Fiqh Psikometri




Saya mengimpikan usul fiqh digunakan untuk menghasilkan fiqh psikometri. Keinginan ini terbit, antaranya, disebabkan kerisauan tentang pseudopsikologi yang melibatkan ujian-ujian psikologi. Malah, ada pertanyaan daripada netizen tentang ‘kehalalan’ ujian personaliti: adakah ia bersifat ‘menilik nasib’? Persoalan seperti ini memerlukan lensa turath untuk menilai amalan psikometri. Secara tentatif, cuba kita bayangkan senario berikut:1. Ada seorang hamba Allah yang mengaku kaunselor mempromosi ujian karakter yang menggunakan tarikh lahir. Katanya, asas kepada ujian tersebut ialah numerologi yang didakwa mampu mengetahui “the knowledge of the future”. Untuk ujian sebegini, fuqaha bidang akidah dan psikometri boleh berbincang tentang sifat ilmu yang mendasari ujian karakter tersebut. Kaedah ‘ramalan masa depan’ berkenaan boleh dinilai mengikut pembezaan ghaib nisbi atau ghaib mutlak. Jika ia melibatkan ghaib nisbi, maka hukum penggunaan ujian karakter itu harus. Tapi jika ia melibatkan ghaib mutlak, makan penggunaannya boleh dikategorikan sebagai haram. 2. Ada seorang motivator yang mempromosikan ujian personaliti berbayar. Jika maklumat tentang kesahan ujian ini tidak ada, maka hukum menggunakan ujian itu boleh jadi makruh. Jika ada bukti bahawa orang yang mengambil ujian berkenaan mendapat mudarat emosi dan psikologi, maka hukum makruh boleh bertukar kepada haram. Sebaliknya, jika ada maklumat yang jelas tentang kesahan dan kebaikan ujian itu, makan hukumnya bertukar daripada makruh kepada harus. Yang penting daripada contoh di atas bukanlah hukumnya, tapi pertimbangan serta pembuktian yang diperlukan untuk membuat keputusan. Ahli psikometri boleh membantu ulama dan mufti meneliti ciri-ciri serta hujah psikometri bagi sesuatu alat ujian psikologi. Saintis dan doktor telah mengemukakan bukti kemudaratan rokok sehingga mufti bersetuju menukar hukum harus kepada haram. Maka, sebegitu juga harapannya bagi bidang psikometri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2021/09/fiqh-psikometri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


The Benefits Of Wearing Feelingirl S Bodysuits

Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h