1Kabel elektrik berselirat seakan menjadi satu trademark bagi Thailand. Dalam foto di atas tak begitu berselirat pun, tapi apa yang buat saya tertarik memotret sebab terdapat CCTV pada tiang elektrik tersebut. Bukan CCTV yang besar tu, itu dipasang pada bangunan hotel
2Haa…yang ini jelas menunjukkan betapa berseliratnya kabel elektrik mereka. Foto ini saya rakam sewaktu sedang melalui Lorong Phetchaburi 7, terdapat gangguan elektrik ketika itu. Lorong ini sempit, yang bagusnya masing-masing kekal bertenang menunggu giliran untuk lalu. Tak kedengaran sebarang bunyi hon
3Foto kesibukan aliran trafik ini saya rakam dari stesen Ratchaprarop. Saya pernah menyaksikan aliran trafik Bangkok yang sangat sibuk dan sangat padat kenderaan memenuhi jalan sehingga tiada ruang kosong. Memang timbul rasa terkejut dan takut bila melihatnya dari atas
4Foto landasan kereta api yang dirakam dari stesen Phaya Thai. Nampaknya seperti ada kehidupan (tempat tinggal) di sepanjang tepi landasan
5Ini pula landasan kereta api yang terletak di bawah stesen ARL Ratchaprarop. Di sinilah saya perlu melintas jalan setiap hari selama menginap dua malam di KC Place Hotel Pratunam. Palang diturunkan dan ada petugas mengawal apabila ada kereta api nak melalui tempat ini
6Antara perkara unik yang saya perasan, di sini terdapat banyak perkhidmatan dobi layan diri yang menggunakan mesin basuh seperti kegunaan di rumah. Selain mesin basuh automatik begini, saya nampak ada juga pilihan mesin basuh manual
7Inilah bilik penginapan saya dan Encik Suami di KC Place Hotel Pratunam. Bilik jenis Standard Room with balcony. Tiada entri khusus berkenaan penginapan ini sebab saya tak berpuas hati menginap di sini 😕
8Foto di Suvarnabhumi Airport. Terdapat banyak patung-patung berkaitan Buddha di dalam bangunan lapangan terbang ini. Ada yang sangat besar dan tinggi, tapi saya tak rakam fotonya
9Panduan bagi yang akan ke Suvarnabhumi Airport. Klik pada foto untuk paparan lebih jelas ya. Ruang solat Muslim terdapat di aras 3. Alhamdulillah
10Setiap petang sepanjang beberapa hari kami di Bangkok, hujan turun membasahi bumi termasuklah pada hari penerbangan pulang ke Malaysia
11Hidangan semasa dalam penerbangan dari Bangkok ke Kuala Lumpur. Semuanya begitu menyelerakan. Habis licin saya makan. Entah sebab perut rasa lapar atau memang betul sedap hidangan ini 😀|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |