Flower Chimp Bekerjasama Dengan Usahawan Bunga Tempatan
Flower Chimp Bekerjasama dengan Usahawan Bunga Tempatan
Usahasama Dalam Talian ke Luar Talian
Meningkatkan Perusahaan Bunga
“Lafazkan dengan bunga!” Bayangkan seorang lelaki
yang berjalan ke sebuah kedai bunga untuk membeli tiga jambak bunga untuk ibu, isteri dan
setiausaha khas untuk sambutan berlainan. Dia meminta pandangan daripada penggubah
bunga tersebut dan si penggubah bunga akan menerangkan jenis bunga yang dipilih dan
maksud setiap jenis bunga tersebut apabila digubah.
Kemahiran menggubah bunga ibarat satu seni dan sama seperti bakat seni yang lain, ada yang
dilahirkan dengan bakat semulajadi dan ada pula yang belajar menggubah bunga. Semakin
digilap, semakin menyerlah bakat menggubah bunga, tetapi hakikatnya mengikut peredaran
zaman, industri ini dianggap keinginan mewah yang tidak penting. Sekiranya diberi pilihan
antara sejambak bunga setiap bulan atau menonton wayang setiap minggu, ramai yang akan
memilih untuk menonton wayang. Siapa tahu nasib yang menimpa si penggubah bunga yang
baharu sahaja berkongsi pengetahuannya kepada lelaki yang membeli bunga sebentar tadi.
“Di Flower Chimp, kami mahu menyediakan platform perusahaan bunga mampan yang adil dan
menguntungkan semua pihak terbabit. Daripada fasa golongan petani yang menyediakan
bunga segar setiap hari hinggalah kepada penggubah bunga kami yang meluangkan masa
untuk mereka gubahan yang cantik untuk semua orang. Pada masa yang sama, kami
bekerjasama dengan banyak penggubah bunga tempatan dari Malaysia, Indonesia, Filipina
dan Singapura untuk memenuhi tempahan di luar kawasan,” kata Maximilian Lotz,
Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif.
Beliau dan rakan kongsinya/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa telah lama menceburkan
diri dalam bidang e-dagang di Asia Tenggara sebelum memulakan perniagaan penghantaran
bunga secara dalam talian. Mereka pernah menetap di Belanda yang terkenal di seluruh dunia
sebagai pusat perkembangan industri bunga global dan mendapat pendedahan awal di situ.
“Kami memutuskan untuk menggabungkan kemahiran kami - kami dalam bidang e-dagang dan
pemasaran dalam talian; usahawan bunga dalam bidang menggubah bunga - untuk
mengembangkan lagi industri ini. Kami mahu kedua-dua pihak untuk mendapat manfaat
daripada usahasama dalam talian ke luar talian (Online-to-Offline, O2O) dan bukan melihat
platform e-dagang sebagai pesaing kepada perniagaan sedia ada,” kata Lotz lagi. Buat masa
ini, Flower Chimp menjalinkan usahasama dengan lebih daripada 100 usahawan bunga di
Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura dan menjangkakan lebih ramai usahawan akan
menyertai mereka sejajar dengan perluasan rangkaian mereka di daerah lain di setiap negara.
Berikutan pengumuman kemasukan pelaburan berjumlah RM6 juta (diterbitkan pada bulan
Ogos 2018), usahawan bunga dalam talian terkemuka ini telah melihat perubahan positif dari
aspek kesedaran penjenamaan dalam kalangan pelanggan terutama di Malaysia. “Dalam masa
kurang daripada dua tahun, kami telah menyediakan satu rangkaian kukuh untuk penggubah
bunga kami dan pembekal kami (usahawan bunga tempatan) untuk bekerjasama dan mengikut
garis panduan yang disediakan untuk menunaikan janji kami menyediakan bunga segar
berkualiti tinggi pada harga mampu milik,” kata Frassa.
Pelanggan Flower Chimp akan terus bersukacita menikmati bunga kegemaran mereka dengan
insentif penghantaran PERCUMA ke seluruh negara dan penghantaran pada hari yang sama di
keempat-empat negara. “Buat masa ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan bahagian pasaran
kami di Asia Tenggara, tetapi pada masa akan datang, kami mahu membina Flower Chimp
sebagai satu jenama global yang memenuhi semua keperluan bunga anda, daripada hadiah
sempena sesuatu sambutan seperti Hari Kekasih, Hari Ibu dan musim perayaan hinggalah ke
penghantaran bunga segar sebagai hiasan atau hadiah kepada diri sendiri selepas bekerja
seharian,” katanya lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ftndiana.blogspot.com/2018/12/flower-chimp-bekerjasama-dengan.html