Formula Untuk Umno Berkuasa Semula


Mohamed Khaled Nordin 
    ULASAN l Semenjak Umno dan PAS berunding untuk mengukuhkan kesatuan orang Melayu, pelbagai kata nista dilemparkan. Umno dan pemimpinnya digelar ‘Malay supremist’, rasis dan pelbagai gelaran lain. Umno dituduh menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh bahawa kerjasama Umno-PAS adalah a declaration of war against the non Malays atau 'perisytiharaan perang terhadap bukan Melayu'.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen pula menyokong kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang berspekulasi bahawa kerjasama orang Melayu Islam Umno-PAS akan boleh menjadikan Malaysia sebagai negara Taliban (pertubuhan pengganas di Afghanistan).

Kita terfikir. Mengapa sangat kita cuba memperkasa perpaduan yang semakin menipis, mereka dengan rakus memperkosanya dengan rasa prejudis? Pada saya, semua tindakan melulu, malah celupar, sebegini menghantar dua isyarat jelas.
Pertama DAP dan sekutunya amat gerun dengan cabaran yang akan mereka tempuhi apabila orang Melayu bersatu pada tahap yang tidak pernah terlihat sebelum ini.

Yang risau, tidak senang dan berasa tergugat bukannya masyarakat bukan Melayu secara umum.
Tetapi hanya DAP dan sekutunya Bersatu, yang tidak mewakili suara bukan Melayu yang lain.

Kebatilan dan kejahilan Mereka sangat sedar bahawa dampak kesatuan orang Melayu yang luar biasa akan melenyapkan DAP dan Bersatu dari persada kuasa.

Mereka tahu, naratif no religion no race Malaysian Malaysia tidak akan diterima, ditolak dan ditentang oleh orang Melayu. Mereka juga sedar bahawa Bersatu sehingga sekarang tidak boleh menjadi alternatif yang diterima kepada perjuangan politik bangsa Melayu.

Kedua, semua tindakan DAP menggambarkan betapa mereka selama ini hidup dalam kebatilan dan kejahilan.
Bagaimana mungkin kesatuan orang Melayu itu disamakan secara membuta tuli dengan ‘perang terhadap bangsa bukan Melayu’. Tiada akal yang waras dapat menerima hujah yang sangat dangkal, sempit dan tidak bertanggungjawab sebegini.

Ternyata pimpinan DAP sangat jahil tentang perjalanan, pengalaman, sejarah dan aspirasi politik Umno dan PAS. Malah, aspirasi dan amalan bernegara di Malaysia.

Sanubari kaum Oleh itu, tanggungjawab moral perjuangan Umno dan PAS selepas ini bukan sahaja untuk memperkukuhkan kesatuan bangsa Melayu dan orang Islam. Tetapi juga melakukan ikhtiar memerangi ‘kebatilan dan kejahilan DAP’ atau apa yang saya panggil the war against ignorance.

Kerana jika tidak dibendung, kejahilan DAP ini akan meresapi sanubari kaum bukan Melayu. Dan, kita sendiri tahu, tiada perkara baik akan terhasil dari sesuatu yang berpaksikan kejahilan yang menebal.

Wahai DAP, selama 60 tahun Umno menjadi parti induk BN, selama 60 tahun jugalah pelbagai parti politik dengan pelbagai ideologi dan fahaman politik dari seluruh pelosok negara muncul, bekerjasama dan mengurus tanahair ini dengan aman dan berjaya, melalui politik permuafakatan.

Selama 60 tahun, Umno dan BN mengurus negara ini dengan jalan sederhana. Jalan politik berhikmah. Jalan politik yang mengiktiraf hak dan keperluan semua. Jalan politik yang tidak ekstrem atau melampau.
Dan selama 60 tahun jugalah, pelbagai bangsa hidup dengan rukun dan damai di tanah air ini. Tiada sekali pun Umno dan BN membenarkan konflik perkauman tercetus, kecuali peristiwa 13 Mei yang semua orang tahu, bukan dimulai oleh orang Melayu.

Pasti tidak sempurna Benar dalam masa 60 tahun tersebut, Umno dan BN pasti tidak sempurna dan terlepas dari segala khilaf. Umno adalah gerakan amal bakti yang mengemudi pentadbiran negara melalui penglibatan politik.

Pasti ada perhitungannya yang tersasar, yang tidak sempurna. Dan adalah amat mustahil semua tindakan Umno akan memuaskan hati atau menggembirakan semua pihak setiap masa.

Namun selama 60 tahun tersebut, rekod Umno mengurus kepelbagaian Malaysia adalah sangat luar biasa. Malah, menjadi suri teladan kepada banyak pihak. Adalah amat sempit dan memalukan pemikiran DAP ini jika mereka beranggapan bahawa Umno dan PAS akan membelakangkan jalan sederhana.

Percayalah, Umno dan PAS bersatu demi watan. Kami dalam Umno dan PAS bukan golongan mereka yang baru berpolitik setahun dua. Malah bukan mereka yang terdorong berpolitik kerana kuasa semata-mata.

Kami berpolitik untuk memberi darma bakti pada bangsa dan tanahair. Kami sangat mengerti, bahawa tiada satu kaum dapat mengurus Malaysia dengan aman dan baik secara terasing dan bersendirian. Ia mesti dilakukan bersama-sama dengan bangsa lain.
Kami sedar, jika Umno ingin berkuasa semula, maka formulanya hanya satu. Orang Melayu mesti bersatu dan mengurus Malaysia dengan bukan Melayu demi kesejahteraan bersama.

Tiada Pelan B dan Pelan C. Hanya satu Pelan, iaitu Umno ++ untuk Malaysia.

Seperti Perikatan dahulu dan kemudiannya Barisan Nasional. Dan formula itu jugalah yang diciplak oleh PH.

Tetapi berikanlah ruang untuk kami menguruskan perpaduan orang Melayu melalui kerjasama dengan PAS. Ini perihal bangsa Melayu yang telah sangat berpecah dan biarlah kami menanganinya dengan kebijakan kami.

Musibah di negara orang Kesatuan Melayu melalui Umno dan PAS tidak akan memundurkan kemajuan bangsa lain mahupun merencatkan kemajmukan Malaysia. Malah, perpaduan bangsa Melayu sangat diperlukan untuk mengukuhkan kemajmukan Malaysia.

Yang menjarakkan pelbagai kaum di Malaysia ini bukan Umno tetapi DAP. Lihat sahaja bagaimana ia melabel pelbagai pihak yang tidak bersama dengan mereka dengan bermacam-macam nama dan jolokan. Yang menggunakan perkataan ‘perang’, pengganas, ekstremise dan ‘Malay supremist’.
Sehinggakan musibah yang melanda negara orang pun dijadikan contoh untuk berpolitik dan menghina kami. Kerana itulah Umno sangat berterima kasih dengan MCA dan MIC. Di sebalik
serangan dan kata nista terhadap kerjasama Umno dan PAS, kedua-dua parti ini memutuskan untuk terus mendukung politik sederhana dan berhikmah melalui BN.

Lalu kepada semua masyarakat bukan Melayu, ini janji kami. Bahawa dalam segala kelemahan, kekurangan dan kebaikan lepas, kami akan terus berpegang kepada semangat bersederhana dalam amalan politik kami.

Umno tidak akan sama sekali membelakangkan aspirasi setiap warganegara Malaysia yang pelbagai. Umno telah dan akan terus memilih jalan sederhana dan jalan berhikmah kerana inilah ajaran agama kami, nilai bangsa kami dan budaya masyarakat kami.

Umno akan pincang

Kami tidak akan sama sekali membelakangkan masyarakat bukan Melayu kerana perjalanan politik kami yang berpuluh tahun itu sarat sekali dengan cerita terbaik sebuah masyarakat majmuk yang dicontohi serata dunia.

Dan akan kami bangunkan ketumbukan politik yang bukan sahaja sederhana dan progresif. Tetapi akan kami lancarkan ikhtiar memerangi ‘kejahilan’ yang dipelopori oleh DAP dan Bersatu untuk kepentingan politik mereka.

The war against ignorance ini penting kerana golongan bukan Melayu mesti diselamatkan dari terus terpesong dengan politik sempit, dangkal dan jahil, ala DAP.

Pada DAP, apabila orang Melayu berpecah, saling bertekak, itu lebih baik. Lebih mudah untuk mereka mengambil kesempatan. Strategi dan amalan pecah dan perintah ini bukan perkara asing dalam perjalanan panjang sejarah negara kita.

Guru utamanya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Yang penting, demi masa, Umno dan PAS, dalam kerjasamanya, bukan sahaja akan mengukuhkan perpaduan ummah. Tetapi akan mempertahankan kepentingan bukan Melayu walau apa pun harganya. Kerana, bukan Melayu itu bukan aktor tambahan.

Mereka adalah sebahagian dari negara ini. Malah, mereka adalah sebahagian dari kami.

Tanpa bukan Melayu, perjuangan Umno untuk watan akan pincang dan terencat.

Kerana telah termaktub janji Umno dahulu semasa merintis kemerdekaan bersama MCA dan MIC.

Bahawa negara ini akan menjadi tanahair bersama. Semua orang punya peluang dan punya tempat dalam naungan tanahair ini.

Pada watan inilah, akan kita semua, Melayu, Cina, India dan semua Bumiputera lain, tumpahkan kasih sayang dan sumbangsih yang tidak berbelah bahagi dan setulusnya.

*DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN adalah Naib Presiden Umno



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/formula-untuk-umno-berkuasa-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Wujudkan Jabatan Pilihan Raya Dan Aktifkan Semula Sistem Keahlian Online

Umno Wujudkan Jabatan Pilihan Raya Dan Aktifkan Semula Sistem Keahlian Online

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR 7 Mac Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas presiden parti Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ibu pejabat parti akan mewujudkan Jabatan Pilihan Raya dalam usaha memperkemaskan lagi perjalanan serta perancangan untuk...
Umno Pas Takkan Bergabung Kami Takkan Abai Kaum Lain Kata Tok Mat

Umno Pas Takkan Bergabung Kami Takkan Abai Kaum Lain Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 346 hits
March 7 2019 7 50 PMMohamad Hasan bercakap kepada media di Ibu Pejabat Umno hari ini sambil ditemani Ismail Sabri Yaakob Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan pemimpin lain KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memberi jaminan p...
5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 488 hits
ISMAIL SABRI YAAKOB NAIB PRESIDEN UMNO ASSALAMUALAIKUM WBT6 Mac 2019 29 JamdilAkhir 1440HSeperti yang semua tahu 5 Mac 2018 merupakan tarikh sejarah negara apabila termeterai satu kerjasama dua kuasa Islam Melayu antara UMNO dan PAS Dua par...
No Gag Order On Nazri Or Anyone From Umno Says Tok Mat

No Gag Order On Nazri Or Anyone From Umno Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Umno does not intend to gag its leaders or members including Padang Rengas MP Datuk Seri Nazri Aziz from voicing out their views says Datuk Seri Mohamad Hasan This is a free country This is a democratic country They can say any...
Umno Pas B Islam Jadi Sasaran A Hadi Tempelak G Eng

Umno Pas B Islam Jadi Sasaran A Hadi Tempelak G Eng

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 309 hits
Abdul Hadi tempelak Guan EngKUALA TERENGGANU 7 Mac Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menempelak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya bahawa kerjasama rasmi UMNO Pas akan menjadikan orang bukan Islam sebag...
Umno Dan Pas Sekarang Seronok Demonstrasi

Umno Dan Pas Sekarang Seronok Demonstrasi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 420 hits
Umno Dan PAS Sekarang Seronok Demonstrasi Sayap pemuda parti komponen BN hari ini berganding bahu dengan sekutu baru mereka dari PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyebut bahawa Umno dan P...
Kenyataan Lim Guan Eng Berkaitan Kerjasama Umno Pas Berbaur Hasutan Ka Siong

Kenyataan Lim Guan Eng Berkaitan Kerjasama Umno Pas Berbaur Hasutan Ka Siong

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 434 hits
https i1 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190307 lim guan eng hasutan f jpg fit 600 2C400 ssl 1Belum pernah dalam sejarah Malaysia seorang ahli politik membuat kenyataan menghasut seperti Lim Guan Eng yang mengatakan kerjasama ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah