Feren Os Distro Varian Kde Plasma Terbaik



Linux mempunyai masalah yang sama dengan derivatifnya, Android, iaitu fragmentation yang diakibatkan dari banyaknya distro di luar sana dengan pembangunan berbeza-beza.
Lalu Linux terpecah menjadi pelbagai varian, yang boleh dikatakan sebagai satu rahmat dan sumpahan serentak kepada sistem operasi ini.
Kita boleh bicarakan ia sehari suntuk dan ia tidak akan habis dengan sempurna. Tetapi dari pemecahan atau fragmentasi ini, kita memperoleh berbagai jenis distro yang menarik untuk digunakan bagi tujuan kerja seharian.
Salah satunya ialah Feren OS.
Kita sebut terus perkara negatif mengenainya yang saya tidak suka iaitu laman rasmi distro ini dihoskan di Weebly. Tampak tidak begitu profesional dan meyakinkan.
Pun begitu, letakkan perkara negatif itu ke samping kita, Feren OS setelah dipasang kelihatan matang dan agak menyeronokkan untuk diguna. Berikut adalah paparan bagaimana rupanya setelah ia dipasang.

Feren OS kini tidak lagi berasaskan Linux Mint, sebaliknya ia berasaskan Ubuntu, dan menurut pembangunnya ia adalah Ubuntu ‘stripped down version’. Bererti pembangunnya telah mencorak dan mengubah Ubuntu sehingga tiada lagi identiti yang tinggal.
Perkara yang menarik pada saya, ia sudah beralih kepada KDE Plasma dari Cinnamon yang digunakan pada suatu masa dahulu. KDE Plasma sudah melalui evolusi yang banyak, dan boleh dikatakan ia sangat ringan kepada sistem dan tidak banyak menggunakan sumber memori peranti.
Sistem operasi Feren OS tidak menggunakan menu tradisional KDE Plasma, sebaliknya ia telah menyediakan Simple Menu yang pada saya, lebih cantik, dan lebih mesra pengguna kerana ia tampak tidak ubah seperti Slingshot Menu pada elementary OS.

Apa yang agak mengejutkan saya ialah sistem operasi ini tidak menggunakan pelayar Firefox seperti kebiasaan yang kita dapat lihat pada distro-distro Linux yang lain.
Ia menyediakan pelayar Vivaldi, yang bukan bersumber terbuka, Pelayar tersebut berasaskan Chromium (yang bersumber terbuka) tetapi ia diubah (forked) dan kodnya tidak terdapat pada orang luar untuk dilihat atau dinilai.
Pun begitu, saya adalah peminat Vivaldi, dan langkah ini adalah amat dialu-alukan.

Walaupun begitu, jika anda tidak sukakan Vivaldi, anda boleh memasang pelayar web yang lain dengan begitu mudah sekali hanya dengan menggunakan Web Browser Manager yang sememangnya menjadi ‘trademark’ Feren OS sejak dulu.
Hanya perlu klik butang install pada mana-mana nama pelayar yang anda mahu dan tunggu sehingga prosesnya selesai. Tidak perlu tercari-cari lagi. Inilah dia yang diperlukan oleh para pengguna baru Linux, iaitu sesuatu yang memudah dan melancarkan pembelajaran mereka.

Selain itu, apa yang saya suka ialah betapa mudahnya untuk pengguna mengubah apa yang mereka inginkan pada persekitaran meja ini dengan semudah ABC. Contohnya tema, jika hendak menjadikan ia berubah kepada tema gelap hanya perlu cari aplikasi Global Theme, dan ubahlah ia kepada Feren OS Dark.

Oh, percayalah, segalanya jadi lebih cantik setelah ia gelap.



Kesemua yang saya catatkan di atas hanyalah permukaan sahaja kepada Feren OS. Masih banyak lagi yang tak mampu saya tulis dalam satu artikel. Maka langkah yang lebih sesuai buat anda ialah, cuba sendiri dan rasai apa yang berbeza dengan sistem operasi berlogo burung yang tidak diketahui spesisnya itu.
Muat turun fail ISO di laman rasmi, di sini: Feren OS.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/feren-os-distro-varian-kde-plasma-terbaik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Produk Kunyit Hitam Terbaik Di Malaysia

Produk Kunyit Hitam Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 535 hits
Sudah 4 bulan aku mengamalkan pengambilan kapsul kunyit hitam Sebiji
Ini Cara Terbaik Mencegah Tumbuhnya Uban Di Usia Dini

Ini Cara Terbaik Mencegah Tumbuhnya Uban Di Usia Dini

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 220 hits
Tumbuh uban disaat usia masih muda bisa menjadi masalah tersendiri bagi sebagian orang rasa percaya diri akan berkurang Itulah kenapa berbagai upaya dilakukan untuk menutupi masalah ini mulai dari mewarnai rambut menggunakan wik dan lain se...
Bio Life Fish Oil Dan Coq10 Supplement Terbaik Untuk Gaya Hidup Aktif

Bio Life Fish Oil Dan Coq10 Supplement Terbaik Untuk Gaya Hidup Aktif

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 634 hits
Bio Life Fish Oil Dan CoQ Supplement Terbaik Untuk Gaya Hidup Aktif Hi korang Sibuk ke di awal tahun ni Biasalah tu adat di awal tahun uruskan anak anak yang baru masuk sekolah masuk tadika dan lain lain urusan Bertabahlah dan kekalkan gaya...
Uniqlo Tempat Beli Baju Winter Terbaik Di Kuala Lumpur

Uniqlo Tempat Beli Baju Winter Terbaik Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 396 hits
Sejak dari bulan November 2019 sudah ramai yang tidak sabar untuk menunggu musim sejuk khususnya pelancong dari Malaysia yang sukakan percutian Winter Untuk mereka yang mencari dan bertanya kat mana nak beli baju sejuk yang bagus ini satu p...
Lakukan Cara Ini Untuk Mempercantik Rumah Dengan Furniture Jakarta Terbaik

Lakukan Cara Ini Untuk Mempercantik Rumah Dengan Furniture Jakarta Terbaik

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 261 hits
Seseorang yang memiliki selera tinggi pada jenis furniture terutama untuk furniture rumah tentunya akan memilih furniture yang terbaik dengan memperhatikan Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
20 Acara Program Terbaik Sepanjang Tahun Melawat Johor 2020 Visit Johor 2020

20 Acara Program Terbaik Sepanjang Tahun Melawat Johor 2020 Visit Johor 2020

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 983 hits
20 Acara Program Terbaik Sepanjang Tahun Melawat Johor 2020 Visit Johor 2020 Assalamu alaikum Ummi kongsikan 20 Acara atau Program Terbaik sepanjang Tahun Melawat Johor 2020
Penggunaan Hello Lubricant Oil Langkah Terbaik Untuk Melindungi Enjin Kenderaan Anda

Penggunaan Hello Lubricant Oil Langkah Terbaik Untuk Melindungi Enjin Kenderaan Anda

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 754 hits
Kalau nak bercerita pasal kereta kereta ni memanglah Seri Wangi blur sikit bukan sikit banyak beb haaaa Janganlah cite pasal kereta rosak pasal minyak apa nak guna nombor kereta sendiri tak hafal haaaa terukkan Seri Wangi tau satu jer bukak...
5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kesuburan Lelaki

5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kesuburan Lelaki

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 299 hits
5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kesuburan Lelaki5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kesuburan Lelaki Makanan ialah faktor utama yang menjadi penentu tahap kesihatan sama ada semakin sihat atau tidak Umi nak kongsikan 5 jenis mak...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord