Fikiran Terlalu Kacau Untuk Hayati Belanjawan



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
LGE bentang Belanjawan: lakukan yang baik, cegah yang burukDALAM pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengajak kita melakukan kebaikan dan menolak keburukan.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Menteri berketurunan Cina yang bukan beragama Islam itu menyebut ungkapan itu dalam bahasa asalnya - “amar ma’aruf nahi mungkar” (الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر).
Semua agama dan tamadun tinggi di dunia menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan.
Tetapi biasalah bagi ahli sebuah parti yang telah mengabaikan agama, tamadun dan kesopanan kerana “cash is king” mempersendakan Belanjawan 2019 sebagai tidak ada apa-apa yang baru.
Bagi ketua-ketua Umno/BN tidak ada apa yang baru dalam Belanjawan 2019 kerana mereka tidak mendapat habuan dan peluang untuk terus mengisi tembolok mereka dan anak, bini serta suku sakat mereka.
Bukan itu saja. Fikiran mereka pun tidak berada dalam keadaan tenang untuk menghayati sesuatu yang baik dan terpuji.
Fikiran mereka kacau kerana bekas ketua nombor satu mereka, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak sedang menghadapi berpuluh-puluh tuduhan jenayah di mahkamah.
Tambahan pula isteri beliau yang begitu berkuasa dan ditakuti, (Datin Paduka Seri Puti Reno) Rosmah Mansor turut menjadi OKT (orang kena tuduh).
Kalau Najib dan Rosmah pun berkemungkinan menjadi banduan apalah sangat mereka.
Ada antara mereka yang telah pun dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menunggu masa untuk bertemu hakim.
Tidak syak lagi banyak antara mereka akan mengikuti jejak Najib, Rosmah, bekas Pengerusi Tabung Haji, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim dan “penari demam malam Sabtu” (Saturday Night Fever), (Tan Sri) Irwan Serigar Abdullah, ke mahkamah.
Hatta makhluk suci bernama Jho Low yang dikatakan bersih 1MDB oleh SPRM, Peguam Negara dan PDRM zaman Najib itu pun sudah didakwa dengan jenayah 1MDB di Amerika Syarikat.
Turut didakwa dan sudah mengaku bersalah di Amerika adalah bekas eksekutif kanan Goldman Sachs, Tim Leissner. Dia ini digambarkan sebagai sangat akrab dengan Najib dan Rosmah. Seorang lagi eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng, ditahan di Malaysia.
Dengan perkembangan terbaru itu, konco-konco Najib dan Rosmah yang lain pun tidak selamat lagi. Misalnya SPRM telah mengeluarkan notis orang dikehendaki terhadap warganegara British dan pemastautin tetap Malaysia bernama Paul Stadlen.
Paul Stadlan: Perunding komunikasi NajibDia ini adalah seorang perunding media Najib yang digambarkan sebagai sangat berpengaruh dan digeruni oleh pengarang media arus perdana tempatan zaman Najib. Seorang lagi adalah ahli perniagaan bernama Habibul Rahman.
Kalau Stadlen pun dikehendaki maka lojiklah konco-konco dan tali barut Najib yang lain akan dipanggil “berbual” oleh SPRM dan agensi-agensi penguat kuasa lain.
Tali Barut
Setelah sekian lama menjadi tali barut Najib dan memakan duit haram daripada pelbagai sumber, khususnya 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, mereka tentulah menjangka yang pada bila-bila masa saja serkap akan menyerkup mereka.
Dalam suasana minda yang kacau dan penuh ketakutan itu mereka tentulah tidak dapat menghayati dan mengakui bahawa belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan tersebut adalah untuk menyelamatkan negara dan rakyat jelata daripada bom jangka yang ditinggalkan oleh pemerintahan kleptokrasi Najib.
Banyak duit negara yang dicuri. Hutang kerajaan melambung melepasi RM1 trilion. Jumlah sebenar adalah RM1,065,000,000,000 atau RM33,281.25 bagi setiap penduduk Malaysia. Kerja Najib adalah gali lubang timbus lubang kerana baginya duit adalah raja.
Belanjawan sulung kerajaan PH ini bolehlah ibaratkan sebagai merawat orang sakit.
Mula-mula sekali pesakit tidak mengaku dia sakit. Sehingga beberapa bulan lalu, dia bukan saja tidak mengaku dia sakit malah dia bagi tahu satu dunia yang dia cukup sihat.
Leissner (kiri sekali) dengan isterinya, Kimora Lee, bersama NajibTetapi banyak orang tahu dia bukan saja tidak sihat malah mengalami banyak penyakit kronik, penyakit aneh dan sakit jiwa.
Apabila pesakit pengsan, dikejarkan ke hospital dengan ambulans dan diperiksa barulah diketahui bahawa dia sudah pun dalam kategori tenat yang memerlukan penjagaan sepanjang masa di unit rawatan rapi oleh doktor-doktor pakar.
Apa tidaknya. Kencing manis ada. Sakit jantung ada. Darah tinggi ada. Kolesterol tinggi. Paru-paru rosak sebab banyak merokok. Badan obes kerana makan tak pantang dan langsung tak peduli senaman.
Sekarang kerajaan PH sudah tahu penyakit kronik yang dideritai negara dan mulai dengan Belanjawan 2019 melakukan rawatan rapi.
Kaki yang sudah kelemayuh (gangrene) sama ada dibersihkan atau dipotong. Pesakit akan cacat seumur hidup tetapi nyawanya selamat.
Jantung dibedah dan saluran yang tersumbat diganti dengan urat dari kaki. Kalau tidak teruk sangat, digali saja untuk buang lemak yang menyumbat saluran darah.
Kesimpulannya kita tidaklah boleh mengharapkan ketua-ketua Umno/BN yang sedang menderita tekanan jiwa berfikir dengan waras dan wajar. Yang mereka nampak bukanlah kebajikan rakyat jelata tetapi pintu penjara.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kadirjasin.blogspot.com/2018/11/fikiran-terlalu-kacau-untuk-hayati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan Rakyat Sengsarakan Petani Peneroka Nelayan Dan Orang Kampong Tak Di Sebut

Belanjawan Rakyat Sengsarakan Petani Peneroka Nelayan Dan Orang Kampong Tak Di Sebut

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 607 hits
Bajet Kerajaan Pakatan 2019Buat pertama kalinya Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019 Buat kali pertama juga Guan Eng dalam pembentangannya menyebut HUTANG DAN LIABILITY NEGARA adalah sebanyak RM 1 trillion ...
4 Golongan Yang Tak Kesah Belanjawan

4 Golongan Yang Tak Kesah Belanjawan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 313 hits
DATO NAJIB YANG RIUH DAN RENDAH KATA 4 GOLONGAN SEOLAH TAK TERBELA DALAM BELANJAWAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SEBENARNYA 4 GOLONGAN INI TAK KESAHPUN KEBANYAKAN MEREKA SUDAH HIDUP SELESA TAKKAN NAJIB TAK TAHU MEREKA NAK BERAS TANAMLAH BERAS N...
Kenapa Baru Nak Usul Selepas Belanjawan Dibentang

Kenapa Baru Nak Usul Selepas Belanjawan Dibentang

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 407 hits
Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara aspek yang akan diperhalusi di kalangan pemimpin HARAPAN ialah percanggahan di antara janji dirangka dalam manifesto serta dasar terkini kerajaan mengenai PTPTN Ka...
Kerajaan Peruntukkan Rm314 5 Bilion Untuk Belanjawan 2019

Kerajaan Peruntukkan Rm314 5 Bilion Untuk Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Belanjawan 2019 belanjawan pertama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan akan memperuntukkan sejumlah RM314 5 bilion dalam perbelanjaan berbanding peruntukan kira kira RM290 4 bilion pada 2018 Ketika membentangkan Belanjawan 201...
Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1162 hits
Rumusan Belanjawan 2019Belanjawan 2019Berikut merupakan intipati utama Belanjawan negara bagi tahun 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat semalam Lim Guan Eng1 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Sekolah Keban...
Belanjawan 2019 Abai Pantai Timur Pas

Belanjawan 2019 Abai Pantai Timur Pas

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 677 hits
KUALA LUMPUR Pas kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2019 yang seolah olah mengabaikan Pantai Timur Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata belanjawan tersebut langsung tidak menyentuh aspek pembangunan wilayah khususnya...
Apa Istimewa Belanjawan 2019

Apa Istimewa Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 381 hits
Apa Istimewa Belanjawan 2019Asalamualaikum salam Sejahtera Semua BERIKUT ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng Untuk infor full story Tentang Belanjawan Negara 2019 sila KLIK Selamat mentelaah ...
Bentang Belanjawan Ke Mana Hilangnya Abdul Hadi Soal Mp Dap

Bentang Belanjawan Ke Mana Hilangnya Abdul Hadi Soal Mp Dap

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 398 hits
MALAYSIADATELINE Ketidakhadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat dipersoal oleh Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng Lip Eng berkata buat pertama kali dalam sejarah negara belanjawan tahun...
Bank Dunia Puji Belanjawan 2019

Bank Dunia Puji Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 535 hits
Bank Dunia puji Belanjawan 2019Posted By on November 03 2018Bank Dunia menyambut baik keterangkuman Belanjawan 2019 yang disusun selaras dengan hala tuju dasar kerajaan baharu Pengurus Negara Bank Dunia Malaysia Dr Firas Raad berkata belanj...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian