Format Contoh Karangan Syarahan


Salah satu jenis karangan yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah adalah karangan syarahan.
Berikut merupakan format dan contoh syarahan yang boleh dijadikan panduan.
Mengenai Karangan Syarahan Karangan syarahan atau pidato merupakan karangan berformat yang merangkumi kata aluan, kata panggilan hormat dan terima kasih.
Karangan ini lazimnya disampaikan untuk pertandingan.
Selain itu, karangan jenis ini membicarakan tajuk yang lebih formal seperti karangan fakta namun dengan format yang berbeza.
Karangan jenis ini memerlukan kata alu-aluan kepada hadirin manakala karangan fakta tidak memerlukan kata alu-aluan tersebut.
Format Karangan Syarahan Karangan ini merangkumi format berikut:
i) Pendahuluan
Pendahuluan bagi karangan ini adalah kata-kata aluan dan menyatakan tajuk syarahan.
ii) Isi karangan
Isi karangan ditulis dalam beberapa karangan yang merangkumi:
Definisi tajuk syarahan Idea dan hujah syarahan iii) Penutup
Penutup bagi karangan ini disertai dengan seruan mengenai tajuk karangan dan ucapan terima kasih.
Contoh Karangan Syarahan Contoh karangan ini boleh dilihat menerusi karangan di bawah:
Anda terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda adalah “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.” Tulis karangan berkaitan tajuk tersebut.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana. Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Guar Chempedak, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya saya di sini, pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Alam Sekitar dan Tanggungjawab Bersama.”
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Sebelum melangkah lebih jauh, terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan beberapa kata kunci yang terdapat dalam tajuk syarahan saya pada pagi ini. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘alam sekitar’ ditakrifkan sebagao apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Perkataan ‘tanggungjawab’ pula ditakrifkan sebagai amanah atau tugas perlu dipikul oleh seseorang sementara ‘bersama’ diertikan sebagai semua pihak yang terlibat. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau mencorakkan alam sekitar ini ialah tanggungjawab semua pihak dan bukan hanya dipikul oleh orang-orang tertentu sahaja. Ini sesuai dengan kata pepatah ‘bulat air kerana pembetung, bulatkata kerana muafakat.’ Oleh kerana itulah kebersihan dan keindahan alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama.
Kita cukup beruntung kerana memiliki pemimpin yang sedar akan kepentingan keindahan dan kebersihan alam sekitar. Bagaimanakah keadaannya sekiranya kita hidupdalam keadaan yang kotor dan alam yang tercemar? Tentu kita akan berasa tidak selesa dan kesihatan kita akan terganggu. Kita patut bersyukur kerana memiliki bangunan-bangunan pencakar langit, flora dan fauna yang pelbagai dan sebagainya. Justeru. kita perlu menjaga keindahan alam sekitar supaya kita boleh hidup dalam keadaan yang aman dan suasana yang segar.
Tanggungjawab menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga binatang ternakan di ladang yang luas. Sebaliknya lebih daripada itu, menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan secara bersendirian. Ini bermakna semua manusia atau semua pihak yang berwajib bertanggungjawab mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak atau menuding jari ke arah pihak lain sekiranya alam sekitar kita tercemar. Tindakan yang perlu kita lakukan ialah melihat dalam diri sendiri dan perlu bertanggungjawab memulihara alam.
Hadirin yang dikasihi,
Alam sekitar ialah wajah kita sebenarnya. Alam sekitar ialah imej atau cerminan diri kita sendiri. Sekiranya kita menginginkan wajah yang cantik, kita perlu menghias diri kita. Hal yang sama juga boleh diaplikasikan pada alam sekitar, iaitu alam yang cantik akan menjadi daya penarik kepada pelancong luar datang ke negara kita. Keadaan ini secara tidak langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara. Negara-negara yang kurang mempunyai sumber alam sebagai hasil pendapatan negara, kini mula beralih ke sektor pelancongan untuk menarik pelabur luar. Oleh itu, amat wajar sekiranya kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memajukan negara.
Jika ditanya, siapakah semua pihak itu? Sudah tentu jawapannya merujuk kepada kanak-kanak yang baru dilahirkan sehingga orang tua yang lanjut usianya. Saya melihat tanggungjawab ini cukup besar sifatnya dan menyeluruh. Kanak-kanak perludiberikan pendidikan supaya mencintai alam sekitar. Orang tua pula perlu diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan yang lebih muda tentang kepentingan menjagaalam sekitar. Para pengusaha perlu ingat supaya jangan terlalu memikirkan keuntungan, sebaliknya berusaha mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih menarik. Mereka perlu berganding bahu dengan kerajaan untuk sama-sama memikirkan cara mencantikkan sungai, cara memulihara laut dan pantai atau cara menarik pelabur asing ke negara kita. Pemikiran sebeginilah yang diharapkan agar masyarakat berasa bertanggungjawab dan sumbangan yang bakal diberikan oleh mereka dihargai.
Hadirin yang dihormati,
Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tentu tidak mahu menghidu asap beracun, minum air beracun, dan makan makanan beracun. Tubuh badan memerlukan sumber makanan dan udara yang bersih. Oleh itu, bagi mendapatkan semua perkara tersebut, semuanya bergantung pada alam sekitar yang bersih.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga dewan agar sama-sama mempunyai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar. Sekian, terima kasih.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/contoh-karangan-syarahan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=contoh-karangan-syarahan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Maksud Cara Jawab Contoh

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Maksud Cara Jawab Contoh

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 67 hits
Taqabbalallahu minna wa minkum Maksud Cara Jawab Contoh Hari Raya adalah merupakan Hari Kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan Ia disambut dengan penuh sukacita dan penuh kesyukuran Selain ucapan Selamat Hari...
Contoh Pantun Raya Aidilfitri 2024 Lawak Dan Kreatif

Contoh Pantun Raya Aidilfitri 2024 Lawak Dan Kreatif

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 161 hits
Nak lebih meriah lebih kreatif sempena Lebaran tahun 2024 ini selain daripada ucapan salam apa kita bagi pantun raya pula Boleh kongsikan kepada keluarga dan rakan rakan yang mengenali diri kita Setiap tahun pasti meriah dengan dimana kita ...
Contoh Antara Jualan Online

Contoh Antara Jualan Online

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 69 hits
Asyraff Jeffry Jualan Elrah untuk tahun ini sudah menghampiri RM200 Juta Hebat Dalam masa empat bulan sudah RM200 Juta Pencapaian yang luar biasa Sebagai orang yang ketinggalan dalam dunia fesyen saya baru tahu pengasas Elrah rupanya orang ...
Surat Berhenti Kerja Panduan Contoh Surat

Surat Berhenti Kerja Panduan Contoh Surat

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 154 hits
Bagi mereka yang ingin membuat keputusan untuk berhenti kerja mereka perlulah menghantar Surat Berhenti Kerja kepada majikan Berikut maklumat mengenai surat ini dan contoh contoh surat tersebut Mengenai Surat Berhenti Kerja Surat ini adalah...
Jelang Sidang Putusan Phpu Karangan Bunga Sindir Sengketa Pilpres Berjejer Di Mk Dukung Prabowo Gibran

Jelang Sidang Putusan Phpu Karangan Bunga Sindir Sengketa Pilpres Berjejer Di Mk Dukung Prabowo Gibran

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 53 hits
Ada sekitar 15 karangan bunga yang berada di dalam gedung MK itu Tulisannya bermakna sindiran berbalut humor
Contoh Caption Menarik Gambar Raya Boleh Anda Gunakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Contoh Caption Menarik Gambar Raya Boleh Anda Gunakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 204 hits
Kalau dah hari raya pastilah masing masing akan flex baju raya kan Jadi bila nak share ootd baju raya anda di Instagram kena lah ada caption yang menarik untuk gambar raya raya kan Jadi disini disenaraikan beberapa caption menarik caption l...
Pemimpin Itu Contoh

Pemimpin Itu Contoh

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 63 hits
Sindir SenjaPemimpin adalah role model kepada orang bawahan Antara faktor kepimpinan Rasulullah kenapa mudah diterima dan menyebabkan orang kafir tertawan ialah akhlaknya Rasulullah bukan memimpin dengan gagasan dan wawasan jauh sekali reto...
Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 97 hits
Kasus pungli lagi viral di media sosial Seorang pengguna X membagikan pengalamannya menjadi korban pungli saat pakir di Masjid Raya Al Jabbar Bandung Berikut nbsp Pengertian Pungli Contoh dan Hukumannya Yang dialami pengunjung masjid terseb...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Umur 21 Terlibat Dalam Mesyuarat Penajaan Ukm

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Yong Tau Foo Homemade

Remaja Perempuan Hilang Lepas Naik Teksi E Hailing Ke Tempat Kerja Di Ipoh

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

Official Position Of The State Government Of Sabah In Relation To The Constitutional Right To Claim The 40 Percent

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah