Firma Swasta Tawar As 2 5 Bilion Ambil Alih Malaysia Airlines



Reuters -April 7, 2020 8:23 AMGolden Skies Ventures berjanji tidak akan membuang 13,000 pekerja barisan depan atau menjual aset Malaysia Airlines.KUALA LUMPUR: Syarikat swasta Golden Skies Ventures (GSV) menawarkan AS$2.5 bilion untuk mengambil alih sepenuhnya Malaysia Airlines, melalui pembiayaan daripada sebuah bank Eropah, eksekutifnya memberitahu Reuters semalam
GSV mengemukakan tawaran itu sebulan lalu, ketika syarikat penerbangan di seluruh dunia berdepan sekatan perjalanan susulan penularan pandemik Covid-19
“(Kami sudah mendapat) lebih AS$2.5 bilion daripada bank. Kami akan mengambil 3 hingga 4 bulan untuk mendapatkan pembiayaan jangka panjang,” kata Ketua Eksekutifnya, Shahril Lamin kepada Reuters dalam wawancara telefon
GSV turut menerima komitmen daripada sebuah firma ekuiti swasta Jepun untuk menyuntik dana segera ke dalam kumpulan penerbangan itu melalui perjanjian ekuiti
The Edge Weekly mula melaporkan tawaran GSV itu hujung minggu lalu
GSV enggan menamakan syarikat terbabit dan ia sedang berunding dengan bank serta firma ekuiti swasta asing lain untuk mendapatkan pembiayaan
GSV sudah menyerahkan tawaran itu kepada Morgan Stanley yang diupah pemilik tunggal syarikat penerbangan negara itu, Khazanah Nasional Bhd
Sebelum ini, Air France-KLM, Japan Airlines, AirAsia Group Bhd dan Malindo Air dikatakan menunjukkan minat untuk mengambil alih Malaysia Airlines
GSV berkata, ia menganggap kebanyakan hutang syarikat penerbangan itu dipegang kerajaan dalam bentuk bon Islam yang belum dibayar
Khazanah dan Morgan Stanley tidak memberi maklum balas segera terhadap permintaan untuk komen
Tawaran itu termasuk mengekalkan hak mengundi majoriti kerajaan dan status Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan negara
GSV menjangkakan ia akan mempunyai tunai mencukupi bagi membantu Malaysia Airlines beroperasi dengan selesa sehingga 18 bulan
Ia berhasrat menjadikan semula Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium jarak jauh dengan memperluaskan rangkaian penerbangannya dan meningkatkan penggunaan 81 pesawatnya
Ia turut merancang mengekalkan unit perniagaan lain seperti syarikat penerbangan tambang rendah, perkhidmatan kargo serta unit penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih
“(Ia) masih usaha niaga berdaya maju, ia mempunyai kekuatan. Kami berjanji tidak akan memberhentikan 13,000 pekerja barisan depan dan tidak akan menjual aset syarikat penerbangan itu,” kata Timbalan Ketua Eksekutifnya, Ravindran Devagunam
Syarikat itu menyasarkan untuk mencapai keuntungan positif sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan dalam 3 tahun pengambilalihan dengan sasaran keuntungan RM15 bilion pada 2025
Mereka berkata, ia bercadang untuk penyenaraian “atau satu siri IPO (tawaran awam permulaan)” dalam tempoh 3 hingga 5 tahun
Ravindran berkata, syarikat itu bergantung kepada permintaan perjalanan selepas koronavirus berjaya dikawal
“Tidak kira berapa lama (virus itu) akan merebak tahun ini, kami meramalkan peningkatan kecil dalam perniagaan mulai musim panas 2021.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/firma-swasta-tawar-as25-bilion-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Firm Plans Rm11 Bil Capital Boost In Malaysia Airlines Takeover Bid Says Report

Firm Plans Rm11 Bil Capital Boost In Malaysia Airlines Takeover Bid Says Report

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 208 hits
Offers to take over Malaysia Airlines have come from several airlines in the past KUALA LUMPUR A Malaysian company has proposed a fresh capital injection and offered to assume the debts of Malaysia Airlines in a takeover bid of the ailing n...
Khazanah Sceptical About Gsv S Us 2 5b Offer For Malaysia Airlines Report

Khazanah Sceptical About Gsv S Us 2 5b Offer For Malaysia Airlines Report

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 186 hits
Sovereign wealth fund Khazanah Nasional Bhd the sole owner of Malaysia Airlines is sceptical about a US 2 5 billion proposal by privately held Golden Skies Ventures to acquire the national carrier the New Straits Times daily reported The ne...
Universitas Brawijaya Pulangkan 48 Mahasiswa Kedokteran Asal Malaysia

Universitas Brawijaya Pulangkan 48 Mahasiswa Kedokteran Asal Malaysia

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 113 hits
Surat permintaan Kedubes Malaysia tersebut bertepatan dengan kebijakan Rektor UB yang memang memberlakukan perkuliahan secara daring Permintaan Kedubes Malaysia itu pun tidak hanya ke UB tetapi juga sejumlah kampus di Indonesia
155 Rakyat Thailand Bekerja Di Malaysia Dibenar Pulang

155 Rakyat Thailand Bekerja Di Malaysia Dibenar Pulang

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 258 hits
Satun Seramai 155 warga Thailand yang bekerja di Malaysia dan tidak dapat pulang ke negara mereka ekoran penutupan pintu sempadan telah dibenarkan pulang hari ini Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad ketika dihubungi berkata perjalanan warg...
Dua Rakyat Malaysia Disahkan Positif Covid 19 Di Singapura

Dua Rakyat Malaysia Disahkan Positif Covid 19 Di Singapura

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 240 hits
SINGAPURA 30 Mac Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan tambahan 35 kes jangkitan COVID 19 membabitkan dua lagi rakyat Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 879 kes MOH dalam kenyataan di sini memaklumkan seorang dar...
Ramai Kata Artis Malaysia Kaya Tak Kaya Bro Buat Buat Kaya Je

Ramai Kata Artis Malaysia Kaya Tak Kaya Bro Buat Buat Kaya Je

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 168 hits
Hangat diperkatakan isu segelintir artis yang meluahkan pendapat nasib artis yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bagaimanapun kenyataan mereka itu turut The post appeared first on
Kualiti Penstriman Netflix Dikurangkan Di Malaysia Sepanjang April 2020

Kualiti Penstriman Netflix Dikurangkan Di Malaysia Sepanjang April 2020

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 211 hits
Kita sudah merentas dua minggu perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan ramai perlu bekerja dari rumah Selain impak yang tinggi terhadap masyarakat dan ekonomi ia turut menyebabkan penggunaan Internet meningkat kerana ramai memilih untu...
Covid 19 Ini Bakal Menjadikan Malaysia Bahan Lawak

Covid 19 Ini Bakal Menjadikan Malaysia Bahan Lawak

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 537 hits
Covid 19 Pakar anggap langkah disinfeksi jalan raya sebagai membazir Beberapa pakar perubatan menyifatkan tindakan nyahjangkitan di permukaan jalan tidak berkesan untuk menghapuskan koronavirus malah ia hanyalah pembaziran sumber yang sepat...
Sikap Rakyat Malaysia Tentukan Tempoh Pkp

Sikap Rakyat Malaysia Tentukan Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 138 hits
Setakat ini lebih 97 peratus rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac lalu Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 30 Mac Tidak dinafikan tahap kepatuhan rakyat Malaysia kepada Perintah Kawalan Pergerakan...
Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Kes Denggi Meningkat



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Filem Ngesot

Zikir Hari Isnin Fadhilat Membacanya

Monosterio Jadi Raya Tak Jadi Chord

Shinta Angely Nyaman Ku Harap Luka Ku Dapat Chord

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office