Filem Eraser Lakonan Terakhir Adibah Noor Di Prime Video
FILEM ERASER LAKONAN TERAKHIR ADIBAH NOOR DI PRIME VIDEO | Assalammualaikum semua. Rindu dengan lakonan Kak Dib? Ruby kalau filem dan drama Kak Dib berlakon. Mesti tengok. Sebab semua hasil lakonan atau nyanyian Allahyarhamah memang sangat best.
Filem lakonan terakhir Allahyarhamah Adibah Noor, mengangkat tema perpaduan, ihsan, kasih sayang, setia, hormat, harmoni dan tiada yang dapat memisahkan pertalian sesama manusia walau hanya kerana berbeza agama
FILEM ERASER LAKONAN TERAKHIR ADIBAH NOOR DI PRIME VIDEO
Filem: ERASERPengarah / Penulis Asal: Mark Lee See TeckIdea Asal: Mark Lee See TeckPenulis Bersama: Tang Yen Yen, Mark Lee, Siti Jasmina IbrahimPenerbit: Fiery Films Pengedar: MyContentTayangan: Prime VideoDurasi: 1 jam 42 minitGenre: Drama, Kekeluargaan, RomantikPelakon: Nam Ron sebagai AhmadAllahyarhamah Adibah Noor sebagai KhadijahAngela Chan sebagai Ah YokeDhiyauddin Ariffin sebagai AzmanAlyssa Lee sebagai Xiao LiDanish Adam sebagai AriFreedie Wong sebagai Tan
SINOPSIS ERASER
ERASER yang mengisahkan tentang Ahmad, anak kepada pembuat batu nisan, Azman mempunyai impian besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga yang berdepan dengan cabaran apabila Xiao Li, gadis yang didera hadir bersama ibunya, Ah Yoke dalam hidup mereka
Keluarga Ahmad menerima kedua beranak tersebut dengan tangan terbuka, menyediakan tempat berteduh, namun hidup tidak mudah bagi Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah
Namun kehidupan Xiao Li dan Ahmad berubah selepas mereka menyertai Pertandingan Seni Peringkat Kebangsaan yang mengusung tema Wawasan 2020
Apakah kesudahan ERASER edaran MyContent ini? Saksikannya di platform Prime Video mulai 1 Jun 2023.
ERASER MEMPUNYAI MAKSUD YANG BESAR UNTUK MASYARAKAT MALAYSIA
ERASER termasuk dalam kategori filem Malaysia wajib tonton di platform Prime Video mulai 1 Jun 2023 dan tersedia di seluruh Asia Tenggara. Filem arahan oleh Mark Lee See Teck ini menjadi cenderahati terakhir daripada pelakon seni berprofil tinggi yang telah pulang ke Rahmatullah pada 18 Jun 2022, Allahyarhamah Adibah Noor
Kerinduan peminat melihat lakonan Adibah yang bersahaja namun memberi kesan akan mengubati rindu dengan menonton filem ERASER yang turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Nam Ron, Angela Chan, Dhiya Ariffin dan Alyssa Lee.
ERASER atau terjemahannya dalam bahasa Melayu bermaksud Pemadam atau hapus mempunyai simbolik tersendiri untuk difikir dan diterima dengan hati terbuka oleh seluruh penonton berbilang bangsa di negara kita
Pemadam Bendera Malaysia pula dijadikan metafora jika tiada perpaduan, negara akan ‘lenyap’ perlahan-lahan. Dihasilkan dalam durasi 94 minit dengan genre drama, kekeluargaan dan romantik.
ERASER yang ditulis oleh Mark Lee, Tang Yen Yen dan Siti Jasmina Ibrahim ini adalah sebuah naskhah ‘Malaysia’ yang bermula dengan kisah keluarga yang porak peranda namun bertahan dalam kerasnya kehidupan.
Ia turut menampilkan konflik di mana perselisihan faham terus berterusan di antara kaum, maka tiada perpaduan dapat dibentuk. Satu-satunya faktor yang membuat cabaran menjadi lebih hebat apabila ERASER digarap sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia
“Kekangan dan cabaran yang kami lalui adalah ERASER dihasilkan sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia.Kami perlu memastikan semua kru berada dalam keadaan sihat dan mengamalkan SOP yang ketat supaya tiada penularan wabak berlaku di set penggambaran
Dan terus terang, pembikinan filem pada musim pandemik membuatkan kos bertambah, ini termasuk lima sehingga 10 peratus kos digunakan untuk memastikan keselamatan semua terjamin
Bagaimanapun pihak kami bersyukur kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang 20 hari penggambaran dijalankan,” ujar penerbit, Mandy Yap
Pihak penerbit pula menyifatkan walaupun berdepan dengan kekangan sepanjang pandemik, namun mereka percaya setiap kesukaran akan terbalas dengan sesuatu yang berharga sehingga ERASER mampu disiapkan dan kini bersedia untuk tontonan umum
Sementara itu, pengarah Mark Lee mengatakan produksi tidak berdepan banyak kekangan untuk menukar format filem pendek dengan durasi tiga minit kepada sebuah naskhah menelan masa tayangan 94 minit
Mereka berjaya menghasilkan ERASER seperti yang diinginkan dengan menjadikan ‘cinta’ sebagai asas yang tidak boleh ditinggalkan dalam naskhah ini
“ERASER adalah kisah kembara keluarga yang porak peranda namun bertahan kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi walaupun berbeza keyakinan agama
Ia membuktikan dengan kasih sayang dan cinta, tanpa perbezaan jantina, bangsa atau agama. Sifat kemanusiaan mengatasi segalanya,” kata Mark Lee
Saksikan filem ERASER di platform Prime Video mulai 1 Jun 2023 dan tersedia di seluruh Asia Tenggara
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/06/filem-eraser-lakonan-terakhir-adibah.html