First Ride Jarak Jauh Dengan Motor Baru Bangkitkan Nostalgia Gila Gila Remaja


Hahaha...lawak sungguh bila nak letak tajuk ni tapi tu la tahun 80an la kami mengenal hidup, waktu muda belia dan filem Gila-Gila Remaja antara filem letops zaman tu. Kiranya first ride jarak jauh dengan motor baru bangkitkan nostalgia gila-gila remaja la tapi kami remaja purba bak kata orang sekarang ni kan. Kalau dalam filem tu ada Roy dan kekasih hatinya Suzi, jadi kami pun ala-ala gitu la tapi remaja purba berdua ni lagi hensem dari Roy dan manis dari Suzi hehe.
Tahun 80an juga la tahun dimana DH berhijrah ke KL mencari rezeki dan bekerja di UTM dan kemudian pastinya motor menjadi transport pergi dan balik kerja dan ambil buah hati. Bila duduk flat, budak-budak zaman tu semuanya bekerja dan ada motor sebab diaorang akan ride ke Taman Negara, Cameron Highlands, bercamping dan motorsikal tu transport mereka la. 

Motor pertama DH adalah motorsikal Honda RXZ yang kemudian di hantar ke kampung konon nak bagi anak buah dia tapi ermmm dah tinggal rangka je rasanya. Bila dah ada anak dan usia meningkat motor RXZ tu tak sesuai, kena beli Honda EX5 yang ada bakul tu. Saya pun kerap juga bawa motor tu untuk round flat Setapak Jaya 1A waktu mengandung dulu. Bila bertukar kerja ke Putrajaya, DH tukar motor Honda Waze sebab EX5 tu dah makin tua tapi masih elok diguna anak sulung sehinggalah si ayah bertukar ke ADV ni. Makanya, Ayong pula warisi motor Honda Waze tu. Nampak nau DH ni cukup serasi dan pengguna tegar Honda kan tapi bab kereta saya memilih Toyota sebab kena ikut kemampuan kan.





First ride jarak jauh dengan motor baru bangkitkan nostalgia gila-gila remaja kami bermula hari Ahad (16 Januari 2022) yang lalu, selepas selesai solat subuh je, DH cakap jom bersiap kita breakfast kat Kuala Kubu. Perghh rindu nak makan nasi dagang jualan kakak sepupu DH, adik beradik sebelah Allahyarhamah bonda mertua yang berniaga di Pasar Kuala Kubu. Breakfast jauh tu tanpa anak-anak pulak tu sebab kami akan ride ke Pasar Kuala Kubu Bahru dengan si ADVnya


Dari Wangsa Maju yang masih sepi, sebab hari minggu kan, jadi ramai yang tak bangun tidur lagi atau lebih tenang berehat sebab masa awal pagi. Malahan MRR2 pun tak banyak kenderaan tapi bila sampai kat area Batu Caves tu dah nampak kenderaan parking kat kiri kanan sebab hari kaum India nak sambut Thaipusam dan mereka yang bernazar dah mula dibotakkan rambut dan berjalan ke arah kuil. Rugi pulak sebab tak sempat nak ambil gambar.



Laluan banyak selekoh ni memang favorite DH, mujur muatan yang dibawa kat belakang tu berat je..kiki
Perjalanan menghala ke Ulu Yam sambil terkenang zaman kami rajin ke kebun Allahyarham abah dengan melalui kawasan sungai, air terjun dan kawasan kami rajin berhenti untuk anak-anak mandi. Di kawasan air terjun tu kami pernah stop sekejap tapi tak benarkan anak-anak mandi sebab bahaya. Ada juga kes kematian sebab lemas. 
Kalau dulu sejauh lbih 500 meter dah berderet kenderaan di kiri dan kanan jalan termasuk motorsikal anak muda dan pasangan yang nak mandi di air terjun. Jadi bila melalui jalan menghampiri air terjun ni memang kena berhati-hati dengan pengunjung yang melintas. 
Sunyi memang sunyi mungkin sebab PKP atau dah lama agaknya kawasan air terjun tu sunyi sebab sejak tanah abah dijual, kami jarang ke sini melainkan kekadang DH akan ambil jalan ni untuk lari dari kesesakan jalan raya bila balik dari Kedah, tu pun hari dah malam.
Hehee..dah 2 tahun kami tak balik Kedah pun.
Nostalgia seterusnya bila DH kata nak singgah tengok bekas kebuh abah di Kampung Pasir, Ulu Yam. Laluan masuk selepas SMK Sains pun dah berubah, dah naik rumah teres yang masih dalam pembinaan.



Jalan masuk ke kampung ada sedikit perubahan, dah agak cerah tapi jambatan besi yang menghala ke bekas kebuh abah masih kukuh berfungsi.


Ahh memang rindu kat tempat ni bila weekend kami datang untuk mengambil hasil yang tak seberapa seperti rambutan, rambai dan durian. Kat kebun ni pun ada abah tanam pokok nangka, kelapa, bunga champa yang cukup wangi.


Pokok rambai yang dua hasta tu memang meriah bila berbuah semeriah daunnya dan pokok rambutan ada dalam 3-4 pokok pun meriah bila berbuah. Sempat la juga saya lepas gian memanjat tapi bila kat pokok durian tu memang tak la saya dekat.


Tetiba emosi bila melayan kerinduan waktu dulu, rindu segalanya waktu abah ada. Rindu berkebun, memasak sambil melepak di kebun ni.



bukan saja-saja berhenti tau, berhenti untuk posing. Mesti kereta yang lalu lalang tu ingat kami ni first time ke KKB la kot..haha
Next kami stop kat papan tanda untuk simpan kenangan dan kongsi kat anak-anak di rumah dan DH seperti biasa kongsi kat grup famili dia dan kawan sekolah. Puas berposing, kami teruskan perjalanan menuju ke Pasar Kuala Kubu Bharu untuk cari nasi dagang dan nasi kerabu.



"Macam sungai kat Colorado" kata DH. Ermmm macam la pernah pi sana kan. Tapi memang cantik dan ada bahagian yang tak dalam untuk mandi-manda tapi tak ada tempat untuk tukar pakaian basah.


Kami stop lagi bila nampak sungai yang cantik mengalir, kelihatan ada family dengan anak-anak kecil tengah mandi sungai. Terus DH kata nak ajak anak-anak mandi sungai sebab dah lama tak mandi sungai kan dan tempat ni pulak nampak menarik dan tak ramai. Bila tu tak tahu la pulak.



Nak makan nasi dagang tapi kata Wati dia tak menang tangan nak membuatnya jadi rezeki makan nasi kerabu jer la tapi dengan paru goreng garing. Kalau saya suka nasi kerabu dengan ikan rebus goreng garing atau ikan rebus goreng berlada, tak perlu lauk lain dah

Alhamdulillah dapat merasa nasi kerabu Suwati (anak kakak sepupu DH) kat Pasar Kuala Kubu ni. Dulu mak dia yang masak dan berjualan kat sini tapi sejak dia sakit, si anak ambil alih. Rupanya si suami pun ada membantu, jadi DH sempat la bergambar dengan pegawai besar bomba ni.



Selesai makan, borak-borak dengan Wati yang ada je cerita yang nak diceritakan, siap suruh kami tunggu dia balik dari meniaga selepas diberikan alamat ke rumah bondanya dan ajak kami ke Gua Musang bersama bulan Februari nanti. Alahaii memang rindu nak ke Gua Musang lagi tapi tu la bila balik waktu perayaan nii memang azab dengan jem. Kena fikir banyak kali juga ni, selain kos, masa, lauk untuk bonda dan banyak lagi sebab planning nak balik Kedah pertengahan bulan Februari nanti. InsyaAllah kalau jadi lah.



Kata DH, nak lajak ke Fraser's Hill tak? ehh tak lah. Mana boleh sebab tak prepare apa-apa untuk anak-anak kat rumah. Waktu hujung minggu ni la seronok dapat duduk makan ramai-ramai kan.
Waktu balik tu masih ikut jalan Ulu Yam dan nampaklah air terjun yang tanpa pengunjung dan agak semak dan melalui jalan Sungai Kertas, laluan yang sering kami lalu dulu. Alhamdulillah, kami safely sampai rumah lebih kurang jam 12 lebih.
Next ride? InsyaAllah,  tunggu bila free nanti dan tunggu video our First Ride Jarak Jauh Dengan Motor Baru Bangkitkan Nostalgia Gila-Gila Remaja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/01/first-ride-jarak-jauh-dengan-motor-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Ide Kado Kreatif Buat Pejuang Cinta Jarak Jauh Bikin Awet Dan Makin Mesra

10 Ide Kado Kreatif Buat Pejuang Cinta Jarak Jauh Bikin Awet Dan Makin Mesra

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 174 hits
Berikan sedikit persembahanmu untuknya seseorang yang sedang berada ratusan kilometer demi memperjuangkan cinta
Terubat Rindu Memandu Jarak Jauh Walau Sungai Buloh Tak Jauh Mana

Terubat Rindu Memandu Jarak Jauh Walau Sungai Buloh Tak Jauh Mana

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 229 hits
Terubat Rindu Memandu Jarak Jauh Walau Sungai Buloh Tak Jauh Mana Minggu yang cukup sibuk bagi seorang umi seperti ibu ibu yang lain walaupun anak anak dah besar panjang dan paling bongsu cikapplepie pulak dah menginjak usia 16 tahun pada 2...
Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang

Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 166 hits
Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang SUSULAN terlibat dalam kemalangan motosikal pada Isnin pelakon Azhan Rani mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang membantunya pada hari keja...
Jelang Libur Imlek Penumpang Ka Jarak Jauh Di Pasar Senen Meningkat

Jelang Libur Imlek Penumpang Ka Jarak Jauh Di Pasar Senen Meningkat

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 161 hits
Jelang Libur Imlek Penumpang KA Jarak Jauh di Pasar Senen Meningkat Jelang libur Tahun Baru Imlek jumlah penumpang di Stasiun Pasar Senen mengalami kenaikan 8 598 orang dibanding Jumat lalu sebanyak 7 402 orang
Cantiknya Wife Yassin Baru Tahu Yassin Dah Kahwin Netizen Teruja First Time Tengok Keluarga Yassin Senario

Cantiknya Wife Yassin Baru Tahu Yassin Dah Kahwin Netizen Teruja First Time Tengok Keluarga Yassin Senario

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 391 hits
Sejak menyertai rancangan Gegar Vaganza musim kelapan Yassin Senario atau nama sebenarnya Yassin Yahya 43 kembali menjadi bualan ramai Hampir tiga dekad dalam dunia seni Yassin sememangnya pelawak yang masih relevan dalam dunia hiburan hing...
Mereka Baru Mula Berkerjaya Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu

Mereka Baru Mula Berkerjaya Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 213 hits
Nak beli rumah dulu atau kereta dulu mana satu yang lebih berbaloi Memang menjadi dilema bagi kebanyakkan orang terutama sekali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerjaya Perkara normal yang memang biasa berlaku Sama ada nak membeli ru...
Mengapa Baru Sekarang Jadi Isu

Mengapa Baru Sekarang Jadi Isu

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 195 hits
Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID AZAM BAKISAUDARA PENGARANG PADA 2015 Tan Sri Azam Baki memaklumkan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika itu Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull mengenai urusan pembelian saham oleh...
Model Baru Mobil Tesla S 2022

Model Baru Mobil Tesla S 2022

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 324 hits
Kita tidak akan memiliki pilihan kendaraan listrik yang terus bertambah yang kita miliki saat ini namun Tesla Model S jarak jauh untuk tahun 2022 tetap menjadi salah satu pilihan paling menarik dan diinginkan di segmen pasar yang sedang ber...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik