Fc Barcelona Meraikan Tahun Arnab


FC Barcelona terus menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina 2023 dengan meraikan Tahun Arnab. Dengan tema permulaan baharu, Barça merayakannya dengan pelbagai hiburan secara langsung serta aktiviti menarik pada hari perlawanan di Spotify Camp Nou. Menurut Presiden dan pemainnya, kerjasama itu melibatkan kolaborasi bersama komuniti berbangsa Cina, pereka fesyen, artis visual dan pemengaruh khas untuk peminat di Malaysia



Bagi memperingati Tahun Baru, Barça melancarkan sebuah video yang bertajuk ‘Tahun Baru, Era Baru,’ yang mana begitu teruja menantikan 2023. Selain meraikan pemeteraian bersama bakat baharu, perkongsian inovatif serta pelancaran nama stadium yang serba baharu. Arnab, dikenali sebagai haiwan tuah yang berupaya membawa harapan dan nasib baik. Pemainnya, Eric Garcia, Ferran Torres, Jordi Alba, Iñaki Peña dan Alejandro Balde turut menghantar ucapan perayaan kepada peminat atau ‘Culers’ di seluruh dunia


Presiden, Joan Laporta turut mengucapkan terima kasih kepada Culers di Malaysia atas sokongan mereka dan sentiasa mendoakan semua peminat yang merayakannya. Memetik hantaran mesejnya, Laporta berkata “Kami telah melalui detik-detik menarik, mencabar dan penuh emosi pada 2022. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda, dan saya harap kami akan membawa lebih banyak detik gembira tahun ini. Selamat tahun baru, saya doakan anda bahagia dan sejahtera. Tahun baru, era baharu, Visca el Barça!”

FC Barcelona akan memulakan sambutan itu pada 22 Januari dengan pelbagai aktiviti menarik di Spotify Camp Nou. Ini termasuk persembahan tarian naga dan singa tradisional oleh Penya Blaugrana Dracs Units, di samping persembahan muzik dan kaligrafi Cina. Dalam perlawanan menentang pasukan Getafe, pasukan lelaki akan menggunakan nama mereka dengan aksara Cina ketika perbarisan pemain. Malah, stadium juga akan dihiasi dengan  replika Arnab. Manakala, kanak-kanak dari Penya Blaugrana Dracs Units akan mengiringi pemain ke padang

Kelab itu juga akan mengeluarkan satu siri Vlog menerusi pengasasnya, Andres Gallardo yang menyelidik makna disebalik Tahun Arnab dengan mempamerkan koleksi barangan kemas dan beg tangan bertemakan arnab porselen buatan tangan daripada jenama Sepanyol itu. Culers juga boleh mendapatkan pelekat dan penapis Barça di Instagram menerusi #rabbityear serta menyertai cabaran di TikTok. Sementara itu, Culers boleh menikmati pelbagai pengalaman secara digital termasuk foto profil dan kertas dinding silang menerusi hasil tangan artis berbakat. Selain mendapatkan pelekat inspirasi Barça serta sampul merah di WeChat, dan koleksi arnab istimewa pada Meitu Xiu Xiu khas buat Culers yang terlibat dengan Barça ketika sambutan Tahun Baru Cina kali ini

Kempen Tahun Baru Lunar tahun ini dilihat berupaya mengukuhkan komitmen Kelab untuk berinteraksi dengan peminat dengan mencipta pelbagai kandungan terbaik bagi meraikan kepelbagaian budaya di seluruh Asia Pasifik. Pada 2013, Barça membuka ibu pejabatnya di Hong Kong dan sejak itu pasukan berkenaan telah menjalin hubungan yang akrab bersama peminat dan rakan kongsi. Selain mengembangkan kewujudan lebih banyak kelab dalam talian di rantau ini. Asia Tenggara merupakan ‘rumah’ kepada lebih daripada 40 juta penyokong Kelab Bola Sepak Barcelona, yang menjadikannya wilayah strategik kepada kelab itu. Contohnya, pangkalan peminat di Malaysia yang cukup dinamik dan berkembang dengan membawa kepada jalinan kolaborasi bersama syarikat tempatan yang amat strategik, termasuk Maybank sebagai Rakan Kongsi Kelab Perbankan Serantau di Malaysia dan Singapura; dan SEBANG sebagai rakan kongsi Bateri Kereta rasmi di Vietnam, Malaysia dan Thailand











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/01/fc-barcelona-meraikan-tahun-arnab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Suria Klcc Meraikan Tahun Arnab Dengan Dekorasi Dan Aktiviti Istimewa

Kumpulan Suria Klcc Meraikan Tahun Arnab Dengan Dekorasi Dan Aktiviti Istimewa

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 322 hits
KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN ARNAB DENGAN DEKORASI DAN AKTIVITI ISTIMEWA Assalammualaikum semua Umum mengetahui apabila ada musim perayaan pasti dekorasi di Suria KLCC Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall menjadi penantian Apakah dekoras...
The Curve Menyambut Tahun Arnab Dengan Sentuhan Opera Cina

The Curve Menyambut Tahun Arnab Dengan Sentuhan Opera Cina

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 357 hits
the Curve memulakan 2023 dengan menyambut Tahun Baharu Lunar dengan harapan kesyukuran dan nasib yang lebih baik Menyambut Tahun Arnab dengan kempen bertemakan Festival Teater Musim Bunga para pengunjung akan menyambut perayaan yang penuh k...
Kumpulan Syarikat Suria Klcc Menyambut Ketibaan Tahun Arnab Dengan Mencatat Rekod Dalam Malaysia Book Of Records 2023

Kumpulan Syarikat Suria Klcc Menyambut Ketibaan Tahun Arnab Dengan Mencatat Rekod Dalam Malaysia Book Of Records 2023

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 321 hits
KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN ARNAB DENGAN MENCATAT REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2023 Assalammualaikum semua Selamat Tahun Baru Lunar bagi masyarakat Cina di Malaysia Tahun Arnab adalah tahun Ruby juga yang l...
Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 513 hits
Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur SentralNikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Untuk musim perayaan ini pastinya anda sedan...
Penemuan Telur Berusia 4000 Tahun Di Perbatasan Israel Mesir Bentuknya Mengejutkan

Penemuan Telur Berusia 4000 Tahun Di Perbatasan Israel Mesir Bentuknya Mengejutkan

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 248 hits
Akhir akhir ini wilayah perbatasan Mesir Israel banyak ditemukan situs bersejarah Otoritas Kepurbakalaan Israel menemukan sebuah situs yang menjadi tempat penemuan fragmen telur berusia lebih dari 4000 tahun Mereka meyakini penemuannya ters...
Beli Kalender Meja Untuk Tahun 2023 Design Minimalist Dan Murah

Beli Kalender Meja Untuk Tahun 2023 Design Minimalist Dan Murah

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dah masuk tahun baru kan of course laa setiap orang memerlukan kalender baru tak kiralah kalender yang boleh gantung pada dinding kalender yang boleh diletakkan pada atas meja dan sebagainya Tahun ini com...
Jackson Wang Minta Tolong Peminat Carikan Jodohnya Sebelum Umur 35 Tahun

Jackson Wang Minta Tolong Peminat Carikan Jodohnya Sebelum Umur 35 Tahun

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 325 hits
Disebabkan terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa untuk berpasangan Jackson Wang meminta tolong peminat mencari jodohnya sebelum memasuki usia 35 tahun Jackson Wang berkongsi butiran tentang kehidupan cintanya dalam temu hiburan TVB StarTa...
Awak Tu Baru 2 Tahun Tau Tak Comel Sangat Anak Tomok Nyanyi Lagu Janji Padamu

Awak Tu Baru 2 Tahun Tau Tak Comel Sangat Anak Tomok Nyanyi Lagu Janji Padamu

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 354 hits
Sebut sahaja nama Tomok pastinya ramai yang masih ingat vokalis dari kumpulan New Boyz cukup popular di zaman remajanya Cukup sinonim dengan lagu berjudul Sejarah Mungkin Berulang penyanyi ini sememangnya memilki bakat tersendiri Masih akti...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer

Ewon Benedick Remains Sabah Pakatan Chairman Despite Stepping Down From Federal Cabinet Position

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan Rm2 000 Sanusi

Kes Video Tular Zus Coffee Tampil Beri Penjelasan

Cabinet Reshuffle More Than Likely With Ewon Out And Zafrul S Term Ending