Fitnah Fintah Akhir Zaman



Usia manusia semakin lama semakin tua. Begitu juga dunia. Kerna setiap yang hidup itu ada matinya. Setiap permulaan ada penghujungnya. Sebelum mencapai kepada pengakhiran kebiasannya terpampar pada manusia tanda-tandanya. Dunia yang kita berpijak di atasnya ini tidak terkecuali. Semakin hampir kepada penghujung usianya (dunia) terdapat tanda-tanda yang boleh kita renung semula. Apakah ia

Hadis FitanDaripada Al-Aghari bin Yassar AL-Muzani r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: Masa terasa pendek, amal soleh berkurangan, kebakhilan bermaharajalela, fitnah (maksiat) berleluasa, dan banyaknya kekecohan. Para sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah! Apakah kekecohan tersebut? Nabi s.a.w menjawab: “Pembunuhan-pembunuhan”.[HR Bukhari no. 6659, HR Muslim no.4805]

Penerangan Hadis
     1.  Masa terasa pendek
Dalam menerangkan tentang frasa ini terdapat beberapa pendapat ulama’:
Imam Al-Khatabi: Ia adalah kelazatan dalam kehidupan yang membawa maksud berlaku ketikamana manusia keluar daripada rahim ibunya dan dipertanggungjawabkan kepadanya amanah di muka bumi. Dengan itu, manusia itu berlaku adil dan dia merasa keseronokan dalam kehidupan, tetapi masanya singkat. Hingga sekarang, kebanyakan manusia merasa pendek pada saat manis dalam kehidupan walaupun sebenarnya ia panjang, sebaliknya merasa panjang waktu-waktu yang dibenci meski ia pendek

Al-Hafizh Ibn Hajar [M 852H]mengambil kata-kata Al-Karmani dalam memberi komen terhadap pandangan Imam Al-Khatabi, bahawa ianya kurang tepat dek kerana ia tidak bersesuaian dengan tersebar luasnya fitnah-fitnah yang lain yang telah disebutkan dalam hadis yang sama selepas itu. Namun, pendapat beliau (al-Khatabi) bersesuaian dengan zaman beliau yang masih terjaga dari pelbagai sudut dalam hal kebaikan[iii]

Justeru, beliau (Ibn Hajar) mengambil pendapat Imam Nawawi [M 676H]yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan masa terasa pendek itu adalah dekatnya manusia kepada hari kiamat[iv]. Selain itu, ia juga boleh menggambarkan bahawa masa yang manusia punya, tidak membawa keberkatan dalam kehidupan

Jika kita renung semula kehidupan kita sehari-hari, masa yang berlalu terlalu pantas. Kita seakan-akan tidak mampu untuk menjangkau sesuatu amalan kebaikan melebihi rutin harian. Bekerja atau belajar. Tiada tambahan ibadah melainkan yang diwajibkan Allah. Hal ini, terjadi kerana kita gagal memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Banyak perkara sia-sia yang bermain dalam minda dek kerana kita selalu ingin berasa selesa. Kita janggal untuk meninggalkan kebiasaan hidup kerna kita tahu mencari kebenaran itu perlu pengorbanan

Oleh yang demikian, keselesaan itu sebenarnya membunuh kehidupan. Umat yang terdahulu berjaya bukan kerana mereka sekadar hidup bersama nabi s.a.w bahkan berjuang menitis air mata dan darah dalam perjuangan mengangkat panji islam. Mungkin kita tidak sehebat mereka. Tidak pula perlu mengangkat senjata. Namun, dalam bidang yang kita ceburi pastikan ada manfaat untuk agama Ilahi

     2. Berkurangnya AmalBerkurang amal di sini  membawa dua maksud sama ada amal manusia di dunia atau amal kebaikan manusia di akhirat kelak disebabkan kurangnya manusia keberkatan masa seperti yang disebutkan di atas, maka manusia itu kurang mampu untuk beramal soleh natijah dari masa yang seakan-akan terhad

Dari pandangan lain, berkurangnya amal boleh juga digambarkan kerana mungkin manusia itu beramal soleh namun terdapat kecacatan padanya dek kerana salah laku niat atau cara disamping  berlaku banyak pengkianatan terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan. Sama ada pemimpin merobek khazanah rakyat, yang berkuasa berterusan menindas yang kurang upaya, ahli ilmu tiada amanah dalam menyampaikan dan sebagainya

Terdapat juga dalam riwayat yang lain direkodkan bahawa berkurangnya ilmu ganti kepada berkurangnya amal. Boleh jadi makna berkurangnya ilmu adalah kita mudah lupa akan apa yang kita pelajari. Hal ini seringkali terjadi. Mungkin kerana kekurangan kesungguhan kita dalam mendalami sesuatu ilmu dan juga berpunca daripada sistem pendidikan yang kurang memberikan kesan terhadap budaya dan cara fikir manusia

Selain itu, berkurangnya ilmu juga boleh berlaku dengan cara Allah mencabut nyawa ahlinya(ulama’) dan tidak ada pengganti yang secocok sepertinya. Dalam hadis yang lain nabi sallahu alaihi wasalam menyebutkan dari Abdullah ibn ‘Amr ibn ‘As:
“Sesungguh Allah tidak mencabut ilmu itu dengan mengambilnya daripada dada-dada manusia, tetapi dengan mematikan ulama’-ulama’. Maka tinggallah dunia ini mengambil orang-orang yang jahil sebagai ketua atau tempat rujukan mereka. Bila ditanyakan kepada mereka maka mereka akan menjawab dan memberi saranan tetapi dalam keadaan yang tiada ilmu tentangnya, maka terhumban manusia dalam kesesatan yang berpanjangan.”HR Bukhari no.98, HR Muslim no.4806]
Perkara ini benar-benar berlaku kini. Kita lihat umat era ini tidak kurangnya dari sudut sumber ilmu. Bahkan apa yang tercatat-catat dalam lembaran buku-buku muktabar tidak bisa dinafikan kesahihannya dan tidak punya saringan. Namun, realiti yang berlaku sesetengah umat ini khususnya dalam bidang agama dan amnya kepada semua mungkin semakin bijak dalam pengetahuan masing-masing, malangnya ilmu itu digunakan bukan pada tempatnya. Maka terjadilah banyak perbalahan yang tidak berkesudahan dalam perkara-perkara cabang yang sebenarnya telah lama diperbincangkan

Berkaitan dengan ulama’-ulama’ yang telah dipanggil semula mengadap-Nya juga menjadi buah telinga kita pada hari ini. Semakin ramai pula dalam kalangan mereka dijemput menghadap Allah. Bahkan hari ini sukar untuk umat dibimbing oleh imam-imam besar dalam bidang hadis mahupun fiqh seperti umat dahulu. Malah kematian para ahli ilmu dewasa ini semakin bertambah kian hari. Natijahnya, manusia diambang dalam kesesatan

     3. Kebakhilan BermaharajalelaIntisari daripada frasa ini adalah manusia zaman ini bersikap tamak bahkan lebih buruk lokek (kedekut) pula untuk berkongsi kepada manusia yang lain. Pelbagai sudut yang boleh dimaksudkan kebakhilan yang melanda umat ini:
i-  Orang yang berilmu kedekut dengan ilmunya maka dia meninggalkan untuk mengajarkan manusia dan mengeluarkan fatwa yang membantu manusia

* Perkara ini ternyata berlaku. Dari sudut lain, boleh juga kita tengok bahawa ramai orang mengajar sesuatu ilmu tetapi bukan memberi manfaat kepada manusia bahkan menambahkan lagi kecelaruan dek kerana ilmu yang tulen tidak lagi disebarkan dengan adil
ii-  Orang yang mempunyai kelebihan dalam apa jua bidang meninggalkan untuk mengembangkan kelebihan kepada orang yang lain kerana bimbang disaingi

iii-  Orang yang kaya bakhil dengan hartanya hingga orang-orang miskin terbinasa

* Dalam sistem kapitalis yang ada sekarang ini, perkara ini menjadi barah berlarutan. Si kaya bertambah kaya. Yang miskin kekal miskin. Dari satu sudut mungkin terzahir orang yang kaya atau pimpinan ini memberi bantuan kepada goloangan miskin yang memerlukan. Hakikatnya mereka merompak kekayaan yang ada dan menindas golongan marhaen

     4.  Fitnah (maksiat) berleluasa.Melihat pada era globalisasi kini, kita lihat maksiat begitu mudah menjalar masuk dalam jiwa manusia. Jika bukan manusia itu yang mencari asbab-asbab yang nyata kepada maksiat, namun kejahatan itu juga bisa turut menusuk melalui niat baik kita. Sebagai contoh dalam pada penggunaan facebook atau twitter atau selainnya, kadang-kadang kita tidak terlepas daripada terpandang iklan-iklan yang termampar yang mana sudah tentu banyak keburukan dari sudut etika

Belum lagi bicara tentang gadjet yang serba canggih yang mana hari ini menjadi suatu perkara yang asing jika anak muda tidak membawanya. Penggunaan gadjet-gadjet tersebut juga tidak terlepas daripada dosa-dosa kering. Bagaimana pula dengan  perlakuan serta hubungan muda-mudi kita sekarang

Maksiat dan dosa itu dipandang enteng, dan bebas dilakukan tanpa sebarang halangan. Hatta orang lain yang terdiri dari ibupa kadang-kadang dan juga masyarakat yang lain tidak bisa menegur perlakuan buruk yang dilakukan. Justeru, atas sebab-sebab ini kita melihat fitnah maksiat itu semakin berleluasa dan menjadi barah yang semakin parah

Bukan niat saya menghalang untuk menggunakan segala bentuk kemudahan yang ada. Adapun jika ianya diguna ke arah kebaikan maka ia lebih membawa manusia itu dekat dengan tuhan. Bukan juga untuk menyalahkan sesiapa atau mana-mana pihak, tetapi berbalik kepada menyalahkan diri sendiri yang tidak berusaha untuk mengubah masyarakat kepada lebih baik. Jika tiada kemampuan maka berusahalah menjadi masyarakat yang baik sudah memadai

     5.  Banyaknya kekecohanBerdasarkan riwayat dalam hadis yang disebutkan di atas kekecohan yang banyak berlaku adalah pembunuhan. Tidak dinafikan lagi, akhir zaman ini banyak berlaku pembunuhan akibat daripada peperangan sesama manusia kerana tamakkan harta, kuasa atau bertitik tolak atas kebencian terhadap sesuatu agama. Melihat contoh yang berlegar disekeliling kita seperti yang berlaku di Syria, Palestin dan lain-lain negara

Dalam riwayat yang lain disebutkan maksud kekecohan itu belaku disebabkan ‘pembunuhan’ dengan lisan. Tidak perlu terbang jauh untuk mengukir contoh. Dalam negara kita sendiri banyak perpecahan dan kekecohan atas sikap tidak amanah ahli ilmu dalam pelbagai bidang dalam pada menyampaikan ilmu lebih lagi dalam melaksanakannya dalam urusan berkaitan dengan manusia yang lain pula

Dunia Semakin Tenat Tanda-tanda di atas tidak terhenti sekadar itu. Bahkan umat hari ini lebih berani seperti seakan-akan menentang kekuasaan Allah s.w.t dengan ‘mengambil tempat’ dalam menentukan sesuatu hukum yang berkaitan. Sebagai contoh dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi ‘Amir Al-Asyaari, Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan terjadi dalam kalangan umatku yang mana ada sekelompok manusia yang menghalalkan zina dan sutera.  (HR Abu Dawud)[vii]
Hadis ini menunjukkan contoh bahawa antara perkara yang semakin menular dalam masyarakat kita berkaitan zina. Mungkin secara zatnya perbuatan zina itu ditentang, tetapi bagaimanapula dengan jalan-jalan yang menuju ke arahnya berupa filem yang merosakkan, lagu-lagu yang mengkhayalkan dan pelbagai aktiviti bercampuran jantina yang berleluasa

Dalam pada itu, hadis ini juga menjukkan bahawa pemakaian sutera juga tidak dibenarkan. Tetapi hari ini melihat bukan sekadar bahan pakaian itu yang menjadikan ianya haram, bahkan fesyen-fesyen yang melampau yang mendedahkan aurat semakin giat diteroka. Bahkan lebih buruk ia disokong oleh orang-orang yang berautoriti dalam negara

KesimpulanSudah tentu fitnah-fitnah yang berlaku atau menjadi tanda-tanda kecil bahawa kiamat itu sudah hampir dengan kita. Adapun, apa yang disebutkan dalam hadis ini merupakan ‘ibu’ kepada fitnah-fitnah yang lainnya. Bukan ketakutan yang cuba saya gambarkan dalam artikel saya ini. Tetapi hanya mahu meninggalkan persoalan apa usaha yang kita cuba lakukan untuk membaiki diri sendiri dan masyarakat kita hari ini daripada terselamat daripada fitnah-fitnah ini

Ayuh muhasabahlah semula wahai manusia dan panjatkan doa agar kita dan semua kaum muslimin terselamat daripada fitnah-fitnah ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kelanamuslim.blogspot.com/2016/08/fitnah-fintah-akhir-zaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agama Surah Al Kahfi Pelindung Dari Fitnah Dajjal Akhir Zaman

Agama Surah Al Kahfi Pelindung Dari Fitnah Dajjal Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum w b t Dari Abu Darda r a Rasulullah SAW bersabda Jika sesiapa belajar dengan mata hati dalam 10 ayat pertama Surah Al Kahf dia akan terlindung dari fitnah Dajjal Dari Abu Sa id Al Khudri r a Rasulullah SAW bersabda Sesiapa y...
13 Pesanan Malaikat Jibrail Pada Umat Akhir Zaman Baca Dan Sebarkan

13 Pesanan Malaikat Jibrail Pada Umat Akhir Zaman Baca Dan Sebarkan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 162 hits
Ketika melalui proses Israk Rasulullah saw dibawa berjalan melalui pelbagai peristiwa yang perlu diterjemahkan oleh Malaikat Jibrail apa pengertiannya Berikut adalah 13 peristiwa yang dialami Rasulullah saw sebagai panduan kepada kita sebag...
Bencana Akhir Zaman Akan Terjadi Jika 15 Perkara Ini Sudah Dilakukan

Bencana Akhir Zaman Akan Terjadi Jika 15 Perkara Ini Sudah Dilakukan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 126 hits
PENJELASAN Rasulullah SAW mengenai bencana sering dikaitkan dengan pra kondisi sebelum terjadinya bencana tersebut Hadist riwayat Imam Atturmudzi dan yang menghimpun hadis ini adalah ulama Alwalial annajdwi yang menghimpun 40 hadis yang men...
Inilah 4 Negeri Yang Dianjurkan Rasulullah Saw Dihuni Pada Akhir Zaman

Inilah 4 Negeri Yang Dianjurkan Rasulullah Saw Dihuni Pada Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 171 hits
Akhir Zaman adalah masa terdekat dengan hari yang pasti iaitu hari akhirat Setiap permulaan pasti ada pengakhiran dan kita sebagai umat manusia perlu percaya akan berlaku kejadian ini sama ada kita masih hidup atau tidak ketika berlakunya k...
Akhir Zaman Tanah Arab Kembali Dipenuhi Tumbuhan Dan Banyak Sungai

Akhir Zaman Tanah Arab Kembali Dipenuhi Tumbuhan Dan Banyak Sungai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 288 hits
Pada tahun 2012 dijumpai rangkaian dari sungai dan tasik yang sangat besar dan luas di bawah gurun pasir G ambar rangkaian besar sungai setelah ribuan tahun berlalu dan berubah bentuk seperti lembah yang tenggelam di padang pasir diperoleh ...
Akhir Zaman

Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 229 hits
Kedatangan Nabi Isa as akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin kemudian kemun...
Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 234 hits
Sebagai umat Nabi Muhammad kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal Tetapi kita masih berselisih faham Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menja...
Sedikit Hadis Nabi Saw Mengenai Keadaan Akhir Zaman

Sedikit Hadis Nabi Saw Mengenai Keadaan Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 192 hits
Sedikit Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman Orang Yang Tak Sedarkan DiriDaripada Abu Hurairah r a Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda Jika ada seseorang berkata ramai orang telah rosak maka orang yang berkata itu sendiri yang paling...
Nasihat Saya Untuk Umat Akhir Zaman Dua Sahaja Ustaz Wadi Annuar

Nasihat Saya Untuk Umat Akhir Zaman Dua Sahaja Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 551 hits
Nasihat saya untuk umat akhir zaman dua sahaja Yang pertama bersama dengan ulama Ulama ramai ada ulama politik ada ulama tariqat ada ulama pondok Jadi ulama yang mana Sebelum kita tuju ulama yang mana 1400 tahun kita tidak ada Rasul Siapa y...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation