Fokus Kepada Aktiviti Penambahbaikan Kecil Sahaja Untuk Dapatkan Hasil Jangka Panjang Yang Besar



Bagaimana nak bina syarikat atau perniagaan yang ada usahakan sekarang, berdaya maju dan mampu bersaing dalam keadaan yang mencabar.
Untuk perkataan 'mampu bersaing' tu, rasanya lebih jelas jika pinjam perkataan Bahasa Inggeris, ‘resilience’.
Bisnes yang 'resilience' ni, punya keupayaan bertahan dan sesuaikan diri walaupun sedang dilanda cabaran ekonomi gawat.
Ketika saya rujuk makna ‘resilience’, jumpa penerangan menarik tentang maksudnya seperti di bawah.
Perkataan itu bermaksud;

Keupayaan sesuatu benda untuk kembali ke rupa bentuk asalnya dalam apa keadaan pun - Resilience.
Getah pemadam contohnya. Bila ditekan kot manapun, sebaik saja dilepaskan, akan balik ke rupa bentuk asalnya semula.
Bayangkan jika syarikat mampu jadi macam tu. Alangkah bahagianya jika anda pemilik kepada syarikat sedemikian!
Datang la persaingan macam manapun. Senget habis dia langgaq. Kiri kanan depan belakang. Tapi dok tak lama, elok balik macam biasa!
Bisnes tengah sedap, datang Covid-19, akur pada arahan PKP, jem habis segala operasi dan sebagainya, dalam masa tak lama, semuanya kembali elok semula.
Atas tu kita cerita bab 'resilience'. 
Sekarang cerita bab 'berdaya maju' pulak
Itu juga satu lagi idaman para usahawan. Mahu memiliki sebuah syarikat perniagaan yang berdaya maju.
Bisnes berdaya maju tu boleh diumpamakan sebagai 'bisnes yang sihat'. Lebih mudah nak faham. 
Macam tubuh badan juga. Perjalanan darah jalan lancar ke semua bahagian atau anggota badan, maksudnya badan sihat la tu. 
Makan minum terjaga, rehat seimbang, jiwa terhibur, kasih sayang terpelihara, itu juga petanda sihat.
Syarikat yang aliran duit keluar masuk silih berganti. Duit diedarkan ke segenap bahagian dalam syarikat, dengan cukup dan sempurna masanya.
Masuk poket, taukeh, masuk poket, pekerja, masuk poket pembekal, masuk poket, vendor.
Semua saling bekerjasama secara harmoni.
Seperti tubuh yang satu.. itu semua petanda sebuah syarikat yang sihat.
Cerita pasukan lumba basikalCerita pasal pasukan lumba basikal negara Britain ni perlu saya kongsikan pada semua pembaca kat blog ni.
Rugi kalau anda masih tak tahu pasal cerita ni.
Saya ambil cerita ni dalam buku Atomic Habits, tulisan James Clear.
Cerita dia macam ni …
Negara Britain ada masalah dengan team kayuh basikal mereka. Sejak tahun 1908, team kayuh basikal negara itu hanya pernah menang satu pingat emas saja dalam sukan olimpik.
Dalam satu lagi acara suka basikal yang lebih besar dan terkenal, Le Tour de France, pelumba basikal Britain tak pernah menang apa-apa selama 110 tahun !.
Menambahkan lagi penghinaan terhadap team lumba basikal Britain. Ada syarikat pembuat basikal lumba yang tak mahu jual jenama basikal mereka kepada pasukan lumba basikal Britain !.
Punyalah hina!.
Alasan kenapa syarikat basikal tu tak mahu jual. Takut jenama basikal tu orang lain tak mau beli jika nampak ada pelumba basikal Britain pakai jenama sama.
Hahaha !, memang satu penderaan emosi yang sangat berat!.
Bayangkan syarikat anda, vendor tak mau support. Vendor tak sudi berkidmat untuk syarikat anda walaupun sanggup bayar macam semua orang lain.
Bayar lebih pun vendor tak mau. Sebab dia takut jika syarikat lain tahu anda pakai khidmat mereka, nama mereka akan rosak di pasaran!.
Aduh!
Tak gamak nak bayangkan penghinaan teruk macam tu. 
Moga dijauhkan dari malapetaka sedemikian.
Tapi itulah yang berlaku pada team basikal Britain.
Pasukan Britain ambil jurulatih baruPada tahun 2003, Dave Brailsford dilantik jadi ‘Performance Director’ untuk team kayuh basikal Britain.
Tugas berat diserahkan padanya untuk cari jalan bagaimana nak terbalikkan keadaan hina team kayuh basikal negara itu.
Apa dia buat?
Apa yang bezakan dia dengan jurulatih lain?
Dave Brailsford ni sangat taksub kepada satu perkara.
Dia percaya kepada keupayaan perubahan yang sedikit dalam setiap amalan.
Lebih kurang macam yang anda selalu dengar ayat keramat ni.
“Amalan yang terbaik adalah amalan yang berkekalan walaupun sedikit”.
Selalu dengar petua bijak tu kan?.
Tapi tak pernah ambil masa untuk fikir dan kembangkan maksudnya. Bagaimana nak terjemahkan dia dalam kehidupan dan perniagaan secara sistematik.
Dave Brailsford punya falsafah kejayaan yang menarik.
Dia percaya pentingnya untuk sentiasa mencari perubahan kecil yang lebih baik terhadap setiap amalan yang dilakukan.
Konsepnya lebih kurang seperti berikut.
Kalau anda pecahkan kesemua proses dari A ke Z, ke tahap yang kecil seboleh mungkin, segala aktiviti sampai membawa kepada kayuhan basikal, sampai habis.
Kemudiannya tengok pada setiap proses tersebut, buat sedikit perubahan, 1% pun dah cukup pada setiap proses.
Gabungan kepada keseluruhan pembaikan yang kecil itu secara keseluruhannya, akan membawa kepada perubahan pencapaian yang sangat ketara.
1001 macam perubahan kecilDave Brailsford dan team jurulatihnya mula buat kerja perubahan kecil yang boleh difikirkan. 
Perubahan yang remeh temeh saja kalau dilihat secara kasar.
Mereka betulkan tempat duduk basikal tu supaya selesa sedikit. 
Mereka sapukan alkohol pada tayar basikal supaya cengkamannya lebih baik. 
Pilih t-shirt yang lebih ringat sedikit. 
Pilih seluar yang lebih bagus dalam mengekalkan suhu otot kaki.
Mereka juga panggil orang datang ajar pada semua pelumba bagaimana nak basuh tangan dengan betul supaya tak mudah kena demam selsema. 
Semua itu remeh saja kan. Tapi mereka berikan komitmen yang serius dan teruskan.
Mereka tukar tilam tidur supaya lebih selesa dan dapat rehat secukupnya untuk kecergasan tubuh badan keesokkan harinya.
Mereka juga cat kesemua bahagian dalam lori bawa basikal dengan warna putih. Supaya mudah nampak debu yang kalau ada, akan kacau sedikit kelancaran semua mesin dan peralatan kayuhan basikal tu.
Semuanya kecil-kecil saja.
Buat sedikit perubahan di keseluruhan proses yang ada yang dapat difikirkan. Agar ada perubahan yang lebih baik di setiap proses itu sedikit demi sedikit.
Impak himpunan perubahan kecilApa berlaku dengan semua aktiviti perubahan kecil-kecil yang team kayuh basikal Britain tu buat?
Selepas 5 tahun …
Team kayuh basikal Britain kuasai Sukan Olimpik dalam acara lumba basikal tahun 2008 di Beijing.
60% dari jumlah pingat emas dalam sukan itu dibolot oleh pelumba Britain!
Kemudian di sukan Olimpik London, selepas 4 tahun dari situ, pelumba basikal Britain pecahkan 9 rekod olimpik dan 7 rekod dunia dalam acara lumba basikal.
Tahun yang sama pelumba Britain, Bradley Wiggins, menang Le Tour de France buat pertama kali dalam sejarah. 
Setahun lepas itu rakannya pula, Chris Froome menang LTdF. Menang lagi pada tahun 2015, 2016 dan 2017. 
Mereka sapu 5 kemenangan dalam tempoh 6 tahun.
Secara ringkasnya, dari tahun 2007 sehingga 2017, dalam tempoh 10 tahun, pelumba basikal Britain meraih kegemilangan berikut:
178 kejohanan dunia66 pingat emas dalam sukan olimpik dan paralimpik5 kejohanan Le Tour de FranceCuba bandingkan prestasi team kayuh basikal sejak lebih 110 tahun sebelum masuknya Dave Brailsford jadi pengarah prestasi kumpulan pengayuh itu.
Itulah keajaiban falsafah buat perubahan kecil sedikit demi sedikit dalam kesemua urusan yang anda buat, yang boleh difikirkan.
Jadikan amalan buat kebaikan sedikit dalam semua perkara sebagai amalan yang istiqamah.
Bina bisnes yang berdaya majuKalau anda tak rasa teruja dengan cerita yang saya kongsikan kat atas tu, tak tahulah nak kata apa lagi.
Tapi kalau anda rasa teruja dan terinspirasi, semacam yang saya sendiri rasa bila baca cerita tersebut, elok jadikan falsafah itu sebagai petua hidup anda sekarang.
Mula dalam kehidupan anda sendiri secara peribadi untuk pembinaan diri yang lebih baik.
Kemudian, buat juga kepada kerja anda kalau kerja makan gaji.
Kalau anda seorang usahawan, ada syarikat dan perniagaan, boleh gunakan idea yang sama untuk hasilkan sebuah bisnes yang sihat dan kuat.
Elok buat secara sistematik.
Tersusun dan dipantau dengan baik. Anda boleh mulakan dengan:
Ambil masa untuk buat perancangan perubahan – peruntukkan masa duduk di rumah atau pejabat bersendirian selama sekurangnya sejam setiap hari untuk urusan perah akal ini.Tentukan ke mana anda nak pergi dalam tempoh 5 tahun dari sekarang – Fikirkan strategi macam mana yang anda nak gunakan untuk sampai ke destinasi itu.Senaraikan kesemua struktur, organisasi dan segala aktiviti syarikat dan perniagaan anda – lagi terperinci lagi bagus supaya lebih mudah buat perubahan kecil di peringkat yang paling kecil dalam setiap proses kerja dan organisasi.Pantau aktiviti dengan sempurna – Buat jadual lengkap untuk isi, What, Where, Who, When dan sebagainya. Dan pantau progressnyaUntuk makluman, sejak tahun 2014, saya dah kongsikan ilmu bagaimana nak buat perubahan kepada perniagaan dan syarikat secara sistematik supaya menjadi lebih baik.
Dengan penggunakan pendekatan sama seperti di atas, saya kongsikan kesemua proses perancangan operasi perniagaan dari A sampai Z.
Kemudian saya terangkan bagaimana nak buat penambah baikan dalam setiap proses yang ada.
Anda boleh buat perkara sama untuk bisnes anda sendiri dalam apa saja industri. Jika mahu bimbingan dari saya secara peribadi boleh berhubung dengan pergi ke menu 'contact di atas tu untuk email terus. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/07/fokus-kepada-aktiviti-penambahbaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm65j Dana Yab Bukan Hasil Aktiviti Haram Kata Zahid

Rm65j Dana Yab Bukan Hasil Aktiviti Haram Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 213 hits
Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akal Budi PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dana...
Khemah Besar Memang Sukar Dibentuk Saling Curiga Satu Sama Lain

Khemah Besar Memang Sukar Dibentuk Saling Curiga Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 222 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBeberapa kenyataan telah pun dibuat oleh Tun Mahathir dia terima apa sahaja gabungan asalkan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri Walaupun parti Anwar lebih banyak kerusi tapi Tun Mahathir ada lah Tun Mahathir tidak seda...
Hiburan Suka Hati Tempah Segala Persiapan Dan Mahu Majlis Besar Besaran Bakal Pengantin Derita Ibu Bapa Selfish

Hiburan Suka Hati Tempah Segala Persiapan Dan Mahu Majlis Besar Besaran Bakal Pengantin Derita Ibu Bapa Selfish

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 176 hits
Sebelum tibanya hari bersejarah buat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga bersama pasti banyak ujian dan dugaan yang perlu diharungi Seperti cerita yang dikongsikan oleh seorang bakal pengantin di platform Twitter apabila dia meluahk...
Senarai Gang Tolak Khemah Besar Lebih Jelas Tolak Parti Cinonet Nak Bertading 120 Kerusi Tapi Minta Macam Macam

Senarai Gang Tolak Khemah Besar Lebih Jelas Tolak Parti Cinonet Nak Bertading 120 Kerusi Tapi Minta Macam Macam

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 211 hits
Akmal Nasrullah Mohd Nasir bekas Ketua AMK dan Ahli Parlimen Johor Baharu yang berkelulusan tinggi mewakili generasi muda pertengahan dan professional yang perlu kita dekati Fahmi Zainol aktivis mahasiswa dan Ketua AMK Permatang Pauh yang b...
Rafizi Senarai Geng Tolak Khemah Besar Rebut Jawatan Mpp Pkr

Rafizi Senarai Geng Tolak Khemah Besar Rebut Jawatan Mpp Pkr

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 183 hits
July 12 2022 Rafizi Ramli berkata ahli PKR wajar memilih calon yang secara jelas menolak idea khemah besar PETALING JAYA Rafizi Ramli menggesa ahli PKR memilih 20 calon Majlis Pimpinan Pusat bagi melengkapkan barisan kepimpinan untuk sesi 2...
Jokowi Pemerintah Kalau Tidak Urus Umkm Keliru Besar

Jokowi Pemerintah Kalau Tidak Urus Umkm Keliru Besar

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 133 hits
Jokowi menekankan pentingnya Usaha Mikro Kecil Menengah bagi perekonomian negara
Kalau Tidak Mahu Anwar Kira Bukan Khemah Besar Lagi Tak Payah La Nak Ajak Parti Cinonet Tu

Kalau Tidak Mahu Anwar Kira Bukan Khemah Besar Lagi Tak Payah La Nak Ajak Parti Cinonet Tu

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 175 hits
Kalau tidak mahu Anwar kira bukan khemah besar lagiSinar HarianJulai 12 2022 Khalid berkata pendekatan khemah besar membawa maksud penyatuan semua parti pembangkang dengan matlamat utama mengalahkan BN dan PN Foto failSHAH ALAM Pengarah Kom...
Besar Dah K0ngsi Video Jalan2 Sekali Netizen Perasan Benda Lain Pada Adira

Besar Dah K0ngsi Video Jalan2 Sekali Netizen Perasan Benda Lain Pada Adira

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 199 hits
Penyanyi Adira Suhaimi 31 sepertinya kini sarat ham1l anak keempat apabila ba by bvmp semakin kelihatan dalam perkongsian videonya di Instagram ketika bersiar siar bersama tiga anaknya di ibu kota Menerusi video yang dikongsikan Adira semal...
Kerajaan Gugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

Kerajaan Gugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 435 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia menurut sumber kerajaan Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watika...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage