampang, Kajang, Melaka, Jasin, Pahang dan Sabah mengambil bahagian dalam tinjauan berkenaan

Mereka rata-ratanya terdiri daripada doktor dan petugas lain, termasuk pegawai perubatan, pakar, ahli farmasi, pegawai pergigian, kakitangan bilik kecemasan dan kakitangan teknologi maklumat

Seramai 25 responden mengaku mereka rasa terbeban pada waktu ini

“Perlu lebih bantuan, lebih ramai doktor, tolonglah! Terbeban, seorang pegawai perubatan (MO) menjaga satu wad seramai 20 hingga 30 pesakit, (dengan) sedikit bantuan daripada jururawat, pesakit yang tidak stabil diletakkan di dalam keadaan wad yang tidak sesuai, pesakit yang tak mahu bekerjasama menolak rawatan dan lain-lain, terutamanya pesakit VIP (orang kenamaan),” kata seorang pegawai perubatan yang menjawab tinjauan itu

“Bukan mudah kerja berseorangan, tak ada bantuan, tak ada sokongan, (kami) dikehendaki merekodkan semua kes baru, memakai PPE (peratalan perilndungan diri) berjam-jam lamanya, memberikan rawatan, menjalankan (ujian) gas darah arteri - ia melelahkan

“(Terdapat semacam) tabu untuk kami mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan, meskipun atas sebab yang munasabah,” tambahnya lagi

Ada petugas juga mendakwa berasa letih kerana perlu bekerja syif berganda bagi menampung kekosongan kakitangan lain yang bercuti, dikuarantin atau dijangkiti Covid-19

Kenakan peraturan melulu
Seorang petugas berkata hospital kerap menukar jadual kerja menyebabkan mustahil untuk mereka berehat dengan cukup meskipun memang mempunyai hari cuti

“Tak ada maklumat disampaikan kepada kami tentang bagaimana keadaan waktu kerja, sama ada kami akan diberi elaun atau tidak

"Kebanyakan daripada kami tidak mengikut on call (bertugas atas panggilan) biasa semasa giliran Covid-19. Oleh itu (kami) juga hilang pendapatan tetap,” kata petugas itu

Petugas barisan hadapan turut berpendapat hospital patut menyediakan tempat yang sesuai untuk mereka bekerja, berehat dan bersembahyang

Ada juga responden meminta agar disediakan tempat mandi dan tandas memandangkan sekarang dua unit tandas perlu dikongsi bersama 200 orang lain

Sementara itu, 21 daripada 25 petugas yang terbabit mengaku masalah-masalah yang mereka hadapi tidak diambil maklum oleh pihak atasan masing-masing

Seorang petugas malah mengadu ada peraturan dibuat tanpa mengambil tahu situasi sebenar di lapangan

“Orang yang bekerja di pejabat patut dengar (pendapat) kami. Doktor yang bekerja di lapangan terbabit dalam situasi sebenar yang kami hadapi dan ambil cadangan kami tentang bagaimana hendak tambah baik aliran kerja, maksimumkan rawatan dan kebajikan pesakit

"Pada masa sama kurangkan risiko kesihatan dan mental petugas kesihatan

“Sekarang mereka kenakan peraturan melulu ke atas kami, membataskan sumber untuk kami bekerja dengan berkesan dan membisukan kami dari dalam

“Mereka yang dikatakan pihak-pihak berkuasa atasan ini hanya mengetepikan sahaja persoalan dan permintaan kami untuk (mendapatkan) bantuan, dan mengenakan peraturan sama (blanket rules) untuk setiap perkara dan setiap pesakit,” tambahnya

Seorang lagi petugas mendakwa ketua-ketua di hospital tidak habis-habis mengadakan mesyuarat tanpa sebarang hasil, sementara petugas perubatan terus bergelut dengan peralatan dan kemudahan yang tidak mencukupi, serta keadaan yang sentiasa terlebih sesak sehingga membahayakan pesakit

Siapa nak disalahkan
“Tidak ada lagi kawalan jangkitan di Jabatan Kesihatan. Katil-katil diletakkan sangat rapat hingga mustahil untuk menghalang jangkitan silang

“Kami tak cukup port oksigen dan tangki oksigen sementara kami memakan ruang

"Kami tak cukup alat bantuan pernafasan. Kami pernah nampak pesakit tak berkaitan Covid-19 meninggal dunia kerana lambat dirawat disebabkan kes Covid-19 terlalu banyak

“Pesakit dibenarkan keluar terlalu awal untuk memberi ruang kepada pesakit lain, dan keadaan (pesakit yang dibenar pulang) menjadi semakan buruk di rumah. Tidak, ini tak OK

“Hospital kami memang terang-terangan kekurangan katil ICU (unit rawatan rapi) sebelum Covid-19 lagi. Sekarang dengan Covid-19, ia jadi mustahil

"Tak ada siapa bangkitkan realiti ini kepada orang awam,” kata petugas perubatan itu lagi

Menurut doktor itu lagi, kekurangan katil di hospital bermakna lebih ramai pesakit harus menunggu berhari-hari sebelum boleh dimasukkan ke hospital

Sementara itu, seorang lagi petugas mendakwa doktor dan pelajar perubatan dijangkiti Covid-19 kerana lawatan pagi di wad-wad masih dilakukan seperti biasa

“Tahu tak, kebanyakan jabatan masih buat (lawatan wad pada setiap pagi), dan tahu tak, kita ada kluster daripada rutin itu. Biar betul? Kita panggil diri kita petugas perubatan? Siapa yang nak disalahkan?” katanya

Kesan gelombang ketiga Covid-19 yang melanda Malaysia sejak Okt tahun lalu, bilangan jangkitan kes baru melonjak ke angka empat digit dalam tiga bulan kebelakangan ini

Pada 6 Jan, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, memberi amaran bahawa sistem kesihatan yang sedang bergelut untuk menampung jumlah pesakit sudah pun berada di titik gagal

Budaya tekan pandangan kritikal
Bekas pengarah bahagian pembangunan kesihatan keluarga KKM, Dr Safurah Jaafar, berkata dalam webinar semalam bahawa pandangan disuarakan responden tinjauan itu menggambarkan banyak kebimbangan yang dihadapi petugas barisan hadapan

“Saya rasa, apa yang dikongsikan sebahagian (petugas) ini, mewakili ramai lagi petugas (lain)

"Ya, ramai yang menjauhkan diri, tetapi saya rasa sebahagian (dapatan) ini boleh bercakap bagi pihak mereka

“Ini gesaan yang memerlukan kebersamaan dalam merancang untuk membantu petugas barisan hadapan dan komuniti secara amnya. Ia gesaan untuk orang-orang yang membuat dasar,” katanya


Marina Mahathir
Sementara itu, aktivis masyarakat Marina Mahathir berkata maklum balas petugas kesihatan itu adalah perkara yang membimbangkan kerana ia membuat orang ramai tertanya-tanya apakah negara mampu menangani Covid-19

Katanya, negara tidak dapat memberikan perkhidmatan kesihatan pada kualiti terbaik apabila petugas barisan hadapan yang mengalami kelesuan melampau

“Menyedihkan apabila mereka terpaksa membuat tinjauan tanpa nama ini untuk memberikan maklum balas kerana mereka tak berani bersuara lantang

“Ini satu bentuk budaya menekan sebarang pandangan yang kritikal,” tambahnya

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan berkata negara perlu melakukan yang lebih baik lagi untuk menangani pandemik Covid-19

“Kami dan warganet berpandangan, pihak berkuasa tak nampak macam mempunyai pelan. Nampaknya seperti petugas-petugas barisan hadapan bercakap perkara yang sama

“Maksud saya, seriuslah... ayuh Malaysia. Kita betul-betul perlu buat yang lebih baik, dan mesti buat lebih baik,” tambahnya

Mkini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/01/frontliner-tertekan-kenapa-pejabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp 2 0 Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja

Pkp 2 0 Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 801 hits
Pihak Jabatan Agama Islam Pahang telah mengeluarkan prosedur operasi standard bagi pelaksanaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi melaksanakan segala aktiviti pengurusan nikah bagi seluruh Negeri Pahang SOP baru ini berkuatkuasa ber...
Covid 19 4 Pejabat Exco Terengganu Di Wisma Darul Iman Ditutup 14 Hari

Covid 19 4 Pejabat Exco Terengganu Di Wisma Darul Iman Ditutup 14 Hari

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 331 hits
KUALA TERENGGANU Empat pejabat EXCO Terengganu di Wisma Darul Iman di sini ditutup selama 14 hari bermula semalam hingga 30 Januari ini susulan terdapat lima kes positif COVID 19 di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu Pengarah Kesihata...
Pelajar Pertahan Lawatan Ke Pejabat Dap Tindakan Pada Pensyarah Tak Wajar

Pelajar Pertahan Lawatan Ke Pejabat Dap Tindakan Pada Pensyarah Tak Wajar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 301 hits
WAKIL pelajar yang menyertai lawatan ke ibu pejabat parti pembangkang DAP menganggap dakwaan seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara diminta letak jawatan sebagai penolong rektor UiTM Raub sebagai tidak wajar Pelajar 23 tahun itu berkat...
Menteri Agama Minta Pejabat Mufti Teliti Kenyataan Pakar Motivasi Andika Putera

Menteri Agama Minta Pejabat Mufti Teliti Kenyataan Pakar Motivasi Andika Putera

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 399 hits
Sejak pagi tadi kenyataan selebriti media sosial Andika Putera berkenaan isu curang telah membuatkan netizen bengang Rata rata daripada mereka tidak bersetuju dengan ulasan pakar motivasi tersebut kerana mempergunakan agama dalam melakukan ...
Pejabat Menteri Besar Johor Ditutup Tiga Hari Mulai Esok

Pejabat Menteri Besar Johor Ditutup Tiga Hari Mulai Esok

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 315 hits
Oleh Pejabat Menteri Besar Johor JOHOR BAHRU Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar Iskandar Puteri di sini akan ditutup tiga hari bermula esok sehingga 2 Februari depan susulan penularan wabak COVID 19 Perkara itu dimaklumkan melalui...
Gara Gara Renovasi Kamar Mandi Eks Pejabat Ma Nurhadi Pukul Sipir Rutan Kpk

Gara Gara Renovasi Kamar Mandi Eks Pejabat Ma Nurhadi Pukul Sipir Rutan Kpk

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 219 hits
Atas kejadian tersebut pihak Rutan KPK akan mendalami kekerasan fisik tersebut
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri Penjelasan Isu Dewan Parlimen Pagoh

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri Penjelasan Isu Dewan Parlimen Pagoh

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 295 hits
Surat kelulusan Perdana Menteri bagi pembinaan Dewan di kawasan Parlimen Pagoh yang tular hari ini telah menimbulkan kecam rakyat khususnya warga netizen di media sosial Rata rata mempersoalkan kewajaran pembinaan segera dewan berkenaan yan...
Kalau Pasar Malam Tak Buka Dalam 3 Bulan Kami Kumpul Depan Pejabat Pm

Kalau Pasar Malam Tak Buka Dalam 3 Bulan Kami Kumpul Depan Pejabat Pm

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 218 hits
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia Mohd Ridzuan Abdullah menggesa kerajaan membenarkan golongan peniaga pasar malam meneruskan operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan Katanya dia menjangkakan PKP akan ber...
Pakar Cadang Pelan 5 Tahun Atasi Kekurangan Buruh Di Ladang Kelapa Sawit

Pakar Cadang Pelan 5 Tahun Atasi Kekurangan Buruh Di Ladang Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 362 hits
Satu kajian baru baru ini menunjukkan kekurangan tenaga kerja lebih memudaratkan industri minyak sawit Malaysia daripada penurunan harga global PETALING JAYA Seorang penganalisis minyak sawit berkata Putrajaya perlu memperbetulkan dasar pas...
Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith

Mi Hailam Simple Tapi Sedap Luar Biasa

Dolar Bertindak Secara Merugikan Diri Sendiri