Foto Remaja Terengganu Bermain Dengan Kerbau Tular Menang Anugerah Antarabangsa



Foto Remaja Bermain Dengan Kerbau Tular, Menang Anugerah Antarabangsa | Terbaru seorang jurufoto dari Malaysia, Mohd Nazri Sulaiman, berjaya meraih hadiah utama fotografi Images of Asia (IOA) dalam peraduan anjuran majalah Asian Geographic serta dinobatkan sebagai jurugambar terbaik 2018 oleh majalah tersebut.

Foto yang berjudul "Sharing Emotion" itu mempamerkan hubungan akrab antara seorang remaja lelaki dengan kerbau-kerbau ternakannya. Subjek utama foto tersebut, Mohd Syukur Khamis, 14 tahun, berkata dia tidak menyangka gambarnya menjadi tular bukan sahaja di peringkat tempatan malah ke antarabangsa.

Akhbar Harian Metro melaporkan bahawa keunikan foto Mohd Nazri turut tu melayakkannya memenangi anugerah ‘Street/People Photographer of The Year Asian Geographic -Image of Asia 2018’ dan ‘Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.’


Menurut Mohd Syukur, kesemua kerbau dibela oleh bapanya di Terengganu dan dia sering keluar bermain dengan kerbau-kerbau tersebut semenjak usianya 8 tahun. Dia tidak takut bermanja dengan peliharaan itu yang dianggap sebagai rakannya. Apa yang lebih menarik ialah kerbau-kerbau tersebut patuh pada arahan Mohd Syukur, oleh itu mudah bagi Mohd Nazri bekerjasama dengan Mohd Syukur menjalankan penggambaran fotografi dengan lancar.

Pelbagai aksi pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu dengan kerbau peliharaan bapanya mendapat pujian pengguna media sosial, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyatakan kekagumannya terhadap keakraban dan kemesraan Mohd Syukur bersama haiwan itu yang disifatkannya begitu ikhlas.


Mohd Syukur berkata, selepas tular dan dikenali ramai dia menerima ucapan tahniah daripada guru dan rakan sekolahnya yang turut datang ke kandang untuk merakamkan gambar bersamanya dan kerbau berkenaan

"Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu, hari ini.

Mohd Syukur bukan sahaja berkebolehan menjinakkan binatang, tetapi juga berkemahiran membaiki motosikal, kerana sering membantu abangnya, Mohamad Alias, 29, yang bekerja sebagai mekanik.

Sementara itu bapa Mohd Syukur, Khamis Jusoh, 63, berkata, dia menjadi penternak kerbau sejak 30 tahun lalu.

"Walaupun Mohd Syukur kini menjadi tumpuan, saya tidak pernah mengambil kesempatan untuk menjadi kaya kerananya, malah saya tidak mengenakan sebarang bayaran. Ramai yang kata, jurugambar yang merakam gambar Mohd Syukur dan masuk pertandingan menang beribu-ribu ringgit dan saya patut minta bayaran, tetapi bagi saya, cukuplah mereka doakan saya sihat dan sedekahkan Alfatihah jika saya sudah tiada nanti," katanya.


Lihat hasil fotografi lain Mohd Nazri di Instagram miliknya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/01/foto-remaja-terengganu-bermain-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Adik Syukor Kerbau Dari Terengganu Ini Dinobat Pemenang Anugerah Fotografi Dunia

Gambar Adik Syukor Kerbau Dari Terengganu Ini Dinobat Pemenang Anugerah Fotografi Dunia

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 1510 hits
Tular di gambar seorang pelajar bersama beberapa ekor kerbau yang dikatakan memenangi anugerah gambar terbaik dunia dan juara peringkat AsiaImage via Image via Gambar tersebut sebenarnya telah diambil oleh jurugambar profesional Mohd Nazri ...
4756 Mustapha Terima Anugerah Tokoh Antarabangsa Kosmo 2 1 19

4756 Mustapha Terima Anugerah Tokoh Antarabangsa Kosmo 2 1 19

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 417 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menerima Anugerah Khas Tokoh Kemanusiaan dan Kebajikan serta Tokoh NGO Antarabangsa atas sumbangan berterusan 20 tahun membantu fakir miskin di Kemboj...
Mufti Kagum Pelajar Dengan Kerbau Di Terengganu

Mufti Kagum Pelajar Dengan Kerbau Di Terengganu

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 565 hits
GAMBAR seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin Kuala Terengganu bermain bersama kerbau yang menjadi juara peringkat Asia serta tersenarai 20 gambar terbaik dunia GAMBAR DOLLAH DEEN PHOTOGRAPHYMufti Kagum Gambar Kerbau Jadi ...
Komikus Remaja Asal Indonesia Menang Kontes Komik Superhero Unicef

Komikus Remaja Asal Indonesia Menang Kontes Komik Superhero Unicef

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 229 hits
Rizka adalah pemenang Kontes Komik Superhero UNICEF School yang diluncurkan pada Oktober 2018 di New York Comic Con
Dulu Diejek Kerana Berkawan Dengan Kerbau Syukur Dapat Anugerah Khas Daripada Pihak Sekolah

Dulu Diejek Kerana Berkawan Dengan Kerbau Syukur Dapat Anugerah Khas Daripada Pihak Sekolah

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 730 hits
Dulu Diejek Kerana Berkawan Dengan Kerbau Syukur Dapat Anugerah Khas Daripada Pihak Sekolah Minggu lalu tular di media sosial foto seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang mempunyai hubungan akrab dengan kerbau peliharaannya Muhamad Syuk...
Foto Barbie Doll Versi Berhijab Gadis Cantik Tular Miliki Iras Tokti Dan Mira Filzah

Foto Barbie Doll Versi Berhijab Gadis Cantik Tular Miliki Iras Tokti Dan Mira Filzah

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 463 hits
Kuasa media sosial kini membuatkan seseorang lebih mudah dikenali ramai dan hanya kerana memiliki wajah cantik iras dan gabungan selebriti terkenal iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Mira Filzah gadis dikenali sebagai Qasrina Karim telah viral ...
Tular Video Anggota Trafik Tendang Remaja Ini Respond Ketua Polis Kelantan

Tular Video Anggota Trafik Tendang Remaja Ini Respond Ketua Polis Kelantan

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 390 hits
Tular Video Anggota Trafik Tendang Remaja Ini Respond Ketua Polis KelantanTular Video Anggota Trafik Tendang Remaja Ini Respond Ketua Polis Kelantan
Gambar Viral Remaja Dan Kerbau Buatkan Aku Sebak Teringatkan Didi

Gambar Viral Remaja Dan Kerbau Buatkan Aku Sebak Teringatkan Didi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 1146 hits
Gambar Viral Remaja dan Kerbau Buatkan Aku Sebak Teringatkan Didi Dari semalam ternampak kat page Mufti Wilayah gambar yang menarik dan betul betul natural keakraban kawanan kerbau dengan seorang remaja lelaki di Terengganu Hari ni gambar i...
Ernisha Akhirnya Buka Mulut Video Parti Arak Tular Angkara Anna Jobling

Ernisha Akhirnya Buka Mulut Video Parti Arak Tular Angkara Anna Jobling

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 1870 hits
Ernisha Akhirnya Buka Mulut Video Parti Arak Tular Angkara Anna Jobling Kontroversi video parti arak yang membabitkan finalis Dewi Remaja Haneesya Hanee Fazreen dan juga Ernisha masih lagi menjadi kontroversi sehingga ke hari ini Walaupun g...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Tahu Nak Gelak Ke Nangis Intan Najuwa Dedah Aksi Spontan Suami Gunting Rambut Anak

Darjah Satu Tapi Stres Macam Spm Realiti Anak Kita Sekarang

Pandangan Tentang Orang Bodoh Dan Orang Pandai

Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda