Food Hunter Fizomawar Kitchen Kb
ASSALAMUALAIKUM...
Kelantan memang dikenali dengan makanan yang pelbagai dan enak. Oleh kerana makanan di Kelantan terlampau banyak beraneka jenis termasuk lauk-pauk, maka restoran kat sini pun banyak untuk korang pilih. Yang paling Husein suka adalah di Restoran FizoMawar Kitchen Kota Bharu
Fizo Omar dan isterinya, Mawar founder FizoMawar Kitchen
Restoran ini adalah cawangan yang kedua selepas di Selangor. Restoran FizoMawar Kitchen Kota Bharu ini terletak di Menara Jam Tambatan Diraja, Jalan Sultan,Kota Bharu, Kelantan. Apa yang best di sini adalah ianya berdekatan dengan Masjid Muhammadi, Kota Bharu dan bersebelahan dengan sungai Kelantan. Kalau korang nak rasa makan sambil layan view sungai Kelantan atau nak rasa jarang-jarang sekali candle light dinner, maka kat sini lah tempat yang sesuai.
Cakap pasal restoran, mestilah tak lari dengan menu makanan dan minuman yang disediakan, betul tak? Kalau nak datang sini, make sure datang dengan perut kosong sebab makanan kat sini memang tak mengecewakan.
Antara menu-menu yang best kat sini adalah seperti Dragon Tom Yam, Siakap Miangkham, Khau Mok Kai, Kangkung Crispy dan banyak lagi. Kat sini juga disediakan menu satu set untuk korang yang nak makan ramai-ramai dengan harga yang berpatutan. Menu satu set ni adalah termasuk dengan air tau.
Ayam Goreng Crispy
Dragon Tom Yam. Ada macam-macam dalam ni termasuk lah udang dan ketam. Terliur wehhh..
Untuk yang nak tambah lauk sayur, jangan ingat sini takde. Kangkung Crispy korang wajib rasa
Menu minuman pulak lebih banyak pilihan yang menarik. Antaranya Kopi Boran Yen(Homemade Special Blend Thai Coffee), Milo Chambo, Nom Caramel (Milky Caramel with Butterscotch topping), Borranchino (Homemade Blend Boran Coffee+ Cappochino) dan banyak lagi. Kat sini juga disediakan tower drink iaitu minuman di dalam bekas yang tinggi dan mempunyai tiga pilihan jenis air. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan air yang korang boleh minum tapi tak larat la Husein nak tulis satu-satu kat sini kan.
Daging Bakar. Best sangat daging ni sebab bila masuk dalam mulut je terasa lembut
So memang tak rugi kalau korang datang sini walau sekali. Walaupun nampak macam masakan Thai yang lebih banyak disediakan, tapi masakan nenek moyang kita pun tak dilupakan. So kalau nak rasa masakan tempatan pun disediakan. Yang penting, chef kat sini memang pakar dan makanan yang dimasak pun sedap. Haihhh… rasa macam nak makan lagi la kat sini. Ada sape yang nak temankan tak? Hahaha…
Terima kasih Fizo sebab belanja makan hari tu
Untuk info lanjut:
Farah Hanan (Manager): 018 2025500
Alamat: S/06, Lot 155, Tkt Bwh & 1, Tambatan Diraja-Jalan Sultan Yahya Petra, 15200, Kota Bharu, Kelantan.
Facebook FizoMawar Kitchen
Instagram: @fizomawar
Email:
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://huseinrider.blogspot.com/2018/11/food-hunter-fizomawar-kitchen-kb.html