Footlink Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam


Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam | Assalamualaikum semua.. KASUT, semua orang pasti ada kasut kan. Tak kisah la jenis apa sama ada kasut sukan ke kasut kerja ke atau kasut jalan-jalan. Macam sis sendiri pun ada beberapa jenis kasut juga. Sis suka beli time ada Sale.. hahaha, dasarrrr.. pantang nampak sale tau. Pastu benda pertama yang sis tengok adalah design. Kalau cantik dan muat, terus sis beli dan memang sis akan pakai ke mana-mana pun.. alih-alih bila balik ke rumah merungut kaki sakit. 

Siapa ada masalah yang sama macam sis?? Pakai kasut tapi bila balik kaki sakit. Tu belum pakai kasut tumit tinggi lagi. Mula-mula tu duk fikir jugak maybe sebab sis ada masalah berat badan tapi takkan la nak tunggu kurus baru hilang rasa sakit kaki kan. Jenuh la nak tunggu kurus ooii.. haha.. So, kesimpulannya marilah mencari kasut yang sesuai dan bagus untuk kesihatan. 

Kebetulan pula baru-baru ni sis dapat jemputan ke majlis pelancaran cawangan terbaru kedai kasut kesihatan Footlink yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Ha, masa ni la sis nak tahu lebih lanjut pasal kasut kesihatan ni. Ye la, selama ni duk dengar orang sebut je kan. Lagipun time tu muda lagi. La ni sejak umur dah meningkat ni rasa macam kesedaran untuk menjaga kesihatan tu dah makin menebal. Risau wei.


Sebut pasal kasut kesihatan ni mesti korang duk pikir yang kasut ni tak cantik dan hanya dipakai oleh orang-orang yang berpenyakit. Betul tak?? ha, jangan tipu ye.. sebab sis pun fikir benda yang sama. Mesti rasa malu je nak pakai kan. Rupanya sangkaan sis tu salah ye. Bila masuk je ke dalam kedai kasut kesihatan Footlink ni beratur pelbagai jenis design kasut. Rupanya di Footlink ni selain dari kasut untuk mereka yang ada penyakit, ada juga pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan wanita. Kasut kerja, kasut sukan malah kasut untuk jalan-jalan pun ada. Cantik-cantik weiii




Walaupun kasut-kasut di Footlink ni telah dipelbagaikan designnya kepada design yang lebih modern tetapi Footlink masih mengekalkan ciri-ciri keselesaan dan juga bagus untuk penjagaan kaki. Menurut Mr Uresh Loganathan (wakil dari Footlink) setiap kasut yang dihasilkan di Footlink sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah seperti postur badan lemah, kaki leper, sakit lutut sakit tumit, bunion dan juga beberapa lagi masalah kaki. Jadi oleh sebab prihatin terhadap mereka yang mempunyai masalah ini maka Footlink menghasilkan kasut yang mempunyai ciri-ciri berikut : 
✔ Lapisan tapak berkualiti✔ Ruang kaki yang luas✔ Pengagihan berat badan yang seimbang✔ Menyerap tekanan maksimum✔ Mempunyai sistem Orthotics


Serius sis cakap, mendengar penerangan dari Mr Uresh membuatkan sis ternganga. Rupanya banyak faktor yang perlu diketahui jika kita ingin membeli kasut yang sesuai untuk kaki kita sekaligus dapat menjaga kesihatan terutama di bahagian tulang belakang. Ha, bagi perempuan jangan biasakan memakai kasut tumit tinggi untuk tempoh yang lama ye, paling lama 2-3 jam cukup. Jika pakai lama-lama, tu yang sakit di bahagian belakang atau tumit tu.


Oh ya, sebelum beli kasut kita kena tahu jenis tapak kaki kita sama ada  jenis Wide Foot (EE), Medium Foot (B) atau Narrow Foot (AA). Ini kerana setiap jenis tapak kaki perlu memilih bentuk tapak kasut yang sesuai. Sebagai contoh, kaki sis dikategorikan sebagai Medium Foot (B), jadi sis tak berapa sesuai memakai kasut yang runcing di hadapan.



So, bila dah tau jenis tapak kaki, sis pun usha la beberapa kasut yang ada di Footlink ni. Cuba punya cuba, hati terpikat dengan sepasang kasut ni. Merah?? ye sudah pasti la warna merah sebab tu warna kegemaran sis tapi itu bukan sebab utama sis pilih kasut tu. Ternyata bila disarungkan ke kaki terasa sangat selesa. Bila jalan rasa ringan dan kasut bagai melekap ke kaki. Memang selesa la. 

Kalau korang nak tahu, untuk kasut kesihatan wanita di bawah jenama Footlink semuanya bertumit rendah sahaja. Jadi bagi yang selalu atau memerlukan kasut tumit tinggi untuk kerja boleh memilih kasut dibawah jenama Fidu. Fidu ni bukan la kasut kesihatan. Ia lebih kepada mereka yang ingin bergaya dengan design kasut yang lebih elegan dan bertumit tinggi. Walaupun bukan kasut kesihatan tetapi kualiti material yang digunakan tetap sama dan berkualiti.


Ha, yang ni pula kasut dari Footlink yang direka khas untuk mereka yang mempunyai penyakit seperti diabetes dan juga gout. Perasan tak yang kasut ni lebih lebar dan mempunyai penutup boleh laras. Tujuan kasut ini dibuat sedemikian adalah untuk memudahkan penggunanya menyarungkan kasut dan melaraskan semula mengikut kesesuaian kaki. Sebagaimana yang kita tahu mereka yang mempunyai masalah ini kebiasaannya kaki mereka akan membengkak. Jadi mereka tidak akan selesa menggunakan kasut biasa. Lagipun kasut kesihatan Footlink ni mempunyai lapik dalam yang lebih tebal dan lembut. So, kalau korang ada ibu bapa yang mempunyai masalah seperti ini, bertukarlah kepada kasut kesihatan Footlink bagi keselesaan kepada mereka



Selain dari kasut, di Footlink cawangan Seksyen 13 Shah Alam ini juga ada menjual stokin tau. Menariknya stokin di Footlink ni diperbuat dari material yang lembut dan tidak panas, mempunyai pad di bahagian bawah tapak kaki, tiada sambungan di bahagian jari kaki dan tiada cengkaman di bahagian betis. Ciri-ciri ini akan membuatkan si pemakai lebih selesa dan darah juga dapat mengalir dengan lancar. Selain tu ada juga stokin untuk wanita yang mempunyai ruang berasingan untuk ibu jari kaki. Ha, selesa la sikit kalau nak pakai selipar kan. Lepas tu ada juga moisturising cream dari Footlink yang dapat membantu melembapkan kulit kering terutama di bahagian siku, lutut dan tumit





Secara keseluruhannya memang perspektif sis terhadap kasut kesihatan ni bertukar selepas datang ke majlis ni. Kira macam jatuh cinta pandang pertama la. Kebanyakan design terkini dari Footlink setanding design kasut-kasut berjenama. Jadi kenapa tidak kan. Dah la dapat kasut cantik, dapat  pula menjaga kesihatan juga. Lepas ni kurang la masalah sakit kaki. Nak travel pun senang sebab faham-faham je la kalau travel ni memang kena banyak berjalan


Jadi kalau korang juga mencari kasut yang cantik dan sesuai untuk aktiviti harian boleh la datang ke Footlink cawangan Seksyen 13 Shah Alam ni. Sis galakkan korang datang sendiri ke kedai untuk memilih dan mencuba sendiri kasut-kasut yang ada di sini. Jangan sesekali beli secara online ye sebab takut tak sesuai dengan kaki. Jangan risau, di Footlink ni akan ada pembantu yang akan menolong korang untuk memilih kasut yanag bersesuaian dengan kaki korang. Andai kata ada ahli keluarga yang mempunyai masalah kencing manis (diabetes) atau gout, inilah masanya untuk hadiahkan kasut Footlink yang selesa kepada mereka


Yesszaaa, sebut pasal hadiah, ha sis pun nak bagi hadiah kepada korang semua sebagai tanda penghargaan kepada korang yang membaca entri ni sampai habis. Jika korang berminat nak beli kasut di Footlink cawangan Seksyen 13 Shah Alam, sila gunakan kod BLOG DIK BEE atau tunjuk aje entri ni semasa pembelian. Nanti korang akan mendapat hadiah istimewa dari Footlink. Promosi ni hanya di Footlink Cawangan Seksyen 13 Shah Alam sahaja sehingga hujung tahun 2019 ni.  Ha, apa tunggu lagi. Moh la pakat pi sana sekarang. jommmm..


Alamat Kedai Footlink :No. 86, Jalan Badminton 13/29,Seksyen 13,40100 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan

No telefon :011-1869 6172
Waktu Operasi :10am - 7pm (Setiap hari)
Facebook :Footlink 13 Shah Alam
Instagram :@footlink13shahalam
Website :https://footlink-13-shah-alam.business.site/





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/09/footlink-kedai-kasut-kesihatan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Footlink Seksyen 13 Shah Alam Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum

Footlink Seksyen 13 Shah Alam Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 722 hits
Kaki merupakan antara anggota tubuh yang terpenting dalam kehidupan seharian kita namun ianya kurang diberi perhatian yang serius kerana kebanyakan kita lebih memberi keutamaan kesihatan kepada anggota tubuh badan yang lain Footlink Seksyen...
Dinner Di Sevenlicious Cafe Seksyen 7 Shah Alam

Dinner Di Sevenlicious Cafe Seksyen 7 Shah Alam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 916 hits
Hujung minggu baru baru ini mama sekeluarga telah pergi dan Dinner di Sevenlicious Cafe Seksyen 7 Shah Alam Sebenarnya dah lama nak ke sini sebab adik ipar mama sekeluarga suka ke sini Setelah sekian lama barulah mama berpeluang Dinner di S...
Adiwira Ke Smk Seksyen 16 Shah Alam Cantik Sangat

Adiwira Ke Smk Seksyen 16 Shah Alam Cantik Sangat

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 903 hits
Sampai juga hajat hati nak berkunjung ke SMK Seksyen 16 Shah Alam Ceria Lawaa sangat Penuh mural depan belakang kiri kanan atas bawah Lagi seronok bila dengar mural yang sama sama di lukis dan dicat murid dari pelbagai kelas nih membantu ke...
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam

Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 549 hits
Assalamualaikum Ada yang duduk area Shah Alam yang masih tercari cari tempat berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat atau rakan sekerja Tahun ini Laman Kayangan Shah Alam akan mengadakan Majlis Preview Buffet Ramadhan yang menghidang...
Tanah Aina Cafe Shah Alam

Tanah Aina Cafe Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 804 hits
Hello pembaca kesayangan Lama tak kongsi cerita tentang tempat makan best best lagi bersih dan servis tip top memuaskan hati Lama tak datang sini Rindu suasana cafe yang nyaman sejuk mata memandang tahap kebersihan Class A dan layanan cepat...
Nikmati Hidangan Thai Asli Di Chapayom Cafe Central I City Shah Alam

Nikmati Hidangan Thai Asli Di Chapayom Cafe Central I City Shah Alam

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 404 hits
Bila mula sahaja sessi pengajian anak anak di kampus hampir setiap minggu lah berulang alaik ke Shah Alam Cuma ini kali kedua ana singgah ke Central i City mall yang baharu di buka di Shah Alam ni Sebelum ni singgah saja jalan jalan cuci ma...
Jerebu Makin Teruk Sekolah Tutup Di Shah Alam Tindakan Semasa Jerebu

Jerebu Makin Teruk Sekolah Tutup Di Shah Alam Tindakan Semasa Jerebu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 537 hits
Assalamualaikum semua pagi2 tadi buka whatsapp grup sekolah Syafi mama baca guru besar dah wartakan hari ini cuti kerana bacaan IPA dah mencapai 216 Baru tadi mama check IPA takde penurunan sangat cuma 219 je setakat kul 11 pagi tadi Mama s...
Bola Sepak Rhino Arena Penuhi Keperluan Sosial Warga Shah Alam

Bola Sepak Rhino Arena Penuhi Keperluan Sosial Warga Shah Alam

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 825 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jamu Selera Menu Terbaru Makanan Jepun Di Restoran Rakuxin Hotel Concorde Shah Alam

Jamu Selera Menu Terbaru Makanan Jepun Di Restoran Rakuxin Hotel Concorde Shah Alam

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 964 hits
Bagi korang yang menyukai masakan negara matahari terbit Jepun dan mencari cari makanannya yang halal boleh menikmatinya di Restoran RaxuXin yang terletak di aras lobi Hotel Concorde Shah Alam Menu Terbaru Makanan JepunRestoran RakuXin ini ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut