Mak Dan Ayah Kemalangan Pada 6 Julai 2023



pada entri jumaat barakah tempoh hari, aku ada maklumkan yang mak dan ayah aku kemalangan jalan raya. mak dan ayah aku kemalangan pada tanggal 6 julai 2023 pada waktu malam. cuma aku tak pasti jam berapa. 
sepupu aku katanya bersiar - siar dengan boyfriend dia berdekatan kolej. ternampak ada kumpulan keramaian di tengah jalan. bila mendekat rupanya makcik dan pakcik sendiri kemalangan (mak dan ayah aku). terus dia maklumkan pada ibunya iaitu ucu aku yang tinggal berdekatan dengan rumah mak ayah aku. 
aku tak tahu lah pukul berapa dikhabarkan berita itu. tapi orang pertama yang tahu ialah sepupu aku dan seterusnya ucu aku baru lah kepada adik - adik aku. 

Terima Panggilan Jam 12 Malamkatanya kemalangan berlaku sekitar jam 10 malam macam tu berdekatan dengan lampu isyarat sekitar kuala lumpur (mengahala sogo kot). mak dan ayah aku kononnya nak minum di kuala lumpur dengan rakan motor yang lain kerana minggu berkenaan mereka akan konvoi ke 4 puncak; genting highlands, cameron highlands, bukit bendera dan lagi satu tak ingat

sikit lagi perjalanan tu nak sampai ke kedai, dirempuh kenderaan yang dikatakan seorang jururawat HKL; entahlah. 
malam tu aku memang tidur awal gila kerana mengantuk yang tak kunjung habis. panggilan diterima dari adik ipar aku berbelas miscall dan adik aku melalui panggilan whatsapp. aku tak dengar langsung. kebetulan waktu itu aku baru menggunakan ringtone berbunyi astetik. bunyinya agak mendamaikan dan perlahan. alahai. sekarang aku dah tukar semula. ringtone yang boleh membuat jantung aku tiba - tiba laju kalau aku tengah lalai dan telefon berdering


Dirempuh Kenderaanmengimbas semula situasi berkenaan. mak aku bercerita waktu itu mereka telah berada di lampu isyarat. kereta depan ayah aku sedang berjalan yakni lampu berkenaan hijau lah kan? takkan 3 4 buah kereta melanggar lampu isyarat merah. sangatlah mustahil. ayah aku di laluan kiri, manakala kereta berkenaan di laluan kanan ingin ke kiri. 
aku tak ingat cerita penuh. tapi dari penceritaan berkenaan ayah aku pulas minyak sebab ingat boleh lepas dari dirempuh. rupanya tersipi kena kaki mak. kemik juga bahagian kiri kereta berkenaan. lampu pun pecah. 
sebelum kemalangan berlaku, mak ternampak kereta yang ingin merempuh dengan ekor mata. mak aku lantas memanggil ayah aku dan maklumkan sambil menguatkan pautan di pinggang. namun, kelajuan ayah tak melepasi kereta berkenaan dan mereka dirempuh. 
mak kata ayah terpelanting jauh dan terseret bersama motosikal nya. ayah mengalami kecedaraan di tangan kanan dan retak. tangan kiri juga mungkin mengalami keretakan namun ayah menolak untuk di xray. bimbang kedua - dua tangan disimen dan tak mampu nak buat apa - apa untuk pengurusan diri. mak pula terbaring dan tak boleh bangun. kaki terasa kebas.  kata mak, orang sesekeliling ingin mengangkat mak untuk diletakkan di tepi jalan namun mak menolak. mak kata biarlah duduk di tengah - tengah jalan, jangan angkat! mak sudah dapat merasakan kakinya ada yang tidak kena. kaki mak patah! 

Kena Sidai Di Wad Kecemasanusai ambulans sampai, mak dibawa ke kecemasan HKL. kata mak jam 5 pagi baru urusan wad selesai. mungkin situasi mak belum dianggap kecemasan. masih bernafas seperti orang biasa, yang patah cuma kaki, bukan paru - paru yang gagal atau nafas yang sudah dipotong

ayah menaiki ambulans bersama mak menuju HKL. waktu ini semua adik beradik aku ada menguruskan mak. yang tiada cuma adik aku yang nombor 3 kerana dia menjaga adik 2 orang yang masih kecil. 
jumaat telah tiba, dan mak pun masuk ke dalam wad ortopedik sekitar jam 5.45pagi. 

Ramai Datang Melawat
aku dan suamiku tiba di HKL sekitar jam 4petang. aku lambat kerana menguruskan adik aku dan membawa keperluan yang mak dan ayah inginkan. lepak di kafe sehingga jam 4.30petang untuk melawat mak di wad. 

kami lepak adik beradik disini. di kafe ini. setiap hari minggu kami semua disini dari jam 11pagi kerana menunggu waktu melawat jam 12.30 tengahari dan menunggu seterusnya sehingga jam 4.30 petang pula. pulang ke rumah jam 7.30malam dari HKL ke shah alam. begitulah rutinnya dari hari jumaat sehingga ahad

aku meminta adik aku yang perempuan seperti dalam gambar ni menjaga mak dari hari jumaat sehingga ahad. mukanya seperti tidak setuju namun mahu tak mahu dia terpaksa lah akur. aku dah kawin hahhhaha. terlepas. 
seawal hari sabtu aku dah mula merisik - risik HR untuk meminta cuti yang panjang. yang dibenarkan cumalah 2 minggu sahaja. bermula dari minggu pertama yang diiktiraf sebagai Annual Leave dan minggu seterusnya diiktiraf sebagai Unpaid Leave. 

hari isnin seterusnya merupakan giliran aku iaitu pada 10 julai 2023. aku akan menjaga mak dari isnin sehingga jumaat dan bertukar dengan adik aku yang ketiga pada sabtu dan ahad. aku biarkan dia kerja dan sabtu ahad adalah waktu dia menjaga mak. kadangkala jika hari sabtu atau ahad dia perlu bekerja, aku akan menjaga mak sehingga separuh hari. petangnya aku akan pulang menuju rumah untuk berkasih sayang bersama suami pula. kesian suamiku diabaikan. sabarlah hubby hensem. hahaha
pada hari yang sama iaitu pada 7 julai 2023, makcik yang tinggal di sekitar selangor siap mengambil cuti 1 hari kononnya untuk melawat mak selepas dikhabarkan oleh ayah tentang keadaan mak. 
rupanya tidak boleh melawat pun. makcik pun tiba di HKL pada waktu petang untuk melawat mak. makcik menjadi wakil kepada adik beradik yang lain untuk melihat lihat keadaan mak dan menyampaikan kepada adik beradik yang lain yang tinggal diluar selangor


mak telah patah di tulang keting kaki kanan. kau orang boleh lah google bentuk dia macammana. mak telah menjalani pembedahan kali pertama. disebabkan pembedahan tertangguh kerana bilik pembedahan yang penuh, pembedahan yang berlaku hanyalah untuk mencuci luka dalam yang dikhuatiri akan mendatangkan kuman dan juga memasang besi di kaki. tengok lah besi berkenaan. 
mula - mula mak pakai kaki dibesi mak tak biasa. besi akan menujah kaki dan menjadi sangat berat. ketawa aku. 

Rutin Harian di HKLoh lupa. mak tak membenarkan ayah pulang. disuruh tinggal bersama - sama dihospital. hahaha. tidur lah dimana - mana pun janji di HKL. ayah setiap hari hanya menjinjing sebuah beg kecil yang diisi dengan sehelai tuala kecil bagi mengelap badan, selimut buat mengalas tidur atau sebagai bantal kepala, sebotol air minuman kecil, dan roti potong. 

aku pula setiap hari akan tidur sekitar jam 11malam kerana waktu itu lampu wad akan dipadam. yang tinggal hanya lampu depan bahagian staf jururawat membuat kerja. setiap malam, langsir akan ditutup keliling katil mak. aku pula tidur di bawah beralaskan comforter bersama sehelai selimut, 2 buah bantal busuk, penutup mata, sepasang stokin dan sehelai baju suamiku. hahahhaa. macam dekat rumah tau. 
setiap pagi aku akan bangun seawal jam 6pagi kerana jururawat akan pergi ke katil bagi merekod kan bacaan darah setiap pesakit. aku perlu kemas tempat tidur segera. selepas itu aku akan selesaikan mak aku dari segi penukaran pampers, cuci muka dan lap badan mak aku untuk lebih segar kerana mak aku akan seharian terbaring. 
seusai itu, aku akan menyuapkan mak aku makan sarapan pagi. makanan sampai sekitar jam 7.30pagi tak silap. selepas itu, aku akan turun ke bawah mencari makanan untuk aku pula. selalunya aku akan makan nasi seawal pagi. selain dari nasi lemak, ada juga menu seperti nasi ayam atau nasi arab yang telah dibungkus didalam bekas tupperware. harganya rm5 sehingga rm10. bubur lambuk juga ada. sedap

makanan hospital sudah semakin baik. rasa masin sudah dapat dirasa. kalau 10 tahun dulu, makanan hospital tawar dan tak sedap. kini ia sudah diterima. cuma rupanya agak menjengkelkan dan tak menarik mood pesakit untuk makan meskipun terasa lapar.  jika pesakit tiada sebarang pantang dalam bab makanan pastinya mereka akan meminta penjaga mereka untuk membelikan makanan yang lebih sedap diluar. selain itu, ikan masih terasa hanyir dan tak lalu dimakan. 
sepanjang aku disana, aku memakai tangga untuk berulang alik naik turun menggunakan tangga. tak sempat rasanya menunggu lif. lif selalu penuh dan sangatlah lambat. maklumlah lif lama kan


Hari Untuk Pulangsalah seorang yang akan habiskan makanan mak
hari untuk pulang akhirnya tiba. mak dibenarkan keluar wad pada 11 julai 2023. sepupu aku, amin yang ambil kami di hospital menggunakan estimanya. lebih besar dan mudah. mak masih belum biasa dengan besi yang berat di kaki. 
tengoklah berapa banyak barang dan beg yang aku bawa sepanjang disana. rasanya seperti tempat akulah yang paling penuh dengan barang. termasuk plastik makanan yang dibawa oleh pelawat untuk mak aku. 

aku akan sambung semula entri ini berkaitan tugas aku yang bersambung dirumah. sekian untuk hari ini. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/07/mak-dan-ayah-kemalangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sunday Lite 28 Julai 2023 Confirm Matahari Akan Terbit Di Timur

Sunday Lite 28 Julai 2023 Confirm Matahari Akan Terbit Di Timur

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 166 hits
Mula sedikit video yang agak lucu Yang confirm pada Jumaat 28 Julai 2023 matahari akan terbit di timur Burung merpati selalu turun atas bumbung Pada 14 April 2023 yang lalu pun confirm matahari telah terbit di timur Malam ini pula Johor Bah...
Analisis Perak Untuk 24 Julai 2023 Potensi Penurunan Harga

Analisis Perak Untuk 24 Julai 2023 Potensi Penurunan Harga

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 270 hits
Analisis teknikal Perak telah dniagakan secara menurun pada pagi ini dan saya mendapati bahawa terdapat penembusan harga pada kluster sokongan utama 24 60 yang merupakan petanda baik untuk pergerakan menurun selanjutnya Disebabkan terdapat ...
Top Youtuber Malaysia Lebih Dari Satu Juta Subscribers Julai 22 2023

Top Youtuber Malaysia Lebih Dari Satu Juta Subscribers Julai 22 2023

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 237 hits
Top YouTuber Malaysia Lebih Dari Satu Juta Subscribers Julai 22 2023 4 95m Aug 6 2016 4 6m Nov 5 2012 4m Oct 17 2013 3 88m Jun 22 2015 3 53m Sep 29 2006 2 87m Jun 19 2011 2 74m May 13 2013 2 52m Feb 6 2014 1 85m Jul 1 2015 1 76m Sep 13 2015...
Isyarat Dagangan Emas Untuk 25 26 Julai 2023 Beli Jika Menembusi As 1 963

Isyarat Dagangan Emas Untuk 25 26 Julai 2023 Beli Jika Menembusi As 1 963

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 253 hits
Pada awal sesi Eropah emas didagangkan pada 1 962 61 Ia berada di atas SMA 21 dan di atas EMA 200 Carta sejam menunjukkan emas didagangkan dalam saluran menurun yang terbentuk sejak 20 Julai apabila ia mencapai paras tertinggi pada 1 987 De...
Jmbelog Google Search 27 Julai 2023

Jmbelog Google Search 27 Julai 2023

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 340 hits
jmbelog Kira kira 12 400 hasil carian Hasil PencarianLIRIK LAGU Lirik Lagu Sumpah Cinta Ini Muna Shahirah Belum puas ku rasa bahagia Kau memunggah duka dalam jiwa Membiarkan air mata ini Merintih dalam doa Anda telah melawat halaman ini ban...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner