Formula Pas Sokong Penyandang Bererti Mereka Terang Terang Menolak Kumpulan Hamzah Zainuddin


 
Dalam permusuhan yang kian membara antara UMNO dan Bersatu, Pas yang mengharapkan kedua-dua parti itu dapat saling bekerjasama dalam PRU15 telah menampilkan formula penyelesaian yang dianggap dapat menjernihkan keadaan.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya teguh dengan pendirian mengekalkan kerusi tradisi mana-mana parti sama ada miliknya, UMNO mahupun Bersatu.
“Jika dalam PRU lalu, kerusi itu milik UMNO, maka kita akan sokong UMNO dan begitulah sebaliknya, kalau milik Bersatu.
“Asas kita dalam muafakat politik adalah untuk mengelakkan pergandingan tiga penjuru, jadi itu adalah antara kaedah yang akan diambil,” ujarnya lagi.
Selain itu, tambah Menteri Alam Sekitar itu lagi, sekiranya berlaku pertembungan antara UMNO dan Bersatu di mana-mana kerusi, Pas hanya akan mengundi parti penyandang iaitu siapa yang memenanginya pada PRU14 lalu.
“Formula inilah antara yang akan diguna pakai Pas sebagai panduan kepada 2.2 juta ahlinya pada hari pembuangan undi nanti,” jelas Tuan Ibrahim lagi.
Sekali imbas, memang ternampak logik dan munasabah formula penyelesaian yang dikemukakan Pas ini.
Tetapi, harus diingat dalam PRU14 pada 2018 lalu, Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen berbanding UMNO yang menang sebanyak 54 kerusi.
Daripada 13 kerusi itu, ia kemudian berpecah pula kepada Pejuang, Muda dan Bebas.
Yang kekal bersama Bersatu hanyalah 6 Ahli Parlimen saja.
Begitu pun, berikutan ada yang melompat katak daripada UMNO dan PKR ke dalam Bersatu, jumlah Ahli Parlimen dalam parti itu sekarang ialah 31 orang.
Dalam konteks untuk menyatukan UMNO dengan Bersatu, isu yang paling menjadi pertikaian ialah kedudukan kerusi Parlimen milik UMNO yang dibawa lari oleh pemimpin yang melompat ke dalam Bersatu.
Jumlah Ahli Parlimen UMNO yang melompat menyertai Bersatu ialah 15 di mana mereka ini lebih dikenali sebagai Kumpulan Hamzah Zainuddin.
UMNO berkeras mahu mengambil balik kerusi tersebut, manakala Ahli Parlimen yang sudah berada dalam Bersatu itu tentu saja mahu bertanding semula, tambahan lagi sebahagiannya berjawatan menteri, timbalan menteri dan lain-lain yang bergaji sekarang ini.
Dalam hal ini, jika formula Pas yang dilontarkan Tuan Ibrahim itu mahu diterima, apakah ia bermakna Bersatu hanya sesuai bertanding di 13 kerusi Parlimen saja pada PRU15 nanti?
Apakah formula itu juga bererti Pas dengan sendirinya menolak keperluan Kumpulan Hamzah Zainuddin untuk terus bertanding lagi pada PRU akan datang ini?
Dan kiranya berlaku pula pertandingan antara UMNO dengan Bersatu di 15 kerusi Parlimen terbabit, sejauh mana Pas benar-benar berpegang kepada pendirian untuk hanya menyokong calon daripada parti penyandang iaitu calon yang mewakili UMNO?
Jika pendirian tersebut kekal sebagai pendiriannya, bukankah parti itu adalah anggota gabungan dalam Perikatan Nasional atau PN yang ditunjangi oleh Bersatu sekarang ini?
Sampai hatikah Pas tidak menyokong calon daripada PN sendiri iaitu gabungan yang dianggotainya demi formula menyokong calon parti penyandang, walhal mereka tiada apa-apa hubungan rasmi pun dengan UMNO?
Apa agaknya reaksi Bersatu, khususnya Kumpulan Hamzah Zainuddin dengan formula Pas ini? – ShahbudinHusin 04/10/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/formula-pas-sokong-penyandang-bererti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Penyandang Kerusi Jadi Formula Pas Kata Tuan Ibrahim

Sokong Penyandang Kerusi Jadi Formula Pas Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 231 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kaedah itu antara langkah yang akan diambil bagi mengelakkan tiga penjuru PETALING JAYA PAS memberi jaminan akan mengundi penyandang kerusi sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru antar...
Pas Sokong Penyandang Kerusi Jika Berlaku Pertembungan Umno Bersatu Pada Pru 15

Pas Sokong Penyandang Kerusi Jika Berlaku Pertembungan Umno Bersatu Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 294 hits
DUNGUN Menyokong penyandang kerusi merupakan formula yang akan digunakan Pas sekiranya berlaku pertembungan kerusi antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke 15 nanti Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrah...
Ini Formula Bukan King Maker Tapi King Gayut Pada Parti Lain Pas Tiada Kekuatan Bersendirian

Ini Formula Bukan King Maker Tapi King Gayut Pada Parti Lain Pas Tiada Kekuatan Bersendirian

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 188 hits
Sokong penyandang kerusi jadi formula PAS kata Tuan Ibrahim October 4 2021 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kaedah itu antara langkah yang akan diambil bagi mengelakkan tiga penjuru PETALING JAYA PAS memberi jaminan akan ...
2 Persatuan Polis Sokong Tubuh Ipcc

2 Persatuan Polis Sokong Tubuh Ipcc

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 143 hits
PETALING JAYA Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia menyokong dan menyambut baik usaha kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis Dalam kenyataan bersama Presiden PPKP Mohd Asri Md Ak...
435 Nelayan Sokong Projek Tambak Laut Pulau Pinang

435 Nelayan Sokong Projek Tambak Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 208 hits
Seramai 435 nelayan merupakan sebahagian daripada 1 521 penduduk dari kawasan selatan Pulau Pinang yang menyerahkan nama serta tandatangan mereka kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyokong projek tambakan laut di kawasan tersebut So...
Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 216 hits
agendaily com5 10 2021Dewan Undangan Negeri Melaka Keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka mendapat sokongan UMNO dan yakin akan dapat menyapu bersih semua kerusi sekiranya Pilihan Raya Negeri diadakan kata Presidennya Datuk Seri ...
Bukan Kerana Mou Tapi 115 Mp Yang Sokong Pm Puas Dengan Sogokon

Bukan Kerana Mou Tapi 115 Mp Yang Sokong Pm Puas Dengan Sogokon

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 115 hits
8 21 AMOleh ARIF ATAN October 5 2021Khalid Samad menegaskan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri tidak dicabar kerana 115 sokongan Ahli Parlimen puas dengan sogokan yang diberi Menurutnya kestabilan yang dimaksud...
Video Isteri Datang Sokong Waktu Main Futsal Sekali Lain Macam Dia Punya Semangat

Video Isteri Datang Sokong Waktu Main Futsal Sekali Lain Macam Dia Punya Semangat

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 255 hits
Tidak dinafikan sekarang ini trend menjaga kesihatan adalah menjadi trend utama bagi warga net sekarang Selepas kerajaan dah mengumumkan bahawa bersukan adalah termasuk dalam salah satu SOP yang telah dilonggarkan dan boleh bersukan ramai y...
Ramai Adun Pembangkang Di Sabah Kini Sokong Kerajaan

Ramai Adun Pembangkang Di Sabah Kini Sokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 178 hits
Bendera Sabah Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan keluar daripada Warisan dijangka lebih ramai ADUN pembangkang akan menyokong kerajaan Mendedahkan perkara itu Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Ma...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Overcoming Funding Challenges

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa

Rukun Islam Jangan Ditambahkurangi Itu Namanya Dholalah Finnar

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Doge Jumaat 3 Mei 2024

Singgah Solat Di Masjid Sri Sendayan

Chacarita Is Buenos Aires S Quirkiest Neighborhood Get There Soon