Foodie Gourmet Market Cafe Bandar Kinrara Pembekal Daging Terbaik


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Jarang kita nampak satu kedai macam mini market dalamnya bila masuk kita nampak pelbagai jualan produk seperti daging, ramuan, sos, rempah, peralatan dapur seperti pisau pemotong kemudian di dalamnya lagi ada sebuah kafe yang menyajikan makanan daripada bahan yang mereka jual. 


Itu yang menariknya sebuah mini market dan juga ada cafe di dalamnya yang sempat Maha pergi sebelum PKP hari tu. Kalau korang pernah dengar pasal Foodie Gourmet Market & Cafe Bandar Kinrara 5 Puchong. Konsep cafe dalam mini market ni jarang ada kat Malaysia dan kalau korang lalu kawasan tu agak susah nak nampak ada cafe kerana nampai mini market sahaja




Kat mini market ni pun ada macam-macam barang korang boleh dapat kebanyakkannya adalah barang import luar negara yang ada sesetengah ada logo Halal. Mereka kat sini ada menjual daging lembu Australia, daging wagyu, tomahawk, tulang rusuk op, lamb racks, lamb leg, lamb shoulder chops, daging ayam perap, sosej Jerman yang diimport, sosej premium, bahan makanan dan ramuan yang diimport, minyak truffle, dan banyak lagi. 



Kalau korang nak rasa semua bahan mentah yang mereka jual kat mini market ni dengan hidangan masakan dari profesional boleh masuk ke dalam ruang cafe mereka. Ruangan cafe ini tak besar sangat pun kecil sahaja yang boleh muat dalam beberapa orang sahaja pelanggan. Kat situ korang boleh lihat bagaimana mereka memasak masakan yang korang nak makan secara langsung memang menariklah konsep tu




Konsep masakan kat sini adalah masakan Jepun dan juga Korea style. Selalu kita tengok Jepun makan sushi jer tapi kali ni kat sini mereka menyediakan daging panggang pelbagai cara dengan rasa yang menarik dan berbeza. Korang kena cuba mereka punya specialist kat sini iaitu masak daging lembu Australia yang Halal. Hari tu Maha dan kawan-kawan sempatlah order beberapa menu menarik menjadi pilihan pelanggan setia mereka



Pecinta daging lembu korang kena cuba antara tiga pilihan menu daging ini iaitu Oven grilled 200g Aust Beef Ribeye Steak serve with Gourmet Sauce and side of the day, kedua Oven roasted 180g Aust Beef Striploin Steak served with Gourmet Sauce and side of the day, dan ketiga Boss's favourite Beef Goulash with Baguette. Nama pun panjang dan juga susah nak sebut. Kesemua menu ni ada rasa tersendiri berbeza selain daripada bahagian daging yang digunakan tetapi juga rempah dan cara masakan itu membuat ia sangat menarik

Carefully Curated Spicy Gochujang Lamb Shoulder Chop (RM25.90)
Oven roasted 180g Aust Beef Striploin Steak served with Gourmet Sauce and side of the day (RM32.90)
Oven grilled 200g Aust Beef Ribeye Steak serve with Gourmet Sauce and side of the day (RM38.90)

Pada yang suka daging kambing pula boleh pilih antara menu kambing menarik di sini iaitu Carefully Curated Spicy Gochujang Lamb Shoulder Chop. Ada juga pilihan daging ayam bagi yang nak tak telalu heavy rasa dagingnya. Menu kami order hari tu untuk daging ayam adalah Spicy Oven Baked Chicken Leg with Caramelised Vege and Potato Wedges dan Garlic Teriyaki Chicken Leg with Japanese Salad and Potato Cakes

Boss's favourite Beef Goulash with Baguette (RM15.90)
Garlic Teriyaki Chicken Leg with Japanese Salad and Potato Cakes (RM14.90)
Spicy Oven Baked Chicken Leg with Caramelised Vege and Potato Wedges (RM14.90)

Maha nak cerita detail pasal makanan kat sini rasanya sangat sukar kerana ia pertama kali Maha makan hidangan seperti ini. Pelbagai rasa yang menarik dan yang Maha boleh katakan cara masakan mereka sangat kena pada sesuatu bahagian daging itu kerana daging tu jadi tidak terlalu keras atau liat. Senang nak makan dan potong. 
Australian Beef Udon, Soft boil egg in Rich Umami Soup (RM15.90)
Spaghetti with Truffle Inspired White Sauce and Mushroom (RM23.90)

Jangan risau pada yang makan ikan pun ada juga kat sini korang boleh pilih seperti yang kami cuba iaitu Spiced DF Hake Fish with Savoury Potato Wedges and Homemade Tartar Sauce. Ini macam lebih kurang hidangan Fish and Chips tapi ia menggunakan potato wedges. Pada yang Vegan ada juga pilihan makanan sihat kat sini korang boleh pilih pasta atau seleksi salad yang sihat. Hari tu kami order satu sahaja pasta iaitu Spaghetti with Truffle Inspired White Sauce and Mushroom. 
Spiced DF Hake Fish with Savoury Potato Wedges and Homemade Tartar Sauce (RM19.90)

Last but not list wahhh korang kena cuba juga mereka punya Chef Driven Quiche Chicken atau juga Artisan Beef Pie. Masakan panas dalam bentuk nak kata desert tak berapa pencuci mulut kerana dalamnya ada isi ayam dan daging lebih kepada pastri kot. Sangat sedap dan juga memikat hati. Akhir kalau korang tak rasa meraka punya betul-betul pencuci mulut tak sah. Korang kena cuba kesedapan Brownies with Chantily Cream bukan aiskrim di atasnya. 
Chef Driven Quiche Chicken (RM17.90)
Artisan Beef Pie (RM19.90)

Jadi semua menu sini sangat terasa daripada segi rempah dan juga bahan-bahan perapan yang mereka gunakan. Ini kerana mereka sendiri juga menjual semua rempah dan juga bahan mentah itu kat bahagian mini market mereka. So kalau korang rasa lepas makan kat cafe tu tak puas hati nak makan banyak lagi boleh beli dan cuba sendiri. Tapi resipi rahsialah hehehe

Brownies with Chantily Cream (RM9.90)

Foodie Gourmet Market & Cafe di Bandar Kinrara ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Nak datang naik LRT pun boleh dekat jer turun station Kinrara BK5. Jalan kaki jer dari station LRT tu sangat dekat. Kalau datang hari cuti pun kat sini banyak parking tak perlu bimbang. Sekarang musim PKP tak boleh makan kat restoran korang boleh bungkus bawa balik atau delivery kat Grab Food. Korang nak beli bahan mentah mereka yang jual kat mini market pun boleh juga hantar ke rumah senang. Jadi selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera ok. 
Info lanjut tentang Foodie Gourmet boleh layariFacebook : https://www.facebook.com/foodiesgourmetkinraraInstagram : https://www.instagram.com/foodiesgourmet_kinraraTempahan dan booking : 012-2135277








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2021/01/foodie-gourmet-market-cafe-bandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Dan Beli Daging Berkualiti Di Foodies Gourmet Market Cafe Bandar Kinrara Puchong

Makan Dan Beli Daging Berkualiti Di Foodies Gourmet Market Cafe Bandar Kinrara Puchong

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 404 hits
Hi Korang aku harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera ye kali ni aku nak share dengan korang satu Market Cafe yang terdapat di Bandar Kinrara Puchong Di kenali sebagai Aku pun excited sebab sampai ke puchong aku dapat cari makanan ...
Pru15 Peluang Terbaik Tapi Semakin Mustahil

Pru15 Peluang Terbaik Tapi Semakin Mustahil

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 267 hits
Untuk pertama kali dalam sejarah politik negara di mana perikatan parti politik yang mempunyai peluang tinggi untuk menang besar pada Pilihanraya Umum Tetapi ikatan di antara parti parti Melayu ini masih samar samar dan mungkin hancur Sehin...
Terima Kasih Jadi Pasangan Terbaik Raih Anugerah Utama Hyunbin Beri Ucapan Buat Kekasih Son Yejin

Terima Kasih Jadi Pasangan Terbaik Raih Anugerah Utama Hyunbin Beri Ucapan Buat Kekasih Son Yejin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 363 hits
Kelmarin telah berlangsung anugerah berprestij 2020 APAN Star Awards dan ramai nyata gembira apabila Hyunbin diumumkan sebagai pemenang Anugerah Utama pada malam tersebut Dek lakonannya yang meninggalkan kesan sebagai Kapten Ri Jung hyuk da...
Brunei Catat Rekod Terbaik Dunia 261 Hari Tanpa Jangkitan Tempatan

Brunei Catat Rekod Terbaik Dunia 261 Hari Tanpa Jangkitan Tempatan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 240 hits
BANDAR SERI BEGAWAN 12 Jamadilakhir 1442H Isnin Brunei merekodkan 261 hari tanpa jangkitan tempatan untuk COVID 19 dan dianggap sebagai salah satu rekod terbaik di dunia Jumlah jangkitan sebanyak 175 kes hingga hari Ahad lepas juga merupaka...
Nikmati Dimsum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia

Nikmati Dimsum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 333 hits
Nikmati DimSum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai Reader semua Siapa dikalangan pembaca blog Bonde yang sukakan Dim Sum Pada anda yang tak pernah tahu mengenai This is a content summary only Visit my websit...
Kerajaan Perpaduan Di Bawah Anwar Penyelesaian Terbaik Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Di Bawah Anwar Penyelesaian Terbaik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 248 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Penubuhan kerajaan perpaduan yang diterajui ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk blok pembangkang dan kerajaan berbanding tindakan mencabar proklamasi darurat Penganali...
Botol Susu Kaca Antara Botol Terbaik Bpa Free Tak Mengeluarkan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Bayi

Botol Susu Kaca Antara Botol Terbaik Bpa Free Tak Mengeluarkan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 307 hits
Bisphenol A ataupun BPA adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik polikarbonat dan resin epoksi sejak lebih 40 tahun yang lalu Plastik polikarbonat digunakan dalam pembuatan bekas makanan termasuk botol susu agar ia ...
Tempoh Terbaik Tukar Minyak Enjin Motorsikal Semi Synthetic Ke Fully Synthetic

Tempoh Terbaik Tukar Minyak Enjin Motorsikal Semi Synthetic Ke Fully Synthetic

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 780 hits
Kembali lagi kita bercakap tentang soal minyak hitam a k a minyak enjin ni motorsikal Kali ini aku nak memfokuskan tetang minyak enjin yang aku gunakan sekarang Pada asalnya aku setia menggunakan minyak enjin Petronas Sprinta F700 selama 2 ...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian