First Time Buat Creambath Hair Treatment Di Sutra Maya Wellness
Salam uolls ,
Okay Ty lately ni kononnya busy sangat la dengan aktiviti sukan , training la segala bagai. Termasuklah ada sedikit urusan di seberang. Senang cerita back to back. Balik sahaja ke rumah di Putrajaya sangatlah mengejutkan Ty apabila waktu dan ketika nak mandi. Bau air mak aih , kuatnya bau dia. Tak tahu lagi apa puncanya. Redha , beranggapan sebab hampir 4 hari kot tak ada di rumah. Esoknya masuk opis , masing-masing mengadu. Selit punya selit , rupanya ada isu pada air kumbahan di empangan Semenyih dan sedang dicuci dengan klorin segala bagai. Mai aih , was-was nak masak , berwuduk tapi terpaksalah ceritanya.
Plan nak gi salon la , massage la hujung minggu gitu , ini gara -gara ternampak kengkawan blog Ty yang lain pergi ke Sutra Maya Wellness. Apa yang membuatkan Ty pun turut rasa tertarik untuk pergi adalah sebab kat sini ada macam - macam rawatan untuk kaum wanita dan lelaki juga
suka kasut kayu berbunga ini
Memandangkan air kotor , alang-alang dah macam tak sihat rambut Ty asyik kena air klorin+kumbahan yet memang rambut Ty kering jadi adalah sangat disarankan , so Ty buat pertama kalinya cuba rawatan Creambath Hair. Rawatan creambath biasanya di buat dari bahan-bahan alami seperti buah atau pun sayuran yang memiliki khasiat untuk rambut. Sesuai untuk gaya rambut panjang wanita
Manfaat Creambath Hair- Memulihkan kerosakkan rambut dan mencegahnya kembali- Memperbaiki rambut rosak hingga ke akar dan menutrisi akar rambut- Menjaga keindahan dan kesihatan rambut setelah diwarnai- Membuat rambut lebih halus- Menghilangkan rambut bercabang
Memang ikutkan , rambut Ty ni kronik juga. Bila mood rajin baru la ada masa nak dapat belai. Ampun , wahai rambut. Jom tengok staff yang friendly bernama Iqa ini assist Ty dari sampai sampai settle urusan Ty di sini. Siap parking pun depan kedai , uolls
Ini adalh cream yang digunakan untuk sapu pada rambut Ty
Iqa sedang sapu dan meratakan cream pada rambut
Lepas sapu cream secara menyeluruh satu kepala , panaskan untuk resapkan hingga ke akar umbi rambut selama 15 minit sebelum di cuci
Masa untuk keringkan rambut selepas di cuci
Hasilnya , segar kepala dan terasa ringan serta ramabut pun lembut
Selesa! Itu yang mampu Ty habaq ampa semua. Apa yang Ty minta , dapat saja. Banyak membantu mereka yang bekerja di sini. Meh tengok bilik untuk mini salon yang derang ada ;
Mungkin nama sempit tapi selesa sahaja ye la bukan semua orang yang datang tu serentak nak buat treatment rambut kan
Selain diberi baju / kain bergetah untuk berkemban , ada juga baju ala kimono ini
OH YA! Sebelum start treatment , welcome drink yang diberi ialah Air Asam Jawa! Sedap tapi terkulat-kulat juga Ty nak teguk minum. They are so welcoming , guys
Okay , hampir 30-45 minit Ty memanjakan rambut. Ty tak habis di situ sahaja. Tapi , sambung berMandi Bunga pula. Allahukbar , ini adalah juga pertama kali Ty buat seumur hidup. Nanti nak kahwin nak mandi lagi , ye tayunk! Rambut dah wangi , badan pun nak juga dari asyik mandi air berbau,kan. Kasi can la
Sayang rambut , minta shower cap
Masa diberikan untuk belai seluruh tubuh badan , sental dengan kelopak bunga ros/mawar. Dan dalam bilik bahagian ini ada juga shower untuk kita bilas badan. Kata Iqa , fefeeling pengantin baru. Bolehlah. Tapi sebenarnya , mandi bunga bukan sahaja untuk bakal pengantin sebagainya tetapi boleh juga untuk sesiapa. Terapikan diri dengan mandi ini supaya dimurahkan rezeki dalam apa jua bentuk , kerja ke jodoh ke dan sebagainya kerana akan memberi kita sedikit aura yang lain
Dekat Sutra Maya Wellness ini , banyak lagi treatment yang ada. Antaranya :- Single Full Body Massage (RM89)- Tangas (RM49)- Foot Massage (RM49)- Bekam Badan (RM140)- Nail Buffer (RM12)- Express Manicure (RM35)- Express Pedicure (RM45)- Full Body Scrub (RM69)dan banyak lagi. Boleh dapatkan info lanjut di Instagram / Facebook. Juga boleh terus tempah tarikh dan masa untuk mendapatkan rawatan di sini
Sebelum balik , Ty sekali lagi dijamu dengan Teh Halia. Terima kasih ye Iqa , staff-staff dan semestinya onwer ; Puan Sherryna di Sutra Maya Wellness for having me
Untuk makluman lebih lanjut atau tempahan , boleh terus dapatkan / hubungi di :No.Tel : 018-9899282 (klik for Whatsapp)Facebook : Sutra Maya Wellness (klik)Instagram : @sutramayawellness (klik)E-Mail :
[email protected] (klik)
I already had my "ME TIME" , uolls bila pula? Hope uolls yang ke sini nanti pun akan enjoy and really had fun yeah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yanty.my/2019/10/first-time-buat-creambath-hair.html