Flashback Siapakah Yang Harus Dipilih Oleh Muslim Amerika Dalam Pilihanraya Presiden 2020



Dalam tempoh beberapa minggu lagi, rakyat Amerika Syarikat akan mengundi dalam pilihanraya Presiden yang dijangka amat sengit pertarungannya antara Donald Trump dari Parti Republikan yang juga penyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat ketika ini dan seterunya Joe Biden yang mewakili Parti Demokrat yang juga bekas Naib Presiden Amerika Syarikat ketika zaman Barrack Obama.

Umat Islam di Amerika Syarikat yang merupakan warganegara sudah tentu akan terlibat sama dalam pilihanraya ini walaupun mereka adalah minoriti di negara ‘Uncle Sam’ tersebut. Walaupun begitu, mereka tidak boleh dipandang kecil kerana jumlah mereka agak signifikan di bandar-bandar dan negeri -negeri tertentu seperti di Minnesota, Washington DC dan New Jersey

Ketika ini, jumlah umat Islam di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah 3.45 juta orang dan daripada jumlah tersebut, 80 peratus adalah warganegara. Jumlah tersebut mewakili sebanyak 1.1 peratus dari jumlah rakyat Amerika Syarikat dan walaupun sedikit, ia sebenarnya memberi impak kepada dunia politik Amerika Syarikat

Ketika pilihanraya Amerika Syarikat pada 2016, telah tercatat dalam sejarah politik Amerika Syarikat apabila dua wanita Muslim, Ilhan Omar dan Rashida Talib dari parti Demokrat telah memenangi kerusi kongres di kawasan yang ditandingi iaitu di Minnesota dan Michigan. Mereka berdua adalah orang Islam yang pertama yang menduduki Kongres Amerika Syarikat

Di kedua-kedua kawasan yang dimenangi oleh Ilhan Omar dan Rashida Talib jika dikaji, terdapat sejumlah besar pengundi beragama Islam dan samada didominasi oleh warga Amerika Syarikat berkulit hitam dalam lingkungan 18-40 peratus dari jumlah pengundinya. Kedua-dua faktor ini merupakan intipati utama kemenangan Ilhan Omar dan Rashida Talib

Namun mengapa faktor warga berkulit hitam menjadi intipati utama selain dari faktor umat Islam yang menjadi penyebab utama kemenangan Ilhan Omar dan Rashida Talib? Ini adalah kerana warga Amerika Syarikat berkulit hitam adalah penganut agama Islam terbesar di Amerika Syarikat dengan anggaran sebanyak 25 peratus diikuti oleh warga Amerika Syarikat berkulit putih sebanyak 23 peratus.
Jika dikaji pula sejarah kemasukan hamba abdi berkulit hitam di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1600, majoriti daripadanya adalah umat Islam yang dibawa masuk dari benua Afrika oleh pedagang hamba abdi dari Eropah ke Amerika Syarikat

‘Struggle’, perjuangan dan kebangkitan warga kulit hitam pada pertengan tahun 1900 seperti yang dipelopori oleh Nation of Islam dan Malcom X sebenarnya bukan hanya bertujuan untuk memperjuangkan agama Islam namun turut sama membabitkan perjuangan warga kulit hitam Amerika Syarikat

Dengan majoriti warga Amerika Syarikat berkulit hitam iaitu sebanyak 80-85 peratus adalah penyokong mahupun pengundi parti Demokrat dan juga berserta faktor-faktor yang disebutkan tadi, ianya menjadi penyebab serta pendorong utama yang memberikan kemenangan baik untuk Ilhan Omar mahupun Rashida Talib

Mungkin kita tertanya-tanya pada pilihanraya Amerika Syarikat November ini, parti mana dan siapakah calon yang patut diundi oleh mereka? Suasana tersebut juga sama dengan pendirian yang harus diambil oleh umat Islam yang menjadi warganegara di negara-negara bukan Islam lain seperti Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi yang mengamalkan sistem demokrasi

Secara umumnya, para ulama tidak membincangkan isu ini dalam kitab-kitab fiqh turath kerana hukum asalnya umat Islam mestilah berada dalam Diyar Islam (Negara-Negara Islam) dan haram berada di Diyar Ghair Muslimin (Negara-Negara Bukan Islam) kecuali dengan sebab-sebab tertentu seperti berniaga, tujuan merawat penyakit, menuntut ilmu dan seumpamanya.
Akan tetapi suasananya telah berubah setelah umat Islam kehilangan Khilafah Uthmaniyyah lebih 100 tahun lalu yang menyebabkan umat Islam kehilangan tempat bergantung akibat ditindas dan dizalimi sehingga sebahagian mereka terpaksa berhijrah ke negara-negara bukan Islam dan bermaustautin di sana samada sebagai pelarian, imigran atau warganegara.
Keberadaan umat Islam dalam negara bukan Islam boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, tanah air umat Islam yang dijajah dan berada di bawah pemerintahan bukan Islam seperti Palestin, wilayah Jammu Kasymir, selatan Thailand dan selatan Filipina. Kedua, penghijrahan umat Islam ke negara-negara bukan Islam atas faktor suaka politik, kekangan ekonomi dan lain-lain lagi seperti keberadaan umat Islam di benua Eropah, Utara Amerika dan lain-lain lagi.
Untuk negara-negara dalam kumpulan pertama, adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk berjuang bagi membebaskan tanahair mereka dari penjajahan golongan kuffar. Namun begitu, mereka juga harus memainkan peranan penting dalam urusan politik bagi memastikan nasib mereka terbela dan membebaskan diri dari belenggu penjajahan

Ianya berbeza bagi umat Islam yang berada dalam kategori kedua. Seboleh-bolehnya mereka hendaklah berpindah kembali ke bumi umat Islam setelah keadaan mengizinkan demi untuk memelihara jatidiri Islam mereka. Namun jika sekiranya keadaan tidak mengizinkan, menjadi kewajipan kepada mereka untuk terus berperanan bagi menjaga komuniti Islam di tempat mereka bermastautin

Demi menjaga maslahah dan juga komuniti mereka agar tidak berlaku sepertimana di negara asal mereka, penglibatan mereka dalam politik negara yang diduduki adalah perlu dalam usaha untuk memastikan nasib mereka dan agama terbela dan juga untuk memastikan mereka tidak ditindas, dizalimi mahupun mengurangkan mudharat ke atas diri dan komuniti mereka

Justeru itu sangat penting di sini untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan memilih mudharat paling kecil dan memberi kesan yang amat minimum. Oleh itu, Amerika Syarikat adalah contoh terbaik untuk kita menilai peranan politik komuniti Islam dalam negara bukan Islam dalam usaha membela nasib umat Islam di negara terbabit

Selepas peristiwa 9/11, umat Islam di serata dunia menerima tempias akibat dari usaha ‘melawan keganasan’ yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Hampir keseluruhan umat Islam di dunia dilabel sebagai pengganas dan kesannya boleh dirasakan sehingga ke hari ini apatah lagi setelah Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat, propaganda tersebut mulai kembali ‘menggila’. Namun buat umat Islam di Amerika Syarikat, mereka secara langsung merasai kesan akibat daripada peristiwa tersebut. Mereka dipantau baik dari segi pergerakan mahupun komunikasi, ‘racial profiling’ dan terpinggir dari masyarakat umum akibat daripada tempias usaha Amerika Syarikat menghapuskan pengganas yang 100 peratus ditujukan kepada umat Islam

Namun beberapa tahun selepas itu, wujud gelombang di kalangan umat Islam di Amerika Syarikat untuk menangkis mahupun melawan retorik tersebut terutamanya selepas kekalahan parti Republikan dalam pilihanraya Amerika Syarikat pada tahun 2009 kepada parti Demokrat dan Barrack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat

Namun kemuncak usaha umat Islam di Amerika Syarikat untuk sama terbabit dalam arena politik Amerika Syarikat kembali memuncak setelah Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat. Ketika itu, puak berhaluan kanan yang menjadi pendokong Donald Trump dan parti Republikan seperti Proud Boys, The Base, Patriot Front dan beberapa kumpulan lagi telah memulakan semula retorik yang pernah berlaku kepada umat Islam di Amerika Syarikat ketika pasca peristiwa 9/11

Pilihanraya pada 2018 membuktikan peningkatan tinggi kesedaran dan penglibatan umat Islam dalam arena politik Amerika Syarikat berbanding sebelum tahun 2001. Terdapat lebih kurang 100 pencalonan untuk bertanding pada pilihanraya ketika itu baik di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan, hampir 85 peratus peningkatan berbanding hanya 12 pencalonan pada 2016

Walaupun hanya 2 orang yang berjaya meraih tempat di Dewan Kongres iaitu Ilhan Omar dan Rashida Talib, ia sedikit sebanyak memberi impak kepada umat Islam di Amerika Syarikat. Kedua-duanya adalah pengkritik utama hubungan Amerika Syarikat dengan Israel dan memainkan peranan utama untuk membangkitkan kesedaran rakyat Amerika Syarikat akan kekejaman regim Israel terhadap Palestin dan rakyatnya

Kempen boikot Israel seperti BDS (Boycott, Divestment, Sanction) yang sebelum ini kelihatan suram sudah mula hangat kembali akibat penglibatan kedua-dua ahli dewan Kongres terbabit. Malah pemimpin Israel termasuk Benjamin Netanyahu merupakan pengkritik utama Ilhan Omar dan Rashida Talib. Akibat daripada itu, Rashida Talib telah dibatalkan visanya oleh Israel ketika hendak melawat nendanya yang masih lagi tinggal di Palestin

Sehingga hari ini, kedua-dua mereka boleh dikatakan berjaya sebagai wakil umat Islam di Kongres Amerika Syarikat. Walaupun kedua-dua mereka di kategorikan sebagai progresif demokrat yang agak condong kepada liberal, sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak telah menimbulkan kesedaran kepada umat Islam di Amerika Syarikat betapa pentingnya untuk melibatkan diri dalam pentas politik
Akibat daripada kesedaran tersebut, pada pilihanraya kali ini yang akan berlangsung tidak lama lagi, telah ada organisasi besar seperti Emgage Action yang telah memulakan gerakan memobilisasi pengundi Islam untuk mengundi pada piliharaya kali ini kerana sedar betapa pentingnya undi umat Islam terutamanya untuk menumbangkan Donald Trump

Setelah melihat kepada kelebihan dan manfaat kerana mempunyai wakil dalam Kongres, kesedaran umat Islam Amerika Syarikat telah mula timbul untuk terbabit secara lebih aktif dalam arena politik. Mengikut kajian beberapa institusi dan penganalisa politik di Amerika Syarikat, jika keadaan sebegini berterusan ianya akan memberi impak kepada politik Amerika Syarikat dan dijangka umat Islam akan menjadi kuasa politik yang agak dominan di Amerika Syarikat seawal 2030

Namun jika Donald Trump dan parti Republikan kalah pada pilihanraya kali ini, kita umat Islam usah terlalu sangat berharap akan berlakunya perubahan polisi yang besar terutamanya polisi luar negara Amerika Syarikat. Mungkin jika Joe Biden menjadi Presiden Amerika Syarikat, akan berlaku ‘sedikit perubahan’ polisi luar namun asasnya tetap sama

Polisi Amerika Syarikat terhadap dunia tetap sama biar siapa dan parti mana sekalipun memerintah Amerika Syarikat. Asasnya Amerika Syarikat tetap dan mesti menjadi peneraju geopolitik mahupun ekonomi dunia. Sesiapa yang menjadi ancaman akan menerima akibatnya, lihat apa yang berlaku kepada China dan perang perdagangan yang masih lagi berlaku

Kerana jangkaan China akan menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia menjelang 2025, Amerika Syarikat berusaha menyekat kemaraan tersebut sedaya mampu termasuk menggunakan WTO, PBB, WHO, Bank Dunia mahupun NATO. Rusia yang ketika ini ‘menari’ kerana kelemahan polisi pentadbiran Donald Trump di Asia Barat, akan menjadi resah jika Joe Biden menjadi Presiden Amerika Syarikat dan perseteruan kedua-kedua negara akan kembali menjadi tegang

Polisi Amerika Syarikat terhadap Asia Barat dan umat Islam dijangka tidak berubah kecuali berkemungkinan Arab Saudi akan menerima nasib yang kurang baik jika Joe Biden menjadi Presiden Amerika Syarikat. Israel tetap akan menjadi keutamaan Amerika Syarikat di Asia Barat namun berkemungkinan akan digunakan kaedah diplomasi untuk mengikut kehendak Amerika Syarikat
Akan tetapi, jika umat Islam di Amerika Syarikat berjaya menjadi salah satu kuasa penentu dalam arena politik Amerika Syarikat seperti yang dijangkakan, berkemungkinan ia mampu mempengaruhi polisi luar Amerika Syarikat pada masa akan datang.
Walaupun begitu, kita umat dan Dunia Islam haruslah membina kekuatan sendiri untuk mempertahan, memperkasa dan memperkemaskan kekuatan umat dan Dunia Islam. Kerana terlalu lama berharap mahupun bergantung kepada kuasa luar terutamanya kuasa besar bukan Islam terutamanya selepas tumbangnya Khilafah Uthmaniyyah, umat dan Dunia Islam sering dipermain, dilaga-lagakan, diambil kesempatan dan dizalimi

Sampai bilakah kebergantungan tersebut akan bertahan dan dikekalkan? Selagi mana umat dan Dunia Islam mempercayai apa sahaja ungkapan dan janji musuh-musuh Islam, selagi itulah umat dan Dunia Islam akan menjadi hamba di buminya sendiri. Maka disebabkan itulah perpaduan, kesatuan dan saling mempercayai harus menjadi aspek utama kekuatan umat dan Dunia Islam

Jika tiada nilai-nilai di atas, kita lihat sendiri apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Libya, Lubnan dan banyak lagi negara Islam. Lemahnya kerana curiga, saling tidak mempercayai, tiada kesatuan dan perpaduan serta tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.
Islam adalah tonggak kesatuan dan perpaduan. Selagi mana kita menjauhi mahupun meninggalkan Islam, selagi itulah kita umat dan Dunia Islam akan kekal lemah, lesu dan mudah dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Oleh itu, kembalilah kita semua kepada ajaran Islam yang sebenar agar kita semua memperolehi keberkatan dan rahmat dari Allah SWT

Islam Memimpin Perpaduan.

Ustaz Muhammad Khalil Abdul HadiAJK PAS



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/flashback-siapakah-yang-harus-dipilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Joe Biden Menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat Ke 46

Joe Biden Menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat Ke 46

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 365 hits
Joe Biden menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat ke 46Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan A Battle for the Soul of the Nation juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua J...
6043 Aktiviti Majlis Silaturrahim Pengerusi Ppim Bersama Presiden Angkasa Ppim 30 10 2020

6043 Aktiviti Majlis Silaturrahim Pengerusi Ppim Bersama Presiden Angkasa Ppim 30 10 2020

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 271 hits
Majlis silaturrahim Pengerusi PPIM Nadzim Johan toqqi bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Y Bhg Dato Hj Abdul Fattah Hj Abdullah di PPIM Kondominium Villa Puteri Kuala Lumpur Semoga perkongsian antara kedua belah p...
Kalahkan Trump Dan Terpilih Sebagai Presiden Ke 46 Amerika Serikat Joe Biden America S Back

Kalahkan Trump Dan Terpilih Sebagai Presiden Ke 46 Amerika Serikat Joe Biden America S Back

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 336 hits
Setelah debut politik hampir 50 tahun lalu 2 kali gagal mencalonkan diri sebagai presiden AS dan 8 tahun jadi wakil presiden Joe Biden akhirnya terpilih menjadi Presiden Amerika Serikat
Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke 46

Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke 46

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 284 hits
CALON Demokrat Joe Biden menang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat ke 46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral Memetik laporan AP kerusi terakhir ya...
Kekebalan Trump Di Twitter Akan Berakhir Januari Depan Sekiranya Beliau Kalah Pilihanraya Presiden

Kekebalan Trump Di Twitter Akan Berakhir Januari Depan Sekiranya Beliau Kalah Pilihanraya Presiden

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 216 hits
Presiden Donald Trump ialah ketua negara yang diberikan gelaran Presiden Twitter Beliau kerap menyuarakan pendapatan yang kontroversial pada platform media sosial ini Ramai yang menggesa supaya beliau diharamkan selama lamanya di platform t...
6047 Sppz Melancarkan Platform E Dagang Yang Dikuasakan Oleh Fusionex Bernama 30 10 2020

6047 Sppz Melancarkan Platform E Dagang Yang Dikuasakan Oleh Fusionex Bernama 30 10 2020

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 379 hits
PETALING JAYA Malaysia 30 Okt Pemimpin pasaran teknologi AI dan Data Besar yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan SPPZ satu inisiatif di bawah PPIM untuk membangun dan menyokong pl...
Apabila Presiden Amerika Berdepan Dengan Gerakan Islam

Apabila Presiden Amerika Berdepan Dengan Gerakan Islam

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 250 hits
ZIN MAHMUDAkhirnya kerajaan Amerika Syarikat akan kembali kepada normal apabila Joe Biden dapat mengalahkan Donald Trump dalam pilihan raya presiden 2020 Selama empat tahun Amerika diperintah oleh seorang yang tidak selayaknya menjadi pemim...
Presiden Baharu Biden Sedia Pulihkan Amerika

Presiden Baharu Biden Sedia Pulihkan Amerika

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 400 hits
Calon presiden Amerika Syarikat Joe Biden di laman Twitternya menulis presiden dipilih walaupun pengiraan undi masih berjalan di beberapa negeri lapor agensi berita Sputnik Presiden dipilih suami kepada DrBiden ayah datuk yang bangga Sedia ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan