Fenomena Yang Bakal Ibu Ibu Lalui
Fenomena yang bakal ibu-ibu lalui.
Seronok...walau agak penat
👍👌🏼💪🏽
😍Hargai pengorbanan mereka
⏰ kunci jam pukul 3
😵Tersedar pukul 2
😒Termenung sekejap. 😏Nak sambung tidur takut terlajak.
😞Ralit sekejap melayan mata..
😵Aduhai.. mengantuknya!
😴Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'
⏰Jam bunyi kul 3
😑mata melekat macam kena gam
😴Tutup jam, dan tutup mata semula
😱Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar!
😰Teringat nasi belum masak.
😫ting tong ting tong..kat dapur, alhamdulillah.
😅Pukul 5, siap terhidang semuanya.
😍Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur.
😟memacam ragam memasing bila dipaksa bangun.
😣Aneh gak...Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan memacam kerenah.Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja...sabo je le
🤗Begitulah saban hari perjalanan Ramadhan ,rutin seorang isteri dan ibu.
💁🏻Orang lain lena tidur. 😵Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur.
😴Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.
😘Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga.
🙅🏻Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.
🤗Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? 🙋🏼ramadhan masuk da ni...mari tanya diri
🤷🏻♀sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?
😘Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang.
😍Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur.
😍Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.
🤗Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.
*Selamat berdepan dengan detik-detik Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan. 😇*
Buat ibu-ibu dlm grup ini..
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
#whatsappgroup
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2019/05/fenomena-yang-bakal-ibu-ibu-lalui.html