Felda Apa Sudah Jadi Sekarang




oleh Johardy Ibrahim
SEJAK pembentangan Kertas Putih mengenai Felda pada Mei lalu, tidak banyak yang diketahui apa yang dilakukan terutama bagi menjamin kebajikan 112,635 peneroka di seluruh negara.
Sebagaimana semua maklum, Felda mencatat kerugian terkumpul berjumlah RM4.8 bilion bermula 2013 hingga 2017, manakala liabiliti yang hanya RM1.2 bilion pada 2007, mening­kat kepada RM14.4 bi­lion pada 2017.
Jumlah hutang antara pe­neroka dengan Felda pula ialah RM5.5 bilion, dengan RM2 bi­lion belum dimuktamadkan lagi. Hutang itu terbentuk akibat pinjaman yang diambil oleh peneroka daripada Felda, bagi tujuan penanaman semula sawit, perumahan dan sebagainya.
Aliran tunai Felda yang teruk, memberi impak besar terhadap para peneroka kerana agensi itu tidak lagi berupaya memberi bayaran sara hidup atau hasil semasa proses penanaman semula dalam tempoh yang sepatutnya.
Lebih memeritkan, wang pendahuluan yang dikeluarkan sebagai pinjaman kepada pene­roka, telah dikurangkan kepada RM1,000 daripada RM1,500 sejak Februari lalu namun keputusan itu ditarik balik setelah dibantah para peneroka.
Kertas Putih yang dibentang oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Azmin Ali turut mengenengahkan isu-isu yang menyebabkan permasalahan Felda masih berterusan dan sukar dikawal, termasuk aduan pe­neroka me­ngenai kelemahan pengurusan estet oleh Felda Technoplant Sdn. Bhd. (FTP).
Secara umumnya, pemerhati industri ya­kin saranan agar FTP digabungkan dengan Jabatan Perladangan dan Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula Felda sebagai langkah terbaik bagi mengurangkan kos pentadbiran.
Fung­si asal FTP adalah me­ngu­ruskan estet merangkumi kerja-kerja tanam semula pengeluaran hasil sawit, kemudian dijual kepada syarikat kilang-kilang sawit milik FGV Holdings Berhad.
Malangnya, Felda tidak dapat membuat bayaran sepenuhnya kepada FTP disebabkan aliran tunai yang kritikal. Kesannya, FTP seterusnya turut mengalami masalah aliran tunai dan lambat membayar kepada pembekal dan syarikat pengangkutan yang menguruskan buah tuaian pe­neroka FTP. Hampir ke­seluruhan pembekal dan syarikat pengangkutan terdiri daripada kalangan generasi kedua Felda.
Tentunya di­sebabkan hasil buah tandan segar (BTS) yang rendah oleh FTP mengakibatkan peneroka ‘terhutang’. Ini menyebabkan hutang peneroka meningkat dari semasa ke semasa. Mengikut perjanjian, tahun ketiga iaitu pokok sawit mula berhasil, mereka akan mula meraih pendapatan lebihan, setelah ditolak semua kos. Namun yang berlaku disebaliknya, hutang peneroka terus bertambah kerana tiada pendapatan lebihan ini.
Dalam konteks FGV yang sepatutnya membayar Felda seba­nyak RM248 juta beserta 15 peratus keuntungan dan dividen yang keseluruhan dianggarkan RM500 juta. FGV gagal dalam menguruskan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan baik, menyebabkannya FGV gagal membayar Felda lebih daripada apa yang tertera di dalam kontrak sebanyak RM248 juta.
Inilah persoalannya sekarang, apa status pelan penggabungan FTP itu? Apakah sudah dibersihkan pengurusan Felda daripada ele­men ketidakcekapan yang tiada pengetahuan dan kepakaran me­ngenai perladangan kelapa sawit?
Dengan keadaan situasi yang melanda Felda juga FGV, moral dan semangat pekerja telah menjunam kerana banyak kemudahan dan fasiliti te­lah ditarik atau dihentikan serta kurang keyakinan dan kepercayaan dengan pihak pengurusan dalam menangani masalah yang dihadapi.
Masalah Felda sesuatu yang indikatif ke arah profesiona­lisme semasa. Kita mengharapkan diam-diam ubi membawa kepada penyelesaian jangka panjang yang mampan. Namun, setakat ini kita tidak melihat atau mendengar apa-apa menjurus kepada transformasi yang boleh memberi harapan baru kepada seluruh komuniti Felda.
Utusan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/20/felda-apa-sudah-jadi-sekarang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Nak Jimat Kawin Zaman Sekarang Confirm Save Bajet Ustaz Kazim Elias Lawak

Tips Nak Jimat Kawin Zaman Sekarang Confirm Save Bajet Ustaz Kazim Elias Lawak

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 680 hits
Tips Nak Jimat Kawin Zaman Sekarang CONFIRM SAVE BAJET Ustaz Kazim Elias Lawak Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Lokasi Selera Wajib Datang Nak Rasa Makanan Korea Mai Penang Uptown Sekarang

Lokasi Selera Wajib Datang Nak Rasa Makanan Korea Mai Penang Uptown Sekarang

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 1008 hits
HOTSTUFF beroperasi di Penang Uptown 6 00pm 1 00am Berkonsepkan Korean Street Food pelbagai hidangan istimewa untuk anda Korean Crispy Chicken Cube Lunch Box Homemade Kimchi dan sos yang dijamin halal Harga amat berpatutan dengan kualiti ay...
Nenas Md2 Bakal Ikut Jejak Musang King Tanamlah Dari Sekarang

Nenas Md2 Bakal Ikut Jejak Musang King Tanamlah Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 468 hits
Kopisanangan Saya terbaca berita Sinar harian online beberapa hari lepas mengatakan Nenas bakal ikut jejak Musang King yang akan dieksport ke luar negara seperti China US dan negara maju lain Korang boleh baca artikel penuh dengan mengklik ...
Sempat Alami Pendarahan Ini Yang Dilakukan Irish Bella Sekarang

Sempat Alami Pendarahan Ini Yang Dilakukan Irish Bella Sekarang

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 238 hits
Beberapa waktu lalu Irish Bella sempat mengalami pendarahan dan kontraksi Kondisi tersebut tentu membuat pihak keluarga panik Namun bersyukur karena kondisi kehamilan Irish baik baik saja
Wanita Sekarang Sanggup Buat Pembedahan Plastik Buang Imej Resting Bitch Face

Wanita Sekarang Sanggup Buat Pembedahan Plastik Buang Imej Resting Bitch Face

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 384 hits
Resting Bitch Face atau RBF adalah ekspresi wajah yang tidak sengaja muncul seolah olah marah jengkel atau seakan akan menghina terutama ketika individu itu sedang bersantai berehat mendengar rakan bercerita atau langsung tidak berbuat apa ...
Sekarang Dalam Proses Bercinta Memang Bahagia Sangat

Sekarang Dalam Proses Bercinta Memang Bahagia Sangat

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 396 hits
Nadzmi Adhwa mengakui tidak terucap dengan kata kata dan tidak tergambar bagaimana bersyukurnya apabila Ardell Aryana datang meminangnya selepas beberapa hasrat untuk memperisterikan The post appeared first on
Kerajaan Campuran Bukan Fokus Utama Umno Pas Buat Masa Sekarang

Kerajaan Campuran Bukan Fokus Utama Umno Pas Buat Masa Sekarang

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 567 hits
Umno PAS yang menandatangani Piagam Muafakat Nasional Sabtu lalu belum membincangkan idea kemungkinan pembentukan kerajaan campuran di negeri negeri ditadbir kedua dua parti itu buat masa sekarang Kedua dua parti itu juga memutuskan berpend...
Sempat Viral Siswa Bawa Celurit Untuk Ambil Hp Yang Disita Guru Begini Nasib Pelaku Sekarang

Sempat Viral Siswa Bawa Celurit Untuk Ambil Hp Yang Disita Guru Begini Nasib Pelaku Sekarang

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 351 hits
Sempat viral bawa celurit untuk ambil hp yang disita begini nasib akhir pelaku Sebelumnya warga Yogyakarta dihebohkan dengan video berdurasi 30 detik yang menunjukkan sikap siswa menenteng senjata tajam untuk berhadapan dengan guru yang amb...
Lunch Di Madam Kwan S Johor Premium Outlet

Freak Storm Damages Eight Houses In Raub

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Tasik Cermin 2 Ipoh Hidden Gem Yang Tenang Dan Cantik

Luckin Coffee Kini Di Grabfood Dengan Perkenalan Siri Perisa Baharu Buah Peach

Student Group Accuses Um Of Threatening Pro Palestine Activists

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Bot Penambang Kuala Terengganu Warisan Yang Hidup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Khasiat Jambu Batu

Lagu Bella Ciao

Tupai Di Pokok Belakang Rumah

Sertifikasi Laik Hygiene Sanitasi Standar Wajib Untuk Dapur Makanan Bergizi Gratis

Pengecualian Visa Ke Myanmar

Resepi Telur Goreng Kicap Pedas