Pakar Cadang Pelan 5 Tahun Atasi Kekurangan Buruh Di Ladang Kelapa Sawit


Nicholas Chung  Satu kajian baru-baru ini menunjukkan kekurangan tenaga kerja lebih memudaratkan industri minyak sawit Malaysia daripada penurunan harga global.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis minyak sawit berkata, Putrajaya perlu memperbetulkan dasar pasaran buruhnya bagi mengatasi masalah kekurangan buruh yang dihadapi oleh industri minyak sawit.
Sathia Varqa, pemilik Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, mencadangkan pelan lima tahun yang sistematik bagi mengatasi kekurangan buruh yang dihadapi oleh industri berkenaan dalam jangka panjang.
Beliau memberitahu FMT bahawa industri itu bukan satu-satunya yang berdepan kekurangan buruh, dengan menegaskan bahawa Malaysia berdepan isu dasar pasaran buruh, “bukannya masalah kekurangan buruh”.
“Ia sangat parah dalam sektor kelapa sawit kerana kebergantungan kepada pekerja asing, iaitu hampir 80%, terutama dalam kerja penuaian dan berkaitan lapangan.
“Malaysia tidak unik dalam masalah ini. Negara berpendapatan sederhana sering terjebak dalam perangkap pendapatan menengah, yang menyasikan tahap pendapatan tertentu dicapai, tetapi kemudian ekonomi tersekat di situ kerana beberapa sebab struktur.
“Kekurangan pelaburan tetap dalam kemahiran, produktiviti dan teknologi melambatkan pertumbuhan umum kecuali kita menggaji dan membayar gaji lebih rendah kepada pekerja dari negara berpendapatan rendah,” katanya.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Ahmad Parveez Ghulam Kadi berkata, Putrajaya perlu membenarkan lebih banyak pekerja asing diambil sebagai langkah jangka pendek, selain menambah bahawa firma terbabit akan menanggung kos saringan Covid-19 mereka.
Beliau memberitahu FMT bahawa usaha perlu dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia, seperti Orang Asli, dengan menyebarkan berita mengenai manfaat industri itu serta kekurangan buruh yang dihadapinya.
“Pemilik ladang dan industri perladangan dan komoditi serta Kementerian Sumber Manusia perlu bekerjasama mengadakan jerayawara untuk menyebarkan maklumat kepada pekerja tempatan, terutama belia, dan menganjurkan hari kerjaya di kawasan luar bandar,” katanya.
Ahmad Parveez berkata, lebih banyak dana boleh diperuntukkan untuk Skim Insentif Mekanisasi Sawit (OPIMIS) bagi mendorong pemilik ladang terus menerapkan mekanisasi dan automasi.
Beliau berkata, perlu juga ada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan dalam jentera yang boleh dipercayai dan akan meningkatkan produktiviti serta mengurangkan pergantungan buruh dan kos pengeluaran.
“Baru-baru ini kami memperkenalkan idea untuk membentuk konsortium mekanisasi, automasi dan penyelidikan untuk kelapa sawit, untuk memikirkan dan menghasilkan mekanisasi praktikal dengan harga berpatutan dalam industri itu, terutama untuk penuaian kelapa sawit yang intensif buruh,” katanya.
Dalam satu kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berkata, kekurangan buruh lebih memudaratkan kedua-dua ladang dan pekebun kecil dalam industri minyak sawit negara berbanding penurunan harga global.
Kajian itu menyebut, pengurangan buruh sebanyak 30% dari tahap semasa akan menyaksikan pengeluaran menurun sebanyak separuh, dan penurunan sebanyak 80% akan menyebabkan kemusnahan sistem dengan pengeluaran hanya 20% daripada perniagaan biasa.
Pada Julai tahun lalu, CEO Persatuan Minyak Sawit Malaysia, Mohamad Nageeb Wahab berkata, industri itu kehilangan sehingga 25% daripada potensi hasil minyak sawitnya kerana kekurangan buruh.
Beliau memberi amaran bahawa kerugian akan meningkat sekiranya pembekuan pengambilan pekerja asing tidak ditarik balik, dengan berkata, negara sudah kekurangan sekitar 36,000 pekerja sebelum pandemik Covid-19.
Dalam usaha untuk mengatasi hal itu, pada Nov, Putrajaya mengumumkan ia akan menjalankan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) hingga 30 Jun tahun ini untuk “menyusun semula” pekerja asing tanpa dokumen.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/pakar-cadang-pelan-5-tahun-atasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Rjit Kementan Atasi Kekurangan Air Lahan Di Cirebon

Program Rjit Kementan Atasi Kekurangan Air Lahan Di Cirebon

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 138 hits
Kementerian Pertanian memberikan bantuan program Rehabilitasi Jaringan Irigasi Tersier untuk pertanian Cirebon Dibangun di Kecamatan Panguragan Kabupaten Cirebon Jawa Barat RJIT ini bisa mengairi lahan seluas 100 hektare
Walhi Lahan Di Kalsel Sisa 29 Persen 1 82 Juta Dikuasai Tambang Dan Kelapa Sawit

Walhi Lahan Di Kalsel Sisa 29 Persen 1 82 Juta Dikuasai Tambang Dan Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 188 hits
Direktur Eksekutif Wahana Lingkungan Hidup Indonesia Kalimantan Selatan Kisworo Dwi Cahyono mengatakan banjir di Kalimantan Selatan kali ini disebabkan karena 50 persen lahan di Kalimantan Selatan telah beralih fungsi menjadi tambang batuba...
Kebun Kelapa Sawit Jadi Bilik Darjah

Kebun Kelapa Sawit Jadi Bilik Darjah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh Sebahagian murid sekolah anak kaum asli di Kemidak Bekok mengikuti pembelajaran secara dalam talian di kebun sawit demi mendapatkan capaian internet NSTP Ahmad Ismail SEGAMAT Capaian internet lemah yang menjadi masalah utama dalam kala...
Tulisan Tangan Bocah 8 Tahun Ini Rapi Banget Bahkan Sempat Dikira Ketikan Komputer

Tulisan Tangan Bocah 8 Tahun Ini Rapi Banget Bahkan Sempat Dikira Ketikan Komputer

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 278 hits
Anak perempuan asal Nepal menggemparkan dunia maya pada 2018 lalu Anak berusia 8 tahun itu disebut memiliki tulisa tangan tercantik di dunia Hal ini diketahui saat Praktiri Mlla mengikuti sebuah kompetisi menulis essai Kemudian ia menulis s...
Televisyen Pintar Android Tv Tcl Model Tahun 2019 Dan 2020 Akan Menerima Kemaskini Android Tv 11

Televisyen Pintar Android Tv Tcl Model Tahun 2019 Dan 2020 Akan Menerima Kemaskini Android Tv 11

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 247 hits
Bulan September tahun lepas Google telah melancarkan Android TV berasaskan Android 11 Tetapi masih tiada lagi televisyen pintar atau peranti menjalankan sistem operasi ini Malahan Chromecast With Google TV juga masih menjalankan Android TV ...
Awal Tahun Ayat Kena Panjang Panjang Sikit

Awal Tahun Ayat Kena Panjang Panjang Sikit

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 456 hits
Awal Tahun Ayat Kena Panjang Panjang Sikit Awal tahun ni kita bagi ayat panjang panjang sikit la untuk Dak Akif sebab dia dah masuk Tahun 6 dah 2021 Kejap sangat masa berlalu dah tahun 6 dah dia Macam baru jer lagi dia masuk sekolah tahun 1...
Kingston Melancarkan Pemacu Usb Berbentuk Lembu Sempena Tahun Baru Cina

Kingston Melancarkan Pemacu Usb Berbentuk Lembu Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 276 hits
Perayaan Tahun Baru China 2021 jatuh dalam tahun lembu Seperti tradisi tahun tahun sebelumnya pelbagai peranti dan aksesori edisi khas dilancarkan untuk memperingatinya Hari ini Kingston 2021 Mini Cow USB Flash Drive telah dilancarkan denga...
Blog Performance Tahun 2020

Blog Performance Tahun 2020

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 395 hits
Sudah 20 hari kita masuk tahun 2021 Harini baru mama dapat share Blog Performance Tahun 2020 bagi blog mamapipie com Saja nak share kat sini sebagai kenangan Mama kutip info dari blog google analytic Untuk tahun 2019 dan 2018 boleh tengok s...
Saya Bertuah Miliki Awak Edika Yusof Tak Bosan 16 Tahun Jaga Isteri Lumpuh

Saya Bertuah Miliki Awak Edika Yusof Tak Bosan 16 Tahun Jaga Isteri Lumpuh

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 316 hits
Umum sedia maklum mengenai pelakon tampan Edika Yusof yang setia dan cekal menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu Pelakon berusia 54 tahun itu juga sebelum ini mengambil keputusan bagi mengurangkan penglibatan dalam...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur