Fesyen Che Ta Macam Fesyen Masuk Tanah Netizen
Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
Penampilan pelakon terkenal, Rozita Che Wan semasa menghadiri Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021 semalam, telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi entri Instagram, Rozita yang lebih disapa Che Ta itu tampil menggayakan busana serba hitam daripada pereka fesyen Ezuwan Ismail, menerima pelbagai reaksi warganet.
Pemerhatian Utusan Malaysia, pelakon yang kini bergelar usahawan itu tampil dengan menutup mukanya dengan kain berjaring bertatahkan batu berlian berbeza dengan penampilannya sebelum ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilannya selain ada yang mengimbas imej selebriti Hollywood, Kim Kardashian ketika menghadiri sebuah majlis fesyen tersohor, Met Gala 2021, baru-baru ini.
“Wah uniknya, kita tidak faham sangat tentang fesyen. Tetapi, baju itu lawa,” tulis seorang warganet.
“Teringat Kim Kardashian yang semua serba hitam itu,” komen lagi seorang warganet.
“Meletop! Next level fashion,” puji seorang warganet.
Bagaimanapun, persalinan Che Ta itu juga menerima kecaman segelintir warganet selain ada juga yang berseloroh dengan penampilan berbezanya berkenaan.
“Semakin mengarut dah fesyen akhir zaman,” komen seorang netizen.
“Ini barulah betul-betul islamik, menutup aurat sepenuhnya,” seloroh seorang netizen.
“Wow, fesyen masuk tanah ke ini? Cuma letak bunjut sahaja,” seloroh lagi seorang netizen.
Difahamkan, gaun moden serba mewah rekaan pereka fesyen itu dianggarkan berharga RM 50,000. Utusan
Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
Baca Artikel Menarik :
Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi
Zuraida kunci mulut mengenai Parti Bangsa Malaysia
Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
Sah, Tauke Jambu kahwin lain
Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?
Anwar berang dengan rakan sekutu, “jangan angkuh beri pandangan”
Setahun di balik tirai besi, lelaki sebak disambut rakan saat bebas
Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban
Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku
Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang
Biawak ‘tunjuk’ mayat wanita
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh
Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100
The post Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/25/fesyen-che-ta-macam-fesyen-masuk-tanah-netizen/