Festival Of Speed Gegar Sepang International Circuit 3 Disember 2022


FESTIVAL OF SPEED GEGAR SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT 3 DISEMBER 2022 | Assalammualaikum semua! Acara yang dinantikan ramai peminat sukan permotoran bakal diadakan pada 3 Disember 2022, Sabtu bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada 10 malam. 
Pelbagai sorotan aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur. Malah penyertaan dari kelab permotoran dan jenama unggul kenderaan Supercar juga bakal menarik perhatian pengunjung. Pada musim cuti sekolah ini boleh lah bawa anak-anak ke Festival of Speed. Mereka boleh lihat sendiri kenderaan Supercar dan motosikal berkuasa tinggi dengan lebih dekat. 
FESTIVAL OF SPEED GEGAR SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT 3 DISEMBER 2022

Festival of Speed buat julung kali diadakan bagi menyemarakkan aktiviti pelancongan sukan permotoran di Malaysia. Festival of Speed yang bakal diadakan di Sepang International Circuit pada 3 Disember 2022 ini bakal menjadi tarikan pelancongan baharu buat negara. 

Acara yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development (MiITDA) dengan sokongan MOTAC, Tourism Malaysia dan Sepang International Circuit (SIC) itu merupakan festival dan platform untuk pencinta permotoran merasai semua aktiviti berkaitan kenderaan permotoran dari pelbagai jenama

Dari kiri Wakil Utama Motors, YBrs Tuan Hishamuddin Sani; Naib President Ducati Official Club Malaysia, YBhg. Dato' Marof Khan Bin Mohamed Idris; Pengarah Urusan Utama Motors, YBhg. Datin Suzanna; Pengarah Urusan Utama Motors; YBhg Dato’ Noorzaleha; Presiden Malaysia International Tourism Development Association (MITDA), YBhg. Dato’ Hjh Emmy Suraya Hussein; Bendahari MiTDA, YBrs Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif MiTDA, Cik Irene Deanna Dato' Maroof Khan dari Utama Motors, YBhg. Prof Datuk Azlie Halim; Timbalan Presiden MiTDA, YBrs Tuan Hasbul Hakim; Pengerusi Penganjur Festival of Speed Merangkap Exco MiTDA dan Wakil Utama Motors.


Menurut Dato' Noorzaleha Baharudin, Presiden MiTDA, festival tersebut bakal mempertaruhkan keunikan yang tersendiri dengan sasaran 10 RIBU orang pengunjung. 

“Ini adalah kali pertama di Malaysia kita akan menjayakan Festival of Speed yang menampilkan Motosikal Berkuasa Tinggi dan Supercar yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya. 
Selain pertunjukan kereta supercar, kenderaan esoktik dan motosikal, pengunjung juga boleh membeli terus kenderaan yang mereka minati di festival ini daripada pengedar-pengedar kenderaan yang menyertai acara ini pada harga yang cukup istimewa, “ kata Dato' Noorzaleha. 

Selain itu acara pemanduan di litar lumba Sepang juga akan turut diadakan dengan kerJasama Sepang International Circuit. Menerusi Sesi pandu uji di litar lumba pengunjung boleh menghayati pengalaman menarik sama ada menggunakan kenderaan sendiri mahupun kenderaan yang disediakan. 
Selain itu terdapat juga beberapa acara sampingan seperti e-Sport car game, Bungee Jump dan banyak lagi permainan lain. Untuk menjamu selera terdapat juga disediakan lebih 50 food truck dan gerai jualan menerusi Festival of Food yang turut diadakan di tapak acara. 

Dari kiri Mr Laurence Chooi; Pengasas Bersama ICOMM Creative Sdn Bhd, YBrs Tuan Hishamuddin Sani; Naib President Ducati Official Club Malaysia, YBrs Tuan Hasbul Hakim; Pengerusi Penganjur Festival of Speed Merangkap Exco MiTDA, YBhg Dato’ Noorzaleha; Presiden Malaysia International Tourism Development Association (MITDA), YBhg. Datin Suzanna; Pengarah Urusan Utama Motors; Cik Irene Deanna Dato' Maroof Khan; Utama Motors dan YBrs Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif MiTDA semasa sesi sidang media.

Acara hiburan dan persembahan artis popular tempatan juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi festival ini

Menurut Mr Laurence Chooi; Pengasas Bersama ICOMM Creative Sdn Bhd. Di antara selebriti yang akan memeriahkan konsert Festivel of Speed adalah De Fam & Friends. Siapakah rakan-rakan De Fam? Nantikan pengumuman selanjutnya. 
Semasa sesi sidang media turut diajukan tentang kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia tentang trafik di Sepang International Circuit. Kebimbangan pengunjung tentang kenderaan akan di saman dan risiko kenderaan di tunda seperti yang berlaku di MAHA MAEPS Serdang baru-baru ini. Pihak penganjur akan berbincang dengan IPD Sepang berhubung perkara ini. 
Selain itu, kaunter semakan dan pembayaran saman turut dibuka oleh JPJ dan PDRM. Kaunter ini dibuka untuk memudahkan pengunjung menyelesaikan bayaran saman mereka. Ada diskaun ke nanti? Tunggu...


ACARA-CARA DI FESTIVAL OF SPEED

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Festival of Speed yang bersesuaian untuk semua peringkat umur. Sama ada anda senior, dewasa, remaja atau kanak-kanak. Pasti ada sesuatu untuk anda enjoy. Datang beramai-ramai seisi keluarga dan dapatkan tiket anda sekarang. 


HARGA TIKET FESTIVAL OF SPEED 


FESTIVAL OF SPEED Tarikh : 3 Disembee 2022Masa: 9:00AM - 10PMLokasi: Sepang International Circuit
Tiket mula dijual dari sekarang sehingga 27 Nov 2022, 12:00 AM. Dapatkan sekarang! 
HARGA TIKET INDIVIDUKanak-Kanak (Harga Early Bird) : RM 5Kanak-Kanak (Harga Asal) : RM 7
Dewasa (Harga Early Bird) : RM 30Dewasa (Harga Asal) : RM 32Free 1 Merchandise Festival of Speed

VIP PACKAGE / PADDOCK CLUB
VIP LOUNGE PACKAGE (PLATINUM)Early Bird: RM 1000,00Harga Asal: RM 1060,00
VIP LOUNGE PACKAGE (GOLD)Early Bird: RM 1500,00Harga Asal: RM 1590,00
FOOD TRUCK VENDORS FULL DAY (9AM - 10PM)Early Bird: RM 800Harga Asal: RM 848
BRAND MERCHANDISE VENDOR (Khemah disediakan dan Logo anda akan tertera sebagai rakan strategik rasmi)
Early Bird: RM 2000,00Harga Asal: RM 2650,00
AUTO SHOW COMPETITIONYuran Penyertaan: RM 318
Best Saloon CarBest Performance CarBest Custom CarBest Colour Car

Dapatkan tiket Festival of Speed sekarang di https://www.ticket2u.com.my/event/28356/festival-of-speed-sepang-international-circuit
MENGENAI MITDA
Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA) telah diperbadankan pada 24 Mei 2021 dengan tujuan tunggal menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan yang paling digemari di dunia

Ahli jawatankuasa Majlis Eksekutif persatuan ini terdiri daripada profesional dari pelbagai sektor pelancongan dengan lebih daripada 100 tahun pengalaman. Gabungan ini berdedikasi untuk membangun dan mengekalkan piawaian profesional untuk manfaat ahli dan industri. 
Tanggungjawab yang digariskan antara lain adalah dalam mempromosikan pelancongan dan merangka inisiatif dan kempen pembangunan pelancong dengan matlamat membangunkan industri pelancongan negara kita Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/09/festival-of-speed-gegar-sepang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Pengarah Project Wolf Hunting Menyerlah Di Toronto International Film Festival 2022

Pelakon Pengarah Project Wolf Hunting Menyerlah Di Toronto International Film Festival 2022

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 176 hits
Project Wolf Hunting berjaya tamatkan tayangan perdana dunia mereka ARTIKEL BERKAITAN Para pelakon dan juga pengarah bagi filem Project Wolf Hunting baru sahaja menamatkan tayangan perdana dunia mereka dengan jayanya di Toronto Internationa...
Serunya Berakhir Pekan Di Kota Tua Saat Festival Inijakarta 2022

Serunya Berakhir Pekan Di Kota Tua Saat Festival Inijakarta 2022

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 173 hits
Serunya Berakhir Pekan di Kota Tua Saat Festival IniJakarta 2022 Pemerintah Provinsi DKI Jakarta kembali menggelar Festival IniJakarta 2022 di Kota Tua Jakarta Festival diikuti 50 kolaborator dari komunitas pegiat seni hingga UMKM berlangsu...
Speed Read October 2 2022

Speed Read October 2 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 282 hits
deBolex Engineering s latest work sees the Royal Enfield Interceptor turned into a stylish alpine rally support vehicle We also look at a hopped up Honda Grom a blown Ducati Monster S4 a Fantic Caballero Rally 500 scrambler and a chance to ...
Sarjana Pendidikan Upsi Mod Cuti Sekolah Ambilan Khas Disember 2022

Sarjana Pendidikan Upsi Mod Cuti Sekolah Ambilan Khas Disember 2022

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 170 hits
Universiti Pendidikan Sultan Idris mempelawa guru guru atau pemegang Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti Sarjana Pendidikan ambilan khas Disember 2022 Program ini merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun s
Hujan Dan Banjir Bukan Setiap Hari November Disember 2022

Hujan Dan Banjir Bukan Setiap Hari November Disember 2022

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 264 hits
Jika berlaku banjir semasa proses berkempen tarikh pilihanraya baru boleh ditangguh ditunda dan di anjak pada Tarikh baru yang lebih sesuai seluruh negara seluruh Negeri atau sesuatu tempat Tiada mustahil bagi orang politik banjir pun merek...
Metanesia Suguhkan Pengalaman Metaverse Di Fruit Tea World Festival 2022

Metanesia Suguhkan Pengalaman Metaverse Di Fruit Tea World Festival 2022

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 183 hits
MetaNesia dunia metaverse dari PT Telekomunikasi Indonesia Tbk menyuguhkan pengalaman baru bagi pengunjung Fruit Tea World Festival 2022 baru baru ini
Akhir Pekan Di Jogjarockarta Festival 2022 Dengan Panggung Rock Banyak Aksi

Akhir Pekan Di Jogjarockarta Festival 2022 Dengan Panggung Rock Banyak Aksi

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 202 hits
Sederet aksi panggung spektakuler dari setiap musisi sukses guncang Tebing Breksi
Banyuwangi Kembangkan Batik Dari Hulu Ke Hilir Lewat Batik Festival 2022

Banyuwangi Kembangkan Batik Dari Hulu Ke Hilir Lewat Batik Festival 2022

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 112 hits
Fashion show yang mengambil tema Semebyare Sisik Blambangan itu menjadi ajang kreasi perancang mode nasional berkolaborasi dengan fashion designer dan pengrajin batik lokal Banyuwangi Menghasilkan karya yang bercitarasa kekinian dan elegan
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids