Feiyutech Vlog Pocket 2 Pakej Kecil Untuk Anda Yang Berminat Merakam Video



FeiyuTech Vlog Pocket 2 – satu produk yang sekian lama ingin saya tampilkan dalam laman ini. Asalnya, saya merupakan pengguna Moza Mini S, tetapi agak malang apabila ia ‘bricked’ selepas saya mengemaskini gimbal itu dengan firmware update. Maaf, disebabkan hal itu juga, tiada ulasan ditulis untuknya.
Kemudian, saya beralih kepada Hohem iSteady X, suatu percubaan untuk merasai gimbal mobil yang lebih baik. Tetapi pencarian belum berakhir. Pemburuan menemukan saya kepada FeiyuTech, dan Vlog Pocket 2 seterusnya diselit pada poket saya (pun intended).
Kenapa mesti model ini?
Kerana setelah saya menggunakan Moza Mini S yang tidaklah beberapa ‘mini’, isu saiz menjadi perkara utama yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Asal saja namanya gimbal mobil, ia tidak boleh terlalu besar. Moza Mini S adalah contoh gimbal telefon pintar yang bersaiz agak besar.
Mujurlah Vlog Pocket 2 ini menepati ciri diperlukan, iaitu ‘mini dengan erti kata yang sebenar’. Cuma, adakah ia sesuai dimasukkan ke dalam poket? Mari kita tonton dulu video buka kotak sebelum kita teruskan.

Sudah tonton? Bagus. Kita lihat pula spesifikasinya.
Spesifikasi FeiyuTech Vlog Pocket 2 NAMA CIRI PENERANGAN Ciri Utama Gimbal dengan reka bentuk lipat inovatif, senang dimasukkan ke dalam poket.  
Pengguna boleh mengeluarkannya untuk membuat rakaman pada bila-bila masa.
 
Beratnya hanya 272g. Muatan maksimum hingga 250g, dengan mudah membawa telefon berskrin besar yang popular.
 
Kekunci motor tiga paksi sesuai untuk penyimpanan dan lipatan.
 
Menambah fungsi Gesture Control untuk swafoto atau foto berkumpulan.
 
Pandangan bebas untuk lensa sudut lebar dengan reka bentuk lengan miring.
 
Ia dapat digunakan setelah menyeimbangkan dengan mudah tanpa langkah-langkah yang rumit.
 
All Follow Mode sangat sesuai untuk merakam dengan pantas.
 
Sudut tanpa had 360 ° & Mod POV.
 
Menambah Mod Inception. Kemampuan main semula diperbaiki.
 
Satu butang untuk menukar mod landskap dan potret. Memainkan Tiktok atau penstriman langsung sangat mudah.
 
Joystick ditambahkan untuk memenuhi keperluan pengambilan gambar pada sudut yang berbeza.
 
Ia boleh mengendalikan kamera asli telefon pintar dan aplikasi Beautycam yang popular melalui sambungan Bluetooth.
 
Dilengkapi dengan peringatan overloading, overheating protection dan locking.
 
Reka bentuk UI baru Feiyu ON APP. Sambungan automatik, Motion Time-lapse, Overlapping Image dan ciri penjejakan cahaya boleh didapati di aplikasi.
 
Warna ‘hitam tengah malam’ dan ‘merah jambu yang mengelamun’ dapat dipilih untuk memenuhi citarasa pengguna yang berbeza.
 
Hayat bateri yang panjang hingga 9 jam.
 
Dilengkapi dengan tripod mini dan beg mudah alih.
 
Keserasian Julat lebar untuk telefon pintar adalah dari 41 mm hingga 89 mm. Muatan maksimum adalah sehingga 250g.  
Apabila digunakan dalam mod lanskap, ia serasi dengan semua telefon pintar di bawah 7 inci, termasuk semua siri iPhone, semua siri Android, dan telefon pintar sistem lain, seperti HUAWEI P30 pro, MI 9, VIVO NEX, OPPO find X, Samsung Note9, dan lain-lain.
 
Apabila digunakan dalam mod potret atau mod inception, ia serasi dengan semua telefon pintar di bawah 6.6 inci, termasuk semua siri iPhone, semua siri Android, dan telefon pintar bersistem operasi lain.
Saiz Lipat: 111 * 57.9 * 146.6mm (sama tinggi dengan iPhone 11) Buka: 63.7 * 93.9 * 247.5mm
Bateri 7.4 V, 1300MAH, 9.62 Wh, Bateri boleh dicas semula terbina dalam. Gimbal boleh dicas oleh port Type-C pada pemegang semasa menggunakannya. Jangka Hayat Bateri 9 jam (jika berat muatan 150g) Tempoh Pengecasan ≥ 1.5h , kami menasihatkan supaya anda gunakan penyesuai 5V/2A. (Dilarang menggunakan penyesuai pengecasan pantas)  
Lampu penunjuk berwarna merah semasa dicas, dan hijau apabila dicas sepenuhnya.
Kawalan Telefon Gimbal secara langsung dapat mengawal foto/video pada kamera asli telefon pintar, dan pada masa yang sama, zoom, AI Tracking dan fungsi lain adalah pada aplikasi Feiyu ON melalui sambungan Bluetooth. Material PC, PA6 dan bahan berketahanan tinggi serta tahan suhu panas. Warna ‘Hitam Tengah Malam’, dan ‘Merah Jambu Yang Mengelamun’. Bluetooth 5.0 Julat Putaran Julat kemiringan: 165° Julat Gulung: 323°
Rentang Pan: 330°
Berat 272g (tidak termasuk telefon) Port Boleh Dipanjangkan Lubang skru 1/4 inci di bahagian bawah Aksesori Standard Kabel Type-C * 1(untuk pengecasan), Mini Tripod * 1 , Beg mudah alih * 1 Aksesori Pilihan Batang pemanjangan boleh laras (dengan skru 1/4 inci), tripod universal (lubang skru 1/4 inci). Pening nak baca? Mari saya ceritakan serba sedikit tentang gimbal ini supaya anda tidaklah terlalu berserabut. Kita teliti satu demi satu gambar yang telah saya sediakan.

Pada bahagian hadapan gimbal, terdapat joystick, butang kawalan kedudukan/posisi telefon (sama ada anda mahu ia menegak atau melintang), dan juga butang kawalan kamera.

Ini pula ialah kawalan untuk zoom.

Anda perlu longgarkan terlebih dahulu tombol ini sebelum dapat menegakkan bahagian pemegang telefon.

Ini ialah butang ‘reset’, iaitu anda boleh kembalikan posisi gimbal pada kedudukan asal.


Ini pula semestinya butang penghidup, dan juga port USB-C untuk tujuan pengecasan.
Berikut saya kongsikan gambar penuh Vlog Pocket 2.

Jadi, bagaimanakah rupanya kalau dimasukkan ke dalam poket? Anda boleh lihat gambar ini pula.

Secara umumnya, walaupun namanya ‘Vlog Pocket 2’, dan ia muat dimasukkan ke dalam poket, tetapi saya mencadangkan supaya anda simpan dalam beg silang. Itu lebih selesa jika hendak dibandingkan dengan membawanya ke mana-mana di dalam poket.
Saya cuba letakkan ia bersebelahan dengan Hohem iSteady X, supaya anda dapat membandingkan saiz antara keduanya.

Aplikasi Feiyu ON Antara aplikasi Feiyu ON dan aplikasi Hohem Pro, saya mungkin lebih menggemari paparan antara muka Hohem Pro yang nampak lebih kemas dan teratur. Pun begitu, untuk warna dalam video, saya lebih suka pada apa yang dihasilkan oleh Feiyu ON.

Agak menyedihkan apabila tidak terdapat pilihan 4K 60FPS. Resolusi maksimum yang ada hanyalah 4K 30FPS. Jika hendak gunakan resolusi itu, terpaksalah gunakan aplikasi kamera asal.

Mod yang ada tidak sebanyak apa yang ditawarkan oleh Hohem Pro, malah untuk mengakses mod Inception juga tidak semudah Hohem, yang menyediakan akses terus dari aplikasi. Ada sesetengah orang lebih sukakan tetapan pada gimbal, dan inilah yang cuba dilakukan oleh FeiyuTech. Cuma, saya yakin tak semua orang tahu keperluan ini, tambahan pula ia tidak dinyatakan dalam manual panduan bahawa anda perlu menetapkan butang ‘M’ menjadi pemicu kepada mod Inception.

Saya sukakan fungsi ‘HDR’ untuk tangkapan gambar. Sesuatu yang jarang dapat dilihat pada aplikasi gimbal.

Naik taraf versi firmware dengan mudah melalui pilihan dalam tetapan. Pun begitu, aplikasi Hohem Pro akan memberikan notifikasi terdapatnya versi baharu dan mengeluarkan pilihan untuk kemas kini. Setakat ini, disebabkan firmware digunakan masih lagi yang paling baru, saya belum pernah menerima apa-apa notifikasi. Harapannya ia adalah semudah Hohem Pro.

Ini pula ialah mod yang ada untuk tangkapan gambar. Menarik sekali apabila adanya ‘Light rail mode’ untuk gambar dan video.

Inilah satu-satunya perkara yang saya paling tidak suka dengan aplikasi Feiyu ON – penentukuran yang rumit! Adalah lebih bagus lagi sekiranya penentukuran dibuat secara automatik tanpa perlu melibatkan pengguna membuat tentukuran sendiri. Susah semestinya kiraan mesin lebih tepat berbanding agak-agakan manusia!
Apa pun, daripada kita bual panjang tentang gimbal dan aplikasinya, apa kata saya bawakan kepada anda, vlog pertama di saluran YouTube OMGHackers, yang dirakam menggunakan Vlog Pocket 2.
Diharap anda mendapat informasi yang dimahukan ketika menonton hasil dan kualiti sebenar rakaman dari aplikasi Feiyu ON dan gimbal Vlog Pocket 2 ini.

Konklusi Secara keseluruhan, Vlog Pocket 2 tidak menghampakan. Sepertimana yang diharap, seperti itulah ia beraksi. Cuma, saya inginkan aplikasi yang lebih tersusun dan kemas, serta proses penentukuran yang lebih mudah lagi. Buat pengguna biasa, tak mungkin mereka akan ‘mengusik’ tetapan seakan pakar. Permudahkan aplikasi, nescaya orang akan menjadi lebih sayang kepada produk dijual – tambahan pula jika firmware selalu dikemaskini (tanpa masalah brick seperti Moza Mini S).
Untuk urusan pembelian, anda bolehlah ke pautan ini:
FeiyuTech Vlog Pocket 2
Kod diskaun: omghackers10 (diskaun sebanyak 10%!)
The post FeiyuTech Vlog Pocket 2: Pakej Kecil Untuk Anda Yang Berminat Merakam Video appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/feiyutech-vlog-pocket-2-pakej-kecil-untuk-anda-yang-berminat-merakam-video/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Semua Dapat Ujian Awal Macam Saya Pelakon Video Judi Online Mahu Bersihkan Nama

Bukan Semua Dapat Ujian Awal Macam Saya Pelakon Video Judi Online Mahu Bersihkan Nama

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 256 hits
The ReporterMeskipun telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia masih ada netizen yang melemparkan komen komen negatif terhadap para pelakon video judi online Bagi Saif Yunus 24 dia tetap memilih untuk memaafkan netize...
Hiburan Pakcik Botak Tu Bukan Gua Joe Flizzow Trending Gara Gara Serupa Lelaki Botak Dalam Video Tular

Hiburan Pakcik Botak Tu Bukan Gua Joe Flizzow Trending Gara Gara Serupa Lelaki Botak Dalam Video Tular

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 294 hits
Penyanyi rap terkenal Joe Flizzow tampil membuat penafian apabila tular semalam sebuah video memaparkan lelaki bertindak ganas memecahkan cermin kereta dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah samun Ini berikutan wajah lelaki berkenaan di...
Video Taktik Strategis Si Pemburu Kuis

Video Taktik Strategis Si Pemburu Kuis

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 136 hits
Sepuluh tahun dilalui beragam hadiah berdatangan ke rumah pria akrab disapa Ozi ini Mulai dari sekadar pakaian botol minuman printer ponsel bahkan hingga sepeda
Video Judi Lima Lagi Individu Ditahan

Video Judi Lima Lagi Individu Ditahan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 162 hits
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI Tangkap layar lagi iklan Raya promosi judi yang tular di media sosial PETALING JAYA Polis menahan seramai lima lagi individu yang terlibat dalam pembikinan dua video iklan Hari Raya yang dikesan mempromosikan ...
Patutnya Ramadhan Fokus Ibadah Dituduh Terlalu Obses Buat Video Masakan Ada Yang Tak Puas Hati Dengan Khairul Aming

Patutnya Ramadhan Fokus Ibadah Dituduh Terlalu Obses Buat Video Masakan Ada Yang Tak Puas Hati Dengan Khairul Aming

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 237 hits
Sepanjang bulan Ramadhan ini seperti yang diketahui umum pelbagai resepi akan dikongsikan di media sosial Dari resepi berbuka puasa resepi juadah moreh resepi ringkas untuk bersahur hingga resepi kuih muih dan juadah hari raya akan berlegar...
Hiburan Tular Video Perempuan Peluk Erat Fattah Amin Fazura Tampil Beri Penjelasan

Hiburan Tular Video Perempuan Peluk Erat Fattah Amin Fazura Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 199 hits
Semalam tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan seorang wanita memeluk erat suami kepada pelakon popular Fazura Fattah Amin Namun apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah riak wajah serta reaksi pelakon Gol Ginc...
Video Memasak Di Klia Hanya Gimik Mahb

Video Memasak Di Klia Hanya Gimik Mahb

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 94 hits
BH ONLINE Foto fail NSTP SEPANG Malaysia Airports Holdings Bhd menjelaskan bahawa video memasak di tempat terbuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hanyalah gimik atau sekadar usaha promosi oleh salah satu gerai makanan dan minu...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega