Itinerari Trip Ke Perth Australia Selama 4 Hari Tahun 2023




Untuk perkongsian kali ini, aku nak share semula pengalaman aku bercuti sebelum ini dengan perkongsian itinerari ketika aku bersama family pergi trip ke Perth, Australia pada tahun 2019 yang lalu. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Desclaimer - Sebenarnya itinerari untuk percutian kali ini, aku share semula apa yang aku pernah kongsi pada tahun 2019 yang lalu pada entry Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia. Dalam artikel tu, aku share terlalu details, tapi kali ini aku kongsi dalam bentuk itinerari simple tapi berguna.
Jadi sepanjang tahun 2019 dan artikel ini diterbitkan semula pada tahun 2023, mungkin ada prosedur yang telah bertukar atau mungkin tidak dan mungkin ada perbezaan harga, tempat dan sebagainya. Jadi anda kena rujuk semula.
Trip ini sebenarnya paling bermakna kerana ianya percutian pertama ke luar negara yang diuruskan sepenuhnya sendiri (DIY) iaitu aku dan kakak aku. Booking tempat tinggal, beli tiket kapal terbang, jalan-jalan sana semua buat sendiri.
Selain itu, ini sebenarnya trip terakhir kami ke luar negara sebelum Covid-19 melanda dunia. Trip aku ini bermula dari 26 Jun 2019 iaitu hari Rabu sehingga 1 Julai 2023 bersamaan pada hari Isnin. Jika ikut tarikh dalam 6 hari, sebenarnya 4 hari penuh sahaja. Jadi ini itinerari trip ke Perth selama 4 hari.
Selepas keberanian dan pengalaman untuk buat trip DIY sendiri ni, lepas tu barulah plan untuk next trip selepas pandemik. Lepas Perth, ke Istanbul, Turkiye. Kemudian ke Seoul, Korea dan terbaru pergi ke Ho Chi Minh, Vietnam.
Untuk percutian kali pertama ini juga, aku pergi dengan family berjumlah 5 orang kesemuanya. Parents, aku, akak dan adik aku. Semua best berlaku kat sini, tapi sebenarnya ada satu je kurang sikit, masa ni aku tak berduit sangat. Jadi tak rasa freedom untuk berbelanja. hahaha Sekarang ok lah.
Jadi aku nak teruskan perkongsian pengalaman menerusi itinerari untuk trip ke Perth Australia selama 4 hari bersama keluarga untuk tahun 2019 sebelum ini
Keperluan Dan Dokumen WajibRasanya ramai sudah sedia maklum, Australia antara negara yang sedikit sukar untuk datang terutamanya untuk bercuti. Ini semua disebabkan orang Malaysia masuk untuk bekerja secara haram. Ianya memberi kesan kepada kita semua. Boleh salahkan dieorang.
Disebabkan itu, pada tahun 2019 tersebut, setiap rakyat Malaysia yang ingin memasuki Australia terutamanya untuk bercuti perlu dapatkan Electronic Travel Authority (ETA). Macam visa pelancong. Jadi anda wajib mohon ETA terlebih dahulu. Untuk tahun 2023, ianya masih wajib keh.
Jadi untuk anda yang ingin mohon ETA ni, anda boleh buat sendiri secara online menerusi laman web www.jsdimmigrations.com/australia-visa/ atau pun anda cari je mana-mana ejen yang ada buat perkhidmatan ini. Bayar je mereka. Confirm lulus. Pada tahun 2019 tu, mohon sendiri je. Kos ketika itu, satu permohonan RM20 sahaja.
Kemudian, dokumen wajib yang perlu ada passport. Pastikan tarikh pasport tersebut masih valid 6 bulan pada tarikh akhir anda pulang ke Malaysia. Jika terkurang walaupun 1 hari, anda kena mohon passport baru terlebih dahulu sebelum ke luar negara.
Jadi dokumen wajib yang perlu anda untuk masuk ke Perth, Australia untuk tahun 2023 ini adalah ETA dan pasport. Itu sahaja dan yang lain tak wajib tapi boleh sediakan jika perlu. 
Tukaran Mata WangUntuk Jun 2019, kadar tukaran wang Australia Dollar (AUD) kepada Malaysia Ringgit (MYR) adalah AUD 1 = RM2.93. Sekarang untuk tahun 2023, rasanya dah naik kepada RM3.00. Yes, ianya meningkat berbanding masa aku pergi sebelum ini.
Jadi ketika itu, kesemua keperluan cash AUD tukar siap-siap di Malaysia. Seingat aku, tak pernah cash out ATM di Perth dan duit semuanya habis digunakan disana. Ketika itu, masih belum familiar dengan BigPay atau Wise. Jadi guna kad kredit sahaja.
*Jadi dalam perkongsian itinerari ini, aku akan gunakan AUD1 = RM3.00 tau. Sebab senang kira.
Cuaca SemasaKami pergi dalam bulan Jun dan ketika itu tak silap ketika winter atau musim sejuk. Tapi rasanya tidaklah terlampau sejuk pada siang hari lebih kurang 10°C ke 19°C sahaja rasanya. Tapi malam boleh cecah satu digit la. Bagi aku, ok je. Tidaklah terlampau sejuk. Masih best untuk jalan kaki.
Aplikasi WajibSepanjang di Perth Australia dulu, aku akan guna 5 sahaja aplikasi yang aku rasa wajib ada iaitu Ex Currency, Calculator, Google Maps, Transperth, My Optus Internet dan Google Maps. Tapi dalam kesemua ni, paling-paling penting adalah Google Maps.
Orang cakap naik bas better guna Transperth. Tapi aku guna Google Maps lagi efficient. Guna jalan kaki, nak bas dan kereta pun best. Waze tak best kat sini. Aku ada internet, ada google maps boleh explore sendiri di Perth.
Jumlah Keseluruhan Kos Perbelanjaan Di Perth, AustraliaJadi sebelum kita pergi ke itinerari, kita tengok dulu total atau jumlah keseluruhan kos perbelanjaan selama berada di Perth termasuk tiket kapal terbang, pengangkutan, sewa kereta, penginapan, makan, tempat lawatan dan sebagainya.
i)  Tiket Kapal TerbangUntuk kapal terbang, ketika itu kami nak Malaysia Arlines (MAS) directly flight dari KLIA terus ke Perth Aiport dengan mengambil masa perjalan selama 5 jam 15 minit. Harga tiket flight ke Perth ketika itu adalah RM1050 return seorang.
Anda boleh beli tiket ke Perth Australia secara online menerusi laman web Malaysia Airlines di laman web www.malaysiaairlines.com dan boleh dapatkan promosi dengan tawaran harga yang istimewa. Tapi ketika itu, kami dapat tiket tersebut di Expedia. Boleh tengok-tengok juga disini.
ii)  Kos PengangkutanUntuk pengangkutan, selama berada di Perth, kami ada menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api. Tapi ada juga sewa kereta selama 2 hari untuk pergi ke kawasan yang lebih jauh dimana tiada akses pengangkutan awam yang baik.

Tips: Bas berbayar bewarna belang hijau dan juga CAT Bus yang ada lambang kucing hitam di bas iaitu secara percuma. Ada 4 warna; kuning, merah, hijau, dan biru. Setiap warna mengikut jalan dan perhentian masing-masing.
Di bandar utama mereka atau CBD Perth ada 2 jenis bas yang disediakan iaitu Cat Bus dimana ianya percuma sahaja dan satu lagu bas berbayar. Selain itu, ada juga menggunakan kereta api untuk ke Fremantle. Sebab nak jimat masa. Naik bas henti-henti macam lambat.

Dari airport pula, kami naik bas juga yang mana ketika itu berharga AUD4.80 (~RM14 seorang). Ada sekali lagi naik bas dan keretapi pergi balik tapi tak ingat harga dia. Aku skip la ek hahaha Tapi dalam CBD Perth ni bas tak mahal dah.


Kemudian untuk kereta kami sewa menggunaakn perkhidmatan Aries Car Rental. Paling best sebab owner dia Malaysian, jadi boleh whatsapp cakap melayu sahaja. Urusan sangat mudah. Recommended. Pada tahun 2019 tu, sewa 2 hari dengan harga AUD200 (RM600). Dapat kereta Kia rasanya.
Selain itu, anda juga boleh tempah secara online di klook dengan beberapa syarikat lain juga. Anda boleh tengok disini.
iii)  Kos PenginapanSelama 4 hari 3 malam di Perth, Australia, kami sewa di Perth City Apartment dengan harga RM1200. Tempahan dibuat di Airbnb. Taknak duduk hotel, sebab kalau sewa apartment, boleh masak dan duduk ramai-ramai.


Rumah tersebut cukup-cukup untuk 5 orang. Ada 2 bilik tidur, 1 ruang tamu, ruang dapur, meja makan, aircond heater, mesin basuh baju dan kesemuanya lah. Design nampak memang rumah orang barat la. Simple dan old school sikit tapi nice.
Lokasi menarik, terdapat bus stop yang tidak jauh daripada kawasan aparment dan juga terdapatnya Watertown Brand Outlet betul-betul seberang jalan. Jadi nak shopping boleh anytime kalau duduk di disini.
iv)  Kos MakananSebenarnya tak susah nak cari makan makanan halal kat Perth ni, tapi kena jalan-jalan sikit area bandar. Tapi pada trip tersebut, memang dah aim untuk jimat dan selamat, bawa terus makanan daripada Malaysia. Ada bawa sardin pek, makanan brahim, maggi, ikan bilis goreng dan beberapa lagi.

Selain itu, memang dah aim untuk makan 2 tempat iaitu di Kailis Fish n Chip dan Charcoal Chicken Dianella Plaza. Tapi tak ingat harga dia berapa. Letak sorang RM50 la.
v)  Kos Aktiviti & TempatSepanjang 4 hari di Perth, kami melawat 2 tempat yang berbayar dan selebihnya semua free. Dua tempat tersebut adalah Caversham Wildlife Park dan The Pinnacles (Nambung National Park). Masa tu kami beli tiket masuk secara walk-in sahaja. Kalau nak beli online, boleh tengok di sini dan sini.
Untuk The Pinnacles nak masuk bayar untuk satu kereta iaitu AUD 13 (RM39) dan Caversham Wild Life dengan harga tiket masuk untuk dewasa AUD 30 (RM90) seorang. Untuk kanak-kanak AUD 14 sahaja.
vi)  Lain-Lain KosUntuk lain-lain kos tambahan adalah seperti berikut:

Data internet guna apps My Optus dengan harga AUD 20 (RM60) untuk 12GB (atau boleh sewa pocket wifi)Takaful TripCare 360 = RM25 seorangUntuk petrol aku tak pasti kena topup ke tidak masa pulang
TOTAL KOS - Jadi jumlah kos dan perbelanjaan trip dan percutian aku dan sekeluarga ke Perth, Australia kali ini tidak termasuk kos makan dan shopping adalah AUD 530 atau RM1600 seorang. Itulah lebih kurang.
Itinerari Trip Ke Perth, AustraliaSebelum kami terbang ke Perth, macam-macam dah baca pengalaman orang yang katanya tak sempat masuk border, tapi dah dihantar semula pulang. Jadi adalah takut sikit. Jadi apa yang kami buat, dressup cantik sikit even flight tengah malam, print out itinerari dan hafal sikit.
Sebenarnya benda ni dah start kat KLIA lagi dimana akan ada pemantau Australian yang ada dalam boarding room tu tau. Dia akan randomly tanya nak pergi Australia buat apa semua. Dan yes, adik aku kena tanya. Tapi masa tu, jawab je la macam biasa nak pergi bercuti.
Tapi alhamdulillah, inilah antara kelebihan kalau arrive tengah malam di Perth dimana pihak imigresen tak check sangat pun luggage kiteorang. Dia buka satu beg je, dan terus bagi lepas. Serisu bersyukur gila ko time tu.

Aku rasa, antara perkara senang lepas adalah datang bercuti dengan keluarga dan ada mak ayah. Rasanya tak pernah dengar lagi dihantar pulang kalau ada parents ni. Memang tahu la muka nak bercuti dan duit takda ni hahaha
Jadi disebabkan sampai airport tengah malam, kami ambil keputusan untuk bermalam sahaja di Perth Airport sampai pagi. Boleh tidur di sana. Jangan risau. Surau pun ada tak jauh, boleh je tidur situ. Tidur la sampai pagi.
Flight 26 Jun, hari Rabu di Malaysia dan sampai di Perth pada 27 Jun 2023 (Khamis) tengah malam jam 1.30 pagi.
Day 1 (27 Jun 2019, Khamis)
[Perth Airport > Watertown Brand Outlet > West Leederville > King's Park and Botanical Garden]
Bas di Airport ni start pukul 9 pagi. Jadi dah siap-siap semua, cari Bas 380 warna hijau untuk ke bandar Perth dimana terletaknya apartment kami. Tapi sebelum ke sini, kena stop di perhentian Victoria Park untuk tukar CAT Bus warna kuning dan terus ke apartment.
Pada hari pertama ni memang bercadang untuk jalan di area airbnb sahaja. Jadi kami jalan kaki. Lagi pula, parents dah penat kan. Naik flight then tidur kat airport. Paling best kat sini, adalah Watertown Brand Outlet. Sama je macam GPO kat.

Dia banyak-banyak kedai dalam satu kawasan. Nak shopping ok juga sini. Tapi kami cuci mata je lah. Lepas tu nak biasakan dengan keadaan juga, naik CAT Bas dan ikut je la mana-mana yang jalan yang best. Dalam masa sama nak cari makanan juga
Akhirnya sampai di West Leederville. Ada singgah di Coles, macam Giant la. Jadi la beli makan sikit, buah-buahan dan air coklate dare jangan lupa beli. Sedap teruk. Boleh ketagih kalau minum. haha Selain tu boleh cuba OAK Chocolate atau Chill.

Dah setel sini, singgah di King's Park and Botanical Garden. Memang taman yang menghijau la. Cantik gila. Tapi sebab dah pukul 5 petang dan dah nak malam pun, jadi kami pulang ke airbnb dan berehat. Selesai hari pertama.
Day 2 (28 Jun 2023, Jumaat)
[Blue Bot House > Frementle > E-Shed Market > The Round House > Kaili's Fish n Chip]
Hari kedua ni, kita keluar sikit daripada CBD Perth ni dah bergerak Ke Frementle. Seberang sungai rasanya. Dia jauh sikit, tapi boleh je naik bas. Tapi kami decide untuk lebih cepat naik kereta api terus. Cepat sikit sampai. Pukul 5 petang dah gelap kan. Masa itu penting.
Sebelum sampai ke stesen kereta api. Kami stop dulu di Blue Bot House sebuah kawasan yang simple je tapi menjadi ikonik kepada Perth, Australia. Ianya merupakan sebuah rumah kecil atau bansal tempat simpan barang. Datang Perth, tak singgah sini memang rugi besar la. Bergambar free je. Cuma kena beratur tunggu giliran. Masa kami hari tu, nasib baik tak ramai orang.

Dah setel sini terus ke stesen train Claremont untuk pergi ke stesen terakhir iaitu Frementle. Lebih kurang 15 minit perjalanan. Kami terus ke Frementle Market, lebih kurang 15 minit jalan kaki. Cuaca sejuk memang tak rasa penat la.
Serius cantik gila kawasan Frementle ni. Dia lebih ikonik berbanding CBD Perth yang lebih maju. Masih kekalkan bangunan-bangunan lama. Kat Frementle ni boleh la kalau nak shopping cendermata. Banyak pilihan. Tapi pricey la sikit


Dah setel sini, barulah pergi tempat sebenar untuk shopping cenderamata iaitu di E-Shed Market. Kat sini cari kedai Aussin Gift & Souviner. Sini memang port orang Malaysia cari keychain, baju semua la. Sebab ada warga Indonesia. Boleh tawar-menawar.

Dah setel solat, shopping semua perut dah lapar, memang plan untuk ke satu kedai terkenal kalau sampai di Frementle ini iaitu Kaili's Fish n Chip. Boleh jalan kaki je. Tapi sebelum tu, singgah dulu di The Round House.
Bangunan tinggalan yang lama dan menjadi tarikan utama kat sini. Katanya setiap jam akan dihidupkan meriam. Tapi masa tu, dengar sekali je. Itu pun bila dah jauh. Sini paling best of coz view menghadap laut.

Akhirnya sampai destinasi wajib iaitu Kaili's Fish n Chip. Order fish n chip la apa lagi. Portion banyak gila. Kat sini dia takda jual berasaskan daging tau. Ada ikan dan fries sahaja. Sos cili takda, jadi dinasihatkan, bawa la dari Malaysia. Sini banyak burung seagull tau.

Serius aku tengok frementle ni cantik gila. Tepi laut, bangunan ikonik dan reka bentuk lama yang unik dan paling cantik langit biru je. Takda awan. Walaunpun terik, tetap sejuk. Memang tak terasa penat pun. Puas hati. Dah setel, terus balik sebelum langit gelap.
Day 3 (29 Jun 2023, Sabtu)
[Caversham Wildlife Park > The Margaret River Chocolate > Swan Valley Mosque > Charcoal Chicken Express Dianella]
Untuk hari ini dan esoknya, kami memang akan menggunakan kereta sewa daripada Aries Car Rental sahaja. Sebab nak travel jauh sikit. Driving kat Perth untuk yang pertama kali, aku rasa ok je. Lagi pula right hand-drive sama macam Malaysia. Yang penting ada lesen keras yang biasa kita guna tu.
Destinasi pertama adalah nak tengok kanggaru dan koala iaitu di Caversham Wildflife Park. Driving dalam 45 minit dah sampai. Tiket masuk beli secara walk-in dengan harga AUD 30 sahaja. Antara tarikan utama disini adalah bagi makan kanggaru weh. Memang dia hidup melata je dalam kawasan ni.
Jadi nak lebih menarik, datang awal yang mana Kanggaru tu masih lapar. Barulah di ambil makanan kita. Disinilah aku teruja sangat, buat kali pertama dalam hidup boleh tengok kangaroo depan mata dan siap boleh sentuh lagi.



Tak cukup dengan tu, boleh tengok Koala juga. Tapi macam biasa, kerja tidur je. Lepas tu ada aktiviti tengok persembahan kambing biri-biri dan juga sekolah lagi haiwan unik iaitu Wombat. First time pergi zoo happy. Sebab haiwan dalam ni, tiada kat Malaysia.
Setel sini singgah di The Margaret River Chocolate iaitu kilang coklat. Dah 2023, baru terfikir tak pastilah halal ke tidak. Hari tu, sebat je tester dia. Harap semunya ok la masa tu. Boleh juga singgah disini sebab dah otw masa nak ke masjid.

Singgah di Swan Valley Mosque sebentar untuk solat sebelum berangkat ke lokasi terakhir untuk santapan makan malam. Sila datang ke Charcoal Chicken Express. Secara keseluruhan, harga tidaklah terlalu mahal sebenarnya.

Anda wajib kena cukup ribs bakar, ayam bakar dan nasi beriyani. Sedap teruk. Jangan risau, kat sini memang halal, siap ada sijil lagi. Orang tempatan pun suka gila kedai ni, bukan pelancong macam kita sahaja. Portion besar, memang kenyang la. Dah setel kenyang, baru balik ke airbnb.
Day 4 (30 Jun 2023, Ahad)
[Lancelin Sand Dunes > The Pinnacles > Joondalup > The Esplanade, CBD Perth > Perth Airport]
Hari terakhir ni, flight pulang ke Malaysia pukul 2.00 pagi. Jadi kami memang siap-siap check-out daripada airbnb sebab akan jelajah ke kawasan yang lebih jauh ke utara Autralia. Sebenarnya plan awal nak pergi hari Sabtu, tapi terpaksa tukar. Risiko juga la untuk kejar flight nanti.
Jadi kiterang keluar lebih awal sikit dan terus memandu ke Lancelin Sand Dunes. Perjalanan ambil masa 2 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan takda capaian internet, jadi kena download offline maps siap-siap.


Sampai terus nikmati pemandangan gurun pasir berwarna putih ditengah-tengah daratan. Tak tahu la macam mana tiba-tiba ada pasir pantai tengah-tengah darat. Kat sini masuk percuma, tapi ada disediakan landslide board, atv dan sebagainya. Boleh sewa. Tapi kami kejar next station pula.
Tak jauh dari situ, singgah di The Pinnacles. Memang la orang cakap, last is the best. Ini pun satu lagi kejadian pelik macam mana tengah-tengah gurun pasir ada batu-batu cacak. Dah macam kat bulan weh. Unik dan cantik gila. Di Lanceline Dunes pasir putih dan di The Pinnacles pasir kuning. Lawa gila.


Dah setel semua, terus bergegas pulang ke CBD Perth. Tapi sebelum tu, kita singgah dulu di Big W di Joondalup untuk shopping pinggan mangkuk jenama Corelle. Kat sini murah katanya berbanding kalau beli kat Malaysia.
Dah siap shopping semua, terus ke The Esplanade di tengah bandar Perth tu. Singgah sini sebab banyak lagi sebelum sampai ke airport. Jadi kat sini banyak je tempat-tempat menarik. Bergambar dan makan sekejab.
Akhir sekali, terus ke Perth Airport untuk pulang kereta dan kembali pulang ke Malaysia.
Pengalaman Bercuti Di Perth, AustraliaMeskipun pengalaman ini berlaku pada tahun 2019, sampai 2023 ini masih ingat lagi. Inilah antara yang kita tidak boleh lupa. Tambah-tambah pula perkara tersebut adalah kali pertama berlaku dalam hidup kita. Kali pertama terbang oversea diuruskan sepenuhnya sendiri secara DIY.
Perth memang sebuah destinasi wajib pergi untuk orang Malaysia la. Tak jauh sangat, kos pun tidak terlalu tinggi, public transport mencukupi, terdapat tempat-tempat yang unik dan menarik dan pastinya cantik.
Tapi mungkin prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan Australia sedikit sebanyak menyukarkan untuk orang Malaysia datang ke Australia. Tapi kalau ada peluang, anda wajib datang disini. Bawa keluarga pun best. Lagi senang masuk.
Serius, aku rasa nak repeat lagi. Tapi sebab Australia ni besar. Mungkin akan pergi ke kawasan lain pula selepas Perth. Macam Gold Coast ada, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Sydney dan banyak lagi. Pergi kawasan utara, barat atau selatan Australia pula. Atau terus ke New Zealand.
Semoga ada rezeki nanti.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/09/itinerari-trip-ke-perth-australia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 66 Di Tahun 2023

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 66 Di Tahun 2023

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 342 hits
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 66 Tahun Ia bukan sekadar ucapan yang lalu macam angin ia bukan ucapan yang tiada rasa di jiwa Laungkan semangatmu kerana cintakan negara ini Tema Hari Kemerdekaan ke 66 adalah seperti di bawah Baca sampa...
Senarai Lokasi Perarakan Dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi Perarakan Dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 325 hits
Acara sambutan ambang Merdeka 2023 akan disambut pada malam 30 Ogos 2023 di 9 buah negeri seluruh negeri Hari Kebangsaan Kemerdekaan Ke 66 tahun 2023 peringkat kebangsaan akan disambut di Dataran Putrajaya Presint 3 dimana acara perarakan d...
Koleksi Poster Hari Kemerdekaan Ke 66 Tahun 2023 Yang Menarik

Koleksi Poster Hari Kemerdekaan Ke 66 Tahun 2023 Yang Menarik

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 553 hits
Selain ucapan mahupun dalam pantun yang dibuat apabila tiba Hari Kemerdekaan kita juga boleh kongsikan ucpan tersebut dalam bentuk poster Anda boleh berikan reka bentuk atau design yang menarik kepada rakan rakan anda Hari Kemerdekaan atau ...
Tak Pernah Tukar Lebih 45 Tahun Kedai Ini Jual Sup Yang Sama Sejak Hari Pertama Kedai Dibuka

Tak Pernah Tukar Lebih 45 Tahun Kedai Ini Jual Sup Yang Sama Sejak Hari Pertama Kedai Dibuka

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 200 hits
Tak Pernah Tukar Kedai Ini Jual Sup Lembu Yang Direneh Sejak Lebih 45 Tahun Lalu Sebuah restoran di Bangkok ternyata mempunyai resepi tersendiri dalam memikat para pelanggan untuk terus berkunjung ke kedai mereka Sup lembu yang dijual di re...
Logo Team Hari Merdeka Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Logo Team Hari Merdeka Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 429 hits
Setiap tahun Malaysia akan menyambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan pada 31 Ogos secara meriah dan gilang gemilang Dalam masa yang sama juga turut diperkenalkan logo dan tema rasmi yang digunakan sepanjang bulan Kemerdekaan tersebut Oleh...
Koleksi Contoh Ucapan Selamat Hari Guru 2023

Koleksi Contoh Ucapan Selamat Hari Guru 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 247 hits
Hari Guru adalah hari yang paling dihargai dan dinanti nantikan oleh semua pelajar dan guru di Malaysia Hari ini adalah hari untuk menghargai dan memberikan penghargaan kepada guru yang telah membimbing mengajar dan memberi inspirasi kepada...
Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023 Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023 Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 396 hits
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2023 adalah bertemakan Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital YB Fahmi Fadzil Malaysia MADANI Tekad Perpa...
Inovasi Tokopedia Care Hadapi Hari Pelanggan Nasional 2023

Inovasi Tokopedia Care Hadapi Hari Pelanggan Nasional 2023

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 199 hits
Masyarakat tak perlu khawatir berbelanja di Tokopedia saat Hari Pelanggan Nasional nanti
Hari Merdeka 2023 Malaysia Dengan Tema Yang Penuh Bermakna

Hari Merdeka 2023 Malaysia Dengan Tema Yang Penuh Bermakna

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 314 hits
Selamat hari Kebangsaan yang Ke 66 buat Malaysia Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan yang ke 66 dengan Tema Hari Merdeka 2023 penuh The post appeared first on
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt