Filem Pagari Bulan Memaparkan Kisah Penjajahan Jepun Di Kelantan


Dah lama tak tengok filem berkualiti macam ni. Dari segi sinematografi, lakonanan dan jalan cerita, secara keseluruhannya Pagari Bulan adalah sebuah filem yang wajib ditonton untuk tahun 2023. Mempertaruhkan barisan pelakon baru dan lama, gandingan mantap antara pelakon dengan lantunan skrip dalam dialek Kelantan, menjadikan filem Pagari Bulan berada dalam kelasnya yang tersendiri. 
Sebagai orang Kelantan, aku bangga bila kesemua pelakon dalam filem Pagari Bulan mampu bertutur dalam dialek Kelantan dengan natural, tanpa rasa kekok. Walaupun ada sedikit-sebanyak sebutan yang tak sepenuhnya bunyi macam orang Kelantan bercakap, tapi aku salute dengan semua barisan pelakon yang telah berjaya membawa watak masing-masing dengan jayanya. Bukan senang ye nak bercakap dalam dialek Kelantan especially untuk orang yang bukan berasal dari Kelantan. Untuk korang yang bukan berasal dari Kelantan, jangan risau. Korang boleh faham bila tengok filem Pagari Bulan sebab ada subtitles. Sambil menonton, aku yakin korang pun automatik akan belajar tentang loghat Kelantan


Baru-baru ni, aku berpeluang dan berkesempatan untuk hadiri Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan di Dadi Cinema, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan diadakan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan. Filem yang diterbitkan oleh ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD yang berjudul Pagari Bulan ini  memaparkan semangat patriotisme dalam memperjuangkan wanita yang bangkit dari penindasan askar Jepun. Majlis Malam Gala ini turut dihadiri oleh barisan pelakon Pagari Bulan, selebriti Malaysia, pengarah filem ternama, pelakon veteran dan media. 


Pihak produksi ELEVEN FIELD CREATIVE SD BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam


Pengarah Pagari Bulan, Ts Raja Mukhriz telah mempertaruhkan Nazeera Sardi sebagai tunjang utama bagi memegang watak sebagai pejuang yang memartabatkan kaum wanita. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat tanah air yang lain iaitu Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang. Idea filem ini datangnya daripada Ellyna Ahmad dan Ts Raja Mukhriz setelah melihat belum ada genre 'comfort women' yang diketengahkan dalam filem tanah air. Skrip dan lakon layar Pagari Bulan oleh Siti Jasmina Ibrahim. Filem Pagari Bulan mengetengahkan isu "women empowerment"



Sinopsis Filem Pagari Bulan
PAGARI BULAN mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh, dan mempertahan anak gadis yang menjadi sasaran tahanan ole tentera Jepun. Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu



Info Filem Pagari Bulan
Tajuk Filem : Pagari BulanDurasi : 100 minitBahasa : Bahasa MelayuGenre : Aksi, Sejarah
Idea Asal : Ellyna AhmadPenulis Skrip : Siti Jasmina IbrahimPengarah : Raja Mukhriz Bin R. Ahmad Kamaruddin
Pelakon :Nazeera Sardi sebagai BulanAniq Durar sebagai MiuraTrisha Ooi sebagai Sui LiAlvin Wong sebagai KuzawaAndy Teh sebagai Leftenan AzuMichael Ang sebagai Ah LeongWan Azli Wan JusohChelsia Ng sebagai MomosanLaila Nasir sebagai HasnahHazi Juzaili sebagai NidaIrin PuteriAzlan KomengHelmy HakimWanji AswandiNik MazliTengku Afzan
Penerbit : Eleven Field Creative Sdn BhdEdaran : METROWEALTH


Sharifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer temasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem "Pagari Bulan" akan disiarkan mulai 5 Oktober 2023 di lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan filem Pagari Bulan. Jalan cerita, perkembangan plot cerita dan lakonan daripada barisan pelakon memang sempurna. Paling aku kagum dengan visual dan cinematografi. Memang cun dan puas hati tengok. Sebuah filem penuh emosi, menyentuh hati dan perasaan. So guys, jangan lepaskan peluang untuk tonton sendiri filem Pagari Bulan mulai 5 Oktober 2023 ni. Filem patriotisme yang lain dari biasa. Highly recommended


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2023/10/filem-pagari-bulan-memaparkan-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Secantik Mana Persepsi Dunia Terhadap Jepun Pasti Ada Cacat Cela Ini Kisah Masyarakat Kasta Rendah Di Jepun

Secantik Mana Persepsi Dunia Terhadap Jepun Pasti Ada Cacat Cela Ini Kisah Masyarakat Kasta Rendah Di Jepun

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 154 hits
Kita kerap mendengar tentang kisah kisah diskriminasi di negara kita serta beberapa negara lain khasnya Namun tidak di Jepun Masyarakat Jepun selalu diletakkan sebagai masyarakat contoh menjadi tauladan yang perlu diikuti oleh semua kelompo...
Senarai Drama Dan Filem Best Di Netflix Bulan Oktober 2023

Senarai Drama Dan Filem Best Di Netflix Bulan Oktober 2023

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 330 hits
Senarai Drama Dan Filem Best Di Netflix Bulan Oktober 2023 Seperti biasa setiap bulan aku akan kongsikan dengan korang semua senarai drama dan filem yang ada di Netflix Malaysia Sekarang dah masuk bulan Oktober 2023 jom kita tengok drama da...
Pengarah Pagari Bulan Redha Babak Akhir Ditukar Demi Elak Polemik Politik

Pengarah Pagari Bulan Redha Babak Akhir Ditukar Demi Elak Polemik Politik

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 386 hits
Filem Pagari Bulan ialah naskah terbaru yang bakal memaparkan perjuangan wanita pemuas hafsu Jepun di era penjajahannya Bakal ditayangkan di pawagam mulai 5 Oktober 2023 filem ini berlatar belakangkan penjajahan Jepun yang bermula di Kelant...
Dulu Dikata Gila Nak Bersaing Dengan Kfc Ini Kisah Pengasas Marrybrown Ramai Tak Tahu

Dulu Dikata Gila Nak Bersaing Dengan Kfc Ini Kisah Pengasas Marrybrown Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 202 hits
Tahun 1981 ada couple kat Johor ni kena sampuk agaknya Dia fikir nak buka restoran mcm Kepci and nak lawan Kepci 1 Berdekah dekah masyarakat ketawa kan si Nancy dgn suami nama Lawrence 2 Lagi gelak besar orang bila Nancy dgn Lawrence cakap ...
Kisah Mahyiddin Dan Musa Aman

Kisah Mahyiddin Dan Musa Aman

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 196 hits
APA MAKSUD PMX KERAJAAN RADZI JIDIN YANG BEBASKAN PERASUAH KISAH BAGAIMANA MUHYIDIN DAN KERAJAAN RADZI TERIMA RM500 JUTA DARI MUSA AMAN 1 Pada November 2019 Musa Aman di tahan SPRM dan akhirnya pada 23 Mei 2019 Musa Aman didakwa dengan 35 t...
Kisah Tonymidi Artworks Mendunia Lewat Goresan Dari Banyuwangi

Kisah Tonymidi Artworks Mendunia Lewat Goresan Dari Banyuwangi

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 131 hits
Sebagai Founder and Illustrator of Wolfordeer Colony Tonymidi menaruh harapan besar kepada komunitas kreatif di daerah
Telefilem Insan Terpilih Berdasarkan Kisah Benar Lakonan Syazwan Zulkifly

Telefilem Insan Terpilih Berdasarkan Kisah Benar Lakonan Syazwan Zulkifly

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 352 hits
INSAN TERPILIHTelefilem Insan Terpilih bersiaran semula pada 25 September 2023 hari Isnin jam 8 30 malam di Slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton Telefilem ini pernah menjadi bualan penonton apabila mendapat tahu ianya adalah berdasarkan...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan