Fikirkan Anak Anak Ibu Sanggup Bertahan Tiada Lagi Kesakitan Arwah Moga Syurga Buatmu


Setiap pasangan yang berkahwin mengharapkan perkahwinan itu biarlah sampai ke akhir hayat namun tak semua harapan itu menjadi nyata. Ada yang tetap bertahan tetapi akhirnya tak dapat juga diselamatkan.
Harapkan kebahagiaan namun jadi mangsa suami
Menurut Aktivis Masyarakat, Puan Natipah Abu yang sebelum ini banyak menolong arwah Puan Siti Khadijah dan anak-anak ketika menyelamatkan dirinya, Siti dan X berkahwin atas dasar cinta sejak 8 tahun lalu namun saat indah hidup berumahtangga hanya sempat dikecapi selama dua tahun sahaja sebelum akhirnya suami mula berubah sikap menjadi panas baran dan kaki pukul.
Keadaan bertambah buruk bila X terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Tubuh badan Siti selalu menjadi habuan sepak terajangnya atas alasan yang kecil. Di ranjang, dia juga diperlakukan sesuka hati termasuk dipukul.

Setiap kali itu terjadi, anak-anak hanya mampu menangis kerana ketakutan. Bahkan .. X membeli sebatang rotan semata-mata digunakan untuk membelasah anak dan isteri.
Bukan hanya tubuh Puan Siti sahaja yang berbirat, anak-anak yang baru berusia 7, 4 dan 3 tahun pun turut mengalami nasib yang sama. Hanya si bongsu saja yang tidak pernah disentuhnya. Kalau orang lain, mungkin hanya memukul isteri tetapi anak-anak tidak disentuh sama sekali tetapi bagi kes Siti, anak-anak juga turut bermandikan air mata meratapi kesakitan yang meratah tubuh.
Bertahan demi anak
Berkongsi pengalaman .. anak sulung Puan Siti mengakui tidak dapat melupakan, bagaimana dia dan ibunya teruk dibelasah hanya atas kesalahan menggunting rambutnya. Ibu yang cuba membelanya pun, turut ditendang hingga terperosok ke dinding.
Mencungkil isi hati anak kecil itu, ternyata tiada lagi tempat buat lelaki yang bernama ayah di dalam kamus hatinya. Istilah rindu terhadap ayah yang sudah enam bulan hilang dari pandangan itu juga tidak pernah wujud sama sekali.
Aneh, bagaimana dan mengapa Puan Siti masih terus bertahan sedangkan dia sudah bertahun didera suami …
“Saya tak kerja, anak saya semuanya kecil lagi. Kalau saya bercerai, anak saya nak makan apa. Mak saya pun orang susah..ayah saya pun dah tak ada …. “

Bersalin seorang diri dalam bilik air
Kemuncaknya … dua tahun yang lalu … ketika sarat hamil anak bongsu, dia dipukul dan ditendang di tengah belakang hanya kerana meninggalkan anak-anak di rumah ibunya untuk klinik ibu mengandung.
Selepas insiden itu, suami keluar bekerja dan bermalam di tempat kerja. Tinggallah dia menangis menanggung kesakitan. Sakit dipukul, sakit lagi hati yang menanggung segala derita.
Menjelang subuh dia yang di dalam keadaan tertekan itu akhirnya sakit dan melahirkan anak keempat sendirian di bilik air setelah X tidak menjawab panggilan telefonnya.
40 minit dia bergelut bertarung nyawa sebelum ahli keluarga terdekat tiba dan memberikan bantuan. Dia mengesot keluar dari bilik air dalam keadaan berlumuran darah sambil mengendong bayinya. Mujurlah urinya berjaya dikeluarkan.

X dibuang kerja hanya beberapa bulan setelah dia bersalin kerana masalah dadah. Sejak itu, keadaan X kian celaru. Selain terpaksa menadah tubuh sebagai habuan dipukul, mereka anak beranak kadang-kadang terpaksa mengikat perut.
Namun Siti tetap ingin mempertahankan rumahtangganya sehinggalah enam bulan yang lalu, dia tidak dapat menyembunyikan lagi keadaannya dari kaum keluarga .. setelah berbirat seluruh tubuh dan lebam seluruh wajah dibelasah suami.
“Makkk … bagitaulah polis suruh tangkap ayah. Nanti kita semua mati ayah pukul … “.
Kata-kata anak sulung yang baru 6 tahun ketika itu membuat dia tersentak lalu akhirnya nekad tampil ke balai polis membuat laporan. Susulan itu X ditahan. Khabarnya … setelah bebas dari tahanan, X pulang ke kampung halamannya.
Sejak itu terputuslah hubungannya dengan X. Tiada sebarang nafkah dititipkan buat anak-anak bahkan tiada lagi khabar berita dari X. Siti pulang ke kampung dan tinggal bersama ibu.

SITI KHODIJAH BINTI ABD MANAF – ( 32 TAHUN )
اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Setelah koma sejak hari pertama dikejarkan ke wad kecemasan 26 hari yang lalu, maka jam 2.50 pagi tadi (Raya Ke-2), Puan Siti Khodijah pun pergi buat selama-lamanya. Pemeriksaan doktor mendapati banyak masalah kesihatan tiba-tiba dikesan pada arwah.
Buat pengetahuan.. anak-anak arwah semuanya sedang demam. Mungkin kerana telalu rindukan si ibu. Bahkan si kakak sulung yang berusia 7 tahun telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Sg Petani, jam 9. 30 malam semalam kerana demam terlalu panas.
Walaupun berada di bawah satu bumbung dengan tempat ibu sedang bertarung nyawa dia tetap tidak berupaya melepaskan rindu kepada si ibu. Menatap wajah ibu walau seketika. Biarlah wajah ibu ketika sihat saja kekal dalam ingatan anak-anak.
Berikut diselitkan kembali sorotan kisah arwah pada 5 Februari lalu yang mana telah mengisi slot Sedekah Jumaat kita bagi tujuan modal membuka kedai di kampung. Dengan modal yang kita sumbangkan, kedai itu telah beroperasi dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ramadhan lalu kedai ditutup, arwah mengambil upah membuat kuih untik tahfiz berhampiran sebelum tiba-tiba koma pada 19 April lalu. Sesungguhnya .. tiadalah bagi kita daya..Al Fatihah.
Kredit: Puan Natipah Abu

 
The post Fikirkan Anak-Anak Ibu Sanggup Bertahan! Tiada Lagi Kesakitan Arwah, Moga Syurga Buatmu  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/fikirkan-anak-anak-ibu-sanggup-bertahan-tiada-lagi-kesakitan-arwah-moga-syurga-buatmu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syurga Buatmu Sayang Baba Janji Jaga Anak Kita Suami Reda Isteri Meninggal Lepas Bersalin

Syurga Buatmu Sayang Baba Janji Jaga Anak Kita Suami Reda Isteri Meninggal Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 315 hits
Siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang pergi buat selamanya Lagi lagi ibu bapa isteri atau anak sendiri Perasaaan sedih itu adalah fitrah bagi setiap manusia tiada siapa yang mampu halang Ia datang dengan sendiri Tapi jangan lupa ...
Anak Usia 7 Bulan Tak Kenal Ibu Lepas Koma Kalau Kerap Sakit Kepala Pergilah Check

Anak Usia 7 Bulan Tak Kenal Ibu Lepas Koma Kalau Kerap Sakit Kepala Pergilah Check

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 477 hits
Biasanya ramai ibu ibu bila dah ada anak bab kesihatan tak berapa dititikberatkan Maklumlah dari celik mata sampai nak tidur kerja rumah tak pernah habis Tambah pula nak bagi perhatian pada anak anak kecil lagi Itu belum dikira ibu bekerja ...
Anak Saya Sudah Tiada Anak Maut Ditimpa Kerusi Dibaling Dari Tingkat 17 Ibu Saman Dbkl Rm1 Juta

Anak Saya Sudah Tiada Anak Maut Ditimpa Kerusi Dibaling Dari Tingkat 17 Ibu Saman Dbkl Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 380 hits
Tiga tahun lalu seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat dihempap kerusi yang dibaling dari tingkat 17 sebuah rumah pangsa di PPR Pantai dalam Ketika itu mangsa yang juga merupakan pelajar di SMK La Salle Petaling Jaya dalam perja...
Syahdu Syawal Ibu Di Kampung Doa Buat Anak Tak Lekang Di Bibir

Syahdu Syawal Ibu Di Kampung Doa Buat Anak Tak Lekang Di Bibir

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 594 hits
Gambar Mariam Omar di anjung rumah mengenang anak di perantauan yang menjadi perhatian warganet PETALING JAYA Tahun kedua sambutan Aidilfitri PKP diselangi rasa rindu bagi ibu bapa di kampung doa buat anak anak yang berada perantauan tidak ...
Stop Paksa Anak Hug Kiss Semua Orang Perkara Ni Ibu Bapa Perlu Sedar

Stop Paksa Anak Hug Kiss Semua Orang Perkara Ni Ibu Bapa Perlu Sedar

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 432 hits
Dari kecil lah anak anak perlu diasuh dan di didik tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan Pendidikan awal ini sangat penting untuk perlindungan diri mereka Ikuti perkongsian daripada Puan Walaupun anak masih kecil sudah t...
Keluarga Abu Hatab Termasuk Ibu Dan Anak Yang Sedang Tidur Terbunuh Dalam Serangan Roket Israel

Keluarga Abu Hatab Termasuk Ibu Dan Anak Yang Sedang Tidur Terbunuh Dalam Serangan Roket Israel

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 397 hits
643 total views 643 views today Tentera Israel pada pagi Sabtu telah melancarkan serangan roket yang mensasarkan rumah rakyat Palestin di kem pelarian Shati di sebelah Serangan itu telah membunuh sekurang kurangnya lapan sekeluarga termasuk...
Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 349 hits
Hmm sedapnya susu hari ni tak pernah rasa pula sebelum ni Nak lagi lah Suara hati bayi yang menyusu susu ibu Hahaha bayi pun suka rendang raya mak masak Begitulah anak yang minum susu ibu Antara kelebihan dan kehebatan susu ibu bukan saja m...
Tak Nampak Ibu Mula Menangis Ini Sebabnya Anak Asyik Nak Melekat 24 Jam

Tak Nampak Ibu Mula Menangis Ini Sebabnya Anak Asyik Nak Melekat 24 Jam

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 326 hits
Tidak dinafikan anak yang sentiasa melekat dengan kita sedikit mengganggu kerja kerja menguruskan rumah tangga Malah hendak membiasakan anak dengan pengasuh pada awalnya terasa sedikit mencabar Pun begitu jangan dipersalahkan anak kecil kit...
Walaupun Dilayan Buruk Suami Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak Anak

Walaupun Dilayan Buruk Suami Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak Anak

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 250 hits
Perjalanan hidup yang panjang tidak akan sunyi tanpa sebarang ujian Lebih lebih lagi bagi pasangan sudah berkahwin Kesan keganasan rumah tangga yang kerap berlaku menyebabkan ramai wanita tidak berani memilih untuk membuat keputusan sendiri...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall