Felda Antara Ihsan Dan Tiada Perasaan


oleh Ab Jalil Backer
RIUH-RENDAH negara membincangkan Laporan Kertas Putih Felda (LKPF) seolah-olah Felda di ambang kemusnahan. Mana mungkin Felda yang mempunyai aset RM25 bilion berbanding liabiliti RM14.4 bilion akan musnah.
Sebenarnya LKPF memberi banyak gambaran positif kepada kerajaan Barisan Nasional dan pengurusan terdahulu berbanding apa yang cuba ditonjolkan oleh ucapan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.
Misalnya dalam halaman 24 LKPF, panel mengkritik tindakan Felda memberi subsidi yang tinggi kepada projek perumahan generasi kedua.
Menurut laporan tersebut, Felda perlu menanggung subsidi sejumlah RM897 juta untuk melaksanakan program PGBF. Kos pembinaan rumah PGBF sebanyak RM198,000 seunit adalah jauh lebih tinggi berbanding harga jualan yang bermula dari RM90,000 seunit.
LKPF menganggap tanggungan subsidi yang tinggi telah membebankan Felda, terutamanya dalam situasi aliran tunai yang kritikal pada masa ini. LKPF juga mengkritik tindakan pengurusan lama Felda yang membelanjakan RM4.6 bilion hasil penyenaraian FGV kepada kebajikan peneroka Felda.
Dalam penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 2012, Felda menerima RM6 bilion. Kerajaan menganggap sejumlah RM4.6 bilion telah dibelanjakan secara tidak produktif iaitu, Pemberian Khas Peneroka (RM1,690 juta), Bonus kepada Petugas (RM20 juta), Sumbangan one-of Negeri (RM550 juta), Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka (RM400 juta), Perbelanjaan Penyenaraian RM177 juta), Penebusan Saham FGV (RM406 juta), Perbelanjaan Modal (RM1,316 juta).
Oleh kerana LKPF bertujuan mencari salah kerajaan terdahulu, maka keseluruhan RM1.4 bilion (24.0 peratus) yang digunakan untuk pelaburan jangka panjang diklasifikasikan sebagai pelaburan baharu yang tidak menguntungkan.
LKPF mendedahkan bahawa aset Kumpulan Felda telah meningkat daripada RM12.1 bilion pada tahun 2007 kepada RM25 bilion pada tahun 2017. Tidak dinafikan bahawa liabiliti Felda turut meningkat RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017.
Jumlah peningkatan liabiliti ini seiring dengan peningkatan aset kerana Felda sedang mengembangkan strategi perniagaannya. Daripada RM14.4 bilion liabiliti tersebut, RM12.1 bilion adalah pinjaman. Dalam masa yang sama peneroka berhutang dengan Felda sebanyak RM7.7 bilion.
LKPF juga jelas ditulis mengambil pendekatan politik partisan. Misalnya, kekurangan tunai Felda bukanlah perkara baharu dan telah disedari oleh pengurusan sejak 2017 lagi. Malah pada Oktober 2017, Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Shahrir Samad telah pun mengarahkan penjualan beberapa aset perniagaan bukan cabang perniagaan utama bagi meningkatkan aliran tunai Felda.
Demikian juga dalam beberapa kes pembelian aset oleh anak syarikat Felda, Felda Invesment Center (FIC), yang ditimbulkan oleh LKPF. Ia bukan perkara baharu kerana telah dilapor, disiasat dan sebahagiannya telah dalam pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak beberapa tahun lalu.
LKPF mengabaikan input siasatan dan pendakwaan mengenai isu-isu Felda yang dilakukan sebelum Mei 2018. Seolah-olah semua ini hanya diambil tindakan selepas pertukaran kerajaan.
Pengarah Besar Felda, Othman Omar membuat dua laporan polis sehari sebelum LKPF dibentangkan. Ini menunjukkan bahawa hasrat sebenar laporan ini adalah untuk meriuhkan persengketaan politik.
Salah satu laporan polis tersebut ialah mengenai projek usaha sama pembangunan Kuala Lumpur Vertical Center (KLVC). Kontroversi projek ini bermula sejak awal Januari 2018 apabila Pengerusi Felda pada masa itu, Tan Sri Shahrir Samad membuat laporan polis.
Namun pada 16 September 2018, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa siasatan berhubung kemelut pemilikan tanah untuk projek KLVC telah ditutup.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, tiada sebarang kes pendakwaan akan dibuat ke atas Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade).
Justeru untuk apa laporan polis bagi isu yang sama? Keputusan siasatan polis dibuat ketika kerajaan Pakatan Harapan.
Malah pada 21 September 2018 Pengerusi Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, memberitahu The Edge bahawa Felda merancang untuk memulakan rundingan semula dalam projek KLVC.
“Federal Land Development Authority (Felda) plans to restart discussions with Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) master developer Synergy Promenade Sdn Bhd on the project to reach a win-win solution.”
Apa yang jelas dalam LKPF ini ialah kerajaan terdahulu bersifat ihsan peneroka dan kerajaan sekarang yang seolah-olah tiada perasaan.
Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis.
SINAR


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/15/felda-antara-ihsan-dan-tiada-perasaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Antara 6 Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa

Inilah Antara 6 Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 424 hits
Sungguh indah keajaiban doa Berbisik di lantai tika bersujud namun dapat didengari sampai ke langit Kita diberi kelebihan doa sebagai tempat meminta apa yang sering dihajati di dalam hati Dan sesungguhnya Allah saja apa yang tahu apa yang t...
Hiburan Mesra Bersama Bibit Percintaan Mula Berputik Antara Kamal Adli Dan Uqasha Senrose

Hiburan Mesra Bersama Bibit Percintaan Mula Berputik Antara Kamal Adli Dan Uqasha Senrose

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 801 hits
Mula bergandingan bersama dalam beberapa drama nampaknya Kamal Adli dan Uqasha Senrose semakin hari semakin rapat Kemesraan kedua dua selebriti ini sering menarik perhatian ramai memang serasi bersama Penampilan mereka ketika pertunjukan fe...
Maszlee Shamsul Iskandar Antara Empat Mp Tidak Hadir Undi Pinda Perlembagaan

Maszlee Shamsul Iskandar Antara Empat Mp Tidak Hadir Undi Pinda Perlembagaan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 280 hits
Datuk Liew Vui Keong berkata empat ahli parlimen itu antara 16 wakil rakyat tidak hadir dan lapan lagi yang berkecuali dalam undian Foto oleh Yusof Mat isaPUTRAJAYA 12 April Empat ahli parlimen Pakatan Harapan tidak hadir semasa undian memi...
Tempat Makan Best Di Kuala Kangsar Ini Antara Yang Terbaik Beb

Tempat Makan Best Di Kuala Kangsar Ini Antara Yang Terbaik Beb

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 1363 hits
Memikirkan tempat makan menarik di Kuala Kangsar sudah tentu Laksa Pak Ngah bermain di pemikiran anda bukan Namun begitu tahukah anda masih ada beberapa tempat makan kegemaran dan menjadi tumpuan ramai Salah satunya Milo Kepal Tok Abah yang...
Mb Johor Antara N5 Dan N7

Mb Johor Antara N5 Dan N7

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 445 hits
ISMA WEB Pedang sekadar buat telahan selepas merisik khabar KELMARIN Pedang tulis kisah pergolakan politik di Johor kisah calon calon MB Johor di kalangan wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia kisah angkat sumpah MB dan kisah siapa ca...
Siri Acer Aspire Menerima Kemaskini Baru Pilihan Antara Cpu Intel Ataupun Amd

Siri Acer Aspire Menerima Kemaskini Baru Pilihan Antara Cpu Intel Ataupun Amd

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 218 hits
Siri komputer riba Acer Aspire dikenali untuk binaan rekaan dan spesifikasi yang dibina khusus untuk tujuan kerja di dalam dan di luar pejabat dan di acara Acer Global Press Conference tahun ini ia nampaknya akan dikemaskini untuk menjadika...
Kurangkan Bunyi Bising Di Persekitaran Seperti Bunyi Tv Antara Cara Untuk Cepatkan Bayi Bercakap

Kurangkan Bunyi Bising Di Persekitaran Seperti Bunyi Tv Antara Cara Untuk Cepatkan Bayi Bercakap

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 346 hits
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk merangsang bayi anda bercakap Namun diingatkan supaya tidak memaksa anak anda bercakap kerana proses pembelajaran akan mengambil masa Didik bayi anda dengan kaedah santai sambil bermain main kerana ber...
Antara Sebab Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat

Antara Sebab Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 429 hits
The ReporterHari itu saya ada berjumpa dengan seorang bekas cikgu saya dekat sebuah shopping complex Walaupun lama saya tak jumpa dia tapi cikgu is still cikgu dia masih ingat nama saya siap mentioned full name Dah habis sembang saya pun ik...
Teluk Ha Long Antara 35 Tercantik Dunia

Teluk Ha Long Antara 35 Tercantik Dunia

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 254 hits
TELUK Ha Long Vietnam telah dinobat sebagai antara 35 keajaiban asli paling cantik di dunia dalam senarai akhbar Business Insider yang berpangkalan di Amerika Syarikat lapor Agensi Berita Vietnam Menurut laman sesawang agensi berita berpang...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran