Firma Guaman Tetuan Shafee Co Nafi Laporan Bloomberg Najib Terlibat Skandal Rasuah Kapal Selam Scorp Ne




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia terlibat dalam skandal rasuah berkaitan pembelian kapal selam Scorpène oleh Malaysia yang bernilai AS$1.2 bilion pada tahun 2002.
Penafian itu dibuat melalui firma guamannya, Tetuan Shafee & Co, susulan laporan Bloomberg yang memetik dakwaan pendakwa raya Perancis kononnya wujud pembayaran gelap kepada pegawai tertinggi Malaysia bagi meluluskan kontrak pertahanan berkenaan.
“Dana yang dikatakan bertujuan untuk membayar ‘pembuat keputusan awam Malaysia’ langsung tiada kaitan dengan anak guam kami, Datuk Sri Najib,” kata firma itu seperti dipetik oleh New Straits Times.
Tetuan Shafee & Co menegaskan bahawa tiada bukti langsung menunjukkan Najib menerima sebarang wang haram seperti yang didakwa, malah laporan Bloomberg sendiri mengakui tiada bukti mengaitkan dirinya secara langsung dengan penerimaan wang tersebut.
Firma itu juga menjelaskan bahawa pihak berkuasa Perancis tidak pernah mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap Najib berhubung kes ini.
“Sebarang dakwaan atau sindiran yang bercanggah dengan fakta ini adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab,” tambah kenyataan itu lagi.
Selain itu, pasukan guaman Najib turut menolak dakwaan kononnya dia menyekat usaha siasatan Perancis dengan menghalang akses kepada dokumen kerajaan Malaysia.
Katanya, tuduhan itu sebagai spekulasi liar dan tidak masuk akal.
Menurut mereka, sejak 2018 Malaysia telah melalui tiga pentadbiran kerajaan yang semuanya tidak sehaluan politik dengan Najib, namun tiada satu pun dokumen yang ditemui oleh SPRM atau jawatankuasa Parlimen yang boleh mengaitkan dirinya secara langsung dengan skandal Scorpène.
“Jika ada bukti, sudah lama ia didedahkan. Tapi hingga hari ini, tiada satu pun dokumen wujud yang mengaitkan Najib kerana ia memang tidak wujud,” kata mereka.
Mengulas dakwaan bahawa Najib terlibat secara langsung dalam rundingan pembelian Scorpène ketika itu, firma guamannya menegaskan bahawa dia sekadar menjalankan tanggungjawab rasmi sebagai menteri pertahanan waktu itu.
“Memutar belit peranan rasmi seorang menteri sebagai bukti kesalahan tanpa sebarang bukti kekayaan luar biasa atau salah guna kuasa  adalah tidak berasas dan bertujuan mengelirukan persepsi rakyat,” katanya.
Tetuan Shafee & Co juga menegaskan bahawa laporan Bloomberg itu tidak membawa sebarang implikasi undang-undang terhadap Najib dan tidak perlu dianggap sebagai isu perundangan yang sahih.
Sebelum ini, Bloomberg melaporkan bahawa pendakwa kewangan Perancis mendakwa Najib menghadiri beberapa pertemuan dengan eksekutif syarikat pertahanan Perancis ketika urusan rundingan pembelian Scorpène dibuat.
Kontrak itu didakwa bagi menguntungkan pegawai kanan Malaysia ketika itu, termasuk penasihat Najib, Abdul Razak Baginda.
Sebahagian daripada dakwaan itu berpaksikan dokumen sulit yang menyatakan struktur kontrak tersebut dirangka bagi memberi ganjaran kewangan kepada Najib dan individu tertentu.
Kes ini adalah sebahagian daripada siasatan besar-besaran pihak berkuasa Perancis melibatkan syarikat pertahanan Thales SA dan DCN International, yang kini menjadi sebahagian daripada Naval Group berpangkalan di Paris. #Malaysiakini


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/firma-guaman-tetuan-shafee-co-nafi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Helah Cuma Tuntut Hak Akmal Saleh Nafi Obses Bela Najib

Tiada Helah Cuma Tuntut Hak Akmal Saleh Nafi Obses Bela Najib

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 101 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh tampil membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa wujud pihak terlalu taksub terhadap Datuk Seri Najib Razak Akmal Saleh bukan obses tapi perjuangkan hak Memetik...
Rusia Tolak Keputusan Pbb Nafi Terlibat Tembak Jatuh Mh17

Rusia Tolak Keputusan Pbb Nafi Terlibat Tembak Jatuh Mh17

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 90 hits
Sebelum ini majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu telah memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine Walau bagaimanapun Rusia menolak keputusan ya...
Hiburan Kenderaan Fru Terlibat Kemalangan 8 Anggota Disahkan Meninggal Dunia

Hiburan Kenderaan Fru Terlibat Kemalangan 8 Anggota Disahkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 134 hits
Lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Chikus Sungai Lampam Teluk Intan Memetik laporan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak iaitu Sayani Saidon berkata kemalangan...
Polis Beri Amaran Kepada Pempengaruh Amp Founder Kosmetik Terlibat Aktiviti Barang Terlarang Di Kelantan

Polis Beri Amaran Kepada Pempengaruh Amp Founder Kosmetik Terlibat Aktiviti Barang Terlarang Di Kelantan

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 115 hits
Polis Kelantan mengesahkan sudah menerima maklumat mengenai beberapa pempengaruh dan pengasas kosmetik di negeri itu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat pihaknya bagai...
Berpuluh Skandal Berbilion Ringgit Libat Pemimpin Pm Anwar

Berpuluh Skandal Berbilion Ringgit Libat Pemimpin Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 134 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley Foto Al JazeeraPUTRAJAYA 16 Mei Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skandal 1Malaysia Development Bhd yang membabitkan bekas Pe...
Sila Ke Pentas Terbuka Kes Kampung Baru Rentetan Pas Nak Anjur Perhimpunan Zaman Kamu Dalam Kerajaan Juga Kamu Terlibat

Sila Ke Pentas Terbuka Kes Kampung Baru Rentetan Pas Nak Anjur Perhimpunan Zaman Kamu Dalam Kerajaan Juga Kamu Terlibat

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 153 hits
Setuju Malah saya puji Amanah kerana mencadangkan pentas penghujahan yang lebih objektif telus dan terbuka untuk menghalusi rintihan semua pihak Jangan lupa apa yang berlaku sekarang adalah kesan langsung keputusan keputusan membabitkan 3vm...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kesan Elemen Meragukan Berhubung Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kesan Elemen Meragukan Berhubung Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 195 hits
PUTRAJAYA nbsp Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesan elemen meragukan berhubung isu pencerobohan tanah yang dijadikan kebun durian di Raub Pahang Saya boleh katakan memang kita jumpa perkara yang meragukan dalam siasatan berkenaan...
Panas Projek Ai Malaysia Huawei Kerajaan Kata Tak Terlibat

Panas Projek Ai Malaysia Huawei Kerajaan Kata Tak Terlibat

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 176 hits
Kecoh di Malaysia Ada berita angin tentang projek kecerdasan buatan mega di Malaysia yang kononnya guna cip Huawei Ini jadi bualan hangat dengan persoalan besar adakah kerajaan Malaysia terlibat Penjelasan Kerajaan Kami Tak Ada Kena Mengena...
Amanah Pecat 58 Ahli Sebab Terlibat Dalam Pemilihan Pkr

Amanah Pecat 58 Ahli Sebab Terlibat Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 127 hits
Malaysiakini nbsp Amanah melucutkan keanggotaan 58 ahlinya atas penglibatan dalam pemilihan PKR manakala 51 ahli lagi telah diberikan surat tunjuk sebab kerana disyaki turut terlibat Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil mengesahkan kepada Ma...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman