Filem Pendek Mentega Terbang Terus Dikecam Bebas News 02 03 2023


 

SEPANG — Filem pendek Mentega Terbang terus mendapat kecaman dan desakan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berikutan ia didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini turut menggesa kerajaan dan pihak berkuasa lain mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, pelakon dan individu yang terbabit dalam pembikinan filem itu.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata filem terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini.
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mengambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.


“Hentikan amalan berselindung di sebalik ‘tiada kuasa’, maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini, perbuatan ini sangat melampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nadzim berkata, video itu secara terang mengajak agama lain memperkecilkan Islam sekali gus mencetuskan kemarahan sehingga menyebabkan keresahan dan mungkin pergaduhan antara kaum.
“Kesan penyebaran video itu juga amat besar kerana ia jelas sekali memesongkan akidah, mengelirukan umat Islam terutama anak muda. 
“Adakah pihak penerbit dan pengarah sudah terlalu ketandusan idea menerbitkan filem sehingga mencabar umat Islam di negara ini?,” katanya. 
Pada masa yang sama, Nadzim menyeru Menteri Hal Ehwal Undang Undang, Datuk Seri Azalina Othman mempertimbangkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap mereka yang menghina agama lain khususnya Islam. 
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jakim sedang meneliti kandungan filem berkenaan secara menyeluruh dan mengemukakan laporan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut berpandukan undang-undang sedia ada. 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diarah memanggil mereka yang terbabit dengan penerbitan filem itu. 
Menurut Mohd Na’im, pihaknya memahami sensitiviti masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan apa juga kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian Islam lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup. 
Sebelum ini juga Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi terhadap produksi filem Mentega Terbang. 
Ketua Penerangan Putra, Mohamad Shahrulufti Mohamad Sharif menyifatkan filem itu cukup berbahaya kepada anak-anak muda khususnya yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya. 
“Filem tersebut jelas satu provokasi terhadap Islam agama Persekutuan yang meletakkan Islam sama dengan agama-agama lain,” katanya 
Beliau juga mahu pihak berkuasa termasuk Jakim dan Jawi bertindak dan selanjutnya Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan filem itu selepas mendapat nasihat dari Jakim atau Majlis Agama Islam. 
“Ini kerana filem itu cukup berbahaya kepada anak-anak muda khususnya yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya,” katanya. 
Mentega Terbang mengisahkan pencarian seorang remaja terhadap apakah yang akan berlaku selepas seseorang itu meninggal dunia. 
Berdasarkan treler, terdapat adegan remaja itu membaca Bible. Terdapat juga gambaran dan dialog berkaitan rumah ibadat pelbagai agama. — BebasNews 


Artikel oleh: BebasNews 
FILEM PENDEK MENTEGA TERBANG TERUS DIKECAM

https://bebasnews.my/2023/03/02/filem-pendek-mentega-terbang-terus-dikecam/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/03/filem-pendek-mentega-terbang-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Filem Mentega Terbang Provokasi Terhadap Islam Ambil Tindakan Tegas Ppim The Merdeka Times 02 03 2023

Isu Filem Mentega Terbang Provokasi Terhadap Islam Ambil Tindakan Tegas Ppim The Merdeka Times 02 03 2023

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 237 hits
Filem terbabit tular di media sosial baru baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim JohanJAKIM perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain un...
Kontroversi Filem Mentega Terbang Ini Ulasan Dan Penjelasan Daripada Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Kontroversi Filem Mentega Terbang Ini Ulasan Dan Penjelasan Daripada Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 249 hits
Kontroversi filem Mentega Terbang sememangnya diketahui dan turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang mendakwa karya tersebut 8216 bertentangan dengan akidah 8217 Manakala agensi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan J...
Penggiat Filem Dapat Surat Tuntutan Atas Ulasan Mentega Terbang

Penggiat Filem Dapat Surat Tuntutan Atas Ulasan Mentega Terbang

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 180 hits
FMT ReportersZabidi Mohamed sedia melawan di mahkamah demi menjaga akidah umat Islam di Malaysia PETALING JAYA Seorang penggiat filem pendek patuh syariah menerima surat tuntutan atas ulasannya terhadap filem bebas keluaran tempatan Mentega...
Mentega Terbang Ambil Tindakan Tegas Kepada Semua Terlibat Sinar Harian 02 03 2023

Mentega Terbang Ambil Tindakan Tegas Kepada Semua Terlibat Sinar Harian 02 03 2023

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem pendek bertajuk Mentega Terbang Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan dalam sa...
Menteri Agama Filem Mentega Terbang Bercanggah Akidah Islam

Menteri Agama Filem Mentega Terbang Bercanggah Akidah Islam

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 289 hits
Zeanaaima Mohd YusofSedutan babak dalam Mentega Terbang mengundang amarah di platform media sosial dengan warganet mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum PETALING JAYA Kandungan filem Mentega Terbang jelas bertenta...
Mentega Terbang Film Not New Why Didn T Previous Govt Take Actions

Mentega Terbang Film Not New Why Didn T Previous Govt Take Actions

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 279 hits
The previous government has been taken to task for not taking action against the production of the Mentega Terbang film that has courted controversy recently Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil emphasised that the locally produ...
Probe Threats Against Mentega Terbang Filmmakers Group Tells Govt

Probe Threats Against Mentega Terbang Filmmakers Group Tells Govt

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 293 hits
Mentega Terbang which touches on the differences and similarities of the major religions in Malaysia has drawn criticism from the public as well as from artistes PETALING JAYA A group of NGOs as well as writers and producers have questioned...
Awie Amuk Nak Bagi Penampar Kat Pelakon Melayu Mentega Terbang

Awie Amuk Nak Bagi Penampar Kat Pelakon Melayu Mentega Terbang

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 351 hits
Tidka dapat dinafikan ramai yang tidak berpuas hati terhadap filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa berunsurkan menghina meremeh merendah rendahkan memperleceh menodai dan mempersendakan agama Islam Termasuklah penyanyi rock tanah a...
Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi