Fitnah Rafizi Ramli Terhadap Arwah Tan Sri Khalid Ibrahim



LAPORAN KES-KES BERSABIT INTEGRITI MELIBATKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM AUGUST 7, 2014
LATAR BELAKANG
KEADILAN telah mencapai persetujuan sebulat suara di dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bersidang pada 21 Julai 2014 untuk menggantikan Menteri Besar Selangor sedia ada iaitu YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Persetujuan sebulat suara itu juga mencalonkan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Keputusan ini kemudiannya dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai 2014 dan dimaklumkan secara rasmi kepada PAS dan DAP. PAS dan DAP di dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu bersetuju pada dasarnya bahawa prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah dari KEADILAN[1].
DAP telah menyatakan sokongan secara terbuka kepada pencalonan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail[2] sementara PAS akan membincangkan pendirian dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 10 Ogos 2014.
Laporan ini ditulis sebagai mengambil pandangan pimpinan-pimpinan PAS yang memberikan gambaran timbul keperluan KEADILAN memberikan sebab musabab secara rasmi kepada PAS yang mendorong keputusan KEADILAN untuk menukar Menteri Besar Selangor.
Laporan ini disediakan oleh ibu pejabat KEADILAN dan diluluskan oleh pimpinan tertinggi KEADILAN. Ia berdasarkan maklumat dari laporan Kerajaan Negeri dan Pusat, carian umum, rekod rasmi mahkamah, syarikat dan urusniaga, keterangan yang diberikan oleh individu yang terbabit serta laporan-laporan media mengenai isu ini.
KERAGUAN MUNASABAH MENGENAI PENYELESAIAN MASALAH HUTANG BANK ISLAM BERJUMLAH USD18,521,806.13 (BERSAMAAN RM59.5 JUTA SETAKAT 13 NOVEMBER 2006) DAN FAEDAH KE ATASNYA
Masalah keberhutangan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam sudah diketahui umum sejak beliau belum menjadi ahli politik dan Menteri Besar. Sebelum tahun 2011, beliau juga pernah berunding dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri jalan untuk menyelesaikan tindakan Bank Islam terhadapnya dengan baik.
Keberhutangan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam bermula dalam tahun 90an semasa beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Guthrie Berhad. Bank Islam pada mulanya meluluskan kemudahan pembiayaan al-murabaha kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membeli saham-saham dalam Kumpulan Guthrie Berhad.
YAB Tan Sri Khalid gagal membayar bayaran pinjaman pertama di bawah kemudahan pembiayaan al-murabaha ini yang sepatutnya dilunaskan pada 24 Oktober 1998. Beliau menulis secara rasmi melalui satu surat bertarikh 16 Oktober 1998 untuk menangguhkan bayaran tertunggak tersebut. Seterusnya beliau sekali lagi gagal melunaskan bayaran pinjaman pertama dari pinjaman kedua di bawah kemudahan pembiayaan ­al-murabaha dan memohon untuk menangguhkan juga bayaran tersebut melalui satu surat bertarikh 20 Oktober 1999.
Oleh kerana kegagalan berterusan untuk melunaskan hutang yang diambil melalui kemudahan pembiayaan al-murabaha ini, Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid bersetuju untuk menstrukturkan kembali hutang-hutang ini melalui satu kemudahan pembiayaan yang baru.
Maka pada tahun 2001, Bank Islam meluluskan penstrukturan hutang-hutang itu melalui kemudahan pembiayaan Islam al-Bai Bithaman Ajil (“BBA”) kepada YAB Tan Sri Khalid. Terma kemudahan pembiayaan ini dimuktamadkan di dalam Surat Tawaran (bertarikh 17 April 2001), Perjanjian Induk Kemudahan BBA (bertarikh 30 April 2001) dan perjanjian-perjanjian jual beli mengikut BBA (bertarikh 30 April 2001).
Terma-terma utama perjanjian pinjaman BBA yang ditandatangani adalah seperti berikut:
READ MORE HERE  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/08/01/fitnah-rafizi-ramli-terhadap-arwah-tan-sri-khalid-ibrahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jasa Tan Sri Khalid Ibrahim

Jasa Tan Sri Khalid Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 340 hits
TOWERING MALAYSIAN Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian Tan Sri Khalid Ibrahim seorang figura politik yang disegani kawan dan digeruni lawan Saya pertama kali mendengar nama beliau ketika saya membaca kisah mengenai Dawn Raid di ...
Khalid Ibrahim Banyak Berjasa Kehilangan Besar Buat Negara Idris Ahmad

Khalid Ibrahim Banyak Berjasa Kehilangan Besar Buat Negara Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR Pemergian bekas Menteri Besar Selangor ke 14 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi satu kehilangan besar buat negara ARTIKEL BERKAITAN 8211 KHALID IBRAHIM MENINGGAL DUNIA Menteri di Jabatan Perdana Menteri D
Khalid Ibrahim Meninggal Dunia Disemadikan Di Makam Di Raja Shah Alam

Khalid Ibrahim Meninggal Dunia Disemadikan Di Makam Di Raja Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 257 hits
NASUHA RAHMANBekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada pukul 11 08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala LumpurMenurut kenyataan di Facebook rasminya jenazah Allahyarham akan dibawa ke Ma...
Al Fatihah Ts Khalid Ibrahim Kembali Rahmatullah

Al Fatihah Ts Khalid Ibrahim Kembali Rahmatullah

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 220 hits
Bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11 08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur Pemergian Allahyarham pada usia 76 tahun dengan tenang dan disaksikan oleh se...
Kempen Meyakinkan Anak Muda Melalui Tik Tok Rafizi Ramli

Kempen Meyakinkan Anak Muda Melalui Tik Tok Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 203 hits
Saya akan bawa kempen ke untuk menyakinkan anak anak muda untuk keluar mengundi dan memilih KEADILAN PH dalam PRU akan datang Ha3 video pertama nampak sangat amatur Macam macam komen orang bagi termasuk pasal lubang hidung saya Insya Allah ...
Bekas Mb Selangor Khalid Ibrahim Meninggal Dunia

Bekas Mb Selangor Khalid Ibrahim Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 568 hits
Bekas MB Selangor Khalid Ibrahim meninggal dunia Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Aug 2022 12 14AM
Khalid Ibrahim Masih Dirawat Berita Kematian Adalah Palsu

Khalid Ibrahim Masih Dirawat Berita Kematian Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 253 hits
CYBERJAYA 8211 Berita yang mendakwa bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada adalah berita palsu Berita itu dinafikan oleh pentadbir laman Facebook rasmi Abdul Khalid Ibrahim malam tadi dalam satu kenya...
Former Selangor Mb Khalid Ibrahim Passes Away At Age 76

Former Selangor Mb Khalid Ibrahim Passes Away At Age 76

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 239 hits
Former Selangor menteri besar Abdul Khalid Ibrahim passed away tonight after a long battle with illness Khalid 76 breathed his last at the Cardiac Vascular Sentral Hospital surroundd by his family according to the admin of his Facebook page...
Members Of Public Pay Their Last Respects To Former Selangor Mb Khalid Ibrahim

Members Of Public Pay Their Last Respects To Former Selangor Mb Khalid Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 247 hits
PETALING JAYA The remains of former Selangor mentri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim who passed away at 11 08pm on Sunday have been brought to the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mosque in Shah Alam Selangor residents are taking the opp...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti