Floria Putrajaya adalah salah satu dari signature event dan produk pelancongan Perbadanan Putrajaya (PPj) bertaraf antarabangsa yang telah diadakan sejak tahun 2007 lagi.
Gerai Jualan
30 lot gerai jualan Garden Bazaar yang menjual pelbagai produk landskap, hortikultur dan perkebunan.
4 lot Community Garden yang menjual hasil dan produk pertanian bandar dari Kebun Komuniti Putrajaya, pameran dan pemberian khidmat nasihat pertanian daripada Jabatan Pertanian dan Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI).
8 lot gerai jualan kraftangan produk seni dan kraf tempatan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM).
164 lot gerai jualan makanan dan minuman yang dikenali sebagai Feast Garden yang menyajikan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa dan turut disediakan kapasiti tempat duduk sebanyak 300 kerusi.
Kemudahan Yang Disediakan
Surau Kabin sebanyak 2 unit yang boleh memuatkan 15 orang dan Surau di Ancillary Building yang boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa.
Kawasan parkir yang boleh memuatkan 300 unit bagi VIP dan urus setia, manakala 700 unit bagi pengunjung yang hadir.
Kawalan 20 orang anggota Penguatkuasa PPJ bersama 12 anggota RELA untuk mengawal lalu lintas.
3 unit shuttle bus secara percuma dengan kekerapan selama 30 minit bermula dari 7.30 pagi sehingga 10.30 malam setiap hari Isnin hingga jumaat dan sehingga jam 12.30 malam bagi hari sabtu dan ahad
Pengangkutan air turut disediakan iaitu 1 unit bot cruise dan 2 unit teksi air yang boleh dinaiki melalui 6 jeti utama (Monumen Alaf Baru, Kelab Tasik, Ayer 8, Marina Putrajaya, Anjung Floria, Taman Botani Putrajaya).
Kemudahan tandas di Ancillary Building, Monumen Alaf Baru, tandas Diraja (2 unit), tandas kabin VIP (2 unit), tandas OKU (2 unit) dan 60 unit tandas bergerak orang awam.
Perkhidmatan Bas Perantara PERCUMA
Perkhidmatan Bas & Teksi Air
Jom naik teksi air untuk ke Royal Floria Putrajaya!
Peta Floria Putrajaya 2024
Berikut dikongsikan juga peta lokasi untuk memudahkan perjalanan anda di tapak Floria nanti.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Floria Putrajaya 2024, anda boleh layari laman web rasmi Perbadanan Putrajaya di pautan berikut: https://www.ppj.gov.my/second-page/floria-2024|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |