Frontliner Mula Nampak Titik Cahaya Di Hujung Terowong Gelap Dr Hana


Frontliner mula nampak titik cahaya di hujung terowong gelap, kata doktor


Kuala Lumpur: "Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED (Jabatan Kecemasan). Sekarang dah nampak lantai."

Demikian perkongsian seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami, menerusi laman Facebooknya hari ini.

"Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan," katanya yang percaya perkembangan positif itu disebabkan peningkatan vaksinasi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jelas beliau, kes rujukan dari Jabatan Kecemasan kepada Unit Rawatan Rapi) untuk pesakit Covid-19 kritikal semakin berkurang.

"Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang," katanya lagi dalam catatan yang setakat ini menerima lebih 1,600 komen dan 9,400 perkongsian pengguna Facebook.

Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 dalam kalangan warga emas juga didapati menurun sejak awal Julai, manakala jumlah kemasukan pesakit warganegara menurun sejak minggu lalu.

Tambahnya, majoriti pesakit Covid-19 yang datang menerima rawatan di hospital itu sejak minggu lalu adalah dalam kalangan warga asing.

Beliau turut berkongsi maklumat bahawa pesakit kritikal yang menerima rawatan di ICU dan pesakit meninggal dunia juga semakin berkurangan.

Katanya, walaupun jumlah pesakit kategori ringan masih ramai, mereka cuma memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.

Dr Hana yang juga ahli Medical MythBuster Malaysia berkata, masih ada kemasukan pesakit Covid-19 kritikal ke ICU dalam kalangan warganegara, namun terdiri daripada mereka yang tolak vaksinasi.

"Ada juga pesakit Covid-19 kritikal dalam kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung," katanya.

Beliau berkata, empat pesakit di hospital yang telah divaksin memerlukan bantuan pernafasan hanya tiga hingga empat hari berbanding dua hingga tiga minggu bagi pesakit lain yang tidak sempat menerima vaksin.

"Mereka (yang telah divaksin) pulih dengan X-ray dada yang bersih berbanding dengan majoriti (tidak sempat divaksin) yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pesakit Covid-19 di ICU hospital itu masih ramai hasil kemasukan pesakit sejak sebulan lepas, malah jumlah kes kematian sebelum tiba ke hospital juga masih ramai.

Melihatkan kepada situasi itu, beliau mengajak orang ramai untuk terus berusaha dan bertawakal bagi memerangi wabak Covid-19 dengan mengambil vaksin.

"Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid-19 kritikal di ICU hanya 3 orang - sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/frontliner-mula-nampak-titik-cahaya-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Halo Lingkaran Cahaya Seakan Akan Pelangi Yang Mengelilingi Matahari Atau Bulan

Fenomena Halo Lingkaran Cahaya Seakan Akan Pelangi Yang Mengelilingi Matahari Atau Bulan

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 662 hits
Assalamualaikum Hi korang Tadi grup whatsaap SA dipenuhi gambar gambar matahari hari ni rupanya tak semua tempat boleh nampak fenomena Halo ni SA keluar rumah cuba la nak tengok matahari sekali amik ko sakit mata tengok cahayanya yang lain ...
Walid Lelaki Pertama Akan Sayang Kakak Sampai Hujung Nyawa Ainul Dah Genap 3 Tahun

Walid Lelaki Pertama Akan Sayang Kakak Sampai Hujung Nyawa Ainul Dah Genap 3 Tahun

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 351 hits
Allah sebaik baik perancang Siapa sangka buah hati rakyat Malaysia Ainul Mardhiah yang dilahirkan awal dari usia kandungannya dan mengalami pula pelbagai komplikasi penyakit kini dah membesar dengan sihat dengan izin Allah Ainul ketika mene...
Video Ikan Berkumpul Di Hujung Akuarium Rupanya Ada Yang Memerhati

Video Ikan Berkumpul Di Hujung Akuarium Rupanya Ada Yang Memerhati

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 280 hits
Bagi yang ada membela beberapa haiwan peliharaan di rumah pastinya bukan mudah untuk menjaga mereka lagi lagi untuk memastikan keselamatan mereka terjaga Sama macam yang dikongsikan oleh pemilik kucing ini apabila kucingnya dilihat memerhat...
Asal Hujung Minggu Malas Nak Masak

Asal Hujung Minggu Malas Nak Masak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 317 hits
Assalamualaikum BILA tiba Jumaat jer mulalah datang malas nak memasak Asal malas nak masak jer hari Jumaat Jadinya Sk cakap dengan Pak Inche supaya tapaulah apa apa makanan yang dia rasa nak makan Nasib baiklah PI dah makan nasi siangnya ja...
Lindungi Mata Anak Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa Pdpr Dengan Monitor Eye Care Dari Benq Malaysia

Lindungi Mata Anak Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa Pdpr Dengan Monitor Eye Care Dari Benq Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 389 hits
Lindungi Mata Anak Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa PDPR Dengan Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia Sejak pendemik yang tak tahu bila nak berakhir anak anak dan gejet jadi berpisah tiada disebabkan sekolah masih lagi ditutup Un...
Kedai Cermin Mata Optom Eyecare Bangi Jual Pelindungan Kanta Mata Khas Anak Anak Dari Cahaya Uv Gadget Merbahaya

Kedai Cermin Mata Optom Eyecare Bangi Jual Pelindungan Kanta Mata Khas Anak Anak Dari Cahaya Uv Gadget Merbahaya

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 703 hits
Cermin mata kanak kanak untuk kelas online main game Baru sampai dari Kedai Cermin Mata Bandar Baru Bangi Optom tempah online je Servis laju pos pun laju Banyak design dan warna pilihan Abg Qi pilih warna baby blue mix green Selesa Abg Qi p...
Bmkg Deteksi Dua Titik Panas Di Fatuleu Barat Kupang

Bmkg Deteksi Dua Titik Panas Di Fatuleu Barat Kupang

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 221 hits
Ia menjelaskan sebelumnya titik panas juga terdeteksi muncul di Fatuleu Barat pada 1 2 Agustus sebanyak dua titik Selain itu satu titik panas juga muncul di Kecamatan Amabi Oefeto Kabupaten Kupang pada 18 19 Juli
Isu Tulisan Khat Hanya Tekap Sambung Titik Tiru Semula Sahaja

Isu Tulisan Khat Hanya Tekap Sambung Titik Tiru Semula Sahaja

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 295 hits
https www astroawani com berita malaysia isu tulisan khat hanya tekap sambung titik tiru semula sahaja 214381BernamaOgos 7 2019 07 05 MYTProf Dr S Vijayaletchumy menunjukkan pembelajaran tulisan seni khat selepas sesi temu bual bersama Bern...
Tahniah Azizulhasni Dapat Perak Dan Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga

Tahniah Azizulhasni Dapat Perak Dan Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 357 hits
Tahniah Azizulhasni Dapat Perak Dan Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga JIKA bukan kerana strategi lain macam serta stamina luar biasa pelumba Britain Jason Kenny yang tiba tiba memecut awal sebelum pusingan terakhir tidak mustahil pingat emas ...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit