Fokus Ph Tawar Calon Terbaik Menang Prn Baru Umum Mb Kata Pkr


 
PKR bersama komponen dalam PH akan menamakan calon Menteri Besar selepas rakyat memberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, menurut Saifuddin Nasution.BATU PAHAT: PKR menegaskan parti itu buat masa ini mahu menumpukan calon yang terbaik ditawarkan kepada rakyat Johor berbanding mengumumkan calon Menteri Besar daripada Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, berkata parti itu bersama komponen dalam PH akan menamakan calon Menteri Besar selepas rakyat memberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN).
“Saya katakan buat masa ini fokus kami adalah menawarkan calon terbaik kami pada rakyat.
“Setelah itu, bila rakyat memberikan mandat dan keyakinan, biar dasar lawan dasar. Bukan calon lawan calon. Ia bukan soal meletakkan calon Menteri Besar untuk dipadankan dengan calon Menteri Besar,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sebab PH tidak mencalonkan Menteri Besar mereka lagi.
Pada 3 Mac lalu, calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang Maszlee Malik menafikan cakap-cakap politik kononnya beliau merupakan calon Menteri Besar jika PKR dan PH diberi mandat pada PRN Johor.
Saifuddin berkata sejarah PKR masuk bertanding dalam pilihan raya sebelum ini juga pernah tidak mengumumkan calon Menteri Besar mereka.
Beliau memberi contoh seperti tahun 2008, ketika Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, sebelum itu tiada sesiapa mengenalinya.
“Tidak ada umum. Lepas rakyat bagi mandat, Nizar dipilih menjadi Menteri Besar dan dia seorang Menteri Besar sangat efektif untuk semua kaum,” katanya.
Rakyat serik
Dalam pada itu, Saifuddin menyanggah pandangan yang dimomokkan rakyat sudah serik undi PH selepas 22 bulan memerintah kerajaan.
Beliau mempersoalkan adakah semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memerintah kos sara hidup rakyat dan harga barang semakin baik.
“BN dan PN hari-hari bergaduh sesama mereka. Bergaduh itu politik yang pentingkan diri sendiri dan bukan untuk rakyat. Berbeza PKR tampilkan calon yang bawa ‘track record’ perkhidmatan bersifat dekat dengan rakyat,” katanya.
Sementara itu, Ketua PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata kenyataan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno bahawa BN menyasarkan kemenangan dua pertiga di Johor adalah jelas hanya untuk memperkukuhkan kuasa mereka.
Beliau berkata, apabila mendapat kuasa seperti masa ini, mereka angkuh sehingga SOP Covid-19 juga dilanggar.
“Kenyataan tersebut jelaslah motif sebenar PRN Johor dipanggil oleh Umno ialah untuk kukuhkan kuasa mereka. Tatkala perebutan kuasa dalam kerajaan antara BN dan PN, yang penting bagi mereka adalah kuasa.
“Dominasi inilah legasi keangkuhan diwarisi Umno, BN mahu dikembalikan. Selepas dapat kuasa anjur majlis besar-besar yang membazir dan SOP ke laut,” katanya.
Semalam, Ismail berkata BN menyasarkan kemenangan dua pertiga pada PRN Johor.
Beliau melihat peluang kemenangan BN pada pilihan raya kali ini cerah, namun gabungan parti itu tidak mahu hanya memperoleh majoriti mudah. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/fokus-ph-tawar-calon-terbaik-menang-prn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Hanya Umum Nama Menteri Besar Johor Selepas Menang Prn

Pn Hanya Umum Nama Menteri Besar Johor Selepas Menang Prn

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 157 hits
Perikatan Nasional hanya akan mengumumkan nama Menteri Besar Johor selepas berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor ke 15 Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu berkata pengundi tidak perlu ...
Prn Johor Calon Mb Dari Pn Bukan Tosrin Poster Tersebar Adalah Fitnah Kata Muhyiddin

Prn Johor Calon Mb Dari Pn Bukan Tosrin Poster Tersebar Adalah Fitnah Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 166 hits
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata beliau meminta rakyat Johor tidak termakan fitnah dilemparkan sesetengah pihak mengenai calon Menteri Besar PETALING JAYA Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menafikan calon pilihan raya neger...
Pn Beli Undi Dalam Kempen Prn Johor Calon Ph Beri Bukti

Pn Beli Undi Dalam Kempen Prn Johor Calon Ph Beri Bukti

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 123 hits
Seorang calon Pakatan Harapan mendakwa ada pihak dari Perikatan Nasional sedang ghairah membeli undi daripada orang ramai M Kanan yang menjadi pertaruhan PH untyk kerusi DUN Bekok mendakwa kejadian berlaku pada satu majlis anjuran PN dan me...
Ini Senarai Lengkap Calon Barisan Nasional Dalam Prn Johor

Ini Senarai Lengkap Calon Barisan Nasional Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 276 hits
Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad dalam ucapannya menjelaskan bahawa senarai calon itu tidak akan menggembirakan semua pihak tetapi menggesa mereka untuk merapatkan saf barisan Ibarat kata pepatah saya tidak boleh buat telur dadar tanpa pec...
Prn Johor Senarai Calon Pejuang Anak Bekas Mb Dan Bekas Calon Dap Antara Yang Terpilih

Prn Johor Senarai Calon Pejuang Anak Bekas Mb Dan Bekas Calon Dap Antara Yang Terpilih

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 145 hits
JOHOR BAHRU Anak kepada bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian Nornekman Osman dan bekas calon DAP bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Mahdzir Ibrahim merupakan antara 42 calon Parti Pejuang Tanah Air yang bercadang bertanding dalam PRN...
Keputusan Rasmi Prn Johor Bn Menang Di 40 Kerusi Dun Iaitu Lebih Dua Pertiga Majoriti

Keputusan Rasmi Prn Johor Bn Menang Di 40 Kerusi Dun Iaitu Lebih Dua Pertiga Majoriti

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 210 hits
JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan Barisan Nasional memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor malam ini Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jumlah pengundi yang keluar meng...
Tidak Rasmi Umno Bn Menang Prn Johor Capai Majoriti Mudah

Tidak Rasmi Umno Bn Menang Prn Johor Capai Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 141 hits
freemalaysiatoday com March 12 2022 8 54 PMPenyokong Barisan Nasional bersorak meraikan kemenangan gabungan itu di bilik gerakan BN untuk PRN Johor PETALING JAYA Barisan Nasional yang diterajui Umno memenangi PRN Johor malam ini untuk menub...
Tidak Rasmi Bn Menang Majoriti 2 3 Dalam Prn Johor

Tidak Rasmi Bn Menang Majoriti 2 3 Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 125 hits
PETALING JAYA Johor menyaksikan tsunami politik sekali lagi namun memihak kepada Barisan yang diterajui Umno Gabungan itu menang selesa dengan majoriti 2 3 untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu menurut keputusan tidak rasmi Desas desus Pa...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst