Fb Ads Menggunakan 4 Step Funnel
STRUCTURE FB ADS FUNNEL KAMI UNTUK PRODUK JUS TIGAS .
Membuat iklan di FB ads bukan mudah dan konsep re-targetting adalah key utama dalam FB ads ini.
Ini adalah eksperimen kami untuk melihat bekesanan iklan ini.
Maaf video2 kami tak dapat tunjukkan. Hampir 80% video sebab kami nak buat targetting dan hanya 2 image sahaja.
Perubahan iklan ini ialah step last funnel kami lancarkan 3 iklan serentak selama 10 hari kepada warm audience yang telah melihat 3 iklan sebelumnya.
Shoppermaniac sekarang tengah sibuk mempromosikan produk terbaru iaitu JUS TIGAS yang telah berada di pasaran semenjak 2018 lagi. Kami ingin memasarkan produk ini kerana review atau testimoni produk ini lengkap dan ia telah berada di pasaran agak lama.
Kelemahan sesutu produk yang telah lama berada dipasaran ialah ia telah dijual oleh pihak lain sebelum kami dan ia merupakan cabaran yang besar untuk kami.
Untuk mendapatkan keyakinan pembeli kami harus mendesak mereka membelinya dan mendapatkan kepercayaan mereka yang kami bukan scam. Kepercayaan adalah segala-galanya dalam bisnis. Betul tak?
Kami membuat teknik lain iaitu 4 step funnel menggunakan custom audience untuk menangkap mereka akan terus kekal dan iklan ini akan bermain di hadapan FB mereka jika bermula di step 1 hingga step 4 selama 28 hari.
Dimana ADS 3 dan ADS 4 merupakan conversion untuk kami dimana ADS 3 dan ADS 4 akan bermain serentak tetapi ADS 3 selama 7 hari dan ADS 4 selama 10 hari. Mereka akan melihat 4 iklan serentak dengan isi yang berlainan dan iklan ini akan mengejar mereka ke mana-mana mereka pergi selagi mereka berada di laman sesawang.
Dua kemungkinan yang akan berlaku ialah iklan yang berulang-ulang akan menyebabkan mereka membeli produk kami atau mereka menyampah lihat iklan ini..hehehehehe.
Bila bercerita tentang kos iklan ni. Sebenarnya tidak mahal. Yang mahal ialah kos ADS 1 dimana ia merupakan iklan utama untuk cold audience dan warm audience dimana kami ingin sasarkan seberapa banyak audience di ADS 1.
Jika mereka melihat video kami selama 50% yang berdurasi 16 saat. Mereka akan di bawa ke iklan 2 dan seterusnya mereka lihat 50% video di ADS 2 mereka akan dibawa ke iklan 3 dan jika mereka melihat iklan di ADS 3 mereka akan terperangkap dengan 3 iklan serentak di ADS 4.
Kesemua video kami berdurasi dalam 10 - 16 saat sahaja kecuali ADS 2 ianya berdurasi 1 min 30 saat. ADS 2 kami meletakkan video berdurasi panjang kerana mahukan audience yang benar-benar berkualiti yang melihat 50% video ini bermakna mereka minat tapi belum membelinya.
Dengan susunan ini kos iklan dari ADS 2 - ADS 4 tidak banyak kerana jumlah penonton adalah benar-benar spesifik.
Kesemua iklan ini akan dibawa ke website kami dan jika anda tidak mempunyai website boleh sahaja menggunakan no telepon ( Contact Us). Mana-mana pun tiada masalah.
Cuma kelebihan menggunakan website ialah kami dapat menyelam sambil minum air dengan mengumpul data website view menggunakan FB Pixel yang masa akan datang kami boleh buat tergetting guna pixel ini dan ia lebih power..serius.
Di atas ini adalah FB PIXEL Shoppermaniac website kami. Data yang kami perolehi belum cukup banyak lagi dan ia akan brkembang dari masa ke semasa. Dari data ini kami bleh gunakan samada membuat lookalike atau custom audience website. Lambat lagi ini sebab website ini baru lagi.
Mari kita lihat samada teknik ini berjaya atau tidak. Namanya eksperimen tetapi kajian telah dibuat secara detailed dan harapan kami semoga berjaya . Amin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2021/04/fb-ads-menggunakan-4-step-funnel.html