Fitnah Bukanlah Politik Yang Halal


 





By Mustafa K Anuar
Islam tidak boleh terpalit dengan gambaran yang ia merelakan fitnah

Ahli Parlimen Pas, Siti Mastura Muhammad baru-baru ini mencuri tumpuan menjadi tajuk berita utama apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan beliau untuk membayar ganti rugi dan kos RM825,000 selepas beliau kalah dalam saman fitnah yang difailkan oleh tiga pemimpin DAP.

Ahli Parlimen Kepala Batas itu telah tersilap dengan sengaja mendakwa Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok dari DAP mempunyai kaitan dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Ia kelihatan seakan imaginasi yang meliar.

Mastura boleh menghadapi prosiding muflis jika beliau gagal membayar jumlah penghakiman. Sekali gus, ia juga boleh menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai ahli parlimen, dan bakal mengakibatkan pilihan raya kecil.

Untuk mengelak akibat yang buruk dari keadaan ini, kepimpinan Pas melancarkan apa yang dipanggil sebagai “kutipan derma jihad” dalam kalangan ahlinya. Parti itu memerlukan ketua jawatankuasa pusat dan ketua negeri, bahagian dan cawangan parti untuk menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang. Sayap di peringkat persekutuan, negeri dan bahagian pula perlu mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000 setiap satu.

Boleh difahami jika pimpinan Pas datang menyelamatkan Mastura atas nama solidariti parti. Namun, beberapa pemerhati menjadi bingung bahawa parti itu memilih untuk mengaitkan usaha menderma ini dengan jihad.

Jihad boleh difahami sebagai sesuatu yang wajib, contohnya melibatkan peperangan dalam bertindak balas terhadap pencerobohan atau pengkhianatan terhadap masyarakat Islam.

Namun, yang penting adalah jihad yang lebih besar, iaitu perjuangan rohani untuk menyucikan hati, menghindari kejahatan dan berkembang menjadi orang yang lebih baik.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: [email protected]

Bagaimanakah melakukan fitnah dikira sebagai jihad sedangkan fitnah sendiri dianggap sebagai dosa besar dalam Islam kerana ia menimbulkan permusuhan dan perselisihan? Sesungguhnya melakukan dosa besar seperti memfitnah bukanlah suatu jihad.



READ MORE:  Taib's daughter loses defamation suit against Swiss NGO

 

Adalah malang dan jahat sekali jika istilah jihad kemudian digunakan untuk menggambarkan Mastura sebagai mangsa “muslihat mereka yang bukan Islam”, untuk tujuan menggembleng dan menghimpun para penyokong untuk berjihad menentang apa yang didakwa sebagai “musuh Islam”.

Pasti ada yang tertanya-tanya sama ada terdapat percubaan licik untuk membiasakan tindakan fitnah oleh kepimpinan Pas, memandangkan wujud segelintir ahli politik Pas yang seringkali didapati membuat dakwaan yang tidak terbukti terhadap musuh politik mereka. Sebagai contoh, pengerusi DAP Lim Guan Eng telah memenangi kes fitnah terhadap ketua Pas Perak Razman Zakaria pada September tahun lepas.

Penting untuk diulangi, mendesak ahli parti untuk membayar hasil fitnah sebagai sebahagian daripada jihad boleh menghantar mesej yang salah kepada mereka dan umat Islam lainnya seakan bahawa fitnah boleh diterima dalam Islam.

Ia juga menghantar isyarat yang salah bahawa adalah OK bagi seorang pemfitnah untuk enggan meminta maaf kepada yang difitnah. Nampaknya, maaf merupakan satu perkataan yang sukar untuk diungkap.

Memangsakan diri bukanlah satu perkara baru dalam politik Malaysia. Pada masa lalu, parti politik dan kumpulan masyarakat sivil tertentu telah memangsakan diri untuk cuba meningkatkan sokongan kepada parti politik mereka dari kalangan akar umbi mereka.

Merujuk kepada pihak ‘yang lain’ sebagai ancaman eksistensial kepada masyarakat majoriti etnik Melayu adalah sebahagian daripada muslihat ini.

Sebuah parti politik mungkin memburuk-burukkan sebuah kumpulan atau komuniti sebagai ancaman kepada kewujudan masyarakat yang kononnya diperjuangkan parti itu. Tindakan menakut-nakutkan sebegini sekali gus boleh memporak- perandakan masyarakat dengan lebih parah.

Sebagai contoh, menurut laporan, ada seorang pemimpin Pas pernah menuduh DAP, sebuah parti berasaskan etnik Cina, mempromosikan Islamofobia. Ini mungkin menimbulkan keresahan di kalangan anggota masyarakat Melayu-Islam dan mencetuskan kecaman daripada mereka.



READ MORE:  Why slander is not halal politics

 

Sebuah parti politik tidak seharusnya menggunakan fitnah untuk kekal relevan. Parti politik yang dihormati seharusnya mengelakkan diri mereka dari menggunakan muslihat sedemikian.

Pembangkang mempunyai peranan yang jauh lebih mulia: ia harus menawarkan idea dasar alternatif, memastikan kawal dan imbang yang demokratik, dan bekerja untuk kebaikan masyarakat.

Islam tidak boleh terpalit dengan gambaran yang ia merelakan fitnah. Menggunakan muslihat politik yang sedemikianlah yang boleh menyumbang kepada gejala Islamofobia.

Sebaliknya, marilah kita berjihad untuk kemanusiaan yang lebih baik.

Kami mengucapkan selamat menyambut Krismas dan selamat Tahun Baru kepada semua pembaca kami.

Mustafa K Anuar
Editor bersama, surat berita Aliran
28 Disember 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.     Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.   Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.   Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.   Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.    Lawan rasuah dan kronisme

 













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/fitnah-bukanlah-politik-yang-halal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Sejarah Buat Ayam Gepuk Pak Gembus Terima Persijilan Halal Jakim

Hari Sejarah Buat Ayam Gepuk Pak Gembus Terima Persijilan Halal Jakim

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 197 hits
Ayam Gepuk Pak Gembus makanan berasaskan resepi asli Indonesia yang disesuaikan dengan citarasa masyarakat Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah menerima pensijilan HALAL secara rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi 12 dari...
Ppim Desak Jakim Serius Pantau Produk Halal Berita Pertiwi 20 01 2025

Ppim Desak Jakim Serius Pantau Produk Halal Berita Pertiwi 20 01 2025

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 150 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa aktiviti penguatkuasaan produk halal lebih giat dijalankan bagi mengelak penggunaan logo halal palsu berulang Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia perlu memai...
Don T Speculate On Misuse Of Halal Logo On Ham Sandwich Minister

Don T Speculate On Misuse Of Halal Logo On Ham Sandwich Minister

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 100 hits
Domestic Trade and Cost of Living Minister Armizan Mohd Ali has called on all parties not to make speculations regarding the misuse of the halal logo involving the ham and cheese sandwiches allegedly sold at a convenience store in a compoun...
Bread S Halal Cheese S Halal Chicken Ham S Halal But Becomes Non Halal When Use Them To Make Sandwich

Bread S Halal Cheese S Halal Chicken Ham S Halal But Becomes Non Halal When Use Them To Make Sandwich

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 215 hits
After the controversial socks bearing the word Allah KK Mart has courted yet another fiasco This time it s over ham and cheese sandwich sold at its convenience store in University Malaya The sandwiches were sold with the halal logo despite ...
Hiburan Aksi Ameera Khan Kekasih Berpelukan Di Sebuah Acara Raih Perhatian Memalukan Belum Halal Dah Usap Usap

Hiburan Aksi Ameera Khan Kekasih Berpelukan Di Sebuah Acara Raih Perhatian Memalukan Belum Halal Dah Usap Usap

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 102 hits
Baru baru ini Instagram Glam Malaysia ada memuat naik video memaparkan personaliti media sosial Ameera Khan bersama kekasihnya yang juga merupakan pelakon Indonesia Jefri Nichol hadir di acara Dior di The Gardens Berpegang tangan berpelukan...
Many Have Benefited From The Halal Certification And Logo

Many Have Benefited From The Halal Certification And Logo

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 201 hits
HALAL could be items behaviours or actions permissible in Islam Items may be inedible such as leather or edible such as meat Whether food is halal or not depends on the type of animal how the mammal or bird is slaughtered the facilities use...
Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 337 hits
IT is seemingly impossible to placate the fuss over making halal certification obligatory for non Muslim food beverage operators Such a reaction is observed after an encouraging revelation by the Halal Development Corp Bhd that more than in...
Tak Faham Rupanya Puak Puak Ni Jin Politik

Tak Faham Rupanya Puak Puak Ni Jin Politik

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 112 hits
Mat MatYDPA bertitah mana mana permohonan banduan hendaklah melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Di Pertuan Agong tapi penderhaka2 pas punya biadap tak sabar nak pencuri duduk rumah tanpa itu aturan punya derhak...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra